Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 12 (By Adik Lisa) English Home
Di rumah Perez……..Juana bgth yg dia hamil. Ana Maria, Nenek Azucena dan Manolita tergamam seketika. Ana Maria bangun kata “Apa kau kata….kau hamil???!!!” Juana kata ya. Ana Maria kata “Kau hamilkan anak siapa…?” Nenek Azucena pun celah “Ana Maria! Kau tengok ini…semuanya krn kau…!!! Bgmn kau Juana pun nak juga ikut gaya hidup mak kau selama ini…??!!!” Manolito hanya diam shj. Juana terus menangis sambil geleng2 kepala “No, saya tak pernah buat apa2 yg terlarang…semuanya bukan spt yg kamu semua sangkakan…!!!” Ana Maria menghampiri Juana dan berkata “Bgmn kau pun nak musnahkan harapan dan cita2 kami selama ini? Jadi, selama ini kau turut telah jalinkan hubungan intip dgn seseorg….tentunya dgn budak lelaki itu!!! Apa namanya…MICKY, betul tak?” 

Di pejabat Dr. Ricardo…..Ricardo sedang bersama Dr. Michelena. Ricardo merungut2 yg harapannya utk tolong sahabatnya dah punah. Dr. Michelena tanya siapa yg Ricardo maksudkan. Ricardo kata “Tentunya sahabat baik saya iaitu Mauricio De la Vega. Kesian dia, semlm wanita yg dia mahu buat permanian beradas guna mani Mauricio tu telah dimasukkan ke sini krn sudah keguguran. Kesian Mauricio! Harapannya nak anak tinggal begitu aje…!!!” Dr. Michelena hanya diam aje tp hatinya sedang teringatkan gadis yg dia salah suntik hari tu (Juana le).

Di rumah Perez……Juana dgn perasaan geletar bgth “No, bukan MICKY atau sesiapa pun….saya masih virgin dan saya bersumpah saya tak pernah buat hubungan intim atau rapat dgn mana2 lelaki…saya tak pernah!!!” Ana Maria marah “Habis, bgmn kau boleh hamil? Kau nak katakan yg kau masih suci, virgin tp pd masa yg sama kau mengandung…haha haha…sungguh kelakar betul..!!!Kau telah berbohong dgn kami selama ini…!!” Manolito terus diam dan geleng kepala dgn nada dan gaya serius sekali. Nenek Azucena kata “Agaknya mmg dah sumpah dan keturunan dlm keluarga kita di mana kaum perempuan akan jadi begini…!!!” 

Di Positivo…..nampaknya si David asyik mengelamun aje. Dia sedang fikirkan Juana. Shiva, Popye, Bibi saling bisik2 krn melihat David yg mengelamun dgn serius. Brandy pun jelling dr jauh “Aku tahu yg dia sedang fikirkan ttg Juana sedangkan dia langsung tak pedulikan apa yg aku rasa…!” 

Di rumah Perez…….Juana tetap bertegas yg dia tak tahu bgmn dia boleh mengandung “No, saya mmg tak tahu…saya tak tahu!!! Saya tak fhm mcm mana saya hamil, saya boleh buktikan yg saya masih suci, virgin…kamu semua keluarga saya mesti percayakan saya. Mungkin terdpt cara lain utk saya mengandung, saya tak tahu…..!!! Manolito kesian tengok Juana yg terus menangis. Ana Maria terus marah “Kau dah musnahkan masa depan kau sendiri, kau kan dah terima biasiswa ke LA tu, mcm mana kau nak baut dgn biasiswa tu….kau hamil, kau sepatutnya bgth pd kami siapa lelaki yg bertanggungjawab itu…!!! Juana terus kata tak tahu “Saya masih perawan…saya tak pernah buat hubungan dgn mana2 lelaki!!! Kamu semua tahu kan perangai saya….!!! Mungkin saya boleh hamil bila saya berenang…siapa tahu!!!” Ana Maria kata “No, tiada fakta lain yg katakan yg kita boleh hamil hanya dgn berenang….No, kau mesti berterus terang…!!!!” Juana kata “Mama, mama mesti percayakan saya! Nenek, nenek pun kena percayakan saya!!!” Ana Maria dan nenek hanya pandang dgn tajam dan marah “Kau mengecewakan kami!!!!” Juana paling pd Manolito “Pak cik mesti percayakan saya, pakcik tahu perangai saya kan terutama ttg cinta…!!! Pak cik tak boleh kata apa2 hanya diam. Juana terus nangis “No, saya tak pernah salah…saya kesal kamu semua tak nak percayakan saya di saat saya perlukan semua org!!!” Juana berlari naik ke bilik gelap

