Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 11 (By Adik Lisa ) English Home

Rumah Brandy……..Di bilik Brandy, Juana bgth yg dia hamil pd Brandy. Brandy terlopong tak percaya “Kau mengandung…???” Juana pun bgth yg dia kena buat ujian kesihatan utk lengkapan persiapan utk dia belajar di LA tp setelah dia dpt keputusannya, dia disahkan hamil pula…dia mulanya tak percaya lalu buat ujian kali kedua tp dia tetap diberitahu yg dia mmg hamil …Juana menangis sambil berkata “Mcm mana aku yg terima semua ini sedangkan aku mmg tak pernah bersama lelaki apatah lagi buat hubungan intim krn aku amat yakin yg aku masih lagi perawan, virgin dan anak dara….!!!”

Di rumah Perez……..Ana Maria asyik memandang ke tingkap menanti Juana “Ke manalah agaknya engkau pergi, Juana?” Nenek Azucena mencelah kata yg Juana dah malas nak duduk rumah krn malu dgn cerita maknya yg telah heboh dikatakan oleh sekeliling itu (ingat tak 2 org anak Alfonso dtg serang Ana Maria semlm, tuduh kata nak rampas ayah mrk- perempuan perampas dll, kebetulan 2 org makcik yg suka bawa mulut lak ada kat rumah tgh berbual dgn nenek Azucena pula, apa lagi cepatlah cerita tu tersebar…)…Ana Maria memberitahu yg Juana tahu cerita tu tak benar dan dia pasti anaknya lambat balik krn bukannya atas apa yg telah berlaku…

Rumah De la Vega……Mauricio dan Charlota masih di bilik mrk. Mauricio tahu yg Charlota tak rasa apa2 pun bila dia bgth yg Pn. Rosa yg sepatutnya kandungkan anaknya itu dah gugur pun. Charlota bgth yg dia amat tersinggung bila Mauricio kata begitu pdnya “Aku tahu anak tu begitu penting buat kau tp kau tak boleh nak layan aku begini…kan dah bagus selama ini, kita berdua, terasa umpama kita masih dlm kehangatan berbualan madu….tak perlukan kehadiran sesiapa di sisi kita tetmasuklah kehadiran seorg anak…!!” Rumah Brandy……..Brandy meredakan perasaan Juana dgn memeluk Juana dgn erat…”Tp jika betul kau hamil, mustahil krn kalau kau kata kau tak pernah bersama lelaki, mcm mana kau boleh hamil…” Juana lagi menangis “Aku tak tahu….!!!” Brandy tanya “Dulu kau pernah bersama Micky…betul kau tak…???” Juana geleng “Ini perkara serius, aku tak pernah ada hubungan dgn lelaki, kalau kau nak tahu aku berpisah dgn Micky adalah krn aku tak nak komitment yg lebih apatah lagi buat hubungan intim dgn dia….kami hanya setakat bercium, tak pernah lebih dr itu…bila Micky nak kami buat lebih itu, aku yg buat keputusan nak putus…maka bgmn sekarang aku dikatakan mengandung…!!!” Brandy memandang dan memeluk erat Juana yg terus menangis.. Rumah De La Vega……..Mauricio amat marah dan bangun “Aku dah tahu yg kau tetap tak pernah faham apa yg aku perlukan selama ini, jelas yg impian kita tak sama…!!! Aku akan berada di dlm bilik bacaan mlm ini….!!” Charlota geram dia ditinggalkan sendirian lagi. Dia mencampakkan bantalnya ke arah pintu setelah Mauricio keluar.

