Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 107 (diterjemahkan oleh kak na Kak na) | English | Home | |
| Hospital: Juana agak gementar dan
memberitahu Carlotta dia tersalah bilik dan cepat2 menutup pintu. Carlota menyumpah
nyumpah dalam hati dan perlahan lahan turun dari katil. Dia cuba untuk tidak mengejutkan
Mauricio dari tidur. Rumah Perez: Enriqueta memberitahu Azucena dan Manuel tentang apa yang dia tahu dan mengapa dia merahsiakannya dari mereka. Dia tidak mahu mereka salah anggap terhadap dia. Manuel kata dia tak dak apa nak cakap. Enriqueta kecewa dengan kata2 Manuel, dia bangun dan mohon maaf kepada Azucena kerana datang tak diundang. Dia cuma mahu mereka tahu yang benar dan pada masa yang sama, dia bukanlah orang jahat. Dia sayangkan kuarga Perez. Azucena senyum dan kata jangan bimbang, tak dak masalah. Manuel melihat Enriqueta tanpa kata-kata (eh.. rhyming lagi). Azucena tinggalkan mereka berdua tetapi terkejut biler Manuel hanya berdiri kaku seperti lampu jalan. Dia terpaksa memanggil nama Mauricio dua kali untuk membuatkan dia sedar yang dia perlu pergi mendapatkan Enriqueta semula. Tetapi sudah terlambat, dia mengejar kereta Enriqueta. HOspital: Carlotta keluar dan nampak Juana sedang mencari seseorang. Dia memegang lengan Juana dan dengan kurang asamnya bertanya apa buat kat situ. Juana meminta agar dia melepaskannya. Di bilik Carlotta: Mauricio bangun dan terkejut tengok carlotta tiada di katil. Hospital/ di koridor: Juana memberitahu Carlotta yang dia nak tengok Rafael. Carlotta panggil Juana penipu. Juana cuba menerangkan yang jururawat memberikan nombor bilik yang silap. Carlotta tiba2 mencengkam perut Juana dengan kuat. Juana kesakitan manakala Carlotta terdesak untuk menyakitkan Juana terutamanya bayi dalam kandungan Juana. Juana mengambil langkah drastik dengan menggigit tangan CArlotta kerana mempertahankan diri. Carlotta melepaskan dan menampar Juana sebagai balasan sementara berusaha mengawal rasa sakitnya. Mauricio masih dalam bilik Carlota, terus mencari cari isterinya. Dia keluar dari bilik nya untuk menyiasat. Hospital/di koridor: Juana memberi amaran kepada Carlotta supaya jgn sekali kali menyentuhnya. Dia kata Mauricio dan CArlotta tu sama saja, memang padan sangat sebab dua dua tu pandai menipu dan mengaburi mata orang ramai. Makcik Eva tiba tepat pada masanya untuk menyaksikan apa yang sedang terjadi. Dia nampak Juana dan CArlotta sedang bergaduh tentang sesuatu. Dia cepat2 tanya Juana apa dah jadi sementara dia cuba menenangkan dirinya. Makcik Eva bawak Juana jauh dari Carlotta. Carlotta melirik tajam ke arah mereka berdua. Beberapa minit kemudian, Mauricio nampak Carlotta dan tanya kenapa bangun dan merayau rayau. Di suatu jalan: Manuel telah menyekat perjalanan Enriqueta. Enriqueta suruh Manuel pi tempat lain tapi Manuel berdiri kat situ tak bergerak gerak. Deretan kereta semakin panjang di belakang kereta Enriqueta menyebabkan kesesakan lalulintas yang kecil. Dia keluar dari keretanya dan memarahi Manuel. Dia melepaskan rasa marahnya dan tiba2 manuel menciumnya dan memberitahu dia yang dia jugak membuat kesalahan. Enriqueta berasa lega sebab manuel dah maafkan dia. Manuel tersenyum dan menciumnya sekali lagi. Hospital/di koridor: Mauricio bertanya kepada Carlotta tetapi Carlotta menukar tajuk perbualan. Brandy nampak mereka dan tanya nombor bilik Rafael. Carlotta tak mahu mereka bercakap panjang lalu meminta pertolongan Mauricio untuk bawak dia kembali ke biliknya. Di luar hospital/di taman: Juana dan Makcik Eva duduk di satu bangku. Juana kelihatan sangat letih. Makcik Eva bersembang dengan Juana dan cuba berbincang tentang dirinya dan cuba melihat keadaan tu dari arah yang berbeza. Dia tau Juana baik hati. Juana kemudian tiba2 menangis sementara Makcik Eva menggalakkan dia supaya menangis sepuas hati. Dalam kereta Enriqueta: Manuel dan Enriqueta senyum senyum.. gelak gelak kuk kik kuk kik sebab depa dah berbaik semula. Enriqueta mengusap dagu Manuel yang tak bercukur tu. Dia bagi tau Manuel yang dia terpaksa gi keja. manuel cadangkan yang mereka patut pi tempat lain tapi Enriqueta