| Juana La virgen (Ep116, Isnin 28
Julai) Dalam Bahasa Melayu Rogelio mula berasa tak senang duduk dengan Mauricio tu sbb
mauricio seolah olah dapat rasakan yang Rogelio terlibat dalam cubaan membunuhnya
*************
Rumah De la Vega:
Carlotta bercakap lam tipon dengan Desiree, dok tanya pengesahan tentang 'urusan' yang
depa dah bincangkan.. Depa bincang ttg Carlotta yang patut gi jumpa pembunuh upahan tu utk
berikan duit. Carlotta kata gilo ko, dia takkan buat perkara yang macam tu. Desiree kata
kalu camtu, takpa, kene batalkan la rancangan depa tu. Carlotta then berfikir balik pulak.
Desiree kata jgn amik masa yg panjang sgt dan dia letakkan tipon.
Di Sekolah: Juana dok berjalan sambil mengusap ngusap perut dia. Dia terfikirkan sesuatu
masa Ana Maria menegur dia. Dia perasan yang Juana tu dok berkhayal. Dia tanya tentang
David dan pada masa yang dia mengingatkan segala pengorbanan David utk Juana. Depa
bersembang sembang kemudian Juana nampak Lili, dia panggil Lili dan pergi ke arah Lili
dengan alasan dia ada kelas.
Positivo/pejabat Mauricio: Mauricio ada ngn Enriqueta.. berbincang tentang David dan apa
yang dah terjadi. Jika syarikat tak ada masalah, tentu semorang dapat pi melawat David.
Enriqueta suh dia bertenang. Mauricio dirundung rasa bersalah. Enriqueta tanya sapa la
agaknya yang nak bunuh Mauricio.
Rumah De la Vega/tingkat bawah: Rogelio ada dengan Carlotta.. dia terkejut sbb dia tu mai
awai utk jumpa dia. Selepas bertanya khabar, rogelio tanya sama ada Mauricio tido situ
atau tidak semalam. Carlotta kata iyer dia tido situ, abih tu nak tido mana lagi? Depa
saling berpandangan.
Positivo/pejabat Mauricio: Mauricio menceritakan semula apa yang dah jadi, satu persatu
diceritakan pada Enriqueta. Enriqueta suh dia berhati hati. Jika apa yang DAvid kata tu
betul, pembunuh upahan tu mungkin akan mencuba utk membunuh lagi sekali. Tak sia boleh
merendah rendahkan keupayaan sorang pembunuh upahan. Depa diganggu oleh kehadiran Desiree,
yang tiba2 jer mai masuk dan kelihatan seperti sungguh gembira tengok mauricio kat situ.
Dia kata dia risau sangat.. Enriqueta dan Mauricio saling bertukar pandangan.
Rumah De la Vega/tingkat bawah: Rogelio nak Carlotta sahkan lagi sekali.. Calrotta tanya
apa ni? apa yang tak kena? Rogelio nampak cam memikirkan sesuatu. dia tipu anak dia sambil
kata tak der aper2 lah. Dia kata dia nak cakap ngn Mauricio dan cepat2 meninggalkan rumah
tu. Carlotta mengeluh panjang.
Sekolah Juana: Loceng bunyi. Juana, Lili dan pelajar2 lain kuar dari kelas mereka. Juana
bgtau Lili apa yang dah jadi kat David.. Lili perasan Juana masih dok pikirkan Mauricio;
memola dia ingat ker juana dah tak nak pikir apa2 dah sal Mauricio. Lili anggap Juana dah
jumpa Mauricio. Juana kata, dia masih cintakan Mauricio dan ni lah kali pertama dia jatuh
cinta.
Positivo/pejabat Mauricio: Desiree kata Mauricio tu sepatutnya tipon dia bagitau kata dia
tu selamat. Dia pi dekat dengan Mauricio, dia duduk sambil memeluk Mauricio. Mauricio kata
"Tolong betenang sikit boleh tak?" Desiree kata "Kalau la apa2 jadi kat
hang, matila aku!" Mauricio wat muka "Oh tidak! dia buat dah".
Sekolah JuanaJuana marah Lili sebab dok cakap bukan2 pasal Mauricio. Dia tarik kawan dia
pi kat tempat yang orang lain tak dengar. Dia nak Lily janji jgn citer kat sapa2 apa yang
dia akan cakap.. bla bla bla.. lepas kat spital, dia ngn Mauricio secara tak sengaja
berjumpa di kabin, Lili terkebil kebil tunggu Juana habihkan citer. Juana kata "Kami
hampir2 membuat hubungan intim!" Lili kelihatan cepat2 menutup mulutnya yang tiba2
ternganga.
