Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 121 (diterjemahkan oleh Kak na) English Home
Juana La virgen (Ep121, Isnin 2 Ogos) Dalam Bahasa Melayu

Desiree mula meNONJOLkan diri kat kolam renang.. Carlotta naik angin sbb Desiree dah merosakkan percutian dia dan tentu la dengan hanya memakai bikini yang seksi gilerrr. Rogelio bercakap ngn mak Francisco.. Juana akhirnya menerima bantuan kewangan dari Mauricio.. Makcik Eva tak putus memberi sokongan moral kepada Juana.. Juana membuat kejutan kepada kuarganya biler bagitau yang dia dah ubah fikiran dan percaya 100% pada Mauricio.. Pembunuh upahan dan rakannya sudah mengorak langkah yang seterusnya utk mencederakan Juana..

******************
Hospital/pemeriksaan Ultrasound: Doktor mengimbas perut Juana utk memeriksa keadaan bayinya. Juana teringat masa kali pertama dia datang utk pemeriksaan bersama Mauricio. Menurut pengiraan doktor tu, dia dah 7 bulan ngandung dan keadaan bayi itu sihat dan ia telah menampakkan bentuk yang sempurna. Juana tersenyum dan berharap kalau la Mauricio ada sekali kat situ utk tengok anak lelaki mereka.

Pejabat Rogelio: Rogelio mendengar apa yang nak diperkatakan oleh Salvador. Dia tak nak buang masa, cuma nak tolong jer.. lepas selesai bersopan santun, Salvador memulakan sesi soal jawab.

Caribbean, Pulau Margarita/kolam renang hotel: Carlotta ada bersama Mauricio kat kolam renang. Mauricio nak pi main ngn Rafael biler nampak anak dia dok ada kat sudut kolam bersama jururawat. Carlotta merayu tapi mauricio tak peduli. CArlotta dok berkata sendiri yang dia leh terima Rafael tapi kehadiran Desiree menjadikan dia marah.. Desiree dah ada kat situ menayang baju mandi dia yang seksi giler dan cuba menggoda Mauricio (ahaa! adegan ni dipotong lebih awal.. jadi kita tak tau la bertapa seksinya bikini yang dipakai Desiree). Carlotta takkan biarkan Desiree merosakkan percutian dia.

Pejabat Rogelio: SAlvador korek maklumat dari Rogelio. Rogelio tak la berminat sangat nak melayan kehendak salvador dan cuba mereka cerita utk bagi Salvador nampak yang Mauricio tu jahat dan ada kaitan dengan kehilangan kawan baik dia, Francisco Rojas.

Pejabat doktor: Doktor bagi maklumat kat Juana supaya memerhatikan pertumbuhan bayi tu. Dia tanya sama ada Juana nak tau jantina anak dia.. Juana kata dia tak nak tau, dia nak biarkan tu menjadi tanda tanya sehingga la bayi tu dilahirkan. Dia kuar dari pejabat doktor dengan senyum meleret kat Makcik Eva. Juana kata anak dia sihat. Makcik Eva bagi nasihat pemakanan dan suruh Juana jangan risau kalau dia terberanak awal. Dia mintak Makcik Eva temankan dia balik rumah utk berdepan dgn keluarganya.

Caribbean, Pulau Margarita/berhampiran dengan kolam mandi: Desiree kene penampaq dengan Carlotta sbb cuba merosakkan percutian dia terutamanya saja2 jalan pi jalan mai dengan memakai baju mandi dia yang seksi tu utk mengorat laki dia. Carlotta marah dan mengejek ngejek Desiree dengan membuat mimik muka. Desiree kata dia terrrrrpaksa pi situ utk mendapatkan tandatangan Mauricio. Carlotta tak caya alasan tu dan dia tau Desiree ada rancangan lain di sebalik semua tu.

Di pantai: Mauricio dan Rafael berjalan di sepanjang pantai yang disinari cahaya mentari yang terang benderang.

Caribean, Pulau Margarita/berhampiran dengan kolam mandi: Carlotta mendengar alasan Desiree. Dia tiba2 nampak Mauricio ngn Rafael berjalan ke arah mereka.. Dia cepat2 suruh Desiree diam, jgn cakap apa2. (Kemudian adegan tu dipotong, rasanya laa.)

Rumah Perez/ruang tamu: Azucena dan Ana Maria bertengkar tentang Manuel.

Apartment Enriqueta: Manuel tengah memerah tuala, dia mula mengemaskan ruang tamu. Loceng pintu berbunyi berulang kali, Manuel pi la tengok sapa yang mai, Armando yang datang dengan senyuman yang dibuat buat.

Positivo/pejabat Enriqueta: Enriqueta suh Brandy buat beberapa salinan dokumen penting. Dia nak cepat tapi Brandy kata tak buleh sbb Armando tak der, dia pi mana ntah.

Apartment Enriqueta: Armando menyindir manuel sbb dia tu tak sesuai utk Enriqueta.

Rumah Perez/ruang tamu: Juana dan makcik Eva masuk dan mengganggu perdebatan yang makin menjadi jadi antara Azucena dan Ana Maria. Depa keliru biler Juana kata dia dah buat keputusan utk menerima hakikat yang Mauricio berhak menjadi bapa kepada anaknya.