kata tak buleh. DIa mengucapkan selamt tinggal dah pergi dengan keretanya meninggalkan Manuel di tengah tengah jalan. Manuel pulak menyebabkan kesesakan lalulintas. Hospital: Carlotta menerangkan kepada ibunya yang dia merasa gementar biler Mauricio tak dapat mengesan masalah sebenar. Amparito bimbang dengan tindakan anaknya yang tak sabar sabar tu. Sorang jururawa datang membawa ubat. Luar hospital/di taman: Makcik Eva menyapu air mata Juana dengan tisunya. Dia memberi kata2 hikmat kepada Juana. Dia kata Mauricio tu sedih dengan apa yang terjadi. Juana mintak Aunt Eva jgn cakap tentang Mauricio. Dalam suatu bangunan: Desiree diseret oleh Camacho. Dia menangis sepanjang perjalanan, takut biler dibawak ke Rogelio. Rogelio merenung Desiree. Hospital/bilik Rafael: Rafael sedang bermain permainan video apabila Juana dan Aunt Eva sampai. Rafael seronok dapat jumpa Juana dan memberitahu apa yang telah terjadi. Juana agak terkejut biler Rafael kata Carlotta tak sihat. Carlotta kelihatan sihat masa depa bertembung tadi. Juana memberitahu RAfael supaya jangan bimbang. Rafael dan Juana saling berpelukan. Dalam suatu bangunan: Rogelio menyuruh Desiree dengar betul2 kata2 dia dan jangan bazirkan air mata. Rogelio meminta Camacho meninggalkan depa. Desiree tiba2 takut dan merayu Camacho jgn tinggalkan dia sendirian dengan Rogelio. Rogelio melihat Desiree dengan pandangan kejam, tak simpati langsung dengan pujuk rayu Desiree. Desiree merayu Rogelio agar jangan cederakan dia. Nyawanya bagai telur di hujung tanduk. Hospital: Mauricio bagitau Carlotta yang dia akan datang balik sebab sekarang nak gi tengok Rafael. Lepas Mauricio blah, Amparito cepat2 tanya Carlotta aposal nampak resah. Carlota citer kat mak dia yang Juana Perez ada di hospital tu. Mauricio kuar dan jumpa Brandy kat koridor. Dia tanya naper mai situ. Brandy kata dia mai dengan Juana. Brandy kata dia tinggalkan Juana kat korridor tu sbb nak gi toilet. Di suatu bangunan: Rogelio meluahkan rasa kecewa dia dengan sikap Desiree yang mengkhianati dia. Dia hampir2 nak tampar Desiree tapi tak sampai hati, dia sendiri tak tau kenapa. Hospital: Amparito sangat marah dengan CArlotta yang tindakannya mungkin akan merosakkan rancangannya sendiri. Carlotta menceritakan apa yang telah dia lakukan terhadap Juana. Bilik Rafael: Mauricio dan Brandy pergi jumpa Rafael. Mauricio tanya sama ada Juana ada datang ke situ, Eva kata dia ada di situ tapi baru saja pergi. Di koridor: David memberitahu Humberto yang dia ke situ untuk melihat keadaan Carlotta. DAvid ternampak Juana berjalan dengan pantas melintasi dia. DAvid mengejar Juana. Di suatu bangunan: Rogelio memberitahu Desiree yang dia sepatutnya dibunuh. Tetapi dia dalam dilema pulak untuk menghapuskan Desiree. Rasa cintanya terhadap Desiree terlampau dalam. Dalam bilik, Rafael memberitahu Makcik Eva, Brandy dan mauricio bertapa gembiranya dia dapat jumpa Juana. Dia juga perasan yang Juana sedih. Dia nampak perut Juana dan besar dan tanya sapa bapa kepada baby yang Juana kandung. Brandy cepat-cepat kata yang dia akan bagi tau nanti-nanti. Dia mintak diri sebab nak gi cari Juana. Di luar hospital / di taman: Juana berjalan dengan David dan duduk di satu bangku. David tau yang Juana nak melawat Rafael. Dari riak wajah Juana, dia mengagak yang Juana dah jumpa Mauricio. Rumah Perez: Azucena menerita dan kata dia nak bukak pintu la ni biler dia dengar loceng pintu bunyi. Maria yang datang. Dia hendak mencari Ana Maria tetapi Azucena kata dia tu tak dak kat rumah. Maria kata dia perlu sangat sangat untuk berjumpa Ana Maria. Maria kata Ramon sedang sakit dan akan mati. Azucena terkejut. Di luar hospital/di taman: Juana bagitau DAvid apa yang telah berlaku. David kata dia dah cakap, jangan datang nak datang jugak. Brandy then tiba2 muncul dan kata dia setuju dengan kata-kata David. Hospital/bilik Rafael: Rafael sambung main permainan video (kat satu sudut) Mauricio tanya Makcik Eva tentang Juana. Dia merayu supaya makcik dia citer kan apa yang Juana cakap ngn dia. Makcik Eva kata Juana tak cakap banyak tapi dia dapat lihat keadaan Juana. Dia tak