Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 112 (diterjemahkan oleh Meat Pie) English Home
Episod yang paling tragis dan menyedihkan… mesti banyak fans yang menangis.. uhuk..uhuk… dengan konflik yang tak berkesudahan antara Mauricio dan Juana.. dan David tertembak kerana nak menyelamatkan Mauricio… penuh dengan kesedihan dan keralatan yang melanda semua orang termasuklah peminat-peminat JLV………

**********************
Pejabat Peguam/ Bilik Mesyuarat: Juana meluahkan perasaannya kepada Mauricio. Dia kata dia tak mahu menyakitkan dan melukakan perasaan Mauricio, memang dia tak berniat langsung nak buat macam tu. Dia tak mahu sakitkan hati Mauricio sebagaimana Mauricio buat pada dia. Mauricio hendak membalas kata-kata Juana tetapi Juana mengarahkannya senyap dan mendengar apa yang dia nak bagi tau dan dia memang tidak akan mempercayaai kata-kata Mauricio. Dia mengesat airmata yang jatuh berjurai-jurai dan menyambung penjelasannya… jauh disudut hatinya dia mengakui yang bayi yang dikandungnya adalah darah daging Mauricio.. dan penyebab yang menemukan mereka berdua tetapi dia tidak dapat menerima takdir yang menyebabkan kesilapan pemindahan sperma Mauricio kepadanya… “Bayi ini adalah milik kau tetapi dari segi biologi sahaja”.. kata Juana… Mauricio menangis mendengar baris-baris terakhir dari Juana.. Dia tidak percaya Juana boleh berkata begitu..dan berasa sangat sedih…

Di penjara: Keadaan di dalam penjara itu menjadi sedikit bising bila Camacho masuk dengan ditemani oleh seorang Warden penajara. Warden itu meminta mereka agar jangan risau kerana dia tahu Rogelio yang menghantar mereka ke situ…..

Positivi/ di dalam bilik: Desiree bertanya kepada Rogelio kenapa dia menghantar orang-orangnya ke penjara. Untuk melawat abangnya Wilmer. Rogelio tahu kenapa Desiree tidak berasa bersalah langsung dengan kejadian yang telah berlaku… Dia memberitahu Desiree dia tahu dia tahu dari mana asal Desiree. Rogelio beritahu yang Desiree adalah gadis yang sama dengan gadis yang terperangkap kerana membunuh bapanya… Desiree menampar muka Rogelio sekuat hatinya.. Dia memegang pipinya yang baru kena penampar sulung Desiree dan memandang tajam perempuan itu……

Pejabat Peguam/ Bilik Mesyuarat: Peguam, Alfaro memberitahu Juana, David dan Mauricio serba sedikit tentang asas undang-undang dan dia dah biasa menangani situasi yang hampir sama seperti yang mereka hadapi… Dia tidak dapat menafikan bayi yang bakal dilahirkan kelak akan mengalami kesukaran sekiranya tiada perjanjian yang baik dibuat… Mauricio mencadangkan supaya perbincangan itu dihentikan tetapi David menyanggah cadangannya.. Dia terusberkata sesuatu kepada Juana dan telah menyebabkan David bersa bosan mendengar penerangannya… Dia tidak dapat menghentikan segala penderitaan yang telah dilalui tetapi dia tidak mahu melukakan lagi perasaan Juana.. Peguam itu bersetuju dengan keputusan Mauricio.. Juana terkedu sekejap bila Mauricio berjanji yang dia akan buat apa sahaja yang boleh untuk membuatkan Juana paham … dia dan anak yang bakal dilahirkan akan memerlukan bapanya tetapi pada masa yang sama dia akan menjarakkan dirinya dirinya dengan Juana.. dia sedar Juana tidak mahu melihat dirinya lagi… Dia akan terus bertindak begitu sehingga anak Juana selamat dilahirkan.. Juana hendak mengatakan sesuati tetapi dia tidak berdaya dan terkelu apabila dia melihat muka peguam itu seolah-olah keliru dengan penjelasan yang baru dibuat oleh Mauricio….

