| Juana La virgen (Ep120, Jumaat 1 Ogos)
Dalam Bahasa Melayu Keluarga De la Vega
pi bercuti... Desiree tak nak lepaskan peluang utk bersama mereka.. Rogelio tau tentang tu
dan terus naik angin la..
**************
Rumah De la Vega/ruang tamu: Salvador ucap selamat tinggal pada Mauricio dan pergi. Pada
masa yang sama Carlotta, Rafael, jururawat dan orang gaji turun dari tangga. Carlotta
bgtau Mauricio yang depa dah bersedia utk bertolak. Dia menunggu Mauricio utk memulakan
perjalanan. Mauricio memandang ke arah mereka.
Rumah Perez/ruang tamu: Juanaa bgtau mak dia dia dah jumpa dan bercakap ngn maak David..
agak ketara yang mak David tk suka kat dia. Ana Maria bagi sokongan moral kat dia tapi
depa tau mana ada ibu yang suka anak dia nak kawin ngn sorang pompuan yang mengandung anak
lelaki lain.
Hospital/bilik David: Sorang doktor pompuan mai dan menegur David dan ibunya. David bgtau
mak dia yang dia nak cakap sat ngn doktor tu. Dia agak gementar dan tanya doktor tu sama
ada kelakian dia akan terganggu dengan kecacatan yang dialaminya. Doktor tu agak terkejut
dengan soalan tu.
Apartment Enriqueta: Enriqueta dan Manuel ada kat meja. Enriqueta kalut2 nak gi keje. Dia
bgtau Manuel yang dia akan kembali dan jangan tertunggu tunggu dia. Lepas dia blah, Manuel
tak tentu arah nak buat apa utk menghabiskan masa dia kat situ. Dia rasa cam nak basuh
pinggan, cuci lantai...
Hospital/bilik David: Doktor tu kata dia tak leh nak kata apa la ni tapi utk pengetahuan
David... organ2 dia yang lain akan berfungsi dengan normal. David tak puas hati ngn
penerangan tu..
Apartment Enriqueta: Manuel dah buat kerja2 rumah dan rasa tu dah cukup sebagai bayaran
sewa dia dok situ. Dia dah bosan dan kata naper pulak dia nak wat keje rumah, dia bukannya
orang gaji kat rumah tu.. dia cepat2 sambar beberapa t-shirt dia dan meninggalkan tempat
tu.
Positivo/bilik mesyuarat: Armando dan Enriqueta sedang melayan dua wakil dari Miami.. depa
nak tengok perkembangan terkini utk majalah tu. Enriqueta nak depa tahu yang depa dialu
alukan datang ke situ bila2 masa sebab sekarang pejabat Positivo adalah pengkalan kedua
mereka di Caracas. Wakil2 tu nak jumpa Mauricio jadi Armando dengan telitinya memaklumkan
yang dia tu dah pi bercuti bersama keluarga.
Pejabat Rogelio: Camacho masuk dan senyum lebar.. dia bagitau Rogelio yang dia dah
selesaikan kerja dia. Pokok dah ditanam kat tempat yang sepatutnya. Depa berdua senyum sbb
rancangan depa berjalan lancar, depa la ni menunggu saat yang sesuai utk bertindak ke atas
Mauricio.
Positivo/bilik mesyuarat: Wakil2 tu menawarkan kerja kat Enriqueta di Amerika Syarikat sbb
dia tu rajin kerja tapi dia menolak dengan sopan. Wakil2 tu agak kagum dengan perjalanan
syarikat tu walaupun Mauricio tak dak kat situ. Depa terus bersembang sembang, kemudian
Desiree mai dan ngn gembiranya memaklumkan yang Mauricio dah beri dia kuasa utk memastikan
perjalanan syarikat lancar sementara dia tu tak der kat situ. Desiree menawarkan
pertolongan dia.
Pejabat Rogelio: Camacho bgtau Rogelio dengan terperinci apa yang dah jadi masa dia kat
kabin Mauricio. Rogelio lega biler Camacho kata Mauricio tak nampak dia masa sembunyi.
Camacho kata dia leh dipercayai, dia bukan bodo macam sesetengah orang sangkakan.
Di atas kapai trobang: Carlotta dok tengok2 pamplet sementara RAfael yang duduk di
belakang dia, bagitau ni kali pertama dia naik kapai trobang. Carlotta kata jgn bimbang,
ni bukan kali terakhir jugak. Dia harap depa akan pi bercuti dengan lebih kerap lagi
selepas ni. Carlotta senyum kat Mauricio dan bersandar pada bahunya. Carlotta dn Mauricio
hanyut dalam khayalan masing2.