Di rumah De la Vega…..Charlota asyik pegang telefon dan call Mauricio tp asyik tak dpt aje. Dia merengus sendirian. 

Di rumah Perez………Ana Maria , Manolito dan nenek Azucena tergaman dan tak buat apa2 umpama hilang sesuatu. Nenek Azucena berkata pd hatinya “Aku berdoa agar apa yg aku dengar tadi hanya gurauan dan mimpi!” Manolito terus naik ke bilik gelap jumpa Juana manakala Ana Maria terduduk sambil ingat balik kata2 Juana “Aku kesal atas apa yg kau lakukan, Juana!!!” 

Di bilik gelap……….Juana terus menangis masuk bilik gelap. Manolito masuk dan cuba tenangkan Juana. Juana peluk pak ciknya dan terus menangis. Manolito kata yg dia pun tak boleh kata apa2 tp dia percayakan apa yg Juana kata, Cuma ia mustahil. Manolito pun keluar dr situ.

Brandy dtg rumah Juana. Suasana nampak tegang sgt. Juana pun keluar dgn Brandy dgn penuh kekesalan. Brandy minta maaf cos tadi dia tak boleh jumpa Juana, dia cuba pujuk Juana, dia tahu keluarga Juana dah tahu segalanya. Juana kata yg dia amat kesal bukan krn dia hamil tp dia kesal krn keluarganya tak nak percaya atas apa yg dia kata. Malahan maknya cuba menyalahkan dia kononnnya buat hubungan intim dgn Micky. Juana terus menangis. Mrk berdua balik ke rumah Brandy.

DI rumah Brandy…….Brandy tanya apa yg Juana nak buat setelah apa yg terjadi. Juana tak tahu “Aku amat perlukan sokongan keluarga ketika ini tp mrk tak nak percayakan aku….!!!” Brandy terus nasihatkan Juana “Mrk tak bersalah, mmg tak ada cara lain utk hamil selain….tp aku percayakan kau, mungkin kau lain dr yg lain!!” Juana kata “Yg aku kesalkan yg mrk tak tahu ke perangai aku selama ini, ttg cinta… tergamak mrk kata aku begitu!” 

Di hadapan rumah Perez………Juana balik rumah dgn pitusanya. Dia pandang ke arah rumahnya penuh sedih. Juana pun duduk le di kerusi di tepi jln depan rumahnya itu. Juana tertunduk sedih. Kebetulan David nampak Juana dr jauh. Dia menghampiri Juana. Juana mengelap air matanya. David cuba tanya apa yg berlaku krn dia tahu yg Juana sedang bersedih tp Juana tak ckp apa2. David kata dia sbg kwn sudi nak dengar masalah yg telah melanda Juana. Tiba2 Manolito pun keluar dr rumah dan terpandang Juana dgn David. David minta diri dahulu “Kau boleh dapatkan aku jika kau nak bgth apa masalah kau!!!” Dia pun pergi…Manolito pun dtg menghampiri Juana dan sabarkannya. Juana tanya ttg maknya. Manolito bgth yg Ana Maria masih marah. Juana kata pd pak ciknya yg dia mmg tak bersalah dan tak tahu bgmn dia boleh hamil. Pak cik hanya angguk sedih. Mrk masuk ke rumah.