Positivo/ di dalam sebuah bilik: Rogelio mengusap-usap pipinya sementara Desiree memberitahunya supaya tidak mengulangi apa yang baru diperkatakannya sebentar tadi… Dia tidak peduli pa yang bakal dilakukan oleh Rogelio asalkan dia tidak bercakap apa-apa mengenai keluarganya… Rogelio memberitahu yang semua orang tahu Desiree tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya… Dia menjadi risau dan mula bertanya siapakah mereka yang dimaksudkan… Rogelio tersenyum sumbing kepadanya…..

Pejabat Peguam/ Bilik mesyuarat: Mauricio mengucapkan terimakasih kepada peguam itu kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar perbincangannya… Alfaro berkata yang dia dapat melihat dari awal lagi dan dia tahu yang Mauricio benar-benar menyayangi anak tersebut tetapi juga Juana….Mauricio memberitahu dengan sedih yang tiada siapa akan percaya kata-katanya. Dia menyeka airmatanya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Alfaro… (syahdu tau..saper kater Mauricio tak ikhlas.. sedih gak dia tau)

Di luar bangunan pejabat peguam: David bertanya Juana samada dia ok atau tidak.. Juana memberitahu yang dia ok saja… Juana memalingkan mukanya dan melihat Maurcicio berjalan ke arah keretanya pada arah bertentangan… David membantu Juana masuk ke jeepnya… Dia berjalan ke tempat duduknya dan membuka jaket yang dipakainya. Mauricio pula sedang berjalan ke arah keretanya dan baru hendak membuka pintu keretannya… apabila pada masa yang sama penembak upahan Rogelio menurunkan tingkap keretanya dan mengacukan senjatanya ke arah Mauricio.. bersedaia untuk menembak mangsanya apabila David yang berada di hadapan pada ketika itu melihat lelaki tersebut menghalakan senapang ke arah Mauricio… David berlari ke arah Mauricio sambil menjerit nama Mauricio beberapa kali… Juana keluar dari kereta dan terkejut melihat lelaki dengan senapang tersebut… Mauricio kelihatan keliru.. (macam biasalah.. diakan asyik keliru jer…) dia tak faham apa yang sedang berlaku… tepai segalanya berlaku begitu pantas… sedang David bertindak hendak menyelamatkan Mauricio dari ditembak.. dia telah tertembak secara tidak sengaja… Mereka berdua telah jatuh ke tanah.. Juana melihat segala yang telah berlaku dan dia berasa sangat terkejut.. terkejut ayang amat sangat melihat David kena tembak… Mauricio bangun dan melihat David tidak bergerak disitu… Mauricio mendongak untuk melihat siapa yang telah menembaknya …..


Positivo/ di dalam sebuah bili: Rogelio bertanya kepada Desiree kenapa dia meninggalkan apartmentnya.. dia memberitahu yangd ia takutkan Rogelio.. Walaubagaimanapun dia tahu Desiree sekarang tinggak bersama Mauricio tetapi tidak tahu di amna tempatnya… Dia bagi hint kat Desiree…. Dia kata jangan terlampau percaya pada Mauricio…..

Di luar hospital: Mauricio berada disebelah David, sementara Juana memanggil-manggil nama David berkali-kali.. tepai lukanya amat parah.. dia tidak sedarkan dirinya… Mauricio meminta orang yang berada di situ untuk membantunya mengangkat David ke dalam keretanya untuk di bawak e hospital.. Sementara itu dia meminta Juana memegang tempat luka David…

Balai Polis/ Bilik Salvador: Petricia duduk di sebelah Salvador, dia mahu tahu adakah Salvador marah kepadanya… Dia mencium pipi Salvador bila sahaja Azucena dan Rosita(Maria) melangkah masuk ke biliknya… Azecena sangat terkejut dan memberitahu yang dia akan dating balik nanti…. Petricia dan Salvador turut terkejut… Salvador terus bergegas bangun dan Petricia dan Salvador turut terkejut… Salvador terus bergegas bangun dan dia terlanggar meja bila dia meminta Azucena untuk menunggunya. Azucena memandang ke arahnya….

