Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 129 (Kak Na) English Home
JLV (Ep129, Khamis 14 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu
oleh KakNa

Rumah De la Vega: Mauricio terus tanya Rafael dan takmo Carlotta terus terusan menyindir mereka. Juana pon tak suka sikap Carlotta yang suka berdolak dalih. Kemudian Salvador mai. Juana sedar itu semua hanya perangkap.

Rumah Perez: Rosita mendesak Azucena supaya bercerita. Orang tua baru nak dok rilek2 sikit sambil menarik napas. Nicolas pon suruh jugak azucena meluahkan perasaan dia. Rosita cakap tak berenti biler Azucena kata Mauricio diburu polis. Nicolas tak percaya semua tu dia tau Mauricio baik hati.

Rumah De la Vega: Salvador kata dia ada waran utk menahan Mauricio atas tuduhan membunuh Francisco. Juana tak sangka Carlotta sanggup buat begitu pada lelaki yang dia hidup bersama selama ni. Mauricio kata dia tak besalah lagipun Francisco kawan dia. Salvador kata depa ada bukti mayat Mauricio tertanam di kebun berhampiran kabin makcik Eva. Pachecho kata Mauricio tak leh pi mana sebab rumah tu dah dikepung. Carlotta menggigit kuku sambil memandang mereka semua.

Rumah Perez: Manuel baru balik, NIcolas baru nak keluar bawak kain baju bersih ke spital dan nak amik baju kotor utk dicuci, dia wat perniagaan baru. Manuel berkata sendirian, budak kecik pun buleh buat perniagaan sendiri, sedangkan dia tak buat apa2. Manuel mai nak bertanya khabar. Jadi Azucena citer la Mauricio sedang diburu polis kerana membunuh dan Juana pulak ada bersamanya.

Rumah De la Vega: Carlotta dok kata lam hati yang dia suka tengok Mauricio lam keadaan macam tu, tu la akibatnya biler berkelakuan buruk dan tidak waras. Juana percaya semua tu tak benar. Salvador janji akan buat siasatan, dia mintak mereka berdua jgn susahkan dia lagipun Mauricio ada motif berkaitan pinjaman. Lagipun mak Francisco ada terima sepucuk surat. RAfael datang dan memeluk bapa nya. Carlotta menjeling jer.

Rumah Perez: Depa dok bincang tentang jenayah Mauricio. Rosita risau kot2 Mauricio jenis lelaki yang membunuh wanita setiap minggu. Manuel tak nak dengar cerita bukan2, dia lebih suka dengar keterangan dari Salvador.

Rumah De la Vega: Mauricio setuju ikut Salvador sbb dia tak dak apa nak disorokkan. Juana suruh mereka berhati hati. Kemudian dia memeluk Juana dan Rafael. Carlotta suh depa sudah2 la ngn adegan tu, kalau tak nanti dia akan menangis. Mauricio dan Salvador beredar manakala Rafael memeluk Juana. Carlotta sarankan mereka pasang muzik latar belakang supaya lebih 'feel'.

Di luar rumah De la Vega: Mauricio suruh Salvador tengok2kan Juana kat dalam tu sbb ntah apa2 yang akan jadi nanti. Salvador janji akan hantar Juana balik dan Mauricio tak perlu bimbang.

Rumah De la Vega: Carlotta kata Juana bodo sebab percaya dia akan dapat bersama Mauricio dan bahagia selamanya. Juana tau yang Carlotta tu benci sangat kat dia dan nak dia mati, tapi dia suh Carlotta jangan cakap benda2 macam tu depan seorang budak. Rafael rayu supaya Juana bawak dia pergi tapi Carlotta marah2 panggil Rafael bodoh, tapi dia tak teruskan ayat dia sebab masa tu Salvador sedang melangkah masuk ke rumahnya.

Balai polis: Mauricio ada bersama makcik Eva. Makcik Eva dok harap Mauricio dah lari dengan Juana. Mauricio kata perjalanan mereka tadi penuh halangan dia dah tak tahan dengan semua itu.

Rumah De la Vega: Tania kesian kat Rafael dan tanya boleh tak dia bagi Rafael keluar bilik. Carlotta suruh Tania mai dekat dan kata Tania tak patut masuk campur urusan dia dengan anak lelaki dia. Dia suruh Tania pi temankan Rafael lam bilik. Kemudian Amparito sampai. Carlotta ngn bangganya citer yang dia berjaya menghalang rancangan Juana dan Mauricio utk melarikan diri bersama sama.