Di rumah Brandy…..Brandy masih menenangkan keadaan Juana yg mmg sedih betul “Adakah keluarga kau tahu apa yg terjadi…?” Juana geleng “Aku tak tahu bgmn nak bgth ttg apa yg telah berlaku pd aku ni…tentunya mrk kecewa terutamanya nenek aku…” Brandy hairan sgt “Aku bukannya tak percaya ttg apa yg terjadi pd kau, aku percaya semua ini mcm dah diatur pula…yg kita tahu perkara mcm ni pernah berlaku pd Virginia yg kita percaya, hamil tp masih perawan…Entahlah, adakah tuhan dah turunkan kau sebg wakilnya pula….” Juana diam aje. Brandy kata “Mlm ni kau tidur aje di sini….tp kau kena telefon mak kau bgth yg kau ada di sini…!!” Juana kata “Boleh tak kau yg telefonkan utk aku krn aku pasti mak aku akan tahu aku sedang bersedih bila dengar suara aku nanti..” Brandy angguk dan mencapai telefon “Hello, Ana Maria…Ini Brandy…hanya nak bgth yg Juana tak balik mlm ni krn dia bermlm di rumah saya…!” Ana Maria dgn nada risau “Apa dah jadi dgn Juana? Adakah dia tak nak balik krn apa yg tgh menjadi perbualan hangat kat kws jiran ini…berita ttg aku…Aku nak bercakap dgn dia!???” Juana buat isyarat yg dia tak nak cakap dgn maknya. Brandy pun faham dan bgth yg Juana dah tidur. Ana Maria pun letak phone.

Rumah Perez……..Manolito balik rumah. Ana Maria tanya dia apa yg dia dah buat dgn alamat Alfonso tu. Manolito bgth yg dia dah pergi rumah Alfonso dan dah jumpa dgn istei dan anak2 Alfonso. Manolito bgth yg dia dah cakap apa yg sepatutnya dia cakap pd isteri Alfonso dan dia tegaskan yg dia tak nak Ana Maria salahkan diri sendiri krn jalinkan hubungan dgn Alfonso “Alfonso perlu tahu dan sedar apa yg dia dah lakukan, apa yg dia janjikan pd kau…” Manolito tanya ttg Juana. Ana Maria bgth yg Brandy bgth yg Juana dah bermlm di rumahnya “Aku takut Juana sedang bersedih ttg aku…aku harap2 dia tak apa2…!!!”

Di bilik bacaan Mauricio………..Mauricio cuba habiskan masanya buat kerja dgn menghadap computer dan mencatatkan sesuatu. Fikirannya masih menggingatkan kata2 ricardo ttg dia yg kehilangan anak tadi. Kemudian Mauricio teringatkan ketika dia bermain bola dgn “Matahari” dan anak2 di gereja paderi Jose tadi. Mauricio teringat kata2 “Matahari” ttg kehidupan “Kau tak seharusnya jadi org lain, kau harus ikut rasa hati kau….tak semestinya bila kita dah berada di atas, kita tak boleh nak ikut rasa hati kita spt dulu iaitu spt kau yg mula lupakan memakan ais krim di tepi jln hanya krn kau dah berjaya, betul tak??” Mauricio berkata pd hatinya “Kenapa aku boleh rasa yg Matahari sering berada dan dekat dgn aku, aku senang utk luahkan perasaan sedih aku….dia mmg insan istimewa…!!” Keesokkan harinya, Di rumah Brandy………Brandy mengejutkan Juana. Juana nampak masih sugul dan cuba bersiap utk ke sekolah. Brandy nasihatkannya agar byk bersabar dan seharusnya Juana bersemuka dgn keluarganya…Juana setuju akan buat demikian. Di rumah Perez…….Nenek Azucena berungut yg Juana tak balik mlm tadi “Pastinya Juana sedang bersedih krn perbuatan tak malu mak dia…!!!” Manolito menghampiri maknya dan bgth yg dia dah bersemuka dgn isteri Alfonso dan dia pasti yg Alfonso dah tak akan berani menghampiri Ana Maria…Nenek Azucena berkata “Kau tak boleh pastikan ketidakperubahan perangai Ana Maria sendiri…!!” Ana Maria bergegas bersiap sambil minum air yg telah dihidang kat atas meja “Aku pergi cepat krn pastinya Juana dah berada di sekolah ketika ini…!!!” Di sekolah Juana………Juana dah sampai dgn begitu sugul sekali…Lily menegurnya dan bertanya apa yg telah berlaku. Juana pun bgth lah ttg keputusan kali ke 2 ujian hamil itu mmg sah. Lili tergamam “Alamak! Ianya mmg betul…Bgmn ia boleh berlaku??” Juana bersedih bgth yg dia mmg tak tahu apa yg telah terjadi “Yg mmg jelasnya, aku mmg disahkan sedang hamil, Lily…aku tak percaya yg ada anak yg sedang berada dlm rahim aku ini, aku tak tahu apa yg berlaku sedangkan aku tak pernah buat hubungan intim dgn sesiapa pun….Bgmn aku nak bgth pd keluarga aku…????!!!” Lily memeluk Juana yg terus menangis… Rumah Perez, Nicholas dtg spt biasalah nak ambil pai daging buat Nenek Azucena utk dijual. Sambil tu, Nicholas berborak2 le dgn Nenek Azucena ttg berita yg tersebar krn Ana Maria. Nenek Azucena bgth “Hai, engkau pun dah tahu…??? Cepat betul berita tu sampai…!!!” Nicholas cuba mengutarakan beberapa strategi terbaru utk perniagaan pai daging mrk itu. Nenek Azucena tu layan ajelah si Nicholas tu…