Di luar/ gereja: Ramon memandang sekeliling tanpa perasaan… Dia kelihatan tidak terurus… kotor dan selekeh… Dia terlihat dua orang biarawati… dan memneritahu meraka yang dia keliru… Dia menerangkan yang dia mempunyai keluarga tetapi telah lama tidak berhubung dan tidak tahu di mana mereka berada…. Jadi sekarang dia tidak mempunyai sesiapa.. sebatang kara… dan tidak mempunyai duit… Dia mahu mati di tempat yang selamat kerana dia takut mati dijalanan… Biarawati tersebut amat bersimpati kepada Ramon yang kelihatan mula menangis….

Balai Polis/Bilik Salvador: Salvador bertanya kepada Azucena apa yang boleh dia Bantu sementara Maria memandang Petricia ke atas ke bawah.. Azucena kelihatan kurang senang dengan kehadiran Petricia di situ.. Salvador segera mengambil beg tangan Petricia dan membawanya keluar dari bilik itu… dan memberitahu yang dia akan bercakap dengannya kemudian… Salvador kemudian memberitahu Azucena yang Petricia berhadapan dengan satu masalah.. Azucena mengusik Salvador.. adakah masalahnya berkaitan dengan seterika?… Salovador buat-buat tak berapa dengar dan meletakkan dua kerusi untk azucena dan rosita duduk… Azucena mengarahkan Maria supaya jangan duduk… Dia kemudiannya memberitahu sebab kedatangannya adalah kerana Ramon Perez…

Di rumah Perez: Ana Maria masuk ke dalam rumah dan melihat Manuel dan Nicolas sedang berbual-bual di ruang tamu… Dia bertanya lagi tentang Juana.. di mana dia berada sedangkan Manuel terus sibuk membuat design t-shirt.. Dia memberitahu Juana masih bersama David.. jadi dia tidak perlu risau…

Di balai polis/Bilik Salvador: Salvador menulis laporan aduan Azucena dan Maria tentang bila kali terakhir melihat Ramon… Dia memberitahu Azucena yang dia tidak boleh mengklasifikasikan kes Ramon sebagai kes orang yang hilang kerana ia mesti lebih dari 24 jam… Azucena memberitahu perasaannya.. dia merasakan yang Ramon sedang menghadapi masalah.. dia risau tentang keadaan kesihatannya.. kerana dia hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk menghabiskan sisa hidupnya… Dia menceritakan keadaan kehilangan dulu adalah berbeza dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini…

Di hospital: David dimasukkan kedalam wad kecemasan sementara Juana memesan jururawat supaya berhati-hati dengan keadaan David Tangan Juana berlumuran dengan darah David … Juana memanggil Mauricio dan berkali-kali bertanya untuk mengesahkan yang David tidak akan mati….Merekas segera bergeras masuk ke dalam hospital…

Positivo: Desireemasuk dengan tergesa-gesa ke bilik Armando dan bertanya samada dia ada melihat Mauricio… Dia menjawab.. tidak… Desiree memberitahu yang di aperlu berjumpa Maurico dengan segera kerana ada sesuatu yang amat penting perlu disampaikan kepada Mauricio.. dia risaukan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada Mauricio… Armando terkejut dengan penyataan Desiree….

Didalam Wad Kecemasan: Mauricio berdiri menyandar di dinding sementara Juana pula berada di suatu sudut yang laun; risau memikirkan keadaan David.. Mauricio menegur Juana dan bertanya keadaanya.. Dengan tangannya yang berlumuran darah itu dia berkata yang dia tidak faham kenapa semua itu harus terjadi. Mauricio memberitahu Juana yang tembakan itu sebenarnya ditujukan kepadanya dan bukannya David. Juana memandangnya dengan terkejut.. Dia mula menangis bila memikirkan sekiranya tembakan itu terkena dirinya juga. Maurico mendakap dan menenangkannya.

