Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 127 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
JLV (Ep127, Isnin 12 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu

Carlotta dibebaskan kerana keterangan mengejut yg diberikan oleh Desiree.. Juana akhirnya setuju mengikut Mauricio demi keselamatan mereka.. Manuel dapat restu Azucena utk menurut kata hatinya dan pergi bersama Enriqueta.. Emak Francisco berdepan dgn makcik Eva dan tuduh dia tu bersubahat dengan Mauricio utk mencuri duit Francisco.. Salvador jumpa tulang2 manusia kat taman di belakang kabin Makcik Eva.

****************
Desiree kata dia nak bagi satu keterangan.. Salvador dan Pachecho terkejut.. keliru.. Rogelio, Amparito dan Carlotta tak heran pulak tengok Desiree mai.. Desiree tengok gambar sensasi tu dan kata dia ada bersama Carlotta semasa gambar tu diambil dan tau apa urusan Carlotta dengan lelaki dlm gambar tu.. dia kata depa tengah pi jalan2 makan angin dan Carlotta diugut oleh orang jahat tu.. Carlotta rasa sungguh lega.

Hospital/Koridor: Enriqueta berbincang tentang hubungan dia dengan Manuel. Dia berharap yang Manuel berani buat komitmen. Dia berpendapat rumah dia tu bukan hotel kuar masuk, macam Manuel buat kat kehidupan dia, sat mau sat tak mau. Dia nak Manuel buat keputusan sendiri. Manuel kata dia nak mengutamakan keluarganya dan Juana. Dia akhirnya kata jgn tunggu dia lagi dan lepas ni dia boleh tidur dengan aman, Enriqueta kemudian meninggalkan dia tanpa berkata apa2.

Balai polis: Salvador kecewa dengan keterangan Desiree manakala Rogelio gembira sbb semua dah selesai. Rogelio dan Amparito diberi kebenaran utk pergi walaupun Pachecho masih rasa perlu buat soal siasat lagi.

Positivo: Mauricio berjumpa dengan mak Francis.. dia tu tak mesra dengan Mauricio.. Dia kata dia tak paham dengan sikap Mauricio dan dia tak nak ada sebarang kaitan dengan pembunuh seperti Mauricio. Mauricio terkejut mendengarkan kata2 perempuan tu.

Di luar Balai polis: Carlotta mengucapkan terima kasih pada Desiree sbb menyelamat kan dia.. Dia dah buktikan kejujuran dia terhadap persahabatan mereka. Apa yang Carlotta tak paham, macam mana buleh ada gambar dia bersama penjahat2 tu. Desiree kata mungkin penjahat tu nak gunakan gambar tu utk mengugut dia. Amparito berjalan ke arah Rogelio dan kata dia tak suka tengok Carlotta dekat dengan Desiree. Rogelio mendekati Camacho dan tanya sama ada dia dah bagi duit kat doktor tadi tu. Camacho kata dah. Dia kemudian suruh Camacho teruskan rancangan mereka utk Mauricio.. Amparito dan Rogelio nak balik tapi Carlotta tak nak ikut, dia kata dia nak pi tempat lain dulu. Amparito risau.

Positivo: Mauricio keliru.. kenapa pulak mak Francisco tuduh dia pembunuh. Mak Francisco kata Mauricio bertanggung jawab atas kehilangan anak diaa. Dia mula cakap kuat dan mengeluarkan kata2 kasar. Dia kemudian menolak Mauricio dan beberapa staff lain yang dok curi2 dengar dari tadi terus pi menyelamatkan keadaan supaya tak melarat.. depa cupa jauhkan Mak Francisco dengan Mauricio supaya tak berlaku kekecohan. Sebelum mak Francisco pergi, dia kata dia akan buktikan kata2 dia tadi benar.

Hospital/bilik Juana: Azucena bawak Nicolas pi melawat Juana. Juana gembira dpt jumpa Nicolas. Manuel cadangkan Juana pi membeli baju2 bayi biler dia dah sihat nanti. Dia tiba2 teringat rancangan dia dengan Mauricio.

POsitivo/bilik Mauricio: Mauricio bincang dengan Enriqueta dan Armando yang dia akan pergi dan nak mereka berdua amik alih syarikat semasa ketiadaan dia. Dia beri kebenaran kepada Enriqueta utk amik tempat dia sebagai bos kat situ manakala David akan mengambil alih tempat Enriqueta utk merangsangkan keyakinan David. Dia kata keadaan sekarang tak tentu arah lagi dan sukar kerana polis masih menyiasat kes Juana, manakala Carlotta pulak kene tahan semasa di rumah. Enriqueta dan Armando terkejut. Semasa depa sedang bercakap, Carlotta masuk sambil tersenyum pada Mauricio. Mauricio terkejut biler nampak Carlotta.