menceritakan tentang pertembungan antara Carlotta ngn Juana. Dia bagi tau Mauricio yang Juana sangat sedih, terluka dan marah. Adalah mustahil untuk dia mendekati Juana buat masa ni. bilik Carlotta; Humberto melawat kakaknya, dia membawa jus untuk diminum. David masuk dan mengucap selamat buat Carlotta, Humberto dan Amparito. Kemudian, dia memberitahu mereka yang dia perlu bercakap secara peribadi dengan CArlota. Di suatu bangunan: Rogelio membetulkan tali lehernya manakala Camacho menceritakan tentang kisah lalu Desiree. Nama betulnya Daisy, semasa kecil dia adalah anak kecil paling comel di kampung dia. Dia hilang pada satu malam selepas membunuh bapanya kerana sering dirogol apabila bapanya mabuk. Rogelio tau yang Desiree akan dipenjarakan jika polis mengetahui hal ini. Di satu sudut, Desiree duduk terjelepuk di lantai, dia memeluk dirinya sendiri sambil menangis. Hospital/bilik Carlotta: David kata kat Carlotta yang dia kagum sbb cepat betul Carlotta sembuh. Mereka berdua berdebat tentang Juana. David kata selepas Juana tau sapa bapa kepada anak dia, Mauricio adalah orang terakhir yang Juana nak jumpa. Rumah Lili: Azucena dan Maria sampai. Mereka tanya keadaan Ramon. Lili mencadangkan mereka tengok sendiri keadaan Ramon. Azucena kelihatan bimbang. Di suatu bangunan: Rogelio memberitahu Desiree yang dia tak akan bunuh Desiree dan Desiree boleh pergi. Dia tukar fikiran dia selepas mengetahui kisah lalu Desiree. Dia bukak pintu dan biarkan Desiree lari sementara Camacho tanya kenapa pulak bebaskan perempuan tu. Rogelio akta Desiree adalah satu-satunya perempuan di dunia ni yang dapat membangkit bahang asmara dia. Camacho kelihatan keliru dengan penerangan Rogelio. Rumah Lili: Ramon sedang mengurut-urut dadanya sambil diperhatikan oleh Azucena dan Maria. Azucena memberitahu Ramon yang dia buleh tinggal di rumahnya memandangkan keadaan Ramon sekarang, dia tak boleh ketepikan Ramon. apartment Makcik Eva: Mauricio balik; kelihatan penat. Dia duduk di kerusi sambil mengenangkan kata2 Makcik Eva dan Juana. Dia bertanya kepada dirinya sendiri, mengapa dia tak boleh dekat dengan Juana. Telefon bimbitnya berbunyi, dari Armando. Armando tanya di mana Desiree kerana dia tu sepatutnya berjumpa dengan Armando untuk suatu mesyuarat tetapi dia tak sampai sampai. SElepas meletakkan telefon, Mauricio bimbang kalau-kalau Rogelio dah mengambil tindakan terhadap Desiree. Malam melabuhkan tirainya... Dalam kereta: Camacho mendengar penerangan Rogelio tentang mengapa dia bebaskan Desiree. Selepas mendengar cerita Camacho, Rogelio mendapat cara lain untuk menghapuskan Desiree tanpa perlu melakukan dengan tangannya sendiri. Jika Desiree buat satu lagi kesilapan, dia akan laporkan kepada polis. Rumah Perez: Ana maria tanya Juana apa yang dia dah beli. Juana kata dia tak beli apa-apa dan menukar cerita kerana dia tak bercakap benar dengan ibunya. Dia berterima kasih kepada ibunya kerana berikan baju untuk dia. Dia pakai baju tu semalam dan terlupa untuk memberitahu ibunya. Sebaik saja dia dapat gaji, dia akan bayar balik. Ana maria berjaya meyakinkan anakd ia supaya kembali bersekolah. Rumah Lili: Maria tanya apa yang dibincangkan oleh Azucena dan Ramon tadi. Ramon suruh Maria berjanji takkan bagi tau apa2 kepada anak2 dia. Rumah Perez: Ana Maria meluahkan rasa gembiranya kat Juana. Mereka terus berbual tentang masa depan mereka. Di Dapur: Azucena sedang memasak untuk makan malam. Dia sedang cuba menahan air mata mengenangkan kesihatan Ramon. Dia teringat kata-kata Ramon. Dia menjengok Juana dan Ana Maria dari dapur. Dia rasa ragu-ragu sama ada nak beritahu mereka tentang keadaan Ramon atau tidak kerana hal ini akan membebankan dan menyakitkan. apartment Makcik Eva: Mauricio sedang baring di sofa semasa dia diganggu oleh Desiree. Dia datang sambil menangis. Dia memeluk Mauricio dan merayu agar dilindungi dari Rogelio yang telah melakukan sesuatu yang buruk ke atas dia. 'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...' I Feeeel Gooood ... To Be Continued on Wednesday, 16th July 2003 Posted on Jul 16, 2003, 4:49 PM |
|||
Web Design By: Fara M |
||