Di dalam bilik pembedahan: Doktor memberitahu yang peluru itu terkena di antara tulang belakangnya dan mereka harus membuat pembedahan segera. Di luar Juana meminta Mauricio supaya meninggalkannya kerana dia sudah kembali ok. Mauricio menjadi sedih semula kerana Juana kelihatan masih tidak mempercayainya apabila dia memberitahu yang dia betul-betul mengambil berat dan risau tentang Juana yang keadaannya yang terperanjat dengan kejadian yang berlaku. Keadaan tangan Mauricio yang memegang perut Juana menampakkan seolah-olah dia memang hanya mengambil berat tentang bayi itu sahaja… Dia menjelaskan.. tidak.. Juana awak silap… Saya tidak boleh merampas bayi ini daripada awak.. Saya mencintai awak sebagaimana saya menyayangi byi ini tetapi saya telah memusnahkan segalanya yang saya sayangi.. Juana mengalirkan airmata apabila mendengar pengakuan Mauricio…

Positivo: Alfredo dan Rogelio berasa bangga dan gembira kerana dapat meyakionkan pekerja-pekerja tentang sokongan mereka terhadap majalah.

Positivo: Alfredo & Rogelio was being so boastful & arrogance about how they’ve managed to deceived their staff. Dia memberitahu yang dia akan mencari jalan yang lebih baik dan murah untuk mengebumikan mayat Mauricio…. Mauricio tidak layak di kebumikan dengan upacara yang mahal.. Alffredo tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap apa yang didengarnya.
Rumah De La Vega: Carlota dan Amparito memandang memeriksa jururawat yang bertanggungjawab menjaga Carlota. Carlota meminta ibunya supaya tidak risau dengannya kerana dia akan mempercayai keadaan Carlota yang masih belum sihat kerana segalanya ada rekod bertulis. Amparito memberitahu yang jururawat itu kelihatan sangat berpengalaman. Telefon berdering. Amparito menjawab dan di hujung talian adalah Desiree.. dia hendak bercakap dengan carlota…Amparito bercakap dengan nada jelak.. jangan ganggu anaknya lagi.. Amparito memberitahu Carlota.. Ular itu hendak bercakap dengannya… Carlota mengambil panggilan tersebut.. dan Desiree bertanya di manakah Mauricio pada masa ini. Carlota menjawab dia tidak tahu di mana Mauricio berada. Carlota kelihatan agak pelik kerana Desire beria-ia mencari Mauricio.. Desiree memberitahu yang dia risau tentang keadaan keselamatan Mauricio.. Carlota terkujat…

Di dalam bilik kecemasan: Juana dan Maursicio masing-masing membayangkan kepada diri sendiri apa yang akan terjadi sekiranya salah seorangd ari mereka terkena tembakan tersebut.. apakah reaksi mereka.. Mereka tidak dapat hendak mengendalikan situasi itu. Mauricio teringat sewaktu dia bertungkus lumus menghadapi penyakit kanser.. Dia tidak pernah besara takut seperti yang berlaku sekarang. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku dan dia amat takut kehilangan Juana…….

Rumah Perez: Ana maria turun dari biliknya dan menegur ibunya yang baru memasuki rumah. Di ruang tamu Manuel sedang duduk menyiapkan design t-shirtnya d atas kertas. Manuel memberitahu Azucena yang Juana keluar bersama David. Manuel bertanya kemana ibunya pegi seharian baru pulang. Dia meminta Manuel supaya duduk dahulu kerana ada sesuatu yang hendak dibincangkannya.

Di bilik kecemasan: Mauricio dan Juana berjalan berulang alik bila mereka terlanggar satu sama lain. Juana menjadi marah dan bertanya Mauricio kenapa Mauricio mesti mengikut kemana sahaja dia bergerak… dia tidak puas hati dan mula bergaduh.. Mauricio berasa sedih dan memberitahu yang dia tidak sengaja.. Manakala Davis pula telah di bawa untuk pembedahan.. pembedahan yang serius kerana peluru itu tertanam di tulang belakangnya. David berkemungkinan tidak dapat berjalan lagi atau sebahagian badannya lumpuh. Jururawat mengesahkan perkara diagak Mauricio… Juana terus sahaja menangis manakala Mauricio memandang dengan terkejut.

