| JLV
(Ep125, Jumaat 8 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu
Salvador hilang arah biler 2 penjahat dijumpai mati dalam lokap. Ana
Maria akhirnya menerima Mauricio dalam hidup anak nya.. Carlotta bertekad
utk membunuh Juana dengan tangannya sendiri.
*******************
Dalam lokap: Pembantu pembunuh upahan tu mencadangkan agar mereka beritahu
pihak polis segala yang mereka tahu dengan mengganggap depa akan
dibebaskan selepas itu. Pembunuh upahan tu memandang jer kawan dia tu.
Rumah De la Vega: Rafael duduk atas ribaan Mauricio. Mauricio meyakinkan
Rafael yang dia takkan tinggalkan RAfael walaupun perkahwinannya dengan Carlotta
akan berakhir.
Ruang tamu: Carlotta masih marah2, menjerit dan meraung menyuarakan rasa
tak puas hati dia terhadap Juana di hadapan orang gaji dia, Tania dan
jururawat. Carlotta menolak dan melempar ubat ubatannya biler jururawat tu
menghampirinya. Dia benci tengok depa semua tu dan cepat2 beredar. Tak
lama lepas tu, RAfael dan Mauricio keluar dari bilik. Tania bagi tau yang
Carlotta baru saja pergi dengan marah2.
Positivo/bilik Desiree: desiree ada bersama Salvador membincangkan tentang
suaminya. Sudah lama dia tak dapat khabar berita dari suaminya dan dia
mengaku yang hubungan mereka tak lah elok sangat sebab dia syak suami dia
ada hubungan dengan perempuan lain. Francisco Rojas meninggalkan dia tanpa
sesen pun dan dia terpaksa bertungkus lumus seorang diri utk meneruskan
hidup. Dia kemudian menyatakan rasa kesian dan simpati terhadap perkara
yang menimpa Juana. Dia menambah yang kejadian tu menjadikan Carlotta
tertekan kerana Mauricio meninggalkan dia utk bersama dengan Juana.
Hospital/bilik Juana: Ana Maria menolong Juana meletakkan kepalanya kat
bantal. Dia bagitau yang Salvador dah arahkan sorang pegawai polis
mengawal bilik Juana di luar. Juana memuji Salvador dan rugilah sebab mak
dia tak cintakan Salvador. Ana maria setuju dan kata la ni dia dah
terlambat utk berbuat demikian.
Apartment David: Masih di kerusi rodanya, David melayan Brandy. Dia nak
Brandy balik sbb dia dah biasa dok sorang2. Brandy kata dia nak teman
David sampai mak dia balik. Brandy gembira biler David puji dia kerana
bersikap dominan dan tak mudah menyerah kalah. David senyum lebar kat
Brandy.
Positivo/bilik Desiree: Dengan tisu di tangan, Desiree menyapu permukaan
sampul surat dengan berhati hati utk menghilangkan kesan2 cap jari. Rene
masuk, memakai sarung tangan dan menunggu arahan dari Desiree. Desiree
bagi sampul surat tu kat Rene bersama nota yang mengandungi alamat pejabat
Salvador. Rene kene hantar sendiri dan mesti pastikan tak dak sapa yang
nampak dia masa dia kat situ. Desiree menyebut nama penuh Salvador
beberapa kali utk memastikan Rene ingat.
Malam tiba...
Rumah De la Vega: Makcik Eva dan Mauricio sedang berbincang tentang
perkahwinannya yang gagal dan perasaan nya terhadap Juana. Makcik Eva kata,
terukla sbb Carlotta tak dapat terima hakikat. MAuricio perlu meyakinkan
Carlotta supaya jgn ambil Rafael sebagai perlindungan utk dirinya sendiri.
Makcik Eva mengangguk dan tak percaya dgn apa yg dia dengar.
Balai polis: Rene masuk ke bilik Salvador dengan berhati hati. Dia kuarkan
sampul surat tu dan melemparkannya ke meja salvador lalu cepat2
meninggalkan tempat tu.
HOspital/di bilik air: Carlotta pakai baju seragam jururawat utk menyamar..
Dia melihat ke dalam cermin dan dengan bangganya berkata dia akan jadi
jururawat terbaik utk Juana. Dia kemudian mengemas kan rambutnya.
