Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 124 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
JLV (Ep124, Khamis 7 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu

Carlotta dah mula terdesak.. Mauricio makin selesa dengan kebebasannya dan Desiree melaksanakan plan B dia utk menjadikan hidup Carlotta lebih teruk setelah rancangn menghapuskan Juana gagal.

*****************

Positivo: Armando masuk dan perasan yang Desiree dan Carlotta tengah bertekak tentang sesuatu. Carlotta bgtau dia yang dia harapkan sangat2 yang Juana akan mati dan lenyap dari hidup dia. Sebelum pi, Carlotta tak perasan yang rantai tangan dia tercicir. Desiree ternampak rantai tangan tu dan dengan perlahan menolak rantai itu ke tepi dengan menggunakan kakinya.

Hospital: David mengaku pada Juana yang dia tak bermaksud nak pisahkan Mauricio dan Juana. David takut sekiranya Juana terus mendekati Mauricio, dia mungkin akan diselubungi ketakutan. Dia harap Juana cuba jauhkan diri dari Mauricio. Makcik Eva masuk bersama Mauricio dan David terus terdiam.

Positivo/bilik Enriqueta: Carlotta bersembang dengan Enriqueta. Dia meluahkan segala perasaan marah dan dendamnya terhadap Juana. Dia rasa perlu sangat2 utk meluahkan semuanya dari dalam jiwanya. Enriqueta terkejut sbb Carlotta berani depan2 mengaku yang dia berharap Juana dan anak dalam kandungannya mati. Dia bencikan Juana dan kandungannya sangat2. Enriqueta bangun dan nak gi amik air utk Carlotta.. dalam hatinya dia terfikir utk mendapatkan Alfredo dan Humberto utk menenangkan Carlotta yang kelihatan tak terkawal tu.

Bilik ARmando: Desiree mula meracuni fikiran Armando dengan mengatakan Carlotta tu macam terlibat jer dengan kejadian yang menimpa Juana.

Bilik Enriqueta: Carlotta dapat teka yang Enriqueta dah panggil Humberto dan Alfredo. Depa tu risau betul sebab Carlotta belum sembuh sepenuhnya lagi. Carlotta menyatakan yang dia sihat2 ajer. Mauricio la yang tak betul sbb sanggup meninggalkan dia dan Rafael kat Pulau tu semata mata kerana nak segera bersama Juana. Alfredo memberi amaran kepada Carlotta supaya jangan membuat ugutan begitu terhadap Juana kerana itu akan menunjukkan dia sebagai orang yang disyakki. Carlotta tetap nak gi jumpa Juana dan pergi dari bilik tu dengan perasaan marah yang membara. Depa dua tu tak dapat nak menghalang Carlotta sebab darah keturunan Vivas dan Restrepo mengalir pekat dalam tubuhnya.

Hospital/Corridor: Mauricio berdepan dengan David sbb David mencadangkan supaya dia menjauhi Juana buat sementara waktu sehinggalah keadaan kembali selamat seperti biasa. DAvid kata nampak sangat ada orang yang tak suka Juana bersama Mauricio. David kata, kalau la dia berada di tempat Mauricio, dia akan lakukan perkara yg sama. Mauricio tak kata apa2.

Hospita/koridor: Salvador bgtau Ana Maria yang dia tak ada kuasa utk mengawasi Juana di hospital. Ana Maria menyindir Salvador sbb tak sensitif langsung dengan kejadian tu. Sebelum pergi, dia mengucapkan terima kasih kepada Salvador kerana dah buat apa yang terdaya utk membantu.

Positivo/bilik Armando: Enriqueta dan Armando bersembang tentang kerisauan mereka terhadap Carlotta yang bersikap pelik dan mengamuk tak tentu pasal sambil mengharapkan Juana dan anaknya mati.

Hospital/koridor: Mauricio mempertahankan haknya utk bersama Juana dan melindungi dia sedaya mungkin. Dia tak leh tinggalkan Juana lagi.. bukan dalam saat2 genting seperti ini.. Dia nak David percaya pada janjinya nih.

bilik Juana: Juana tanya Brandy naper dok jauh2. Brandy kata dia rasa bersalah dan takut perasaan cemburu dia sebelum ni yang pernah mengharapkan Juana ditimpa sesuatu yang buruk telah menjadi kenyataan. Mereka berdua saling berpelukan.

