Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 128 (Kak Na) English Home
JLV (Ep128, Rabu 13 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu
oleh KakNa

Di luar kabin Makcik Eva: Pihak polis dah jumpa guni yang mengandungi tulang2 Francisco. Salvador suh depa boh semua sekali dengan guni tu masuk lam plastik hitam dan hantar ke bahagian forensik utk dikaji.. Salvador kata abih la Mauricio, masalah besar kali ni..

Kabin Makcik Eva: Salvador maklumkan pada mak Francisco (Elvira?), dan makcik Eva bahawa depa ada jumpa mayat kat kebun. Makcik Eva kata tak mungkin sebab rumah tu bersih dari perkara2 seperti itu. Mak Francisco pulak yakin itu lah anaknya yang dah lama hilang dan Mauriciolah orang yang bertanggungjawab.

Hospital: Mauricio rasa lebih baik dia saja yang jaga Juana malam tu. Ana Maria dptkan kepastian dari Juana betul ke nak pergi dengan Mauricio. Mauricio tak bagi sgt cakap hal tu sbb takut orang lain dengar. Kemudian Mauricio blah utk bagi Ana maria cakap sendirian ngn Juana.

Apartment Enriqueta: Manuel sampai bawak barang2 dia. Dia heran naper Enriqueta tak balik lagi. Tak lama pastu Enriqueta sampai bersama Armando. Dia tu hantarkan Enriqueta balik. Aramndo kata naper tak ajak dia minum kopi? Manuel cepat2 kata Mungkin kopi cukup untuk 3 orang? Masa tu baru la Enriqueta dan Armando perasan yg Manuel ada kat situ.

Hospital: Ana Maria nangih. Juana suh dia kawal diri sbb dia nak org lain tengok semua seperti biasa dan tak der orang syak. Dia buat semua ni demi anak dia. Ana Maria sedih sbb dari kecik dia tak penah pisah ngn Juana. Utk tenangkan hati Juana Ana Maria kata dia nangih sbb terkenangkan nasib Juana dan bukan kerana menentang rancangan dia dan Mauricio. Dia tau Mauricio baik dan suruh Juana sayangi Mauricio dan jangan lepaskan dia. Kemudian Ana Maria cepat2 mintak diri dulu sbb takut satgi dia takkan lepaskan Juana pergi pulak.

Apartment Enriqueta: Armando marah2 dan panggil Manuel 'anjing pengawal'. Manuel ngn Armando siap2 nak gaduh. Enriqueta pertahankan Armando yang hanya temankan dia balik, tak lebih dari itu. Manuel tawarkan diri nak temankan Armando keluar sampai kat tangga dan kemudian nak tolak Armando biaq tergolek sampai kat bawah. Armando kata kalau Enriqueta nak dia boleh tolong selamatkan dia dari hipi ni. Kemudian Enriqueta suruh Armando balik. Manuel tau Armando tu nak goda Enriqueta, Enriqueta kata dia wanita yang dah matang dan tau la cara nak kawal orang macam Armando tu. Kemudian dia tanya naper tipon tidak apa idak tiba2 jer dah mai balik situ?

Hospital/bilik Juana: Mauricio bagitau Juana semua nya dah sedia utk mereka pergi dari situ. Dia dah suruh Makcik Eva jaga RAfael dan uruskan proses penceraian dan hak penjagaan. SElepas semua selesai, makcik Eva akan hantarkan dokumen2 kat mereka tak kira la depa dok kat mana. Mauricio janji depa akan bersama sampai bila2 dan kemudian baring di sebelah Juana dan mencium dahinya.

Balai polis/bilik Salvador: Makcik Eva dok kata lam hati yang dia akan melengah lengahkan pihak polis sehingga pagi esoknya supaya sempat la Mauricio blah dengan Juana. Kemudian Salvador masuk dan sampaikan keputusan forensik bahawa mayat tu adalah mayat Francisco.