Rumah Perez/ di ruang tamu: Azucena memberitahu Mauricio dan A. Maria yang Ramon Perez telah menghilangkan diri dan dia sedang sakit tenat. Manuel seperti biasa memang bengang dengan Ramon, dia merasakan Ramon sajanak memperdayakan mereka seperti yang pernah dia buat dulu. Azucena memberitahu buat masa ini tiada lagi berita yang mereka perolehi. Manuel bangun dan tidak mahu mendengar penjelasan Azucena tetapi A. Maria merasa sangat sedih.. dan geram dengan Manuel…

Di bilik kecemasan: Juana mengajak Mauricio berdoa untuk David. Mauricio bersetuju dan mengajak berdoa bersama-sama tetapi Juana menyuruhnya berdoa berasingan. Maricio merasa sangat sedih dengan permintaan Juana dan kembali duduk di kerusinya. Dia melihat Juana berdoa dengan bersungguh-sungguh….

Rumah Perez: Ana Maria bergaduh dengan Manuel mempertahankan pendapat masing-masing. Ana Maria mahu keluar mencari bapanya tetapi Manuel tidak bersetuju. Azucena meminta mereka berdua bertenang kerana dia telah melaporkan hal tersebut kepada Salvador dan pihak polis sedang dalam usaha untuk mencari Ramon.

Di luar/ kawasan Gereja: Ramon duduk sambil membayangkan bagaimana dia akan mati dan di mana? Kekesalan menghantui dirinya apabila keluarganya turut menentangnya. Dia menangis sendirian penuh kesedihan.

Rumah Perez: A. Maria menyoal kredibiliti Salvador dan apa yang boleh dilakukannya untuk mencari bapanya. Manuel dan A.Maria masih terus bertengkar. A.Maria memijak kaki Manuel apabila dia berkeras tidak membenarkannya pergi mencari Ramon. Manuel mengaduh kesakitan dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang kakaknyadari keluar mencari Ramon. Azucena duduk terkedu di kerusi dengan tangan di kepalanya cuba menenangkan dirinya sendiri….

Rumah de la Vega: Carlota cuba menghubungi handphone Mauricio tetapi tidak berjawab. Dia berasa risau.. sambil berkata Mauricio tidak mengangkat panggilannya. Dia memberitahu ibunya yang dia risau bapanya, Rogelio terlibat dengan apa yang berlaku. Amparito berkata, sampai hati Carlota menuduh bapanya…dan meminta Carlota memikirkan semula apayang diperkatakan tentang bapanya itu.. Tetapi di dalam kepalanya waktu itu, dia percaya sekiranya suaminya turut terlibat dengan perkara itu kerana dia tahu kemampuan Rogelio.. tetapi dia berharap agar Rogelio tidak tergamak melakukannya.

Positivo: Enriqueta berbual-bual dengan Armando tentang Mauricio dan Desiree. Mereka merasa agak risau kerana Mauricio tidak hadir daam mesyuarat pagi tadi dan tida membuat apa-apa panggilan untuk menerangkan ketidak hadirannya. Mereka tiba-tiba dia dan risau memikirkan apa yang mungkin telah berlaku.

Rumah Perez: Azucena meminta Manuel supaya bertenang dan memberitahu yang Ramon sedang bergelut dengan maut kerana menghidap penyakit kritikal. Dia memberitahu Manuel yang dia tidak mahu A.Maria tahu tentang perkara tersebut kerana sudah pasti A.Maria tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Manuel kelu tanpa kata….

Di bilik pembedahan: David terbaring tidak sedarkan diri sementara doctor sedang membuat pembedahan ke atasnya.