Positivo/Bilik Mauricio: Desiree bgtau dia yang Rogelio adalah org yang nak bunuh
Mauricio. Mauricio tak caya. Dia kata camno Desiree leh pasti sangat tentang hal tu? Depa
tak leh main tuduh2 jer. Desiree tengok kat Mauricio dan kata satu sebab jer, sebabnya,
dia tertarik dengan Mauricio kerana Mauricio tu betul bendul orang nya. Desiree kata
Rogelio dah beri amaran kat dia supaya jgn mengharapkan Mauricio sangat dan dia tu yakin
dengan kata2 dia.
Sekolah Juana/taman: Juana cuba menceritakan kat Lili tentang apa yang dah jadi kat Kabin.
Dia kata dia rasa seolah2 terapung apung semasa memegang tgn Mauricio. Dia dah tak
gementar dah. Mauricio tak penah menipu dia sebelum nih. Lili memandang jer ke arah Juana.
Positivo/bilik Mauricio: Mauricio bgtau Desiree yang dia perlu menumpukan perhatian
terhadap kerja dan syarikat. Desiree kata "Kalau awak kene tembak kat pala, awak
takkan tau yang kata2 saya ni benar" Maurcio kata dia tak senang nak pkir benda2
lain. Desiree mengalah akhirnya, dia pesan suruh Mauricio berhati hati dengan Rogelio.
Tiba2 Rogelio sampai dan tengok depa berdua. Dia mintak maaf sbb masuk macam tu lagipon
pintu tu terbukak, dia kata dengaq macam depa dok cakap psal dia (sambil memandang tajam
ke arah Desiree). Mauricio tengok Rogelio kemudian tengok Desiree pulak.
Rumah De la Vega:
Carlotta ada ngn mak dia, Amparito. CArlotta tanya apa yg tak kena ngn bapak dia tu?
amparito kata, bapak tu marah sebab sesuatu dan biler dia marah, depa patut menjauhi bapak
dia tu. Dia nampak mak dia kelihatan gelabah. Amparito kata, dia cuma tau , Rogelio dah
batalkan rancangan nak melawat depa. Dia tu tengah marah dan anak menantu dia pulak tak
wat ikut rancangan dia.
Positivo/Pejabat Mauricio: Maurico ada ngn Rogelio. Dia kata dia leh datang biler2 masa
dia nak sama ada nak bagi nasihat atau nak buat keputusan mengenai sesuatu, Rogelio bagi
arahan kat Mauricio supaya jgn mendekati Desiree, kalau dia bijak, dia akan ikut arahan
tu. Rogelio kata Desiree hak dia. Mauricio wat tanggapan yang menyebabkan Rogelio rasa
bersalah. Rogelio menyambar jeket Mauricio dan kata, "Adakah awak menuduh saya
berbuat sesuatu?" Mauricio kata "Belum lagi". Rogelio menolak Mauricio
dengan kasar sehingga Mauricio terhempas ke kabinet. Mauricio terus terusan menakutkan
Rogelio hingga dia tu marah dan menumbuk mukanya. Lagi sekali dia terhempas ke dinding. Di
luar Desiree memanggil Armando pi ke bilik Mauricio dengan segera. Aramndo keliru ngn
keadaan tu. Depa pi ke bilik Mauricio biler terdengar bunyi benda jatuh dan pecah.
Rumah Perez/dapur: Maria dok cakap ngn Azucena. Dia dok menyediakan sesuatu. Maria Rosa
mintak Azucena maaf kan dia sbb tu la kali pertama dia mabuk. Nicholas sindir Maria Rosa
dan depa berperang mulut pulak. Azucena suh depa diam dan suh Maria Rosa minum kopi keras
supaya dia tak sakit pala dah. Maria tengok Nicolas dok wat mimik muka kat dia.
Rumah De la Vega/ruang tamu: Carlotta terima panggilan telefon dari pembunuh upahan. Dia
tanya mana dapat nombor ni? Pembunuh upahan tu kata, dia patut tau sapa yang bagi, dia
cuma nak tau sama ada cArlotta nak atau tidak urusan tu diteruskan, dan mintak bayaran
ansuran pertama atau lupakan ajer hal tu. Dia takkan buat apa2 melainkan kalau Carlotta
bagi duit. Semuanya terletak pada keputusan Carlotta. Carlotta dah risau, mata nya meliar
sekitar rumah takut la kot2 ada orang mendengar perbualan tu.