Hospital/bilik David: Juana masuk dan tengok David dan ibunya. David nampak macam bukan
dalam mood yang elok.. Dia nak depa semua jgn berpura pura seolah olah tak dak apa yang
berlaku. Mak David tak tahan dengan pemikiran negatif David dan mintak diri utk keluar
dari bilik tu.
Positivo/meja Ines: Brandy bwk fail Miami kat Ines. Ines bagi Brandy sedikit nasihat dn
suruh dia gembira sikit sebab dia nampak macam dah separuh mati. Brandy kata dia ada
masalah dengan Juana dan tak tahan mendengar atau melihat dia lagi.
Kapal terbang dah mendarat: Keluarga De la Vega masuk ke hotel. Di lobi, Carlotta bgtau
jururawat yang hotel tu menyediakan banyak aktiviti utk kanak2. Dia nak jururawat tu jaga
Rafael dan biar ajer apa yang dia tu nak buat. Carlota bgtau Mauricio yang bilik suite kat
hotel tu dah penuh masa dia buat tempahan.. jadi dia tempah dua bilik, satu utk jururawat
dengan RAfael dan satu lagi untuk dia dan Mauricio. Carlotta suh depa ikut dia pi ke
kaunter tempahan utk amik kunci2 depa.
Positivo/bilik mesyuarat: Wakil2 Miami menyuarakan rasa kesal mereka sebab depa tak dpt
lagi melengkapkan perjanjian mereka sbb mereka perlukan tandatangan Mauricio. Desiree
mengambil peluang itu utk cepat2 membantu dan kata dia akan bertolak hari tu jugak utk
pergi mendapatkan tandatangan Maurico. Dua wakil tu terkejut dengan tindakan drastik
Desiree sementara Armando dan Enriqueta turut tercengang bercampur terkejut badak.
Positivo/meja Ines: Ines dan Brandy bersembang tentang Juana. Masa depa bersembang,
Desiree keluar dari bilik mesyaurat utk bgtau Ines yang dia perlu tempah tiket kapal
terbang utk dia secepat mungkin, kelas pertama.. dia jugak nak Ines tempahkan bilik kat
hotel yang sama di mana Mauricio sedang menginap. Dia masuk lam bilik Mauricio sementara
Brandy tarik muka kat Desiree yang eksyen semacam jer tu.
Carribean, Pulau Margarita (nama Roxana lam citer M3H LOL) / kat pantai (rasanya):
Mauricio bersama topinya dan cermin mata gelapnya dok dengan Carlotta. Dia bgtau Mauricio
jgn risau pasal RAfael sbb jururawat tu akan jaga dia tu dengan baik. Depa cuma perlu
berehat dan habiskan masa bersama. Mauricio setuju.. Carlotta lucutkan cermin mata
MAuricio dan topinya. Dia merapati MAurico dan cuba bermesra ngn Mauricio.
Rumah Perez/ruang tamu: Ana Maria balik dan tengok Rosita dok seterika baju. Dia kata
akhirnya makd ia bg jugak Rosita wat keje rumah. Rosita kata dia yang suka rela buat keje
tu sbb nak tolong. Tiba2 Manuel masuk ke rumah dan suruh Rosita tolong seterika baju2 dia
yang dah kedut2. Ana Maria gembira tengok Manuel dan memeluknya.
Positivo: Armando dan Enriqueta cakap tentang kejutan yang depa rasakan dengan keputusan
mendadak Desiree. Depa berdua tau yang Desiree tu nak buat sesuatu yang tak elok. Ines mai
dekat depa dan bgtau diaa tu dah ada kat lapangan terbang. (fuh cepat betui! macam citer
katun)
Hospital/bilik David: David bersikap kurang mesra dengan Makcik Eva. Juana marah dan bosan
mendengar rengusan DAvid yang tak sudah2 tu. Juana nak tinggalkan David tapi doktor dan
pembantunya mai bawak kerusi roda utk David cuba. David suarakan rasa tak gembira dia
ketika dia nampak kerusi roda tu.
Positivo: Ines dok cakap kat tipon masa Rogelio masuk dan tanya mana Desiree. Ines bgtau
Desiree dah pi dah dan mungkin masa tu dah ada kat atas kapal terbang menuju ke
destinasinya. Rogelio wat muka bodo sambil tengok Ines.. dia keliru dan terkejut mendengar
perkara yang baru disampaikan oleh Ines.
Hospital/bilik David: David dan Juana bertengkar sbb David tu keras kepala sangat dan
nyakitkan hati. Dia tak nak guna kerusi roda sbb tu membuatkan dia rasa kekurangan dan tak
leh berdikari.
Positivo/meja Ines: Rogelio tak dpt tangkap apa yang Ines cakap; dia nampak Armando dan
tanya dia tu tentang Desiree. Armando bgtau dia yang wakil2 Miami nak tandatangan Mauricio
dan Desiree dah pergi utk mendapatkan tandatangan tu dengan segera.