Di luar/koridor: Juana melihat Mauricio dan berasa kasihan dan simpati melihatkannya berasa sangat sedih dan risau. Dia bergerrak ke arah Mauricio perlahan-lahan dan meletakkan tangannya ke kepala Mauricio..sambil mengusap-usap rambut Mauricio… (tak difahami kenapa Juana suddenly buat cam tu padahal dia marah habis kat Mauricio…)

Rumah Perez: Manuel merasa keliru dengan apa yang diterangkan oleh ibunya tenatang penyakit Ramon dan dia merasakan itu stipudaya. Azucena terus cuba menenagkan anak lelakinya itu. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Ramon akan mati…..

Rumah de la Vega: Father Jose dan kanak-kanak dari kariah dating melawat Rafael dan Carlota di rumahnya. Rafael berasa sangat gembira manakala Carlota merasa sangat rimas melayan kanak-kanak yang ramai itu. Dia memberitahu Father Jose yang kanak-kanak itu terlalu ramai dan dia memarahi mereka apabila amereka hendak naik ke atas sedangkan kasut mereka kotor. Dia kemudiannya naik ke atas meninggalkan mereka yang dating melawatnya… Amparito meminta Father Jose memaafkan kelakuan kurang sopan anak perempuannya itu sambil memberi alas an yang anaknya masih belum stabil dan masih keliru dengan apa yang diperkatakannya kesan daripada kemalangan yang dialaminya.

Di bilik kecemasan: Juana bertanya Mauricio samada dia mengganggu nya atau tidak… Dengan muka yang merah menahan sedih dan masih lagi menangis… Mauricio memberitahu yang dia tidak boleh melapaskan tangan Juanan. Kehadiran Juana memberikan cahaya dalam hidupnya yang selama ini kekeliruan. Apa yang Alfaro perkatakan sebelum ini telah membuka matanya… dia telah menyebabkan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh Juana dan juga keluarganya. Dia berkata sesuatu yang indah yang pernah diciptanya hanyalah bayi yang dikandung Juana. Muka Mauricio begitu rapat dengan perut Juana sedhingga dia boleh mendengar degupan dalam perut Juana…. Dia bercakap dengan anak di dalam perut Juana….Juana menangis sambil menutup muka dengan tangannya… dan Mauricio memeluknya sambil meminta dia mendengar degupan jantung bayi mereka….

Pejabat Rogelio: Camacho memberitahu Rogelio agar jangan risau kerana kerja-kerja yang diarahkannya akan diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Rogelio berasa risau kerana masih belum ada apa-apa berita daripa pembunuh upahannya. Tiba-tiba telefon berdering dan Camacho membuat muka…as if cakap… “tengoklah… baru je cakap, dah telafon..” Sangkaannya meleset bila panggilan itu sebenarnya daripada Carlota. Dia memberitahu bapanya yang dia mahu bercakap sesuatu yang penting tentang Mauricio dengan segera. Rogelio meletakkan telefond an memandang muka Camacho…..

Apartment Untie Eva: Desiree masuk ke dalam ruamh dan mula menmanggil-manggil nama Mauricio… Dia terpikir adakah Rogelio telah melakukan sesuatu yang buruk kepada Mauricionya…

Rumah De La Vega: Amparito dan Carlota berbual-bual tentang Father Jose dan kanak-kanak yang datang. Dia sangat bencikan kanak-kanak tersebut… Dia menunggu bilakah bapanya akan pulang….

Di wad kecemasan: Mauricio dan Juana masih berbual-bual.. Mauricio merasa pelik kerana Juana masih tidak dapat mempercayaainya bila dia mengatakan yang dia cintakan Juana.. Juana meminta Mauricio untuk tyidak mengulang tentang apa yang telah berlaku dan meminta Mauricio supaya memikirkan siapa yang tergamak hendak membunuhnya pada ketika itu.. kerana itu lebih utama lagi..

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Bersambung Rabu, 24th July 2003

Posted on Jul 24, 2003, 2:31 PM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1