Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 123 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
JLV (Ep123, Rabu 6 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu

Hospital/koridor: Makcik Eva bgtau Mauricio yang Juana dok sebut2 nama dia sebaik saja sedar. Dia kata Juana dalam keadaan kritikal.. Mauricio nak jumpa Juana tapi makcik Eva suh dia bersabar sbb sekarang Juana besama dengan ahli keluarganya. Dia cadangkan agar Mauricio bercakap dulu dengan doktor utk mengetahui lebih lanjut keadaan Juana. Mauricio tanya apa sebenarnya yang terjadi. Makcik eva sendiri tak pasti apa sebenarnya yang terjadi.

Hospital/bilik Juana: Manuel membuat andaian yang mungkin ada kaitan kejadian yang menimpa juana dengan Mauricio. Juana tanya Ana Maria sama ada dia dah telefon Mauricio.. Ana Maria bgtau Makcik Eva dah tipon dah awai2 lagi. Juana emosi betui, dan kata Mauricio mesti ada di sisi dia kot2 la ada sesuatu yang buruk berlaku kat dia. Manuel menenangkan Juana sementara Ana Maria mendekati Azucena.. Kalau tekaan dia betui, Carlotta mungkin terlibat dalam cubaan mencederakan dan membunuh Juana. Mereka berdua bertukar pandang.

Rumah Perez: Maria Rosa mengucapkan terima kasih kat Enriqueta sbb temankan dia pulang.. dia akan bagitau berita terkini jika ada sebarang maklumat baru. Selepas beberapa ketika, Maria rosa bukakan pintu utk Salvador dan Pachecho.. Dia lega tengok depa dua tu sbb dia dah gementar dok kat rumah tu sorang2.

Apartment Rogelio: Desiree diberi amaran oleh Rogelio yg dia mesti berhati hati dan jgn buat dia marah terutamanya dengan cara melarikan diri tanpa persetujuannya. Desiree terkejut biler Rogelio tiba2 menepuk punggungnya. Lepas dia tu blah, Desiree melepaskan kemarahannya yang terpendam dengan melempar berus ke pintu. Dia menjerit jerit menyuarakan rasa tak puas hati sbb Rogelio dah rosakkan rancangan dia utk bersama Mauricio. Dia benci sungguh kat Rogelio.

Hospital/koridor: Mauricio bercakap ngn salah sorang doktor mengenai keadaan Juana. dia kata dia takleh beri maklumat yang pasti. Juana dan anaknya dalam keadaan yg berisiko tinggi sebab uri Juana dan turun.. jika dia tak rasa sakit nak bersalin, dia ada peluang utk sembuh. Langkah yang terbaik buat masa ni adalah menunggu selama yang mungkin. Mauricio tak senang duduk risaukan keadaan Juana.

Rumah Perez: Salvador marah2 biler Maria Rosa melengah lengahkan kenyataan dia mengenai kejadian semalam. Maria rosa gementar biler Salvador jerit2 kat dia, Pachecho menangkan MAria Rosa dengan memegang erat kedua dua tangannya.

Hospital/koridor: Manuel beri keizinan utk Mauricio berjumpa Juana. Makcik Eva tersenyum pada Mauricio biler dia berjalan ke bilik Juana.

mauricio masuk dan tengok Juana sedang tidur nyenyak. Dia kata apa la yang depa dah buat sampai Juana jadi camtu. Dia teringat saat2 Juana keluar dari bilik bayi dan mereka bersembang tentang anak depa yang bakal lahir. Dia tiba2 terdengar Juana menyebut namanya.. dia nak berikan anak lelaki kepada Mauricio.. Juana menangis biler mendengar dan melihat Mauricio dah ada situ dengan dia. Mauricio kata dia nak Juana jadi ibu kepada anaknya.. tak der orang lain yang lebih sesuai utk jadi ibu melainkan dia. Dia tak nak tinggalkan Juana dah.. tak kira apa yang terjadi.. Dia cuma nak sentiasa bersama Juana. Dia memegang tangan Juana dengan penuh kasih sayang.. Juana tersenyum.