Di sekolah Juana……di gelanggang jasmani, kelihatan Ana Maria sbg jurulatih jasmani sedang mengarahkan anak2 muridnya latih jasmani….Micky dan dua tiga org lelaki lagi sedang memerhatikan Juana dan rakan2 lain yg sedang berlari. Ana Maria tamatkan latihan hari itu dan murid2 semua bersurai. Ana Maria memanggil Juana yg sedang berjln dgn Lily “Juana, kenapa dgn kau..? Kau amat lain sgt…?Mak tak nak apa yg berlaku pd semlm yg buat kau jadi begini….!!” Juana bgth maknya yg dia tak apa2 dan tiada kaitan pun masalah maknya. Juana berlalu dgn Lili. Ana Maria hanya pandang Juana dr jauh. Di pejabat Positivo…Enriqueta keluar dr pejabatnya dan memanggil Brandy masuk jumpanya. Brandy menjeling pd kawan2nya “Tentu ada lagilah perkara yg dia nak marah tu….!!!” Di bilik pejabat Mauricio, Mauricio sedang membuat kerjanya dan tiba2 Armando pun masuk. Armando nak bincangkan ttg hal2 yg berbangkit di syarikat tu tp dia sedar yg Mauricio tak tumpukan perhatian langsung…Dia tanya apa yg berlaku. Mauricio bgth yg wanita yg kandung anaknya itu dah pun gugur “Maka, mmg harapan aku nak dpt anak hanya tinggal kenangan ajelah..!” Mauricio amat sedih. Armando nasihat agar Mauricio tak putus asa “Anak ni adalah rahmat. Kau masih boleh dpt anak lagi dgn adanya mani2 kau yg tersimpan tu…!” Mauricio hanya diam teringatkan Charlota yg mmg tak pernah bgnya harapan malah Charlota mmg tak nak anak tu wujud. Armando bgth yg Mauricio boleh ambil anak angkat tp Mauricio menggelengkan kepalanya “Itu spt idea dr Charlota je…dia pun dah bgth yg dia nak ambil anak angkat utk kami!!!! Masalahnya, dia tak pernah nak kongsi impian aku bersama, dia seronok sgt bila Pn. Rosa gugur” Armando terdiam shj. Bilik hotel Desiree….seorg lelaki dtg bawa bunga utk Desiree dr seseorg. Desiree tahu yg itu tentu bunga dr Rogelio. Desiree mencebikkan mukanya pd bunga itu …. Dari sekolah, Juana naik pitusanya menuju ke syarikat Positivo utk berjumpa Brandy. Di hadapan penyambut tetamu, Juana bgth penyambut tetamu Positivo itu yg dia nak jumpa dgn Brandy. Penyambut tetamu suruh Juana tunggu sekejap lalu dia pun masuk memanggil Brandy. Malangnya, Brandy tiada di mejanya. Brandy sedang mengadap Enriqueta yg nyata marah2 ttg sesuatu. Juana menangis sambil duduk di sofa di hadapan penyambut tetamu tu….Tiba2 Mauricio pula pun keluar dgn bawa begnya dan ternampak Juana yg sedang menangis “Matahari??? Apa kau buat di sini? Kau menangis…????” Juana memalingkan mukanya yg menangis tu. Mauricio tanya kenapa dia menangis. Juana hanya kata dia punyai masalah. Mauricio bg saputgnnya pd Juana. Lalu, Mauricio ajak Juana ikutnya turun. Pejabat Rogelio…..Rogelio bgth pd pembantunya yg Desiree tentu dah terima bunga itu “Dia pasti sedang tersenyum pd bunga itu krn tak lama lagi, dia akan jadi milik aku…!!!” Pembantunya hanya tersenyum dgn kata2 Rogelio itu. Mauricio bawa Juana ke sebuah tasik. Mrk berdua duduk di satu kerusi sambil memandang ke arah tasik. Mauricio cuba tanya apa masalah Juana. Juana hanya bgth yg masalahnya itu akan merubah nasibnya kelak. Itu yg buat dia sedih. Mauricio pun bgth yg dia pun sedang bersedih juga (Ialah Mauricio sedih hilang anak, Juana sedih dpt anak). Mauricio kata yg semua harapannya kini dah musnah “Hanya tinggal harapan shj kini….” Tiba2 ada 2 org kanak2 yg sedang dipimpin oleh ibu mrk sedang berjln di tepi tasik. Mauricio kata yg anak2 akan bawa kebaikan dlm hidup kita tp Juana tiba2 bangun dan marah Mauricio kononnya memperli dia. Mauricio tanya kenapa tp Juana kata tiada apa2. Dia kata dia masih rimas dgn apa yg terjadi pdnya. Mauricio nasihatkan Juana, w/pun apa yg terjadi…Matahari patut bgth masalah pd keluarga…!!! Mauricio pun balik dgn Juana.

