Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 115 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
JLV (Ep115, Jumaat, 25 Julai) dalam bahasa Melayu

sekarang keadaan makin tegang buat Carlotta dan Desiree bila rancangan teliti mereka untuk menghapuskan Juana bermula.

**********************************

Kabin Makcik Eva: Makcik Eva tak senang duduk dan tak tau sama ada Juana dan Mauricio ada lam bilik atau tidak. Dia tak berani nak masuk ke ruang tamu. Dia mencapai satu pasu dan melepaskan nya ke lantai. Pasu tu bersepai. Juana dan Mauricio terdengar bunyi benda pecah; depa cepat2 bangun dari katil. Juana panik dan Mauricio mententeramkan dia, dia suh Juana jgn bimbang tak tentu pasal. Juana takmo makcik Eva berprasangka buruk terhadap dia.

Rumah Perez: Azucena sangkakan Salvador ada sama2 ngn Ana maria. Salvador kata dia tu tak habaq pulak dia nak pi mana. Salvador kata dia takdapat lagi cari Ramon.

Kabin Makcik Eva/ruang tamu: Juana rasa bersalah dan cuba menyembunyikannya. Dia bgtau MAkcik Eva yang depa tak buat apa2 yang salah. Makcik Eva kata tak pa. Juana gi masukbilik dan berkemas. Mauricio tengok jer kat MAkcik Eva yang tengah dok mengetap kakinya menunggu jawapan dari Mauricio. MAkcik Eva kata dia cuma nak Mauricio ngn Juana berbincang, tak lebih dari tu. Mauricio mesti berhati hati dengan apa yang dia ucapkan dan dengan apa yang buat sebab Juana mungkin akan menyalah tafsirkan gerak geri dan perlakuan Mauricio. Makcik Eva kata, kalu apa jadi kat Juana, dan Mauricio tak mampu nak tolong.. Juana mungkin tak dapat memaafkan dia sampai bila2.

Malam/di luar: Desiree gi jumpa sorang lelaki muda, dia cuba cari sorang ni utk wat kerja kotor depa. Dia bgtau budak muda tu yang dia nak orang yang terbaik yang takkan buat sebarang kesalahan semasa menjalankan tugas.

Kabin Makcik Eva: Juana bgtau Mauricio yang dia terpaksa pergi; Makcik Eva dok tunggu lam keta. Sebelum bertolak, Juana bgtau Mauricio yang dia gembira sebab dia tau dah la ni Mauricio tak penah menipu dia dan tak berpaling tadah dengan dia, tetapi depa tak leh lupa yang Mauricio tu suami orang. Dia ada Carlotta, isterina dan Rafael. Adalah mustahil utk bersama seperti yang mereka mimpikan. Juana tak leh hidup tanpa Mauricio tetapi dia terpaksa belajar utk biasakan diri dengan keadaan tu. Makcik Eva masuk dan bgtau Juana depa dah boleh bertolak. Dia meninggalkan Mauricio tanpa ucapan selamat tinggal.

Di luar/dalam satu bangunan: Desiree bertemu dengan pembunuh upahan yang berpotensi. Pembunuh tu kata dia nak separuh bayaran sebelum tugas dan lagi separuh selepas tugas selesai. Desiree menetapkan syarat2nya, dia kata, dia akan tunjukkan sapa Juana Perez.

Rumah Perez/ruang tamu: Salvador menenangkan Manuel dan Azucena yang risaukan ana Maria. Tipon berbunyi dan manuel menyambut panggilan tu, Rosita/Maria yang tipon. Rosita/Maria bgtau yang depa berada di sebuah pub tak jauh dari rumah depa.

Rumah De la Vega: Amparito duduk di ruang tamu. Mauricio sampai, dia sindir Mauricio balik lambat. Mauricio tanya keadaan Carlotta dan Rafael. Amparito kata RAfael sihat2 jer tapi Carlotta masih lagi lum sembuh. Amparito mengingatkan dia yang Carlotta tu masih sangka hubungan depa masih macam biasa dan memberi amaran supaya dia lebih berhati-hati bila bercakap dengan Carlotta.

Rumah Perez: Juana berterima kasih pada makcik Eva sebab hantaq dia balik. Azucena mai tengok Juana dan agak kurang senang dengan kehadiran makcik Eva. Dia tanya Juana wat aper dengan orang tu?