Balai polis: Makcik Eva mintak keizinan Pachecho utk bercakap sendirian dengan Mauricio. Memulanya Pachecho tak bagi tapi kemudian dia setuju sbb mengenangkan depa tu orang baik2. Makcik Eva citer kedatangan pihak polis dan Elvira Rojas ke kabinnya. Dia rasa penemuan mayat Francisco membuktikan ada orang nak memusnahkan Mauricio.

Rumah Perez: Salvador sampai bersama Juana. Azucena bersyukur sbb Juana selamat. Juana kata Mauricio bukan pembunuh seperti yang mereka anggap. Juana sahkan pada semua orang yang dia selamat. Dia nak Salvador bwk dia ke balai utk jumpa Mauricio.

Balai polis: Makcik Eva teringat dulu dia penah tegur ada orang kat kebun mereka, tentu masa tu mereka menanam mayat Francisco. mauricio pon teringat jugak dan mintak maaf sbb masa dia kurang yakin dengan gerak hati seorang wanita. MAuricio dan Makcik Eva percaya semua tu didalangi Rogelio yang meneruskan rancangan dia utk menghancurkan Mauricio. Sekarang mereka terpaksa cari jalan utk buktikan semua itu adalah angkara Rogelio.

Rumah De la Vega: Desiree nak jumpa Carlotta dan marah2 biler Tania keberatan nak panggil Carlotta. Desiree dok kata sendirian yang Carlotta patut tau tentang rancangan Rogelio.

Balai polis: Juana gi jumpa Mauricio. Mauricio tekejut tengok Juana, Juana tanya takkan tak nak peluk kot, jadi pastu depa berpelukan la. Juana yakin Salvador sendiri pon yakin yang Mauricio tak bersalah. Juana bgtau dia ada rancangan utk melarikan Mauricio dari situ.

Rumah De la Vega: Desiree bagitau terus kat Carlotta yang Roelio ada rancangan jahat terhadap Mauricio. Dia tanya sama ada Carlotta tau tentang tu.

Balai polis: Mauricio kata dia kagum dengan keberanian Juana tapi ini dia tak paham. Juana tak bagi Mauricio menilai dia sebelum dia cakap apa2. dia marah sebab Mauricio gelakkan dia. Kemudian dia tunjukkan kunci kereta Salvador sambil tersenyum manis.

Rumah De la Vega: Carlotta kata dia tak tau apa2 dan itu hanya imaginasi Desiree. Carlotta kata bapak dia dah bersumpah takkan ganggu Mauricio. Carlotta citer la Mauricio ada di penjara sbb dituduh membunuh Francisco. Desiree kata "APO???"

Balai Polis: Maucirio suh Juana fikir betul2 dan takmo buat camtu. Juana kata Salvador pasti di pihak mereka dan akan sedar semua ini adalah perangkap. Dia suh Mauricio buat macam dia suruh. Mauricio taknak Juana terlibat. Tapi Juana kata dia sanggup semuanya sebaik saja dia jatuh cinta dengan mauricio. mauricio tersenyum.

Rumah De la Vega: Carlotta heran Desiree tak menangih langsung biler tau mengenai kematian Francisco. Desiree bagi alasan dia memang tak bahagia dengan Francisco. Desire tak paham anper pulak Mauricio yang kene tangkap. Carlotta kata tak dak apa yang pelik. mauricio dah tinggalkan dia utk lari bersama Juana. Carlotta kemudian bagitau mayat Francisco dijumpai di kabin Mauricio. Desiree terkejut.

Balai polis: Juana keluar dari bilik Salvador dan ditegur makcik Eva. Juana cuba yakinkan Salvador dan manuel yang Mauricio tak salah. Kemudian perut dia sakit dan terkulai. Manuel dan Salvador riuh rendah tolong Juana. Depa harap Juana tak terberanak kat situ. Mauricio dengar riuh rendah di luar dan terpandang kunci kereta yang Juana bagi tadi, masih berkira kira nak pi ka takmo pi ka.

Rumah Perez: Rosita citer tentang Mauricio si pembunuh telah melarikan diri bersama Juana. Azucena menerangkan yang Mauricio melarikan diri dari polis dengan membawa Juana. Ana Maria muila bimbang. Azucena baru la citer Mauricio dah ditangkap dan sekarang Juana pegi ke balai utk tengok dia tu.