Rumah De la Vega……Mauricio balik tp dia mula bertengkar lagi dgn Charlota bila Charlota marah2 krn tak sambut panggilan telefonnya. Kata Charlota dia risau Mauricio akan buat sesuatu yg dilarang. Mauricio malas nak layan Charlota pun terus naik ke bilik bacaannya.

Di bilik Juana……..Ana Maria berlegar2 sedih dan marah “Juana, kau pun nak jadi mcm aku…hamil masa muda!!! Pastinya budak Micky tu yg hamilkan kau!!!” Dia terdengar suara Juana lalu Ana Maria pura2 baring atas tilamnya dan berpura tidur. Juana masuk dan memandang ke arah katil maknya. Juana menghampiri maknya dan memegang bahu maknya krn dia tahu maknya masih belum tidur tp Ana Maria tunjukkan kemarahannya dgn memalingkan mukanya ke arah lain. Juana tahu emaknya marah dan dgn sedih, Juana pun berlalu, salin bajunya dan baring di katilnya. Dia sedih maknya menyalahkannya tanpa nak dengar penjelasannya. 

Keesokkan harinya, di rumah Perez..…..Juana bangun dan nak ke sekolah. Ana Maria dan nenek Azucena melayankan umpama dia org lain aje kat situ. Maknya keluar dahulu (selalunya mrk pergi sekolah berdua). Nenek Azucena malas nak buat kerja. Nicholas pun dtg dan mulalah mcm2 yg dia bualkan tp tak ada layanan. Nicholas tahu sesuatu berlaku krn semua dlm keadaan murung. Manolito bersedia nak jogging manakala Juana ke sekolah….

Klinik Dr. Ricardo….jururawat Carmencita sedang menulis sesuatu di kaunter. Tiba2 Dr. Michelena pun lalu. Carmencita telah menarik tgn Dr. Michelena hingga ke tepi “Dr.!!! Dr ada terdengar ttg wanita yg gugur semlm..? Wanita yg disuntik dgn mani Mauricio tu…!!!” Dr. Michelena merengus supaya Carmencita diam tp Carmencita kata lagi “Tentu Mauricio akan kecewa lagi…kesian dia…tp mcm mana kalau gadis yg bernama Juana Perez tu betul2 hamil pula?? Mauricio tentu ada harapan!!!” Dr. Michena marah “Baik kau diam krn setakat ni tiada apa2 pun laporan yg kata si gadis tu hamil, kalau dia hamil tentu dia dtg sini…Lagipun mani Mauricio masih ada di sini..!!!!” Dr. Michelena pun berlalu. Carmencita berungut “Aku tak dpt nak lupakan wajah gadis tu si Juana Perez…!!” Dia pun pergi.

Di sekolah Juana…..Ana Maria rasa tak puas hati. Dia cari Micky dan serata dia cari, akhirnya dia nampak Micky sedang berjln dgn kawan2nya. Apa lagi, Ana Maria terus menerkam dan menyalahkan Micky “Kau mesti bertanggungjawab, kau tak akan terlepas, kau mesti bertanggunjawab atas apa yg berlaku pd Juana!” Micky yg tercengang tak faham apa2 “Profesor Perez! Apa yg berlaku…???!!! Ramai pelajar mengerumuni Ana Maria dan Micky. Ana Maria yg menarik2 baju Micky kata yg Juana dah hamil maka Micky mesti bertanggunjawab. Semua pelajar terlopong… “Juana? La Virgen hamil??!!!!” Ana Maria nak Micky bertanggunjawab. Micky kata “Saya akan bertanggunjawab jika itu anak saya, tp aku tak pernah buat apa2 dgn Juana…kami hanya bercium shj…!!! Brg kali Juana buat hubungan dgn org lain ke….!!!” “PANG!!!” naik satu penampar Ana Maria di muka Micky.