Positivo/bilik Enriqueta: Enriqueta bgtau Brandy tentang berita buruk tu.. Dia citerkan semuanya kat Brandy.. Brandy terkejut.

Hospital/bilik Juana: Juana kata dia menyesal buat penceroboh tu menolak dia hingga jatuh tangga.. kalau la dia tak lawan balik, mungkin dia akan selamat. Dia sanggup buat apa saja utk pastikan Mauricio dpt anak dan pastikan dia melahirkan anak tu dengan selamatnya. Mauricio kata tu bukan salah dia.. Juana menangis perlahan.. Dia sanggup serahkan anak dia walaupun dia tak depa takkan dapat hidup bersama. Mauricio kata dia rasa hubungan mereka dengan anak tu lebih kuat kerana Juana ibunya. Dia akan sentiasa mencintai Juana tak kira ada anak atau tidak.. Dia tak nak kehilangan Juana. Dia harap Juana jangan sebut lagi hal tu. Mulai sekarang, hanya dia dan Juana dan anak tu jer yang penting dalam hidup dia. Dia tak nak berpisah lagi dengan Juana, walaupun selepas apa yang dah terjadi.

Positivo/bilik Enriqueta: Brandy macam gila biler menangis2 mendengarkan berita buruk tentang Juana. Dia menyesal sbb dia penah berdoa semoga Juana ditimpa malang sbb masa tu dia cemburu sangat kat Juana dan David. Dia bertambah tambah sedih dan makin kuat menangis biler Enriqueta citer kemungkinan Juana takkan selamat.

Rumah Perez/ruang tamu: Salvador bersikap tidak sabar; Maria Rosa dah beri kenyataan yang sama seperti Ana Maria dan Azucena.. Salvador kata dia perlu cari jalan utk selesaikan kes ni.. dia mesti cakap ngn mauricio.. Dia mintak diri dulu dan Pachecho mengekorinya.

Hospital/koridor: Azucena perlahan lahan menghampiri makcik Eva dan tanya tentang Carlotta sama ada dia ada bagi pendapat tentang kandungan Juana. Perbualan mereka diganggu dengan kehadiran Lili dan Micky. Lili tanya tentang Juana kat Ana Maria.. Mereka saling berpelukan.

Hospital/bilik Juana: Juana masih bercakap dengan Mauricio tentang dirinya dan kompilkasi anak dalam kandungannya. Juana berterima kasih sbb mauricio sudi menemaninya. Tiba2 juana mengalami kontraksi. Dia mula rasa sakit perut dan menjerit kesakitan. Mauricio risau dan panggil doktor, jururawat utk tengok Juana.

Rumah Keluarga David/di dalam bilik: David ada kat katil, baca majalah. Dia heran naper Juana ngn Mauricio tak mai melawat dia.

Hospital/bilik Juana: Juana bagitau jururawat yang dia tak nak disuntik dah. Jururawat suruh dia bersabar sebab kedudukan uri dia masih tak dipastikan. Doktor dan Mauricio keluar utk biarkan jururawat tu menyuntik Juana.

Rumah De La Vega: Carlotta masuk diikuti RAfael dan jururawat. Amparito tekejut tengok depa tu balik awai. Carlotta marah2 dia menjerit kat RAfael dan suruh dia tu gi masuk bilik biler dia tu nak jumpa Juana. Jururawat ikut RAfael naik ke tingkat atas.

Hospital/koridor: Mauricio dan doktor mendekati Ana Maria, doktor bgtau suntikan tu utk menahan sakit Juana dan mengelakkan bahaya kepada anak dalam kandungannya.

Rumah De la Vega: Carlotta bgtau mak dia tentang kebimbangan dia terhadap Mauricio dan rancangan jahat dia yang ditimpa kegagalan.

Rumah Keluarga David/dalam bilik: David tengok kerusi rodanya di satu sudut.. selepas beberapa ketika, maknya mengetuk pintu dan bagitau ada seseorang mai melawat dia.. David ingat tu Juana tapi Brandy yang muncul.. Wajah cerianya berubah menjadi muram.

Hospital/koridor: Lili menerangkan secara ringkas kepada kawan2 sekolahnya sementara Salvador mendekati makcik Eva sbb dia nak cakap ngn Mauricio.