Rumah De la Vega/tingkat atas: Carlotta dok kat katil tunggu Mauricio masuk.. dia gembira tengok Mauricio dan memeluknya dengan erat. Mauricio bgtau dia tentang David. Carlotta kata dia takut jika ada sesuatu berlaku pada Mauricio.

Rumah Perez: Juana nak cepat2 tukar baju supaya boleh dipulangkan terus kepada Makcik Eva. Juana naik atas untuk bertukar pakaian manakala Azucena bertanyakan soalan yang sama kepada Makcik Eva. Makcik Eva selamba jer cakap depa berdua sayangkan orang yang sama dan dia tau sapa orang nya.. Azucena membuat andaian yang Juana dah bertemu Mauricio. Makcik Eva senyum kambing biri biri.. heh.

Rumah De la Vega/tingkat atas: Carlotta melekap kat Mauricio cam lintah; tak nak lepas. Dia bgtau Mauricio yang Armando ada datang tadi.

Rumah Perez/ruang tamu: Juana turun ke tingkap bawah dan pulangkan baju Makcik Eva. Juana mengucapkan terima kasih kerana memahami keadaan dia. Azucena tengok kemesraan mereka tu dengar rasa cemburu. Azucena rasa tak puas hati, dia tanya Juana wat aper ngn Makcik kepada Mauricio tu.

Rumah De la Vega/tingkat atas: Jururawat paksa Carlotta makan ubat. Lepas makan ubat, dia bangun dan pergi ke Mauricio.. dia merapati Mauricio dan dia kata dia takut. Jururawat tu puji sebab depa berdua tu kelihatan seperti pasangan bahagia. Lepas jururawat tu blah, Carlotta suruh Mauricio buktikan yang dia masih sayangkan Carlotta. Hidung mereka besentuhan.

Rumah Perez/ruang tamu: Azucena marah2 kan Juana sbb tak serik2 lagi. Dia kata takder guna mendekati makcik kepada Mauricio atau adakah Juana dah mula jadi macam mak dia. Azucena memberi amaran supaya Juana lebih berhati hati, demi menjaga keselamatan diri, dia tak leh terus jadi naif. Azucena pi ke dapur dan cuba menahan tekanan2 yang dia rasai.

Manuel balik besama Ana maria, Rosita/Maria dan Salvador. Azucena nampak Ana Maria tersenyum mempamerkan gigi dia.. dan mabuk!

Balai polis/di bilik Salvador: Petricia cuba mengejutkan Pacheco dari tidurnya.. Petricia menjerit untuk mendapatkan pehatian dia, jeritan tu sudah pasti mengejutkannya. Petricia minta dia carikan Salvi sebab ada hal mustahak. Pacheco kata dia tak keje. Petricia marah biler Pacheco kata Salvi gi rumah Perez utk carikan bapak dia.

Rumah Perez/ruang tamu: Azucena dok beletiaq kat Ana Maria yang mabuk2 tu dan tidak bertanggungjawab. Ana Maria dok tersengih tak habih2 macam pompuan gila. ana maria perli mak dia "Kelakuan sapa yang tak jadi buruk jika rumah ni penuh dengan kala jengkin?" Juana marah biler makdia wat kureng ajar macam tu ngn nenek dia. Ana Maria suh Juana jgn masuk campur hal orang. Dia nak selesaikan hal dengan mak dia. Ana Maria kata kat Azucena "Cepat, bagi tau depa yang mak dah tau semuanya sepanjang masa, bapak sakit dan akan mati, mak rahsiakannya dari kita.." Juana kelihatan keliru dan tengok jer kat Azucena utk pengesahan tentang tuduhan Azucena. Azucena kelu, dia rasa bersalah.

Rumah De la Vega/tingkat Atas: Mauricio duduk di katil sementara Carlotta terlelap di ribaanya. Dia rasa seperti banduan.. Dia tak buleh lukakan hati Carlotta dan dia tiada pilihan. Dia terpaksa tunggu hingga Carlotta sembuh. Dia memejamkan mata nya dan teringat saat2 dia bersama Juana di kabin Makcik Eva.. ketika Juana mengucapkan yang dia cintakan Mauricio.