Apartment Enriqueta: Armando masih dok menyindir dn menyakitkan hati Manuel. Manuel bagi amaran kat dia jgn buat dia naik darah. Manuel tiba2 menyambar baju Armando dan menumbuk muka Armando. Armando jatuh dan Manuel amik peluang tu utk menampar nampar Armando, sat belah kiri sat belah kanan berulang ulang kali.

Rumah Perez/ruang tamu: Juana masih lagi bercakap dan memberitahu mereka yang ada besar kemungkinan anak dia tu akan mengalami akibatnya selepas lahir nanti. Ana Maria dan Azucena marah dengan kata2 Juana. Juana menidakkan tanggapan liar Azucena. Makcik Eva bertelingkah sikit dengan Ana Maria sbb dia tu tak suka Makcik eva ada kat situ dan amik tau hal depa. Juana mempertahankan makcik Eva, dia kata Makcik Eva tu sebahagian dari dia sebaik saja dia mengandungkan anak Mauricio.

Apartment Enriqueta: Mulut Manuel berdarah manakala muka Armando pulak dah bengkak bengkak dek penangan Manuel. Depa dah berenti gaduh dan kemas2 serta cuci semula rumah Enriqueta. Depa berdua masih berperang mulut. SEbelum pergi, Armando bagi nasihat tentang perhubungan dia dengan Enriqueta.

Rumah Perez/ruang tamu: Juana dah duduk. Azucena dan ana maria tanya beberapa soalan kat Juana. Juana kata dia dah bincang dengan Mauricio sebelum ni dan dia percayakan Mauricio.

Pejabat Rogelio: Camacho sopan santun betul la ngn mak Francisco. Dia tinggalkan pejabat dan biarkan Rogelio bercakap dengan mak Francisco. Rogelio kata dia nak cakap sesuatu berkaitan dengan anak lelaki dia, Francisco.

Rumah Perez/ruang tamu: Azucena dan Ana Maria tak setuju dengn keputusan Juana. Depa menyalahkan Makcik Eva sbb mempengaruhi Juana utk wat keputusan tergesa gesa. Juana nak depa hormat keputusannya bahawa Mauricio lah bapak kepada bayi dalam kandungannya.

Pejabat Rogelio: Rogelio perlahan laham merasuk pemikiran mak Francisco supaya percaya yang anak dia dah dibunuh.

Rumah Perez/ruang tamu: Juana wat muka 'maleh nak layan' biler Azucena dan Ana Maria sambung bercakap. Juana jerit2 kat depa sbb tak abih abih pot pet pot pet. Dia kata, dia kandungkan anak Mauricio dan tak dak siapa yang dapat curi kepercayaan dia terhadap Mauricio. Ana maria memandang tepat ke arah Juana mana kala Azucena tak sangka semua ni akan berlaku.

Pejabat Rogelio: rogelio bgtau mak Francisco yang Mauricio mungkin orang yang telah membunuh Francisco.

Balai polis: Salvador dan Pacheco berbincang tentang apa yang Salvador dah ketahui. Dia masih tak pasti tentang beberapa perkara dan kene siasat dulu.

Pejabat Rogelio: Rogelio kata dia dapat rasa yang ada orang lain terlibat mengatur kemalangan Carlotta. Dia kata dia akan kumpulkan semua bukti terlebih dahulu.

Balai Polis: Salvador masih membincangkan topik yang sama.

Positivo/pejabat Enriqueta: Armando masuk, pakai cermin mata hitam. enriqueta tanya la dia tu pi mana tadi.

Pejabat mauricio: Alfredo masuk lam bilik mauricio senyap senyap. Dia teringat kata2 bapak dia tempoh hari. Dia keluarkan pistol yang diisi dalam plastik dari poketnya dan menganggap bapak dia takkan dapat cari pistol tu dalam bilik mauricio.

Positivo/bilik enriqueta: Armando tunjukkan bukti apa yang telah Manuel buat kat dia. (tergelak eden) Enriqueta tengok jer Armando tu.

bilik Rogelio: Rogelio bgtau Camacho yang dia nak pi ke lapangan terbang. Dia taknak Desiree memperbodoh-bodohkan dia lagi.

Apartment Enriqueta: Enriqueta balik dan terkejut tengok salah satu barang perhiasan dia kat meja dah hilang. Tentu dah pecah masa pergaduhan tadi. Manuel kuar dari dapur dan menegur Enriqueta. Muka dia bengkak2 dan lebam2.

Malam tiba...

Di luar rumah Perez: Pembunuh upahan dan pembantunya dok terhendap hendap ke arah rumah Perez. Depa pergi ke arah belakang rumah tu.. Misi mereka adalah Juana Perez.

Apartment Enriqueta: Manuel menerangkan apa yang dah terjadi semasa dia bergaduh ngn Armando. Enriqueta tak nak Manuel berputus asa dengan mudah. Depa berciuman dan berdamai.

Di luar rumah Perez: Pembunuh upahan dan pembantunya turun tangga, depa pakai topeng skit wona hitam dan menghala ke destinasi mereka.

Rumah Perez/tingkat atas: Juana gelisah; dia dok jalan pi jalan mai lam bilik dia. Ana maria terjaga dan perasan anak dia masih berjaga. Juana dok gosok2 perut dia. Dia kata dia dahaga dan nak turun buat air. Ana maria pesan segelas utk dia sbb dia lapaq aiyaq jugak. Juana jalan perlahan lahan menuju ke tingkat bawah.


'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada Selasa, 5 Ogos 2003

Posted on Aug 5, 2003, 1:04 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1