Rumah Amparito: Humberto ada bersama ibunya yang dok mengomel tentang anak
dia yang merisaukan dia tu, si Carlotta la , dia tak tau anak dia tu pi
mana. Humberto kata kakak dia tu ada masalah yang serius; penyakitnya dah
makin teruk dah. Depa bertengkar dan Amparito kemudian kata langkah mayat
dia dulu kalau nak bagitau Mauricio, anak menantu yang tak mengenang budi.
Hospital/dalam bilik air: Carlotta memakai kasut putih yang agak besar utk
saiz kaki dia, tapi dia tak kisah.. dia sambung mengemas ngemaskan
rambutnya dan mengata kat Juana.. Dua jururawat masuk dan dia kata dia
jururawat baru dan memperkenalkan nama dia sebagai Desiree Rojas. Dia
kemudian cepat2 meninggalkan bilik air tu.
Rumah Amparito/ruang tamu: Rogelio marah bini dia sebab tak jaga anak depa
dengan baik. Alfredo mencadangkan agar depa fikir betul2 kat mana la
Carlotta akan pi dalam keadaan yang macam nih. Amparito tak dapat duduk
dia dan dok pot pet pot pet tak berhenti henti.
Hospital/bilik Juana: Kat katilnya, Juana tengah makan makanan yang diberi
oleh Petricia. Ana Maria yakin yang bukan Petricia yang masak tu.. dia dok
gelak sakan seronok mengejek ngejek kekurangan Petricia. Juana gelak jugak
dan kata mak dia kata camtu sebab cemburu la tu. Ana maria kata mana ada.
Dia kata dia nak kuar sat nak cari jus utk menghilangkan dahaganya. Juana
pesan susu kocak perisa coklat. Lepas mak dia blah, Juana periksa dahinya
dan sambung makan.
Hospital/kaunter jururawat: Carlotta mencari cari fail Juana. Pada masa
yang sama, jururawat yang dia jumpa kat bilik air tadi perasan Carlotta
tok cari sesuatu dan tanya sama ada Carlotta dah pi ke bilik 752.. Lepas
jururawat tu blah, Carlotta terus sambung cari fail tu dan akhirnya jumpa
la fail Juana yang menyatakan nombor biliknya.
Balai polis: Salvador masuk ke bilik nya, dia duduk kat kerusi sambil
mengeliat sikit utk melegakan otot2nya yang dah tegang. Dia terfikir
sendiri dan berharap dia dapat cari bukti yang kukuh.
Rumah Rogelio: Alfredo tanya Rogelio kenapa risaukan Carlotta. Rogelio
kata Carlotta tu gila dah dan dah hilang pertimbangan berikutan dengan
masalah rumahtangganya. Rogelio citer la yang Carlotta ada rancangan jahat.
Rogelio terkejut biler Alfredo bagitau dia yang Carlotta penah bawak
pistol ke pejabat Positivo dan nak bunuh Juana. Alfredo ingat masa tu
CArlotta cuma nak menakut nakutkan Juana saja. Rogelio kat alfredo sama
gila maca Carlotta. Kalau dia bagitau Rogelio awal2 tentu dia leh buat
sesuatu.. Alfredo kata depa mesti menghalang Carlotta yang tentunya takkan
teragak agak utk cuba membunuh Juana utk kali ke tiga.
Hospital/di luar bilik Juana: Carlotta mengucap selamat pada pegawai polis
yang mengawal bilik Juana. Dia gementar biler polis tu mintak nak tengok
kad pengenalan diri kalau nak masuk.
Balai Polis/bilik Salvador: Salvador cakap dengan sorang lelaki nih
tentang kes terbaru. Setakat ni, Mauricio adalah orang utama yang disyakki
sbb dia berhutang besar dengan Francisco Rojas. Mauricio juga berkaitan
dengan kes Juana. Salvador tanya berita terkini tentang 2 penjahat yang
depa dah tangkap.
Hospital/di luar bilik Juana: Carlotta diberi kebenaran utk masuk tetapi
membatalkan hasratnya biler dia dengar Padri Jose sedang bercakap dengan
sorang doktor.
Balai polis/bilik Salvador: Selepas orang tu blah, dia duduk dan ternampak
sampul perang kat mejanya. Dia heran sebab tak dak nama dan alamat
tertulis atasnya. Dia cepat membuka sampul surat tu dan terkejut tengok
ada beberapa keping gambar Carlotta yang jelas sedang memberi wang kepada
sorang lelaki.