Apartment Enriqueta: Enriqueta kata la ni Manuel dah berubah. Manuel dulu sentiasa biarkan dia yang kawal keadaan, mesra dan buat dia rasa gembira. Manuel kata dia tak berubah cuma kehadiran Armando buat dia naik angin. Enriqueta menekankan yang ARmando tu hanya rakan sekerjanya. Kemudian depa bertengkar pulak pasal Manuel tak telefon dulu tiba2 jer mai camtu. Manuel suruh Enriqueta cakap apa yang dia nak. Kalau dia nak Manuel kuar, dia akan kuar sekarang jugak.

Hospital/bilik Juana: Mauricio dok tido dan Juana dok tengok dia.. sampai belaga idung. Juana terasa tendangan bayi dalam perutnya. Dia tanya anaknya adakah anak itu jugak cuba menyatakan yang dia menyayangi Mauricio. Juana yakinkan anak dia yang Mauricio akan pastikan mereka selamat. Juana teringat masa Mauricio menyatakan yang dia mencintai Juana (masa depa beromentika kat kabin Makcik Eva dulu tu). Juana berharap keluarganya akan memaafkan tindakannya ini sebab inilah yang dia mahu dalam hidupnya.

Apartment Enriqueta: Enriqueta kata Manuel suruh dia buat keputusan sebab Manuel sendiri gentar dengan komitment. Dia kata Manuel sendiri yang kene tentukan biler nak bersikap matang. Enriqueta bagi cadangan, kalau la Manuel keluar dari pintu malam ni, depa takkan bersua lagi sampai bila bila. Kemudian Enriqueta gi amik bantal dan selimut utk Manuel, dia kata Manuel tentukan nak duduk bersama dia kat situ atau nak balik tido rumah mak dia.

Balai polis/bilik Salvador: Mak Francisco nangih2 suruh Salvador pastikan Mauricio meringkuk dalam penjara. Pachecho temankan mak Francisco keluar. Salvador kata dia terpaksa bagitau Makcik Eva yang sekarang dia ada bukti yang kukuh utk menahan Mauricio.

Rumah Perez/ruang tamu: Ana Maria bgtau Azucena yang Juana akan pergi dari situ esok pagi bersama Mauricio demi keselamatan nyawa mereka. Azucena terkebil kebil dan sedih mengenangkan Juana takkan mai situ utk ucap selamat tinggal. Dia tanya utk berapa lama Juana akan pergi.

Balai polis/bilik Salvador: Makcik Eva rayu Salvador jgn tangkap Mauricio mlm tu sbb dia dok teman Juana kat spital. dia mintak Salvador gi tahan Mauricio esok hari demi pasangan kekasih itu. Salvador mulanya menentang tapi kemudian bersetuju dan pesan jangan ada sebarang muslihat pulak. Makcik Eva tersenyum sambil memandang ke atas dan kata "Tuhan sentiasa mengawasi kita". Salvador tengok atas jugak.. tapi tak dak apa pun.

Hospital/bilik Juana: Mauricio kemaskan pakaian Juana. Juana taksuka la Mauricio layan dia cam anak kecil tak bagi dia buat apa pun. Juana kata dia tak leh duduk kalau tak buleh buat apa2. mauricio syak Juana cakap camtu sebab berat hati nak tinggalkan tempat tu. Juana kata depa tak dak pilihan lain, kene teruskan. Kemudian doktor masuk dan beri dokumen kebenaran Juana naik kapai terbang dan pesan supaya Juana baring sebaik saja sampai ke destinasi.

Bilik Rogelio: Camacho bagitau Rogelio yang orang yang disangka menghilangkan diri ke luar negara dah mati dan mayatnya dah muncul.

Apartment Enriqueta: Manuel tergolek jatuh dari sofa. Dia dapati Enriqueta dah takdak, dah pi keja dah tanpa mengucapkan selamat tinggal. Manuel kata dia perlukan buku panduan utk mempelajari konsep tinggal bersama.