Balai polis: Juana dah terbaring. Depa cadangkan nak bawak Juana ke spital naik keta Salvador. Juana tiba2 ngn garang kata dia takmo naik keta buruk tu! Dia lebih rela tunggu ambulan sbb taknak beranak lam keta buruk tu. Makcik Eva mengalih perhatian Manuel supaya Mauricio boleh berjalan keluar tanpa diperhatikan sapa2. Pachecho tengah cakap dengan orang lain.

Rumah Perez: Ana maria marah2 Rosita dan Azucena sbb biarkan Juana pergi. Rosita kata Juana yang buat keputusan dan depa dah cuba halang dia tu, ni apa nak marah2 orang nih. Ana maria masih marah2 dan kata sepatutnya ada orang temankan Juana. Dia terus keluar menuju ke balai.

Balai polis: Pachecho masuk bersama surat pengenalan utk Mauricio tapi Mauricio dah tak dak kat situ.

Di luar bilik Salvador: Juana tiba2 bangun elok tapi masih membebel. Makcik Eva kata mungkin sebab dia urut2 belakang Juana tadi. Manuel kata heran sungguh, dia penah dengar orang sembuh dari lenguh2 lepas dipicit tapi ni kali pertama la pulak orang sakit nak beranak lega lepas dipicit sikit macam tu. Juana suruh Manuel shaddap! Juana kata semua ni baru bagi dia. Salvador kata takpa, juana takkan beranak kat sini, amaran palsu jer. Kemudian Pachecho keluar dan bagitau Mauricio dah tak der. Juana dan Makcik Eva tersenyum.

Di luar balai polis: Mauricio cuba menghidupkan enjin kereta buruk Salvador. Selepas beberapa kali mencuba baru la enjin tu berfungsi. Mauricio kata Juana ni pun tak der keta lain ker nak guna utk melarikan diri.

Rumah De la Vega: Amparito tanya Carlotta apa yang tak kena. Carlotta kata dia percaya tanggapan Amparito sekarang bahawa Desiree cuba ngorat Mauricio. Biler Desiree tau Francisco mati, sehelai rambut pun tak bergerak, tapi biler tau Mauricio masuk penjara, dia terus melenting pulak.

Balai polis: Salvador dah resah gelisah Mauricio dah ilang. Pachecho suruh Makcik Eva jangan pura2 terkejut pulak, tentu dia tu gembira sangat sekarang ni. Salvador beri amaran pada dia supaya jgn layan orang perempuan macam tu. Lagipun Mauricio hilang semasa dalam jagaan Pachecho. Pachecho cuba pertahankan diri, Manuel leraikan mereka. Kemudian Ana Maria sampai dengan Rosita bertanyakan mana Juana. Salvador suruh dia bertenang. Semua orang tiba2 pandang makcik Eva, makcik eva kata dia tak tau apa2. Semua orang tk dpt jawab soklan Ana maria "Di mana Juana?"

Rumah De la Vega: Carlotta citer tentang bukti perjumpaan mayat Francisco di kabin Mauricio.

Di luar: Juana tunggu Mauricio di satu jalan. Dia merungut lambatnya keta salvador. Kemudian MAuricio sampai dan dia cepat2 naik keta tu.

Balai polis: Pachecho citer la Mauricio lari guna keta Juana. Depa syak Juana dan Mauricio merancang semuanya. Makcik Eva kata kalau depa merancang tentu depa dah bagitau dia. Salvador syak Juana dan Mauricio sama2 merancang utk melarikan diri.

Di luar: Juana suh Mauricio bwk pelan sikit. Mauricio kta keta ni macam nak rosak bila2 masa. Juana tanya sekarang nak wat apa?

Amparito pon tak leh terima tuduhan Mauricio seorang pembunuh lagipun Francisco dan Maurciio berkawan baik. Dia heran naper Carlotta macam gembira jer dengan penangkapan Mauricio. Carlotta citer la sebenarnya Mauricio nak lari dengan Juana. Dia lebih rela tengok Mauricio meringkuk dalam penjara daripada lari bersama Juana.

Balai polis: Makcik Eva citer yang Juana berlakon sakit utk beri peluang bagi Mauricio lari. Ana Maria tak percaya Juana boleh buat semua tu. Makcik Eva kata Juana yang merancang semuanya.

