Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 122 (diterjemahkan oleh Kak Na) | English | Home | |
2 Pembunuh upahan tolak Juana sampai jatuh tangga... keluarga Perez teramat risaukan Juana... Mauricio panik mendengar berita tu dan terus bergegas pulang utk berada di samping Juana. ************* Rumah Perez: Juana turun dari tangga perlahan lahan dan menuju ke dapur. Dia duduk berehat seketika di belakang.. 2 pembunuh upahan berjalan perlahan lahan di arah yang berlawanan.. semasa duduk, Juana bukak peti ais.. manakala pada masa yang sama, kedua dua pembunuh upahan sedang menuju ke tingkat atas. Caribbean - Pulau margarita: Mauricio dan Carlotta pergi utk makan malam kat restoran hotel tu. Mauricio kelihatan seperti tak cukup tidur.. dia tak endahkan apa yang Carlotta cakap. Rumah Perez/dapur: Juana minum banyak air sbb terlampau dahaga. Dia mengusap ngusap perutnya sambil bercakap cakap dengan anaknya. Dia perasan yang perutnya rasa tak selesa sbb bayi dalam kandungannya asyik bergerak gerak ajer. Dia tutup pintu peti ais, meneguk air sambil meninggalkan dapur.. dia membawa segelas air utk Ana Maria. Caribbean - PUlau Margarita/Restoran: Mauricio dan Carlotta sedang memerhatikan menu.. Carlotta suruh Mauricio kuatkan diri utk malam ni sbb malam ni adalah istimewa utk mereka berdua.. dia tersenyum mesra.. Tak lama pastu Desiree mai bawak dokumen2 yang memerlukan tandatangan Mauricio.. Muka Carlotta dah merah macam udang karang, marah betul dia biler Desiree mengacau saat2 indah dia dengan Mauricio. Di belakangnya Rogelio mengekorinya dan memerhatikan Desiree bersama Carlotta dan Mauricio dari jauh. Rumah PErez: Pembunuh upahan dan pembantunya berjalan jalan perlahan ke tingkat atas macam harimau kumbang kaler pink (pink panther LOL), mereka merungut rumah tu penuh ngn barang2. Pembunuh upahan yang sorang lagi suh dia tu diam dan cari bilik Juana. Caribbean - Pulau Margarita/Restoran: Desiree memberikan dokumen tersebut utk Mauricio kaji. Carlotta dah hilang sabar.. dia marah Desiree kerana macam tak reti bahasa.. Depa dah nak makan tadi tapi Desiree dah ganggu mereka. Desiree mempertahankan dirinya dan memohon maaf; dia mai situ semata mata utk mendapatkan tandatangan Mauricio. Mauricio bangun dan pergi ke lobi. Dia melintasi Rogelio yang sedang nyorok belakang tiang. Rumah Perez: Juana ada di tingkat atas, dia mula merasa yang kedua dua kakinya kejang, dia duduk berehat sekejap kat anak tangga. Bayi dalam perutnya pun macam keresahan jugak, seolah olah nak bagitahu sesuatu. Juana terpaksa berpatah balik ke dapur utk menambah air utk Ana Maria yang telah dihabiskannya tadi. Tingkat atas: Ana Maria dengar bising2, dia ingat ker Juana dah mai balik, tapi terkejut biler orang jahat dua orang tu menghunuskan pisau ke lehernya supaya dia tidak menjerit. Ana Maria diberi amaran supaya tak cakap apa2, atau dia akan dibunuh. Dia teramat takut. Tingkat bawah: Juana macam terdengar sora orang menjerit tapi dia cuba menyedapkan hati dengan mengatakan tu cuma imaginasi dia saja. Dia minum sedikit dan bawak segelas air bersamanya. Caribbean - Pulau Margarita/restoran: Carlotta masih lagi marah2.. Kehadiran Desiree betul2 merosakkan rancangan dia utk kembali rapat dengan Mauricio. Mereka berdua saling tuduh menuduh mencari kesalahan. Carlotta agak gementar biler Desiree sebut tentang rancangan jahat mereka, kejadian itu sepatutnya berlaku pada masa sekarang ni jugak. Mauricio kembali dan telah menandatangani dokumen tu dan memulangkannya kepada Desiree. Dia perasan yang Carlotta kelihatan gementar dan menggigil.. dia tanya apa yang tak k ena ni? Carlotta tak cakap apa2 dan minta diri utk pi ke bilik air.. Sorang pelayan jalan berdekatan dengan tempat duduknya sambil membawa wine merah. Wine tu tertumpah biler Carlotta bangun dan merempuh pelayan tu. Wine merah tu tertumpah atas baju Desiree yang berwarna putih tu. Desiree menjerit sambil marah2 pelayan tu sbb bodo sangat sambil melirik tajam ke arah Carlotta. Dia