Di rumah De la Vega…..Desiree balik dgn Charlota dan cuba minta pertolongan dr Charlota. Dia bgth yg dia nak tinggal di tmpt lain krn bil hotelnya yg tak dibayar membuatkan pihak hotel asyik carinya. Tak akan selamanya dia dpt lari “Ini yg ditinggalkan oleh Francisco…kesengsaraan dan derita tanpa wang di tgn!!!” Charlota menggelengkan kepalanya “Kau sepatutnya dah lama cuba cari kerja utk tampung hidup kau dan kau boleh cari tmpt tinggal kau sendiri” Desiree kata “Kau tahukan yg aku tiada wang di tgn…mcm mana aku nak cari rumah lain?” Charlota bgth yg Desiree boleh kerja dgnnya. Desiree angguk dgn sinis. Charlota pula kata lagi yg Desiree boleh tinggal di rumah sementara belum dpt duit dan cari rumah lain. Desiree melonjak kegembiraan “Wowww, Charlota….kau mmg baik hati, kau sudi hulur tgn bantuan pd kwn kau yg sedang susah ini…Tp, Mauricio tak marah ke kalau aku tinggal di sini? Mungkin aku akan ganggu kamu berdua?? “ Charlota kata “Dia tak akan marah krn kau kan sedang susah malahan kau adalah isteri Francisco, kawan baik Mauricio…!! Desiree amat gembira dan bgth yg dia akan berkemas dan ambil brg2nya utk bawa ke situ. Charlota lega krn dia tahu Desiree tak akan goda suaminya krn menurut kata Desiree, dia dah tiada daya tarikan terhadap seks semasa bersama suaminya dulu (Konon!!! Hai Charlota, kau percaya sgtlah kata2 Desiree si ular belit tu….) 

Di sekolah Juana……Juana menemui Lily. Dia bgth yg dia dah bgth keluarganya dan mmg dah dijangka yg dia akan dipersalahkan. Lili meredhakan Juana yg menangis. Mrk berjalan dan ternampak org2 yg sedang berkumpul. Apa lagi, Ana Maria dgn Micky le. Juana menghalang maknya yg asyik menarik2 baju Micky dgn marah. Micky tanya pada Juana “Juana! Betul ke kau dah hamil?” Juana hanya pandang maknya (tak sangka berita dah tersebar). Ana Maria kata “Oh, kau tak nak mengaku ye….!!! Juana nampaknya nak marah bila maknya dahpun hebahkan hal itu “Nyata yg mak tak pernah faham akan saya….!!!” Micky bgth Juana jika betul dia hamil, bukan dia sepatutnya bertanggungjawab krn Juana tahu mrk tak pernah buat hubungan intim. Ana Maria menampar lagi Micky. Suasana makin tegang dan ramai murid2 berkumpul. Tiba2 pengetua pun dtg halang apa yg terjadi dan mengarahkan semua murid2 balik ke kelas manakala Ana Maria, Micky dan Juana dipanggil masuk ke pejabatnya. 

Di Positivo…David cuba nak korek rahsia dr Brandy ttg apa yg berlaku pd Juana “Brandy , aku tahu kau kwn baik Juana…kau mesti tahu sesuatu…aku nampak yg dia menangis semlm…!!! Brandy kan sahabat sejati “Aku tak leh bgth apa2, kalau Juana nak bgth kau….biar dia yg bgth kau…!!! Lagipun, masalah yg melanda Juana sekarang tak akan difahami oleh sesiapa pun…!!!

Di pejabat pengetua……..Di hadapan Ana Maria, Juana dan Micky, Pengetua menanyakan apa yg berlaku. Ana Maria dgn marah bgth yg Juana hamil dan dia mahu Micky bertanggungjawab. Pengetua tanya pd Juana adakah betul dia hamil. Juana angguk. Micky kata bukan dia yg bertanggunjawab. Sekali lagi si Ana Maria bangun dan nak pukul Micky tp pengetua halang. Pengetua tanya pd Juana betul ke itu anak Micky…Juana kata tidak, Ana Maria pandang Juana dan kata jgn nak beralah dlm hal itu tp Juana bertegas dan berkeras kata “Ia, bukan Micky yg bertanggunjawab…bukan dia…..bukan sesiapapun..!!!!” Micky disuruh keluar dan Ana Maria diberi warning agar tak buat hal lagi. Juana keluar dgn maknya. 