Carribean, Pulau Margarita/kolam renang Hotel: Carlotta kelihatan sedang berenang dengan
gembira lagi ceria dari satu sudut ke satu lagi sudut.. Dia ajak Mauricio menyertai dia
tapi Mauricio tak nak lagi.
Di bar kolam renang: Desiree ada kat situ sambil memerhatikan mereka. Dia kata jgn harap
Mauricio akan menolak dia ketepi dengan begitu mudah..
Hospital/bilik David: David masih lagi ketegaq nak mampus, dia mengeluarkan kata2 yang
menyedihkan berkaitan kerusi roda. Juana terpaksa bagi banyak sebab berkali kali yang dia
jgn putus asa walaupun berkerusi roda. Dia akhirnya diam sbb jururawat dan pembantunya dah
bersedia utk membantu David meninggalkan katilnya.
Carribean, Pualau Margarita/kolam renang Hotel: Semasa Carlotta ada lam kolam renang, dia
merayu Mauricio menyertai dia lam kolam tu. Wajah dia berubah biler Mauricio tak berminat
langsung. Pelayan dah sampai bwk kan minuman depa.
Dari bar kolam renang: Desiree masih memerhatikan mereka, dia dok cakap sorang2, Carlotta
leh bergembira sementara masih boleh ni sbb ni semua tak lama, dia nak mengejut kan mereka
dengan kehadiran dia tapi kemudian tukar fikiran dan masuk ke dalam.
Positivo/meja Ines: Rogelio marah2 sbb dia tak dimaklumkan utk menghadiri perjumpaan tu
atau tengok perjanjian tu sebab dia ada hak utk tandatangan bagi pihak Mauricio. Dia rasa
Desiree tak sepatutnya buat apa2.
Rumah Perez/ruang tamu: Manuel dan Ana Maria dok makan pai daging. Manuel dah rindukan pai
daging Azucena. Depa gelak2. Dia nak tau Azucena dok buat apa, dia risaukan Azucena tu.
Di tingkat atas: Rosita bagitau Azucena yang Manuel ada kat bawah nyembang ngn Ana Maria.
Ruang tamu: Ana Maria citer kan berita2 terkini tentang Azucena. Lepas habih sembang2 depa
berpelukan dan ucap selamat tinggal. Lepas Manuel blah, Ana Maria berkata kata sendiri
yang dia tak sampai hati nak bagitau Manuel tentang dua pencuri yang terserempak ngn
NIcolas.
Positivo: Armando melaporkan hal Rogelio kat Enriqueta. Dia membuat tanggapan yang Desiree
cuba merampas Mauricio dari Carlotta. Rogelio marah2 Desiree tak abih2 nak ligan Mauricio.
Pejabat Rogelio: Rogelio merungut kat Camacho tentang Desiree. Rogelio marah2 dan rasa cam
nak bunuh jer Desiree tu masa tu jugak. Kemudian Salvador sampai jumpa dia kat pejabat.
Hospital: Juana bersembang ngn Makcik Eva. Makcik Eva nasihatkan dia agar buat pemeriksaan
kandungan dia lagi sekali. Juana terus terang kata dia tak der duit utk berbuat demikian.
Makcik Eva suruh dia jgn bimbang sebab Mauricio dah uruskan semua bayaran, dari
pemeriksaan bulanan hinggalah ke hari dia akan melahirkan anaknya. Juana agak terkejut
biler tau hal tu.
Pejabat Rogelio: Salvador memperkenalkan dirinya dan cerita yang dia sedang menyiasat
cubaan membunuh ke atas anak menantu dia tu.
Hospital: Makcik Eva bgtau Juana yang Mauricio tak pergi bercuti macam tu saja tanpa
memikirkan keadaan Juana. Makcik Eva kata dia kagum dengan cara Juana mengendalikan
keadaan dan perasaannya terhadap Mauricio.. susah nak jumpa anak gadis muda seperti dia.
Depa bersembang sembang sampai la nama Juana dipanggil.
Di dalam bilik pemeriksaan: Doktor mengimbas perut Juana utk memeriksa keadaan bayinya.
Juana teringat kali pertama dia pergi utk pemeriksaan kandungan bersama Mauricio. Doktor
tu mengesahkan yang dia dah 7 bulan mengandung.. dan semuanya baik. Bayi tu dah lengkap
dan normal. Juana tersenyum dan fikir kalaulah Mauricio ada kat situ bersama dia utk
tengok anak lelaki mereka (ingat ker anak pompuan? tekaan saya, dia nak percaya yang itu
adalah anak lelaki.)
'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no
estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada Isnin, 4 Ogos 2003
Posted on Aug 5, 2003, 1:23 PM |