Positivo/Bilik Mauricio: Armando masuk dan menyambar Mauricio dan menolak dia tu ke tepi
sementara Alfredo pulak melakukan yang sama kat Rogelio. Alfredo suh pak dia kawal
kemarahan dia. Desiree dan Enriqueta mai kemudiannya. Rogelio dan Mauricio terus sambung
gaduh2. Mauricio akhirnya kata dia tak suka apa yang rogelio katakan dan memandangkan awak
salah sorang pemegangn saham seperti yang selalu dia perkatakan, Rogelio boleh gajikan
orang lain utk tutup mulut dia. Rogelio memandang tepat ke arah Mauricio. Enriqueta tengok
kat Rogelio sementara Alfredo memandang Mauricio. Semua macam tak sangka dengan kata2
Mauricio.
Rumah De la vega: Carlotta dok cakap ngn pembunuh upahan tu lagi. dia tu dok tunggu
Carlotta wat keputusan sama ada nak teruskan atau tidak.
Positivo/bilik Mauricio: enriqueta ada ngn Mauricio dok tanya apayang dah jadi. Dia takut
dengan cara Mauricio cakap ngn Rogelio tadi tu. Mauricio kata, dia tak dak bukti
penglibatan Rogelio lam cubaan membunuh dia tu tapi Mauricio ada sebab utk mengaitkan
rogelio ngn semua tu. Mauricio tiba2 bangun dan suh Enriqueta tipon hanset dia kalu ada
apa2, dia nak pi tengok David. Pas dia blah, Enriqueta mendoakan David cepat sembuh, demi
kepentingan semua orang.
Apartment makcik Eva: Desiree masuk ngn Rogelio. rogleio suh Desiree bawak semua barang2
dia dan pindah balik ke apartemnt dia kalu dia enggan, rogelio nak masukkan dia lam jail.
Rumah De la vega: Amparito merasakan sesuatu tak kena ngn anak dia. Dia tu menyembunyikan
sesuatu darinya dan dia tau anak dia tu cuba membohonginya. Carlotta kata taklah. Amparito
kata,"Na pa muka pucat? nampak sangat seolah2 dia dah cakap ngn seseorang yg dia tak
suka. Depa dua bertukar pandang.
Apartment Makcik Eva: Desiree dah kemas barang2 dia, dia sumbat semua masuk lam 2 beg.
Desriee kata dia bunuh pak dia sbb mempertahankan diri dan jika pak dia bangkit dari kubur
pun, dia akan bunuh dia tu lagi sekali. Rogelio maleh nak dengar kata2 Desiree.. Dia
akhirnya mengalah dan setuju balik ke apartment Rogelio. dia bwk beg kecik, Rogelio angkut
beg besar. Depa sama2 meninggalkan apartment tu.
Hospital: Mauricio dok jalan kat koridor utk pi tengok David.. dia kemudiannya terlihat
papantanda menngatakan 'Wad bersalin". Dia terus mengikut hala tuju papan tanda tu.
Positivo/bilik rehat: Brandy masuk utk wat kopi. fikiran melayang mengingatkan David.
Salah sorang kawan sekerja dia mai dan dok kat dia. (if i'm not mistaken tht's Milady,
secretary Alfredo)
Hospital: Juana dok jalan kat koridor nak gi tengok David. Dia pon nampak gak papantanda
"Wad bersalin" tu. Dia senyum biler gerak hati dia suh dia ikut jalan tu utk
tengok bayi2 comel.
Dari dinding kaca tu, Mauricio dok tengok anak2 yang baru lahir tu. Juana nampak Mauricio
dan senyum tengok Mauricio. Dia dok cakap sendirian tentang betapa kacaknya Mauricio tu,
baik hati dan elok parasnya. Mauricio pulak dok tersengih sampai ke telinga biler tengok
bayi2 comel tu.
Positivo/bilik rehat: Kawan Brandy cuba pujuk Brandy luahkan penderitaan dia, kalu tak dia
akan lebih teruk lagi. Brandy mula menangis.. dia cemburukan Juana tetapi rasa bersalah
sebab Juana tu macam adik dia sendiri dan dia rasa jijik dengan diri sendiri.
Hospital/Wad bersalin: Juana dok senyum lagi sambil memandang Mauricio. Dia memegang
perutnya dan dan bercakap dengan anak lam kandungan dia sama ada dia buleh nampak Mauricio
sekarang melalui mata ibunya nih.
Rumah De la Vega: Carlotta bgtau Amparito tentang niat dia utk pi ke percutian yang
panjang, hanya dia Rafael dan Mauricio, tinggalkan kerja semua. Mak dia tak rasa keputusan
tu bijik. Carlotta suh makdia bg telefon sbb dia nak tipon Mauricio.
Hospital/Wad Bersalin: Mauricio pergi dari situ sementara Juana dok berkira kira sama ada
nak kejar Mauricio atau tidak.