Hospital/bilik Juana: David melawat Juana.. Ana Maria secara tak sengaja terbagi tau tentang kejadian cubaan membunuh Juana. Juana marah sbb mak dia bagi DAvid risau. Ana Maria tuduh Carlotta ada kaitan. Juana menjeling tajam ke arah mak dia dan suruh mak dia jgn cakap apa2 dah.. Ana Maria keluar tinggalkan mereka berdua. David sedih yang Juana dah mulia rahsiakan perkara2 dari dia. Dia tau Juana akan terus dalam bahaya kalau teruskan hubungan dengan Mauricio.

Positivo/bilik Mauricio: Carlotta terkejut tengok semua orang dok ushar kat dia macam la dia pelik sangat. Mauricio kata depa tengah berbincang nih.. Carlotta pi halau depa semua kuar dan kata mesyuarat dah tamat dan sekarang dia nak cakap dengan suami dia. Selepas Armando dan Enriqueta pergi.. dia senyum dan mendekati Mauricio seolah olah tak dak apa yang telah berlaku.

Di luar: Camacho cepat baling satu sampul surat ke perkarangan rumah mak Francisco lalu membunyikan loceng pintu. Dia cepat2 blah dari situ dan nyorok belakang pokok palma. Orang gaji kuar dan amik sampul tu, tak lama pastu mak Francisco pi dekat dia tanya apa tu. Dia tertanya tanya sapa la hantar sampul tu kat dia. Camacho gelak mengekek dan kata selamat tinggal Mauricio.

Positivo/bilik Mauricio: Mauricio bgtau dia yang perkahwinan mereka dah berakhir terutamanya selepas apa yang dia dah buat. Carlotta mempertahankan haknya dan menidakkan semua tuduhan yang diletakkan ke atasnya. Mauricio kata kalau depa tunjukkan Carlotta sebagai Mother Theresa dari Calcutta pun dia takkan percaya. Carlotta kata Desiree dah bagi keterangan yang telah memboleh kan dia dibebaskan. Dia kata orang jahat tu mengugut dia dan dia terpaksa bayar duit kepada mereka itu.

Di luar: Mak Francisco baca surat yg menyatakan penulis tu nampak apa yang dah jadi pada anaknya dan dia berada di kabin De la Vega.

Positivo/bilik Armando: Desiree tanya Armando tentang pemergian Mauricio. Armando citer serba sedikit apa yang dah jadi. Desiree senyum sendirian memikirkan yang bila dia bantu Carlotta, Rogelio takkan kacau dia dah.

Positivo/bilik Mauricio: Mauricio memberitahu Carlotta yang dia akan dapatkan hak penjagaan ke atas Rafael dan akan ceraikan Carlotta selepas itu. Carlota marah2 dan taknak Mauricio buat macam tu. MAuricio kata antara depa dah tak dak apa2. Carlotta memandang Mauricio, tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Hospital/bilik Juana: Juana akhirnya bagitau David yang dia takkan menyusahkan David lagi. Dia kata dia akan pergi jauh bersama Mauricio.. Dia akan pergi sampai dia beranak saja. David mengeluh dan memegang tangan Juana.. dia rasa sedih tapi bagitau Juana yang tindakan Mauricion i bagus, tindakan yang betul dan bertanggungjawab. MAuricio dah buat keputusan yang terbaik. Dia nak Juana tahu yang biler Juana dah tua nanti, hidup sendirian dan jika dia masih hidup, cintanya pada Juana akan masih sekuat sekarang ni. Juana terdiam.

Positivo/bilik Mauricio: Carlotta boleh buat tak paham dengan apa yang Mauricio dah citer pong pang pong pang dari tadi, dia tak sangka Carlotta serius nak tinggalkan dia. Carlotta kata kalau la Juana tak mengandungkan anak Mauricio, Mauricio takkan jatuh cinta dengan perempuan yang macam tu. Mauricio kata cintanya pada Juana mengatasi segalanya dan dia tak dapat hidup tanpa Juana. Mata CArlotta mula bergenang air mata dan dia bersumpah yang Mauricio akan menyesal seumur hidup.

Hospital/koridor: Enriqueta menegur Ana Maria yang tengah dok makan. Dia nak gi cari David dan Ana Maria bgtau dia David ada lam bilik Juana.

Positivo/bilik Mauricio: Desiree bagitau Mauricio yang dia tak tolong Carlotta, dia buat camtu sbb taknak Rogelio ganggu dan bunuh dia.. Dia kata dia nampak Carlotta beri duit tu kepada penjahat yg dalam gambar tu.. dia nak Mauricio tau Carlotta yang sebenar.. Mauricio berterima kasih pada nya dan kata dia buang masa jer kat situ dan dia terpaksa pergi. Dia kemudiannya meninggalkan Desiree kat pejabat.

Rumah Perez/dapur: Azucena menasihatkan Manuel tentang hubungannya dengan Enriqueta. Dia nak Manuel belajar utk hidup dan cuba paham cara utk bertolak ansur sesama sendiri. Manuel menghargai nasihat ibunya yg ikhlas. Sebelum dia ragu2 dengan keputusan dia utk hidup bersama Enriqueta.