Di Positivo…….Penyambut tetamu tu tak dpt cari Brandy. Tiba2 David lalu di sebelahnya dan tanya siapa yg dia cari. Penyambut tu bgth yg ada kawan nak jumpa Brandy. David tahu itu mesti Juana lalu dia pun keluar ke bhgn penyambut tetamu tp Juana tiada. David tanya le siapa yg dtg. Penyambut tetamu tu kata hanya seorg perempuan muda berambut coklat yg dtg tp dia umpama sedang sedih krn dia menangis….David hairan “Juana? Menangis…?? Kenapa…???” Penyambut tetamu tu geleng shj. Di Positivo…….Brandy nampak bengang aje bila kuar dr bilik Enriqueta. David bgth yg tadi Juana dtg mencarinya tp tak jumpa….David bgth yg Juana sedang menangis….Brandy kata “Oh no…Juana!! Apa agaknya lagi terjadi pd kau? Tentunya kau sedang bersedih sekarang…!!! David sibuk nak tahu apa masalah Juana dr Brandy “Krn aku amat ambil berat ttgnya…!!!!” Brandy tak nak bgth apa2 pun.

Di rumah Perez………Ana Maria, nenek Azucena dan Manolito sedang ada di ruang tamu. Nenek Azucena masih berbicara ttg kelakuan Ana Maria semlm yg memalukan dia tu…Ana Maria apa lagi asyik lawan balik aje. Yg jadi org tgh tentunya si Manolito yg cuba tenangkan kedua2nya…Tiba2 Juana pun balik…Ana Maria menjerit dan memeluk Juana sambil nyatakan rasa rindunya pd Juana. Juana suruh maknya duduk dan dia berdiri sambil memandang Ana maria, Nenek Azucena dan Manolito dgn nada sedih “Maafkan saya krn buat semua risau ttg semlm!” Ana Maria menyampuk kata “No, semuanya salah aku, aku tak sepatutnya buat kau sedih…tp sekarang masalah tu dah selesai..!!!” Manolito memandang serius pd Juana umpama dia tahu je apa yg Juana nak ckp pd mrk. Juana dgn sedih pun kata “Saya nak bgth yg saya telah disahkan hamil…!!!!” Ana Maria dan Nenek Azucena melopong “QUEEE!!!!!?????.....” Manolito hanya terdiam dan menggeleng2 kepalanya. Juana memandang ke bawah….sambung…

Posted on July 5, 2003 via mail


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1