Positivo/Pejabat Enriqueta: Enriqueta suh David jgn merendah diri dok kata diri dia cacat. David kene berfikiran positif dan meningkat keyakinan. Kemudian Brandy mai dan Enriqueta saja la nak bagitau walaupun semua dah tau yang Brandy akan jadi pembantu DAvid.

Di luar hospital: Juana dan Mauricio berjalan ke kereta. Juana kata sekarang depa kena berfikiran positif. Bagi Mauricio, bersama Juana adalah sesuatu yang positif dah. Tak kira apa yang orang lain nak buat, cinta mereka akan mengatasi segalo galonya.

Hospital/bilik Juana: Salvador sampai dan tengok katil dah kosong dan siap dikemaskan. Pengawal kat luar bilik Juana mai cakap ngn dia. Dia maklumkan Juana dah keluar bersama Mauricio dan dah dapat surat kebenaran doktor. Dia tanya la sama ada Juana dalam bahaya.. Salvador ngejek balik kata "Adakah dia dalam bahaya Inspektor? (sambil libas2 tangan dia -tensyen la tu)" Dia menjeling tajam kat pengawal tu membuat panggilan telefon.

Rumah De la Vega: Tania bukakan pintu untuk Pachecho yang sedang cakap lam telefon dengan Salvador. Dia bagitau Salvador yang Mauricio tak dak kat rumah. Carlotta tanya la apahal. Pacheco memperkenalkan dirinya dan nak tahan Mauricio.. mereka ada waran. Carlotta terkejut dan Pachecho citer lagi yang mereka menemui mayat Francisco Rojas di kawasan taman kat kabin makcik Eva. (Pachecho pon panggil "Tija Eva" - kira makcik eva jadi makcik semua orang dah heh)

Di luar: Mauricio dan Juana lam perjalanan ke lapangan terbang. Mauricio citer la dia dah dapatkan hotel berdekatan dengan hospital utk kemudahan mereka nanti. Kemudian makcik Eva telefon dan citer dengan ringkas polis cari dia sbb dia dituduh membunuh. Makcik eva suruh dia lari cepat. Mauricio citer la kat Juana apa yang makcik Eva cakap. Mauricio percaya yang itu angkara orang2 yang cuba bunuh depa. Juana tanya la ni nak buat apa? Mauricio kata "no seh, no seh".

Rumah De la Vega: Carlotta dah dimaklumkan yang Juana dah pergi bersama Mauricio. pachecho kata Mauricio akan terima hukuman sebab lari dari undang2. Carlotta lebih rela Mauricio ditahan polis daripada melarikan diri bersama Juana. Dia ada rancangan utk buat Mauricio balik. Dia bagitau Pachecho yang dia memiliki sesuatu yang penting dalam hidup Mauricio. Mauricio gerenti akan balik kalau mereka mengancamnya dengan menggunakan Rafael De la Vega. Pachecho tak sangka Carlotta akan menggunakan cara yang kotor itu.

Di luar: Mauricio memberhentikan kereta dia kat satu tempat. Dia risau kot2 nanti disebabkan dia keselamatan Juana dan anak mereka akan terancam. Mauricio terfikir nak patah balik dan tinggalkan Juana di rumah Perez dan kemudian pergi menyerah diri walaupun berat hatinya utk berjauhan dengan Juana. Juana pon tak sanggup berpisah dengan Juana dan suruh Mauricio meneruskan rancangan asal mereka.

Rumah De la Vega: Pachecho tak paham kenapa Carlotta sanggup memperalatkan anaknya dan membahasakannya seperti satu objek. Carlotta marah dan tanya balik "ni nak tangkap Mauricio ker takmo nih?" Pachecho kata nak tangkap la.. dia tu baru disyakki saja bukannya disabitkan kesalahan lagi. Kemudian TAnia bawak RAfael turun. Carlotta suh Rafel tangguhkan kerja sekolah dia dan suruh RAfael tipon Mauricio agar balik dengan segera. Dia sergah RAfael suruh cepat sikit! Pachecho tak suka dengan cara Carlotta melayan RAfael.