Di luar: Keta Salvador dah terangguk angguk dan tak buleh pi lagi dah. Mauricio nampak sesuatu dan ajak Juana ikut dia. (keta Salvador bertampung macam papan dam)

Balai polis: Ana maria kata anak dia takkan merancang benda macam ni walaupun makcik Eva cakap Juana sendiri yang bagitau dia. Dia kata kalu betul pun sepatutnya Mauricio yang lebih tua tu menasihatkan Juana supaya jgn buat camtu. Manuel mai menenangkan Ana Maria dan ajak dia balik. Ana Maria taknak balik dia nak tunggu sampai Salvador balik. Kalau nak balik, balik ler sorang2.

Pejabat Rogelio: Elvira terhutang budi pada Rogelio. Rogelio kata dia cuma bantu membuka mata Elvira dengan hal sebenar. Elvira tak sangka Rogelio belum tahu yang Mauricio dah ditahan.

Balai polis: Salvador tak dpt halang Ana Maria yg nak ikut dia. Kemudian Desiree tiba. Semua mata terpaku ke arahnya.

Pejabat Rogelio: Rogelio kata tentu la ni Carlotta sedih. Elvira kata dia tak sangka dia tertipu dengan sikap Mauricio baik. Rogelio menyampaikan rasa simpatinya. Elvira nak Rogelio pastikan Mauricio tak terlepas dengan jenayah nya tu. Rogelio setuju dan kata Carlotta terpaksa paham dengan tindakan yang bakal dia ambil.

Balai polis: Desiree nak ckp ngn Salvador di pejabatnya. Ana Maria kata dia macam penah nampak pompuan tu, Makcik Eva kata tu la balu Francisco.

Di luar: Mauricio memandu kereta baru melalui kawasan gunung yang cantik. Juana kata keta ni bagus dan sekarang mereka memandu tanpa tujuan. Sekarang ni mungkin keta Salvador dah ditemui.

Balai polis/bilik Salvador: Salvador mengesahkan mayat Francisca dah ditemui tapi depa belum dapat sahkan biler dia tu mati. Desiree marah2 sbb dia tak dimaklumkan hal tu secepat mungkin sedangkan dia isteri Francisco. Dia tau dari Carlotta. Salvador mintak maaf sbb dia ingat mak mentua dia dah bagitau. Desiree marah2 kata isteri lebih penting dari ibu jadi sepatutnya Salvador telefon dia dulu. Salvador tersenyap dengar Desiree membebel.

Di luar: Mereka masih takdak haluan walaupun depa dah rasa tenang dan aman. Juana teringin nak pi ke Andes tapi tempat tu jauh. Mauricio nak pergi tapi Juana kata tak masuk akal. Mauricio kata abih tu, takkan nak patah balik kot.

Balai polis: Desiree dok bebel pulak tentang kesahihan bukti yang dijumpai. Dia kata dia dah lama kenal Mauricio dan beri jaminan Mauricio takkan buat jenayah seperti itu. Salvador kata Elvira begitu yakin yang Mauricio buat semua itu. Desiree bagi petunjuk supaya Salvador siasat Elvira sbb ada orang nak hapuskan Mauricio tambahan ada cubaan membunuh dia tu baru2 ini. Kemudian dia blah. Salvador memikirkan kata2 Desiree dengan serius.

Di luar: Juana tertarik dengan pemandangan kat situ dan mintak nak singgah. mauricio menurut sahaja. Mereka berdua kagum dengan pemandangan kat situ yg. memang cantik. Meeka akhirnya berjaya melarikan diri, walau pun seketika semua itu amat berbaloi. Mereka berciuman (tapi tentu la dipotong oleh ntv7).

Rumah Perez: Rosita citer apa yang dia dengar kat balai bahawa kereta Salvador dah ditemui. Azucena risau mauricio larikan Juana sebagai tebusan. Manuel mintak Azucena jgn memburukkan keadaan dengan tanggapan2 buruk. Salvador sampai dan mengesahkan kereta nya dah ditemui tapi Mauricio dan Juana dah beli kereta lain utk melarikan diri.

Rumah De la Vega: Desiree dengan pakaian serba hitam pi berjumpa Carlotta dengan alasan dia dah rasmi sbg seorang balu. Desiree sampaikan berita terkini mengenai Mauricio dah lari bersama Juana. Carlotta yang dok tahan nafas masa Desiree citer akhirnya menghembuskan nafas.

Akan bersambung pada 15 Ogos 2003, Jumaat

sure fine whatever

Posted on Aug 17, 2003, 9:43 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1