Koridor: Mauricio masih lagi bersembang dengan David dan tak perasan Carlotta sedang menuju ke arahnya. Mauricio bagitau David yang kalau ada orang nak mencederakan Juana, dia tu terpaksa berdepan dengan Mauricio terlebih dahulu.. David tanya sesuatu berkenaan Carlotta. Carlotta terdengar perbualan mereka; dia berpusing dan memandang ke arah mereka.

bilik Juana: Juana bgtau Brandy supaya bersabar dalam usaha menawan hati David; dia tu akan sedar tak lama lagi dan tahu siapakah Brandy yang sebenar.

Koridor: Mauricio tanya Carlotta wat apa kat situ.. Carlotta kata dia nak bersama mauricio. Pada masa tu dia nampak Lili, MIcky dan Ana maria ngn geng2 depa semua ada situ dok memandang Carlotta dengan pandangan menikam. Carlotta dan ana Maria akhirnya bergadung sesama sendiri manakala yang lain datang berkumpul tengok apa jadi. Makcik Eva cuba menenangkan mereka tapi gagal.

Di bengkel: Desiree tunggu orang jahat mai tapi tak dak sapa pun kat situ.. Dia menganggap depa tu semuaa pengecut dan tak profesional. Dia takkan menyerah kalah.. Dia kuarkan rantai tangan Carlotta dan mencampaknya kat situ, menjadikan Carlotta orang yang disyakki.

Hospital/koridor: Ana Maria dan Carlotta saling kata mengata dengan ucapan yang kasar. Carlotta nak jumpa Juana tapi Ana Maria tak bagi. Ana Maria tak dapat mengawal kemarahannya.. lalu menampar Carlotta dengan kuat. Keadaan mula menjadi huru hara dan tak terkawal.. depa tu dah bergaduh macam anjing dengan kucing. Mauricio dan Micky cuba meleraikan mereka berdua.

Balai Polis/bilik Salvador: Pachecho dah suruh 4 orang jahat beratur utk SAlvador tengok. Salvador memperhatikan seorang demi seorang dengan teliti.

Hospital/koridor: Brandy mai tengok apa dah jadi dan bagi tau Carlotta Juana tak sihat dan Carlotta mesti pi dari situ dengan segera. Carlotta kata kenapa pulak dia nak dengar cakap pekerja kelas bawahan macam Brandy. Ana Maria dengan nada menuduh tanya Carlotta sama ada dia ada kaitan dengan kejadian yang menimpa Juana. Ana Maria kata kalu ada kaitan, dia akan pastikan Carlotta terima balasan setimpal. Makcik Eva menangkan mereka manakala Mauricio menyeret Carlotta keluar dari situ sebelum keadaan makin teruk.

Balai Polis/bilik Salvador: Salvador menakut nakutkan orang2 jahat tu. Dia dah bosan dan suruh pegawai tu kurung depa semua. Sebelum pergi, dia bagitau Pachecho yang dia nak pi ke pejabat Mauricio.

Di luar hospital/tempat letak kereta: Mauricio menyeret Carlotta keluar dengan memegang kuat lengannya sementara Carlotta dok menjerit suruh dilepaskan. Depa bertengkar dan Mauricio betul2 naik angin. Makin marah MAuricio, makin gila jadinya Carlotta tu. (satu adegan dipotong) Carlotta gelak macam dubuk biler dia ditolak masuk ke dalam kereta.

Hospital / koridor: Makcik Eva menenangkan Ana Maria, Azucena dan Manuel baru sampai, depa tekejut tengok Ana Maria yang tiba2 pergi memeluk Manuel.

bilik Juana: Juana tanya Brandy dan David apa yang dah jadi tadi sebab dia dapat rasakan sesuatu dah jadi. Brandy cuba merahsiakannya tapi David dah citer semuanya yang dah jadi dan Carlotta dah mai tadi.

Rumah Amparito: Amparito dok cakap kat tipon.. dia diberitahu ttg apa yang anak dia dah buat.. Tak lama lepastu, Amparito nampak Rogelio, dia bagitau Rogelio tentang perancangan CArlotta utk membunuh Juana dan anaknya dengan mengupah pembunuh upahan telah gagal.. Dia risaukan keselamatan Carlotta..