marah betul. Rumah PErez: Juana ada kat pintu dapur.. dia cuba menenangkan dirinya sbb dia dpt 'bau' masalah yang hampir. Dia terdengar sesuatu di tingkat atas.. dia cepat2 pergi utk menyiasat apa yang bising2 tu. Tingkat atas/dalam bilik: orang jahat tu dah tangkap Ana Maria, dia tu cuba menjerit tapi tak boleh.. Caribbean - Pulau Margarita/restoran: Kemarahan Desiree makin membuak buak terhadap Carlotta.. Dia tu kata dia tak sengaja.. Mauricio mintak pelayan bawakkan tuala. Kesan wain merah bukan senang nak dibasuh. Dia kata dia nak balik bilik dia utk tukar pakaian. Di belakang tiang nun, Rogelio dok menjengok utk tengok apa yang dok jadi. Rumah PErez/tingkat atas: Pembunuh upahan bgtau pembantunya suruh bersedia sbb dia dengar Juana dah nak masuk bilik tu.. Sorang nyorok lam bilik lain dan sorang lagi nyorok sebelah lemari. Ana Maria cuba melonggarkan ikatan mulut dia sambil menjerit kuat2 utk bagi Juana dengar dan suruh dia tu lari cepat sbb orang jahat dok tunggu dia lam bilik tu. Juana terlepas gelasnya dan lari kuar dari bilik tu.. depa nu ligan dia.. Azucena terjaga tiba2 biler dengar jeritan.. Dia takut ada sesuatu yg buruk berlaku.. dia kuar dari bilik dia. Pembunuh upahan tu menyambar lengan Juana: Juana berjaya merentap topeng ski yg dia tu pakai.. Dia tu kata itu satu tindakan yang bodo.. Dia terus tolak Juana sampai jatuh tangga, Juana tergolek dari atas terus ke bawah di sepanjang anak tangga tu macam bola dan akhirnya golekkan berhenti biler tubuhnya menghempap lantai. Kepala Juana berdarah.. Dia tertiarap kaku di lantai lalu pengsan. Dua lelaki tu lari turun tangga, pembantu pembunuh tu cuba menyempurnakan tugasnya dengan menikam Juana tetapi terhenti biler Maria Rosa keluar dari bilik tingkat bawah sambil menjerit jerit.. kedua dua lelaki jahat tu melarikan diri ketakutan. Azucena lari ke arah cucunya utk memeriksa keadaannya, dia menangis kuat macam esok nak kiamat dah. Caribbean - Pulau Margarita/Restoran: Mauricio memberikan dokumen tu kepada Desiree.. Desiree senyum terpaksa kat Carlotta dan pergi meninggalkan mereka berdua.. Rogelio meneguk minumannya sambil melihat gerak geri Desiree yang berjalan garang menuju ke biliknya. Dia mengekori Desiree. Rumah Perez/tingkat bawah: Azucena masih menangis, Maria Rosa menghampiri Juana. Azucena suruh Maria Rosa periksa keadaan Ana Maria di tingkat atas sementara Azucena cuba mengejutkan Juana dari pengsannya. Di luar/dalam kereta Salvador: Petricia kelihatan menggomol dan mencium Salvador. Salvador marah2 dan suruh Petricia kuar, kalau tidak dia akan tolak Petricia keluar dari kereta tu... Petricia pilih utk keluar sendiri. Salvador terus blah dari situ meninggalkan PEtra di pinggir jalan. Rumah Perez/tingkat atas: Maria Rosa tolong uraikan ikatan Ana Maria.. Dia suruh cepat2 sikit longgarkan tali tu sbb dia nak gi tengok anak dia. Maria Rosa bagitau apa yang dah jadi, depa berdua meluru ke tingkat bawah. tingkat bawah: Ana Maria turun dan menjerit melihat anak dia terbaring kaku.. dia memeluk Juana rapat tambah2 biler nampak banyak darah.. Azucena bgtau Maria Rosa suruh dapatkan pertolongan. Caribbean - Pulau Margarita/Restoran: Makanan dah tiba.. Mauricio tanya Carlotta apa yang tak kena.. Carlotta kata la dia tak suka Desiree mai situ.. Lam hati, dia terfikir tentang Juana dan anaknya, betapa teringinnya dia nak menghapuskan mereka dari muka bumi nih. Rumah Perez: Di luar, Maria Rosa menjerit jerit meminta tolong macam pompuan gila.. Dia nampak kereta Salvador. Salvador kuar dari ketanya dan tanya apa yang dah jadi. Maria Rosa citer la apa yang dah jadi dan depa dua masuk lam rumah. Sebaik saja masuk, dia tu terkejut tengok Juana terbujur kaku di lantai, sambil diperhatikan oleh Azucena dan Ana Maria yang sedang menjerit dan menangis. Caribbean - Pulau Margarita/Restoran: Carlotta tanya Mauricio kenapa tak sentuh makanan dia, Mauricio kata dia tak lapar. Carlotta harap Desiree takkan muncul lagi. Mauricio sebut tentang Rafael, Carlotta