Hospital/bilik Juana: Paderi Jose mengucap selamat pada Juana sementara
sorang doktor ada di sebelahnya. Paderi Jose memuji Juana yang sentiasa
baik dan mengajar anak2 muridnya bermain bola sepak. Doktor tu
menasihatkan Juana supaya jangan banyak bergerak dan jangan turun dari
katil. Dia mintak diri dulu dan tinggalkan mereka berdua. Paderi Jose
duduk di sebelah Juana dan nak tau sejak bila hidupnya menjadi begini
rumit. Juana menunjukkan kan reaksi yang dia sendiri tak tahu sejak bila.
Di luar/kaunter Jururawat: Carlotta dah resah, dok jalan pi jalan mai
sebab Paderi Jose dah mengganggu misi pentingnya. Carlotta dipaksa
mengikut sorang jururawat lelaki yang memerlukan dia utk satu kes
kecemasan.
Hospital/bilik Juana: Juana nak Paderi Jose memaafkan dia sebab
kebelakangan ni dia dah lama tak berhubung dengan Tuhan dan menganggap
mungkin talian dah rosak. Paderi Jose suruh Juana berhati hati biler
bercakap tentang Tuhan (adegan dipotong semasa Paderi Jose menerangkan
dengan lebih lanjut tentang Tuhan). Dia nak tau sapa la yang mungkin nak
Juana cedera.
Bilik pesakit: Sorang doktor sedang memberi bantuan kecemasan kepada
sorang pesakit. Carlotta berdiri saja di sebelah melihat aksi doktor tu.
Dia takut.. dia cepat2 pergi dari situ biler doktor dan jururawat lelaki
tu suruh dia berikan dos suntikan untuk lelaki tu sebab dia tak tau apa2.
Bilik Juana: Paderi Jose menyoal siasat Juana tentang hubungannya dengan
Mauricio. Mauricio tiba2 muncul sambil tersenyum pada Juana sementara
Paderi Jose pusing tengok sapa la yang mai.
apartment Rogelio: Desiree benarkan Rene masuk dan bagitau yang dia dah
buat seperti apa yang Desiree suruh. Desiree bagi sejumlah wang pada Renee
tapi dia menolak. Dia kata simpan saja, lebih baik pi melawat mak dia yang
sedang merinduinya. Desiree heran dengan sikap Rene. Dia kata dia tak
penah jumpa orang yang sebaik Rene. Muka Rene merah padam. Desiree senyum
tengok REne tu.
Balai polis/bilik lokap: Camacho cakap dengan salah sorang warden kat situ
dan memberikannya satu sampul.. Warden tu mengambil sampul tu tanpa banyak
soal dan berikan satu set kunci lokap kepada Camacho.. Dia bagitau arah
yang sepatutnya dituju iaitu ke sel Otelo dan rakan sejenayahnya. WArden
tu suruh Camacho jgn risau dan dia buleh buat apa saja yang dia nak, buat
macam rumah sendiri. Warden tu senyum dengan memegang wang yang banyak.
Hospital/bilik Juana: Mauricio duduk di sebelah Juana dan menerangkan
dengan terperinci kepada Paderi Jose. Paderi Jose tak dapat terima
penerangan tu. Mauricio mempertahankan Juana. Dia takkan tinggalkan Juana
walaupun seketika.
Balai polis/bilik Salvador: Salvador tunjukkan gambar2 tu kepada Pachecho..
dia tanya gambar tu dari sapa.. Depa dua2 keliru dengan apa yang sedang
depa lihat.. Carlotta sekarang berada dalam senarai orang yang paling
disyakki.
Apartment Rogelio: Desiree tanya Rene naper dia baik sangat dan sentiasa
tolong mak dia.. dia kagum dengan sikap baik hati Rene. Rene kata mungkin
dia sayangkan orang tua tu, kesian dengan dia tu yang tinggal sorang diri
dan tak dapat mempertahankan diri sendiri. Rene kata dia dilahirkan utk
jadi lelaki budiman. Dia nak tau sama ada benda yang dia baru tolong tadi
akan menjerumuskan dia ke dalam masalah. Desiree rasa bersalah.
Balai polis/bilik Salvador: Pachecho tengok gambar2 tu dengan lebih dekat,
dia perasan yang Carlotta bersama dengan 2 penjahat yang depa dah tangkap.