Rumah Keluarga David/dalam bilik: David diberitahu yang lawatan Brandy ni luar biasa sikit. Brandy citer apa yang dah terjadi pada Juana. Dia terkejut.

Hospital/bilik Juana: Mauricio dan Ana Maria melihat Juana sedang tidur.. Mauricio kata Juana macam matahari yang menyinari bumi.. Makcik Eva mengetuk pintu dan nak jumpa Mauricio.. dia bagtau Salvador nak jumpa dia sat. Maurico pi la cakap ngn Salvador berkenaan kejadian yang menimpa Juana. Salvador kata, dia tak berupaya nak melindungi Mauricio lagi.

Apartment Rogelio: Desiree menelefon pembunuh upahan tu, dia tanya sama ada Juana dah dihapuskan.

Hospital/koridor: Salvador membuat kesimpulan yang kejadian tu bukan rompakan. Seseorang dah upah pembunuh upahan utk menghapuskan Juana.

Apartment Rogelio: Salvador dan Mauricio menyambung perbualan di luar hospital kat taman. Salvador kaitkan kejadian tu dengan cubaan membunuh Mauricio. Salvador kata dia kena balik utk selesaikan kerja kat pejabatnya.

Hospital/bilik Juana: Lili ada di dalam bilik bersama Manuel dan Ana Maria. Semasa tidur, Juana menyebut nama Mauricio lagi.. Dia bangun dan senyum..

Rumah De la Vega: Carlotta dok bersiap siap nak keluar tapi Amparito tak bagi. Dia tak dengar cakap mak dia dan keluar. Amparito takut dengan kelakuan Carlotta.

Positivo/bilik Enriqueta: Enriqueta bercakap dengan manuel kat tipon.. dia cuba menenangkan Manuel.

Desiree masuk dan berikan dokumen kepada Enriqueta.. Enriqueta beritahu Desiree yang Mauricio dah pulang disebabkan Juana.

Hospital/di luar: Makcik Eva bersembang dengan Mauricio. Dia kata dia ada prarasa mengenai Mauricio dan Juana. SEseorang memang betul2 nak bunuh mereka berdua dan hidup mereka lam bahaya. BAgaimana pun, Makcik eva gembira tengok Mauricio dan pulang dan lebih bersemangat berbekalkan cinta Juana. SEbelum ni Mauricio macam robot. Mereka berdua bersependapat yang keluarga Perez dah mula percayakan Mauricio terutamanya kalau depa dapat yakinkan Azucena.

Positivo/bilik Enriqueta: Desiree pura2 taktau apa yang dah jadi kat Juana. Enriqueta citer ringkas jer kat Desiree. Desiree senyum biler tau Juana sedang bertarung dengan maut.

Hospital/bilik Juana: Lili bercakap dengan Juana dan dia citer la apa yang dah jadi. Juana teringat kejadian masa dia ditolak jatuh tangga.

Positivo/dalam bilik: Desiree kecewa rancangannya dah gagal. Dia dok pengang sampul surat yang mengandungi gambar Carlotta. Sekarang dia dah ada bukti utk menyabitkan kesalahan Carlotta sekiranya ada sesuatu berlaku. Carlotta tiba2 sampai menyerbu Desiree dan marah2 dengan rancangan mereka yang tak menjadi. Mereka saling tuduh menuduh. Armando mai situ dan nampak depa dua tu tengah gaduh besar. Carlotta bgtau Armando yang dia harap Juana mati dan lenyap dari kehidupannya. SEbelum pergi, Carlotta tak perasan yang rantai tangannya tercicir. Desiree nampak rantai tu dan perlahan lahan menolak rantai tu ke tepi dengan kakinya.

Hospital/bilik Juana: Brandy dan DAvid melawat Juana.. Mereka sedih tengok keadaan Juana.. Juana gembira tengok mereka berdua. Mauricio keluar utk beri peluang kepada dia bercakap dengan Juana. Dia bersimpati dengan Juana.

‘sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari Khamis 7 Ogos 2003

Posted on Aug 11, 2003, 10:21 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1