| JLV (Ep114, RAbu, 24
Julai) dalam bahasa Melayu
ntv7 nampaknya sibuk memastikan kita terpaksa meneka apa yang berlaku
atau apa yang Juana dan mauricio kata/buat... terserah kepada imaginasi
dan kreativiti anda.. macam mana pun, episod semalam agak melegakan dpt
tengok Mauricio berjaya meraih kepercayaan juana kembali.. dan meluahkan
perasaan dia setelah sekian lama merindui Juana.
**********************************
Kabin Makcik Eva: Juana tuduh makcik mauricio cuba perangkap dia kat situ,
semata mata bwk dia pi situ supaya terserempak ngn Mauricio. Makcik Eva
mempertahankan diri dia, dia kata dia taktau pun Mauricio ada kat situ.
Juana maleh nak dengaq, dia jelas kelihatan kecewa ngn apa yang berlaku.
Makcik Eva kata takdir yangmenyebabkan depa bertemu kat sini. Kabin tu
adalah tempat yang aman, Juana sepatutnya menikmati semua tu terutamanya
selepas apa yang dah berlaku.
Hospital/di bilik David: David bgtau Brandy yang dia tak payah la tido
situ sbb nanti tak selesa. Brandy kata dia takkan tinggalkan David, tak
kisah la terpaksa tido situ temankan David. Enriqueta ngn Manuel masuk dan
menegur David. Enriqueta memeluk David. Manuel mendekati Brandy dan tanya
mana peginya si Juana. Dia bgtau la Juana dah pi dengan makcik Eva. Manuel
tak suka mendengarkan perkara tu.
Kabin Makcik Eva: Juana tak senang duduk, dia dok kata dia nak balik, dia
rasakan kehadiran dia kat situ tak elok. Makcik eva cadangkan Juana gi
mandi dulu dan masa mandi tu ,dia leh pikir apa nak buat. Baju Juana
memang nak kene tukar dan Makcik Eva nak tolong basuh. Juana lupa yang kat
baju dia tu ada kesan darah. Juana teringat kat David tapi Makcik Evan
meyakinkan Juana yang Mauricio akan buat buat panggilan utk tau keadaan
David. Makcik Eva berjaya memujuk Juana masuk bilik dan mandi2 supaya
lebih segar. Mauricio senyum lebaq sebab dia tau dia ada peluang untuk
bercakap hati ke hati dengan Juana.
Hospital/koridor: Manuel meluahkan rasa tak setuju dia Juana pi besama
dengan makcik Mauricio. Enriqueta kata Juana tu baik2 ajer ngn Makcik Eva.
jangan bimbang la. Shiva, Ines, Humberto dan hampir semua kawan2 sekerja
David sampai utk menjenguk dia.
Kabin makcik Eva: Mauricio mengucapkan terimakasih kat makcik Eva sebab
pujuk Juana mai situ jumpa dia. Makcik Eva kata dia mmg dah tau Mauricio
ada kat situ dan bohong sunat jer kat Juana supaya dia leh cakap ngn
Mauricio. Mauricio mesti hati2 biler bercakap. Makcik Eva taknak la dia
tunuk muka masam kat Juana. Dia nak Mauricio hidupkan api sementara dia
nak gi buat sup.
Hospital/koridor: Manuel beri alasan kat Enriqueta yang dia taknak balik
sama2. Dia meninggalkan Enriqueta yang penuh dengan kekecewaan.
Kabin Makcik Eva: Juana rasa lebih segar lepas mandi. dia pakai blaus wona
biru. Dia gementar untuk keluar dari bilik tu dan apa yang mungkin dia
akan lakukan kat situ. Dia dok sat kat pinggir katil.
Ruang tamu: Makcik Eva dah siapkan sup dan letak kat meja. Dia pesan suh
Mauricio pastikan Juana makan sbb dia perlukan makanan. MAuricio kata dia
rindukan Juana dan berterima kasih pada makcik Eva. Depa berpelukan.
Dalam bilik: Juana buat senaman kaki, dia takut nak kuar. Dia akhirnya
beranikan diri untuk melangkah kuar dan merenung Mauricio.
Rumah Lili: Maria dan Ana Maria dok bertengkar pasal Ramon. maria dok
rahsiakan dari Ana Maria dan Ana maria marah sbb taknak bongkarkan rahsia
tu.
Kabin Makcik Eva: Mauricio semawa Juana makan tapi Juana kata dia tak
lapaq tapi akhirnya terpaksa makan jugak sebab Mauricio dok pot pet
panjang sangat.
Rumah Lili: Maria nak jamu Ana Maria minum teh utk lengah2 kan soalan Ana
Maria. Ana Maria memaksa Maria bgtau cerita sebenar. Maria bgtau la berita
buruk yang Ramon tu sakit nak mati. Ana maria tekejut dan terduduk kat
kerusi.
Kabin makcik Eva: Mauricio dan Juana makan sup tu. Mauricio sambil2 tu
cuba terangkan perasaan dia. Dia pegang tangan Juana dan Juana ugut akan
tinggalkan dia kat situ kalu dia rapat sangat.
Di luar: Makcik Eva dok berkebun. Dia dok tanya diri dia sendiri pelbagai
persoalan terutamanya berkaitan Mauricio dan Juana.