Hospital/bilik Juana: Enriqueta berjumpa Juana dan David. Dia besembang dengan Juana dan merayu agar David balik bekerja kat Positivo dengan segera.. David macam tak berminat.

Kabin Makcik Eva: Makcik Eva dok kat ruang tamu biler pintu rumahnya diketuk beberapa kali. Mak Francisco masuk terus bersama Salvador dan beberapa orang pembantu.. Makcik Eva terkejut biler mak Francisco tuduh dia menculik anak lelakinya dan bersubahat bersama Mauricio utk mendapatkan duit Francisco. Makcik Eva menolak tuduhan itu.

Rumah De la Vega/ruang tamu: Mauricio bercakap dengan Rafael tentang perkahwinan yang yang bakal tamat.. Rafael gembira sbb dia akan dapat adik tak lama lagi biler mauricio citer Juana tu mengandungkan anaknya. MAuricio cuba pahamkan Rafael kenapa dia akan pergi tanpa membawanya bersama.. dia akan tinggalkan Rafael buat sementara waktu saja.. dia percaya Rafael akan tunggu kepulangannya dengan sabar. Rafael memeluk Mauricio dan tau mauricio takkan menipu dia.

Kabin Makcik Eva: Depa tunjukkan waran geledah kat Makcik Eva utk menggeldah seluruh kabin dan kawasan sekitarnya. Makcik Eva nak telefon Mauricio tapi polis tak bagi.

Positivo: Semua staff mengalu alukan kedatangan David.. David macam kurang gembira dan cuba menyembunyikannya.. Brandy cuba menggembirakan David tapi David mengatakan sesuatu yang menyedihkan Brandy.

Hospital/bilik Juana: Doktor tolong Juana berjalan sekitar biliknya. Ana Maria masuk dan tanya naper jalan2.. Juana kelihatan nak buat sesuatu dengan cepat..

Positivo: Semua orang berkumpul dekat dengan Enriqueta. Enriqueta membuat pengumuman yang David akan amik alih tugasnya semasa ketiadaan Mauricio.. DAvid terus tersenyum.. DEsiree tak gembira langsung dengan berita tu.

Kabin Makcik Eva: Salvador dan pembantunya berbincang utk memeriksa bahagian kebun dengan teliti utk cari petunjuk bagi mencari Francisco.

Hospital/bilik Juana: Ana Maria dok tunggu jawapan Juana biler Mauricio tiba dan bagitau yang dia dan Juana akan meninggalkan bandar tu demi keselamatan mereka.. Ana Maria terkejut dengan kata2 Mauricio.

Kabin Makcik Eva/kebun: Beberapa pegawai polis kelihatan sedang mengorek kat taman makcik Eva.. manakala Salvador dok terfikirkan tentang Mauricio.

Hospital/bilik Juana: Juana menerangkan pada Ana Maria yang mereka akan pergi jauh sampai la Juana melahirkan anaknya nanti. Mauricio tak bagi tau depa nak pi mana sbb takut ada risikonya. Juana habaq kat mak dia yang dia akan dapat anak pompuan.

Positivo: Staff semua gembira utk David dan David mengucapkan terimakasih atas sokong moral yang diberikan oleh mereka semua.. terutamanya Enriqueta dan Mauricio.

Rumah perez/ruang tamu: Manuel mendekati Azucena sambil membawa 2 beg. Dia dah buat keputusan utk pindah dan Azucena gembira dengan keputusannya itu. Keadaan agak emosi sikit dan mereka saling berpelukan.. Manuel mengucapkan terimakasih pada ibunya kerana memahami keadaannya itu.. Azucena sanggup melepaskan Manuel pergi dan suruh dia berjuang utk mendapatkan kebahagiaan. Lepas Manuel blah, Azucena rasa sedih dan menitiskan air mata.

Kabin Makcik Eva/kebun: Polis menjumpai sesuatu yang pelik dan membuat andaian itu adalah tulang temulang manusia. Salvador suruh mereka teruskan mengorek.

Apartment Rogelio: Desiree bgtau Rogelio yg dia nampak Carlotta bagi duit pada pembunuh tu.. Rogelio tau Desiree lah orangnya yang pujuk anak dia supaya buat perkara jahat. Desiree kata memandangkan dia dah bantu bebaskan Carlotta, dia nak Rogelio pulak buat sesuatu untuknya.. bebaskan abangnya dari penjara dan biarkan keluarganya hidup selesa.

Di luar kabin Makcik Eva: Pihak polis dah jumpa guni yang mengandungi tulang2 Francisco yang dah mula berbau busuk. Salvador suh depa boh semua sekali dengan guni tu masuk lam plastik hitam dan hantar ke bahagian forensik utk dikaji.. Salvador kata abih la Mauricio, masalah besar kali ni..

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari Rabu 13 Ogos 2003

Posted on Aug 17, 2003, 9:39 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1