Positivo/bilik rehat: Brandy meluahkan perasaan dia tentang Juana dan David. Dia takut
rasa cemburu dia lebih dari persahabatan dia dan Juana. Milady memeluk Brandy utk menenang
kan dia.
Hospital/Wad bersalin: Juana mendekati tempat Mauricio berdiri tadi. Dia tengok bayi2 tu
dan nampak sorang jururawat berjalan ke arah tu. Dia minta izin nak masuk situ sat.
Jururawat tu benarkan.
Hospital/Bilik David: Mauricio ada ngn David. David meluahkan rasa takut dia dan dia bosan
duduk kat katil tak leh buat apa2 utk jangkamasa yang lama. Mauricio dan David bersembang
pasal perasaan masing2.
HOspital/Wad Bersalin: Juana dipakaikan pakaian hospital utk tujuan kebersihan. dia bgtau
jururawat tu yang dia dah hampir 7 bulan mengandung. Dia ikut jururawat tu ke bilik bayi.
Juana mendekati bayi2 kat situ sorang demi sorang. semuanya comel2. Jururawat tu bagi
sorang anak kecil utk dia dukung. Dia duduk sambil pegang bayi tu kat bilik menyusu.
Jururawat tu kata dia akan biasa ngn keadaan ni lepas anak dia lahir nanti. Dia memegang
bayi tu rapat ke dadanya dan bercakap sendirian, tak lama lagi dia akan dapat satu macam
nih.. Apa la agaknya akan jadi kat dia dan Mauricio. Adakah depa akan terus bersama..
Bilik David: David bg nasihat kat Mauricio tentang perkhwinannya. Mauricio terima
panggilan dari Carlotta. Dia tanya khabar Rafael dan kata dia akan balik secepat mungkin,
sebelum pi, David pesan kat dia jangan lukakan hati Juana.
Wad Bersalin: Juana kembali ke bilik bayi sambil menepuk2 bayi yang sedang merengek di
bahunya. Mauricio pon kembali ke wad bersalin dan nampak seseorang sedang mendukung bayi,
dia kenal tu Juana dan panggil Juana. Dia tekejut tgk Juana kat situ. Jururawat nampak
Mauricio dan sangka dia tu nak tengok anak dia, Mauricio menunjuk isyarat suh panggil
Juana. Juana pusing ke arah Mauricio dan depa tersenyum serentak sambil Juana memegang
rapat bayi itu.
Rumah Perez: Maria, Azucena dan Father Jose ada di ruang tamu. Maria kata dia akan amik
barang2 dia utk tinggal bersama Azucena. Pas dia tu blah, Father Jose kata dia ada perkara
penting nak cakap ngn Azucena - berkenaan Juana.
Hospital/Wad Bersalin: Selepas kuar dari bilik bayi, Juana mendekati Mauricio. Dia rasa
sedih biler Juana kata, ruginya depa tak dapat membesarkan anak depa bersama sama.
Rumah Perez/ruang tamu: Father Jose menerangkan tentang Carlotta, Rafael, Mauricio dan
kesan daripada perlakuan Juana yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga depa tu. Azucena
bgtau dia yang Juana tak bertanggungjawab ngn keruntuhan rumah tangga depa tu, tu dah
takdir. Father Jose dah tak paham, dia tekejut biler dengar Juana tu mengandungkan anak
Mauricio.
Hospital: Mauricio bersembang dengan Juana. Dia pegang tangan Juana dan rayu dia dok sat
sembang ngn dia dulu. Juana tak selesa sebab Mauricio dok pegang tangan dia. takut orang
nampak. mauricio setuju lepaskan tangan dia asalkan dia tunggu sekejap ngn dia kat situ.
Rumah Perez/ruang tamu: Father Jose masih mengatakan yang Juana patut menjauhkan diri dari
Mauricio sbb dia tu dah kawin. Dia kata dia perlu cakap ngn Juana secepat mungkin. Depa
mesti selesaikan hal tu dengan segera.
Hospital: Juana dah tak larat nak cakap ngn Mauricio yang depa bukan bedua saja lam dunia
nih, depa tak leh lupa yang ada orang lain yang perlukan depa dan sayang kan depa. Depa
mesti kawal perasaan depa. Maurico kata dia tak leh wat camtu, mustahil. Juana mintak depa
jangan berjumpa lagi dia. Dia berjanji akan menghubungi Mauricio sebaik saja anak dia
dilahirkan. Mauricio mesti berjanji jgn telefon dia lagi. Juana pergi tanpa mengucapkan
selamat tinggal dan mata Mauricio kelihatan bergenang air mato. Dia keliru dan sedih
dengan apa yang Juana perkatakan.
'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no
estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada Selasa, 29 Julai 2003
Posted on Jul 29, 2003, 3:18 PM |