Di Positivo….Brandy amat marah bila David asyik nak ekori dia nak tahu ttg Juana. Di bilik Mauricio, Ines bgth Mauricio yg Dr. Ricardo dlm talian. Mauricio pun angkat dan berbual dgn Ricardo. Dr. Ricardo minta maaf atas apa yg berlaku. Dia sarankan pd Mauricio yg dia akan cari ibu tumpangan lain utk buat suntikan guna mani Muaricio yg ada, Mauricio kata yg dia tak nak berharap sgt krn dia sering bernasib busuk. Ricardo tanya bgmn dgn Charlota. Mauricio bgth yg dia sering bertengkar dgn Charlota krn hal itu “Aku pasti dia tak rasa apa2 bila aku kata aku dah hilang anak!!” Ricardo meredakan sedih Mauricio “Kau percayalah pd aku, aku akan usahakan utk tolong kau…!” 

Di dlm kelas sekolah Juana…….Juana masuk kelas, mulalah ramai yg memandang ke arahnya mencebik “Virgen konon…pdhal tak senonoh!!!” Nasib baik Juana buat tak tahu dan Lily sentiasa duduk sebelahnya dan minta bersabar. Bila waktu balik, Juana bgth pd Lily yg dia akan buat sesuatu utk buktikan pd semua org terutama maknya yg dia berckp benar dan tidak bohong. Lily tanya apa yg Juana nak buat tp Juana hanya berlalu aje. Lily pun ikut Juana dr belakang.

Di Positivo…..Mauricio masih di pejabatnya. David pun masuk letakkan filenya depan Mauricio. Mauricio ambil dan selak2 file itu. David bgth yg dia risaukan Matahari krn setahu dia, Matahari sedang bersedih ttg sesuatu “Semlm dia dtg di sini cari Brandy tp dia terus berlalu, tak sempat aku jumpa dia..!!” Mauricio kata “ya, aku tahu. Aku yg jumpa dia di hadapan tmpt penyambut tetamu tu…dia mmg sedang menangis..Aku ajak dia keluar utk tenangkan perasaannya…tp aku tak tahu apa masalah dia! Apapun kami masing2 sedang melalui satu peristiwa sedih semlm..!” David tunjukkan nada dan gaya cemburunya “Kau bersama dia..??” Mauricio kata ya. 

Di klinik lain….Juana dan Lily sampai dan Juana bgth yg dia nak jumpa doctor wanita yg buat ujian kat dia dulu tu. Juana bgth kat Doktor tu yg dia nak buat ujian perawanan dan dptkan sijil sahnya. Doktor tu kesian tengok Juana pun setuju dan Juana pun buat ujian tu dan setelah habis ujian itu, doctor pun bagilah pd Juana sijil sah perawan tu yg menyatakan mmg sah Juana masih perawan. Juana puas hati “Sijil ini akan buktikan apa yg telah aku bgth itu adalah benar..!!!” Juana pun balik dgn Lily.

Di klinik Dr. Ricardo….di bilik di mana letaknya tmpt simpanan mani2 Mauricio sedang mengalami kebocoran. Beberapa org jururawat dah masuk bilik tu beberapa kali tp tak perasan akan masalah kebocoran itu. Suatu ketika, carmencita pun masuk dan dapati baling simpanan tu bocor. Carmencita bergegas bgth Dr. Ricardo. Dr. Ricardo dan beberapa doctor lagi dtg tp sia2 krn dah tak dpt diselamatkan lagi. Dr. Ricardo menggelengkan kepalanya “Ha, kenapa semua ini berlaku….di sini shj lah simpanan mani2 Mauricio yg sihat masih ada…jadi dgn kejadian kebocoran ini maka Mauricio mmg tak boleh dpt anak lagi nampaknya….utk selama2nya…Maafkan aku Mauricio..!!!” dengus Ricardo sendirian.

Sambung…….

Posted on July 06, 2003 via mail


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1