Positivo/bilik Mauricio: Armando tengah tunjukkan salah satu ruangan dalam majalah mereka pada Enriqueta. Dia tegur Enriqueta tu macam tak tumpukan perhatian kepada kerja.. atau mungkin Enriqueta dah tak pandai bergurau sejak tinggal dengan hipi tu. (masa ni manuel dah sampai - dia pun pakai baju merah macam Enriqueta, boria lak depa nih) Manuel suruh Armando jgn masuk campur urusan peribadi mereka.

Hospital: Azucena sampai dengan tercungap cungap bawak beg. Salvador tak sangka Azucena ada kat situ. Dia kata la Ana Maria bgtau Juana nak pergi dah jadi dia bawak la baju2 untuk Juana. Salvador dgn berat hati bagitau Juana dah meninggalkan hospital bersama Mauricio. Azucena terkilan..

Di luar: Mauricio dan Juana masih lagi dalam perjalanan. Juana mintak Mauricio jgn layan dia macam anak kecil. Kemudian telefon bunyi. Juana suruh angkat sbb tu mungkin Rafael. Rafael cakap dia tak buat salah, tapi mak dia nak hantar dia pi ke sekolah pemulihan.

Positivo/bilik Mauricio: Enriqueta mintak Manuel hormat tempat kerja dia. Manuel tanya la awat tadi keluar tak ucap selamt tinggal kat dia walaupun sekarang depa dah duduk bersama. Enriqueta tak sangka ni semua sebab perkara remeh macam tu. Manuel kata Enriqueta masih tak paham lagi apa yang dia cuba katakan, dia kata kalu dok bersama, depa mesti la cari peluang utk bersarapan bersama sebagai permulaan. Enriqueta kata mungkin pergaduhan mereka ni berpunca dari Manuel yang tak mempunyai pekerjaan.. terpakso dok rumah tak buat apa2.

Di luar: Mauricio memberhentikan keretanya. Dia kata panggilan Rafael pelik sungguh. MAuricio panik, Juana suruh dia bertenang dan akan bersama sama menanggung akibat perbuatan mereka. Dia dengan tenang suruh Mauricio berpatah balik utk mendapatkan Rafael. Mauricio kata dia cintakan Juana dan terus berpatah balik.

Hospital: Salvador bagitau Azucena yang polis sedang mencari Mauricio kerana dia dipercayai membunuh kawan baiknya. Azucena terkejut dan tertarik nafas dalam (cukup2 tiga saat). Dia tak percaya Mauricio pembunuh, dia lagi panik biler teringat Juana sekarang ada bersama Mauricio.

Positivo/bilik Mauricio: Manuel cuba pahamkan yang Enriqueta kata dia dok pi sana sini timbulkan masalah sbb tak bekerja. Enriqueta mintak maaf dengan kelancangan dia tadi. Manuel dengan nada menyindir kata dia menghargai kejujuran Enriqueta tadi. Enriqueta suruh Manuel bertenang dan mintak sambung perbualan ni bila dia pulang ke apartment nanti sbb hari ni dia baru amik alih tugas Mauricio, dia sibuk sangat. Manuel menyindir lagi mengatakan dia dah buat silap dan biadap sebab menghabiskan masa Enriqueta yang berharga.

Hospital: Azucena mintak kepastian Salvador tentang keupayaan Mauricio sbg seorang penjenayah. SAlvador tak dpt pastikan apa2. Salvador dpt panggilan dari Pachecho yang Mauricio sedang dalam perjalanan balik ke rumah.

Rumah De la Vega: Carlotta jerit2 suruh Rafael berenti menangis. Rafael menyesal dengan panggilan yang dia buat tadi. Dia takut Pachecho akan mencederakan Mauricio.. Pachecho cuba menerangkan keadaan tapi Carlotta jerit "Sudah, Sudah!" dia suruh Tania bawak Rafael naik atas dan tk bagi Rafael jumpa bapak dia. Carlotta mengesahkan pada Pachecho yang Mauricio akan sampai bila2 masa saja lagi. Dan harap Pachecho akan segera tangkap Mauricio sebelum dia lari dengan Juana.