Selepas mengesahkan melalui panggilan telefon, Salvador dan Pachecho pergi
ke tempat lokap.
Hospital/bilik Juana: Paderi Jose kata dia akan berdoa agar mereka semua
diberi petunjuk. Dia tinggalkan mereka berdua. Mauricio dan Juana masing2
cuba menenangkan satu sama lain.
Rumah Perez: Manuel bercakap di telefon dengan Enriqueta.. dia kat adia
terpaksa amik Azucena balik. Enriqueta pesan kat dia jgn lupa bagitau
berita terbaru.. Depa mengucapkan selamat tingga. (Enriqueta mengeluh
panjang; dia takut kali ni Manuel akan betul2 menjauhkan diri darinya)
Manuel kata dia menyesal dengan tindakannya meninggalkan rumah.
Di luar hospital: Paderi Jose dan Ana Maria duduk di satu meja bersembang
tentang Juana-mauricio, dia kata CArlotta tu banyak menderma utk gereja.
Ana Maria kata sendirian yang dia takkan menghalang Mauricio dari
menyintai Juana sekiranya Mauricio ikhlas dengan Juana.
Hospital/bilik Juana: Juana dan Mauricio berbaring atas katil bersama
sama.. Dia kata kalau bukan kerana Mauricio.. mustahil baginya utk
berdepan dengan Paderi Jose. Mauricio mencium hidung Juana dan dahinya
dengan penuh kasih sayang.. Juana kata Mauricio satu satunya yang dia
ingat biler diberitahu kemungkinan dia akan kehilangan anaknya. Mauricio
kata dia tak nak hidup dalam penipuan dah. Dia suruh Juana tidur dan jgn
banyak tanya dah.
Di luar: Paderi Jose kata kat ana Maria yang dia rasa cinta Juana-Mauricio
terkecuali dari semua peraturan gerejanya.
Bilik Juana: Juana sedang tidur lena di sebelah Mauricio semasa telefonnya
berbunyi. Dia pelan2 meninggalkan bilik juana utk menjawab panggilan tu..
Di luar, pegawai polis tu terpaksa gi tandas. Carlotta mengendap ngendap
dari bilik sebelah dan biler nampak Mauricio dah pegi dari situ, dia
cepat2 masuk lam bilik Juana. Carlotta tengok Juana yang sedang tidur
dengan aman, kemarahan dia membuak kembali. Mauricio berkira kira sama ada
nak masuk atau tidak lam bilik Juana sebab dia takut kot2 nanti tipon dia
bunyi lagi. Dia heran dengan panggilan tu sbb tak der orang jawab dan
tiada nombor yang muncul pada screen telefon dia (tipon cap apa nih?). Dia
buat keputusan utk tunggu sebentar di luar.
Rumah Amparito: Dengan muka itik hitam, Camacho mendekati Rogelio dan
memberitahunya yang dia dah bunuh Otelo dan kawannya. Carlotta akan tidur
dengan aman sebab tak ada saksi dah dan tak dak siapa akan dipersalahkan.
Rogelio dan pemandunya tu tersenyum.
Balai polis/lokap: Salvador dan Pachecho pergi tengok 2 penjahat tu tapi
kedua dua mereka dah mati. Pachecho mengesahkan yang penjahat2 tu adalah
sama dengan penjahat2 dalam gambar. Salvador masih hilang petunjuk
seterusnya.
Hospital/bilik Juana: Carlotta perlahan lahan merapati Juana dengan bantal
dalam tangannya lalu menekap bantal itu ke muka Juana. Tangan Juana
terangkat menunjukkan dia terkejut.
Di luar bilik Juana: Ana Maria dan Mauricio bercakap dari hati ke hati.
Ana Maria mengaku yang akhirnya dia menerima Mauricio dalam hidup anaknya.
MAuricio senyum. Ana Maria kata dia cemburu dengan hubungan istimewa
antara Mauricio dan Juana.
Dalam bilik Juana: Carlotta menekan bantal itu, tak nak lepaskan sementara
tangan Juana menggelupur kuat utk cuba bernafas. Tangan Juana tiba2
terkulai..
‘sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime
que hacer si no estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada Isini 11 ogos 2003
Posted on Aug 11, 2003, 10:24 AM |