Di dalam: Mauricio dah idupkan api kat tempat api. Mauricio terus terusan
meluahkan perasaanya. Juana marah. Dia ingat kejadian di mana dia dan
Desiree berjumpa di kabin tu. MAuricio pelan2 cuba cungkil maklumat
tentang apa yang Desiree dah cakapkan masa tu. Juana tanya apa hubungan
Mauricio ngn Desiree.
Rumah De La Vega/tingkat atas: Amparito dok kat kerusi dan tanya Carlotta
apa Desiree nak. Carlotta kata dia menyampaikan maklumat jer. Carlotta
teringat apa yang Desiree dah pesan tentang perjanjian mereka.
Kabin Makcik Eva: Maurici okata tak dak apa2 la antara dia ngn Desiree.
Mauricio mendekati Juana dan mula meluahkan rasa kasih sayang kat Juana
lagi dan lagi dan lagi dan lagi, macam iklan bateri la pulak.
Hospital / di bilik David: David menerangkan kat Armando dan Humberto apa
yang dia tau masa kejadian tu menembak tu berlaku. Brandy tak suka biler
Humberto ada sebut tentang Mauricio. Humberto kata agak sukar untuk
mendapat sahabat macam DAvid. David ucap terima kasih kat depa dan mintak
dia ditinggalkan sendirian sbb dia nak berehat.
Kabin Makcik Eva: Mauricio dalam pusing ketiga meluahkan persaan dia dan
mengharapkan Juana ingat masa lalu mereka berdua. Dia kata dia mula
cintakan Juana semasa depa berjumpa buat kali pertama di pejabat. Dan
sekarang dia hilang kawalan setiap kali bersama Juana. Juana suruh
Mauricio jgn cakap apa2 dah sebab la ni dia dah keliru. Mauricio kata
perlakuan lebih bermakna dari kata-kata.. (zaapppp kene potong ngn pedang
samurai milik ntv7 - mesti asah setiap hari sebab tu kerap guna)
Hospital/ koridor: Shiva dan kesemua kawan2 sekerja David tak senang hati
sebab tak dapat jumpa David. Enriqueta bagitau depa yang doktor tak pasti
sama ada DAvid akan boleh berjalan lagi atau tidak. Depa semua tekejut.
Juana tak suka apa yang telah depa buat tadi (Tuhan saja yang tau apa yang
Mauricio dah buat - terima kasih ler kat ntv7) Mauricio dah buat apa yang
patut untuk mendekati Juana. Dia nak Juana percaya yang dia tak penah
mempergunakan Juana.. ciuman mereka, pelukan yang mereka kongsi, semuanya
benar dan nyata. Juana akhirnya kata dia percayakan Mauricio. Mauricio
mencium tangan Juana sambil mengucapkan terima kasih.
Di Luar: Makcik eva dok tertanya tanya sama ada patut ker tak patut dia
masuk la ni. Dia takut kot2 nanti dia mengganggu pulak perbincangan Juana
dan Mauricio.
Malam tiba, bulan dah kuar..
(Adegan sebelum nih dah dipotong oleh ntv7) Maricio melekapkan kepala dia
kat perut Juana, dia cuba mendengar degupan jantung anaknya. Dia sangat
gembira kerana dapat dekat dengan Juana sementara Juana pulak risau dengan
bermacam perasaan yang melanda dan jantung dia rasa macam nak meletup.
Hospital/bilik David: David rasa takut dan suh Brandy jgn tutup lampu dan
nak dia dok situ bersama dia.
Rumah Perez: Manuel balik, pelik dia tengok ruang tamu tak dak orang dan
lampu tutup. Dia tanya la apa hal kat Azucena.
Di bar: Ana maria pesan minuman sejuk sementara Rosita/Maria dok tengok
dia.
Rumah De La Vega: Armando melawat Carlotta. Carlotta suh Armando citer apa
yang dia tau tentang kejadian yang menimpa David.
Kabin makcik Eva: Mauricio mencium Juana dan terus melekap kat tempat
dimana dia suka tengok perut Juana yang membesar tu. Sekarang dia leh buat
apa saja dan tak dak sapa yang akan memperkatakan bagaimana dia patut buat
atau tak patut buat. Juana gementar dan kata dia tak sedia lagi untuk
menjalinkan hubungan intim dengan Mauricio.
Di bar: Ana maria dah mabuk! Rosita/Maria tak dapat buat apa2. Ana maria
dok pot pet pot pet sorang diri.
Rumah De La Vega: Carlotta naik dengan jururawat dia. Armando mendekati
Amparito dan bgtau yang dia kelihatan sungguh jelita. Kemudian dia balik.
Amparito agak terkejut dengan komen dari Armando tadi.
Kabin makcik Eva: Ruang tamu kelihatan agak gelap. Makcik Eva heran, mana
la pi si Mauricio ngn Juana.
Rumah Perez: Manuel cuba tipon rumah Lili tapi takdak orang jawab. Azucena
risau dengan keselamatan Ana Maria. Loceng pintu bunyi dan Manuel gi bukak
pintu, SAlvador yang mai. Azucena tekejut sbb dia ingat ker Ana maria dah
balik.
Kabin Makcik Eva: Mauricio bgtau Juana supaya jgn bimbang sebab dia
bukannya nak menjalinkan hubungan intim semata mata. Ada banyak cara lain
untuk menunjukkan rasa cinta. Dia kata dia gembira sebab dapat dekat
dengan Juana. Dia mencium Juana (kene potong lagi la adegan nih)
'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime
que hacer si no estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada Jumaat 25 Julai 2003
Posted on Jul 26, 2003, 12:22 PM |