suh Mauricio jgn risaukan Rafael tu. Caribbean - Pulau Margarita/bilik Desiree: Rogelio masuk dan tanya Desiree wat apa kat pulau tu. Desiree citer la dia nakkan tandatangan Mauricio tapi Rogelio tak percaya.. dia tau tujuan sebenar Desiree. Dia tau Desiree nak berfoya foya ngn Mauricio. Caribbean - Pulau Margarita/Restoran: Mauricio menandatangani bill dan bagitau Carlotta dia nak gi tengok Rafael sat. Carlotta kata dia akan tunggu Mauricio kat bilik depa. Di bar: Lili dan Brandy bersembang tentang Juana. Brandy meluahkan rasa tak puas hati dia terhadap layanan David kat Juana. Lili cuba menenangkan Brandy. Hospital: Juana dihantar ke bahagian kecemasan.. Ana Maria cuba masuk ke bilik kecemasan tapi tak dibenarkan oleh sorang jururawat. Salvador memegang Ana Maria yang cuba masuk ke bilik kecemasan.. Azucena diberitahu yang Juana dalam keadaan kritikal dan berbahaya.. mereka mungkin kehilangannya dan anaknya. Kabin Makcik Eva: Makcik Eva tengah berehat kat sofa, dia rasa tak tenang.. seolah olah ada sesuatu yang tak kena. Rumah tu tak aman macam dulu dah.. Telefonnya berdering.. Mauricio yang tipon bertanyakan keadaan Juana. Dia bgtau yang Juana dan anaknya sihat2 ajer.. Dia bgtau yang Juana akhirnya dah terima utk mendaftarkan anaknya bawah nama Mauricio sebaik saja dilahirkan nanti. Berita tu menggembirakan Mauricio dan pesan kat Makcik Eva suh jaga Juana utk dia. SElepas letak telefon, Makcik Eva dapat rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku kat Juana. Dia telefon ke rumah Juana utk pastikan keselamatan Juana tapi takder orang angkat tipon tu. Hospital: Ana Maria berjalan berulang alik macam pompuan gilo.. Dah lama depa tunggu tapi tak der jururawat atau doktor yang mai bagi tau berita terkini tentang keadaan Juana.. Azucena kelihatan gelisah dan gementar, terfikir fikir sama ada nak bagitau Manuel atau tidak. Caribbean - Pulau Margarita/dalam bilik: Mauricio tengah duduk menyandar kat dinding.. Dia teringatkan Juana dan menyatakan rasa cinta dia kat Juana.. dia gembira sebab Juana dah menerimanya kembali. Pagi tiba.. Rumah PErez: Maria Rosa bawa beg yang mengandungi pakaian Juana dan cuba ingat apa lagi la yang azucena pesan utk dia bwk. Loceng pintu berbunyi.. Makcik Eva yang sampai, dia masuk dan kata nak cakap sat ngn Juana. Dia terkejut dengar berita yang disampaikan oleh Maria Rosa. Hospital/koridor: Salvador mencatatkan butir2 yang diceritakan Azucena dan Ana Maria. Manuel kelihat risau sementara Enriqueta cuba menenangkannya. Depa tak paham kenapa dua lelaki tu mencari Juana saja. Rumah Perez/ruang tamu: Maria rosa menceritakan kesemuanya kat Makcik Eva, bagaimana ia bermula biler Nicolas nampak dua perompak hari sebelumnya. Mereka berdua membuat andaian yang dua perompak tu yang datang semula utk mencari Juana. Caribbean - Pulau Margarita/di atas katil: Tangan Carlotta melata ke ruang kosong di sebelahnya mencari cari Mauricio tapi Mauricio tak dak kat katil tu. Dia berpusing dan tengok Mauricio baru masuk ke bilik tu.. dia kata dia tak leh tido, dia akan tunggu Carlotta kat tolam eh.. kolam. Carlotta menyambar bantal Mauricio dan kata mungkin dia tak leh tido sbb roh Juana yang tak tenang.. Dia senyum macam ahli sihir terkenangkan Juana yang telah mati. Caribbean - Pulau Margarita/bilik Desiree: Rogelio suruh Desiree cepat2 sbb depa nak naik kapai terbang.. Desiree ada depan cermin, dok pakai mulut merah.. Dia kata dia tak nak pergi tapi Rogelio wat sora garang dan suruh Desiree ikut dia. Caribbean - Pulau Margarita/bilik Rafael: Rafael dok cari sesuatu dan bagitau Mauricio dia nak keluar ke pantai ngn kawan2 baru dia. Mauricio nak ajak Rafael keluar ngn dia dan Carlotta macam satu keluarga. Rafael takut nanti CArlotta takbagi dia ikut depa nanti. Kemudian telefon berdering.. sorang operator menyambungkan talian kecemasan.. Makcik Eva bagitau Mauricio yang Juana ada di hospital dan mungkin akan kehilangan anaknya. Mauricio terkejut.
|
|||
Web Design By: Fara M |
||