Hospital/bilik Juana: juana marah brandy dan David sebab nak gaduh pulak kat situ. Dia nak depa dua tu jadi mata dan kakinya sebab sekarang ni dia dah tak berdaya dan tersadai kat situ, tak daya nak melindungi diri sendiri. Kalau la Carlotta betul2 terlibat dengan kejadian tu, dia bimbangkan keselamatan Mauricio.. Dia mintak pertolongan DAvid dan Brandy.

Positivo: kakitangan kat situ dok bergossip tentang Carlotta dan kesiankan Juana atas apa yg dah terjadi. LaBibi, Shiva, Milady, Dora dan Ines nampak Desiree dok jalan masuk dengan gaya 'idung tinggi' dia tu.

Hospital/koridor: Azucena mendekati makcik Eva utk tanya sama ada CArlotta mampu mencederakan Juana dengan mengupah pembunuh upahan. Makcik Eva tak pasti tapi dia berani jamin yang semua ahli keluarga Vivas (kecuali Humberto) akan sanggup buat benda2 seperti itu dan mungkin lebih buruk lagi. Azucena bimbang.

Bilik Juana: Sebelum David pergi, dia bagi tau Juana yang kalau Juana mati, dia akan ikut.. Brandy marah dah tolak kerusi roda David utk beredar dari situ.. Juana tak terkata apa mendengarkan pengakuan David. Ana Maria tanya Juana sama ada dia dah diberitahu yang Carlotta mai tadi.

Positivo: Salvador bgtau Dora yang dia nak cari Francisco Rojas dan dia diberitahu yang isterinya boleh membantu.

HOspital/bilik Juana: Juana bgtau keluarganya yang dia dah beritahu mauricio yang dia berjaya merentap topeng pembunuh upahan tu dan nampak wajahnya dengan jelas.

Rumah De la Vega: Sebaik saja masuk rumah Carlotta terus terusaan bercakap tak berenti. Mauricio tanya sama ada Carlotta terlibat dengan kejadian yang menimpa Juana.

Positivo/bilik ARmando: Desiree ada bersama Armando semasa telefon berbunyi.. nak cakap dengan Desiree sbb sorang inspektor tengan cari dia.

Rumah De la Vega: Carlotta tipu dan menidakkan penglibatannya dalam hal tu... Depa bergaduh lagi, siap jerit2 kat satu sama lain.. Carlotta tak dapat terima biler Mauricio mengaku terang terangan yang dia cintakan Juana.

Positivo/dalam bilik Desiree: Salvador mulakan soal siasatnya terhadap Desiree.. Tentang suaminya yang mula Desiree ingat Salvador nak soal dia tentang kes Juana.

Rumah De la Vega: Carlotta marah semaksima mungkin dan menjerit jerit kat Mauricio biler Mauricio kata dia nak ceraikan Carlotta. Carlotta kata tak buleh! Mana buleh, bagi dia perkahwinan sekali saja seumur hidup, dengan Mauricio saja. Di tingkat atas Rafael sedang memandang mereka dan tanya kenapa depa jerit2 camtu dan kenapa dia dengan perkataan 'bercerai'. Mauricio dan CArlotta memandang ke arah RAfael.

Positivo/bilik Desiree: Salvador tanya Desiree tentang suaminya..

Rumah De la Vega/ruang tamu: Carlotta menerangkan pada RAfael yang Mauricio cintakan orang lain.. Dia tau Carlotta akan meracuni fikiranya.. RAfael mempertahankan mauricio.. dia hampir2 menampar Rafael biler Mauricio menghalangnya dengan pantas. Mauricio dan Rafael pergi ke bilik lain.. Dalam hatinya, Carlotta menyesal dengan kegagalannya rancangan nya dan semua nya sebab pembunuh upahan yang bodo bangang tu.

Dalam lokap: Pembantu pembunuh upahana tu mencadangkan agar depa menceritakan segala galanya kat polis dan mungkin depa akan dibebaskan. Pembunuh upahan tu pandang jer kat kawan dia tu.

‘sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari Jumaat 8 Ogos 2003

Posted on Aug 11, 2003, 10:22 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1