Positivo: Brandy nampak Manuel dan tanya la apa hal. Brandy tengok jer dah tau Manuel tu macam ada masalah.

Positivo/bilik Enriqueta: David bercakap sendirian. Dia heran naper Brandy degil sangat, berbaloi ker Brandy bersikap caamtu. Dia rasa macam semua ni satu penipuan. Kemudian Enriqueta sampai nak bincang pasai artikel yang nak dihantar ke Miami. David macam tak dengar langsung hal tu sbb dia dok tengok muka Enriqueta dan perasan Enriqueta sedang memendam kemarahan. Dia suruh Enriqueta cerita. Enriqueta keberatan sbb tu hal peribadi.

Positivo: Manuel taknak citer apa sbb tu ada kaitan dengan hal peribadi dia ngn Enriqueta. Brandy kata dia paham sangat Enriqueta tu dan mungkin dia boleh tolong kalau manuel citer kat dia. Manuel pon stat la citer yang dia rasa sunyi walaupun tinggal sebumbung dengan Enriqueta. Dia sedar dia hanya penganggur manakala Enriqueta tu berpangkat besar. Brandy kata cinta tk mengenal semua tu. Brandy bagi contoh dia ngn David, walaupun dia tu berkerusi roda, Brandy akan rasa bahagia kalau dia dapat tinggal bersama David. Dia bagi semangat kat Manuel supaya jgn putus asa. Manuel cium tangan Brandy dan menghargai kata2nya.

Positivo/bilik Enriqueta: Enriqueta puji kerja David dan cadangan2 dia yang bernas. DAvid rasa macam Enriqueta saja buat semua tu utk beri semangat kat dia. Enriqueta kata dia ikhlas. Biler Enriqueta sebut 'ikhlas' David amik peluang tu utk tanya mengapa Enriqueta marah sangat ni.

Rumah Perez/ruang tamu: Ana Maria dok kemas semua kain baju Juana, Nicolas tanya la Juana tu sakit teruk sangat ka sampai nak angkut semua kain baju dia gi spital. Kemudian Azucena balik dengan muka bimbang. Dia citer yang Mauricio sedang diburu polis dan sekarang Juana ada bersama Mauricio.

Pejabat Rogelio: Camacho menceritakan apa jadi selepas dia meninggalkan surat layang di rumah mak Francisco. Rogelio tak sabar nak tau apa yang terjadi seterusnya. Camacho kata sekarang ni semuanya dah sejernih air dan sebulat bola golf biler polis menemui 'pokok' yang dia tanam kat kebun di belakang kabin makcik Eva.

Apartmen Rogelio: Desiree tengah cakap tipon ngn Armando. Armando tak tau citer sangat. Desiree tanya la Enriqueta tak cakap apa2 ka. Kemudian dia pesan suruh Armando telefon dia kalau ada sebarang perkembangan. Kemudian Desiree keluar.

Pejabat Rogelio: Rogelio dan Camacho minum ucap selamat. Rogelio mengaku tanpa Camacho semua tu takkan berjaya dan dia amat berterima kasih pada Camacho. Rogelio risau jugak kot2 nanti Mauricio akan dibebaskan kerana tak cukup bukti. Camacho kata jgn bimbang, dia akan pastikan polis akan menerima bukti2 yang kukuh utk menjadikan Mauricio org yang bersalah. Rogelio suruh pastikan yang Camacho akan terus meracuni pemikiran Elvira Rojas. Rogelio hanya akan muncul pada saat2 terakhir utk memburukkan keadaan dan menghancurkan Mauricio. Biler semua tamat nanti, mereka berdua akan bertepuk tangan kegembiraan.

Rumah De la Vega: Juana dan Mauricio dah sampai dan disambut oleh Carlotta dengan ucapan "Caramba! tengok la sapa yang dah sampai ke rumah aku."

Akan bersambung pada 14 ogos 2003, Khamis

sure fine whatever

Posted on Aug 17, 2003, 9:41 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1