Rumah Perez/ruang tamu: Azucena mencari kata2 yang sesuai masa dia cuba menerangkan bagaimana dia tau tentang penderitaan Ramon. Dia tak penah berhasrat nak rahsiakan hal tu dari anak2 dia. Ana Maria masih lagi mabuk.. dia salah kan Manuel dan mak dia yang sentiasa tak nak amik tau dan tak tau macam mana nak memaafkan seseorang. Walaupun dia bodoh lagi tolol, dia tak seperti mereka. Maria menangih jugak dan bersetuju dengan Ana maria. Loceng pintu berbunyi. Salvador gi bukak pintu dan tersembullah muka Petricia kat pintu. Ana Maria terus menjerit kegembiraan, dan minum ucap selamat utk cinta sejati dan kegembiraan. Juana memandang ke bawah sbb tak tau apa nak cakap. Manuel pulak, dok tengok Azucena dan Ana Maria. Ana maria masih lagi tersenyum lebar.

Apartment Makcik Eva: Desiree masuk dan menghempas pintu di belakangnya. Dia teringat tentang pembunuh upahan tu. Dia harap semua akan berjalan seperti yang dirancang. Dia gembira sebab dia dapat bunuh dua burung dengan satu batu. Dia tersenyum memikirkan yang dia akan musnahkan Carlotta dan Juana tak lama lagi. Dia risau kemudiannya sbb mengetahui Mauricio tak balik2 lagi. loceng pintu berbunyi dan dia tersenyum memikirkan Mauricio dah kembali. Dia buka pintu tapi rogelio yang muncul; mimpi ngeri dia dah mai dah.

Balai polis/di bilik Salvador: Salvador marah Petricia dan suruh Pacheco kuar dari bilik tu. Petricia marah2 sebab Salvador tak luangkan masa untuk bersamanya. Dia kemudian cepat2 peluk Salvador.

Rumah Perez/ruang tamu: Maria Rosa menangis dan bagitau Ana Maria yang dia gembira sbb Ana Maria teguh mempertahankan haknya. Azucena dah bosan dengan sikap Maria Rosa yang suka amik tau hal orang. Juana cuba bawak mak dia naik atas tapi Ana maria tak mo. Azucena merenung tajam ke arah anaknya. Ana maria kata dia tak ngeri dah dengan renungan mak dia tu. Dia dengan perasaan tak takut berkata, "eeee takutnyerrrr". Dia bgtau mak dia yang dia takkan dapat simpan rahsia tu selama lamanya dari dia. Juana dapat rasakan perkara ni takkan ke mana jika Ana Maria tak bertenang. Jadi seret mak dia naik ke bilik. Manuel mengusap usap lengan mak dia untuk menenangkan orang tua tu.

Apartment makcik Eva: Rogelio meliar mencari sekitar apartment Mauricio, muka dia penuh dengan rasa meluat. Dia menyambar lengan Desiree dan mengugut dia tu.

Rumah Perez/tingkat atas: Juana tolong mak dia buang kasut. Ana Maria terus-terusan bercakap dan tak leh brenti. Dia ada sebut tentang kematian dan kesannya kepada manusia. Dia kata dia takkan menyesal dengan apa yang dah dia katakan.. Juana dan Ana maria saling berpelukan.

Ada kesan bunyi yang mendebarkan tapi tiada gambar ditunjukkan (kene potong dengan ntv7, mungkin Rogelio dah buat sesuatu yang kejam kat Desiree.. kita takkan tahu).. jadi kita cuba kreatif la sikit dan tunjukkan kat ntv7 yang kita tak perlu jadi orang yang bijak pandai untuk tau apa yang dah jadi.

Hospital/bilik David: Brandy bagitau jururawat yang David tak lalu nak makan. Dia mendekati David yg sedang nyenyak tidur. Dia berkata kata sendirian yang dia sanggup buat apa saja asalkan dapat tengok David bangun dan berdiri macam dulu. Kalaulah David tau betapa cintanya dia kat David. Brandy sanggup korbankan separuh dari tempoh hayat dia utk David. Dia kemudian terkenangkan saat2 David cium dia masa di pejabat.. (adegan dipotong).. Brandy bangun dan berjalan ke katilnya, bersiap sedia utk tidur manakala David membuka matanya perlahan-lahan.. Dia tau apa yang dah Brandy katakan dan buat untuk dia.

Pagi tiba...

Rumah Perez/ruang tamu: Juana terkejut tengok Manuel tido kat sofa.. dia mengejutkan pakcik dia tu dan tanya awat tidoq situ? Manuel kata Maria Rosa tido kat bilik dia. Depa dok nyembang pasal hal semalam.. Ana Maria dah banyak ucapkan kata2 kesat. Manuel harap depa dapat cari Ramon sebelum terlewat.

Rumah De la Vega/di tangga: Mauricio memandang sekeliling rumahnya. Dia rasa seperti orang asing di rumah sendiri. Tania mengucap selamat pada dia dan bgtau Rafael tak sihat.

Hospital/bilik David: Brandy tanya David sama ada nak makan sarapan. Brandy tanya, kalau la Juana mai tengok David, adakah dia akan dapat meneruskan hidupnya? David tak cakap apa2.

Rumah De la Vega/tingkat bawah: Mauricio tanya jururawat akan keadaan Rafael. Dia tu ckp Rafael deman sikit dan depa kene tunggu untuk tengok kot2 ada tanda2 lain. Dia kata Rafael tu macam bersedih jer.

Di luar rumah Perez: Sebuah keta merah berhenti dekat dengan rumah Perez: Desiree bagitau pembunuh upahan tu tentang kuarga Perez. Dia memberi kebenaran kepada pembunuh tu utk pukul Manuel dan bunuh Juana sekali dengan anak dalam kandungannya. Pembunuh upahan tu memandang Desiree.

Rumah Perez/ruang tamu: Juana mengucapkan selamat tinggal kat Manuel. dia kuar dari rumah. Dia seberang jalan, Desiree nampak Juana dan suruh pembunuh upahan tengok betul2 orang yang menjadi sasaran dia.

Rumah Perez/di dapur: Azucena sedang memasak. Manuel dan Azucena bersembang tentang Ana Maria. Manuel bgtau yang Juana nampak pelik la, walaupun keadaan haru biru, dia kelihatan tenang lagi berseri seri. Acuena kata Juana gi jumpa Mauricio semalam. Ana maria turun dan ucap selamat kat depa. Dia mintak aspirin dan kopi.

Hospital/dalam bilik David: Doktor menasihatkan David suh jaga kesihatannya. Juana ada kat situ melihat keadaan David sementara Brandy ada di sebelah David.

Selepas doktor pergi, David senyum sampai ke telinga bila nampak Juana. dia suh Juana mai dekat dengan dia. Dia tanya mana Juana gi semalam sebab dia tunggu lama tak mai2 pun. Juana kuarkan pai daging yg dimasak Azucena dan hulurkan kat Brandy. David kata, dia dan bayi dalam kandungannya memberi harapan untuk dia cepat sembuh. Juana senyum terpaksa, rasa bersalah. Brandy hanya memandang mereka berdua.

Rumah Perez/di dapur: Manuel bgtau Ana Maria tentang Juana dan apa yang dah terjadi pada David. ana Maria terkejut.

Rumah De la Vega/ruang tamu: Carlotta ada bersama Mauricio. Carlotta bersedih biler Mauricio kata dia terpaksa gi keje. Carlotta ajak dia pi bercuti untuk kurangkan ketegangan. Mauricio kata dia akan pikirkan dulu cadangan tu. lepas Mauricio blah, Carlotta bangun cepat2 dan berlari naik tangga ke biliknya.

Positivo: Rene bersembang dengan Shiva dan LaBibi. Desiree masuk dan Rene cepat2 bergegas ke arahnya. Desiree tak suka Rene dekat dengan dia di depan orang ramai. Rene kata dia nampak Desiree semalam dan tanya naper Desiree ada bersama budak2 jahat. Desiree menidakkan kata2 Rene dan pergi dari situ. LaBibi dan Shiva mendekati Rene dan tanya sejak biler Rene rapat dengan Desiree tu. Rene taknak jawab soklan tu dan pergi meninggalkan Shiva dan LaBibi dengan penuh tanda tanya.

Rumah De la Vega/tingkat atas: Carlotta ada di katil, tengah tengok pamplet percutian. Dia jumpa tempat yang dia suka. Tipon berbunyi dan panggilan tu dari Desiree. Dia tu kata ni tentang perjanjian mereka. Dia kata dia dah dapat orang yang sesuai utk bunuh Juana. Carlotta hanya perlu menyediakan wang sahaja.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari Isnin, 28 Julai 2003

Posted on Jul 27, 2003, 11:52 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1