Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 103 (diterjemahkan oleh Kak na) English Home

Satu lagi ep yang penuh dengan air mata, pergaduhan dan kepahitan. keadaan makin tegang!

***********************
Rumah Perez: Manuel tak setuju dengan Ana Maria dan Azucena sbb tu tindakan drastik. Azucena kata masalah Juana bukan normal seperti dibuang sekolah atau jiran tetangga mengata ngata tentang keadaan Juana, ni masalah yang berbeza sbb lelaki ni yakin yang Juana ada sesuatu yang menjadi milik dia dan dia akan buat apa yang boleh untuk mendapatkannya. Bagaimana lagi depa nak mempertahankan diri mereka? Azucena kata pendapat David terbaik, utk menyembunyikan Juana. Juana kata dia taknak jumpa Mauricio dah. Dia jugak taknak tengok muka mauricio tu sepanjang hidup dia. Dia takkan memberi harapan pada lelaki tu yang nak curi anak dia sebaik saja ia dilahirkan

Di hospital/bahagian Trauma: Rogelio dok sambil menumbuk numbuk kerusi di sebelah dia utk melepaskan kemarahan dia semasa memikirkan ttg Mauricio, lelaki tak guno. Dia bosan tengok muka bimbang Mauricio tu. Amparito suruh Humberto gi amik air tapi Rogelio tetiba jer bangun n marah2 kata "sapa kata aku lapaq ayaq?" kemudian doktor mai dari bilik Carlotta dan bgtau depa keadaan Carlotta dah stabil tapi kesan hentakan menyebabkan kepala dia bengkak sikit dan sebab tu la dia masih tak sedarkan diri. Dia bgtau depa supaya yakin dia tu akan sembuh sbb depa tak tau lagi smpai bila Carlotta akan berkeadaan seperti itu. Doktor bagi beberapa kemungkinan, Amparito nangih terus sebab rasa tak berdaya dah nak tolong Carlotta.

Rumah Perez: Cerek air dah berbunyi, Manuel cuba but kopi tapi tertumpah la pulak. Dia marah2 .. Azucena mai tengok, dia tanya la apa yang tak kena nih? Manuel kata semua yang dia buat tak menjadi! Azucena kata, "Ni sebab Juana atau rasa kecewa sebab satu2nya wanita yang dicintai dah menipu?".. adakah dia kecewa sebab Enriqueta tak bgtau apa2 tentang Juana dan Mauricio serta menyebelahi Mauricio? Manuel tak jawab kata2 Azucena.

Di hospital/di bilik Rafael: Enriqueta tengok Mauricio manakala Makcik Eva menerangkan tentang penderitaan Juana. "Kesian Juana, cuba bayangkan macam mana dia menghadapi keadaan ni bersama kuarganya pada saat ini." Enriqueta setuju. Dia teringat kat Manuel. Mauricio kata dia mesti jumpa Juana dan bercakap dengannya, luahkan perasaan sebenar dia kat Juana dengan segera.

Rumah Perez/dapur: Azucena dok basuh pinggan. Ana Maria masuk dan duduk sambil menyapu air mata. Dia tanya mak dia sama ada beg2 juana dah siap. Dia kata "Aku tak dapat terima hakikat ni. Pengalaman ku dulu pedih jugak; Aku mengandung kerana kebodohan ku (terus menangis) tetapi anakku, tahukah apa yang mereka dah buat pada Juana?" Kemarahan Ana Maria menyebabkan dia menolak kesemua cawan dan pinggan kertas ke lantai. Azucen amendekati anak dia dan mententeramkannya sbb dia sndiri pun tak tertahan rasa hiba.

Pagi tiba.. burung menyanyi..

Di hospital: Mauricio cakap ngn isterinya yang masih tak sedarkan diri. Dia memohon maaf, dia harap Carlotta paham apa yang dia buat selepas ni, "Aku tak boleh kehilangannya, tak boleh!" Dia bangun meninggalkan bilik tu. Carlotta pelan2 membuka matanya. Dia dah dengar segala galanya.

Rumah Perez: Jam loceng Juana dah berbunyi. Juana tengok jam tu manakala Ana Maria baring di perut anaknya. Dia mengusap rambut ibunya dan bgtau dia masa dah tiba utk dia pergi dan ibunya mesti bantu dia supaya dia ada kekuatan utk pergi. Ana maria mengeluh panjang masa Juana bangun dari katil dan amik beg galasnya sambil berjalan ke arah pintu. Dia mencapai beg pakaiannya.

Di hospital: Carlotta membuka matanya semasa jururawat suruh dia tunggu dan bertenang, dia akan kembali. Desiree sampai, dia merungut sendirian kat sapa la dia nak tanya tentang Carlotta.

Rumah Perez: Azucena kuar dari dapur, dia bg Juana susu kocak sebagai bekalan. Juana peluk nenek dia. Manuel kelihatan sedih biler Azucena bgtau Juana dia jugak dah sediakan bekal pai daging kot2 la nanti Juana lapaq. Ana maria suruh Juana tabah. Loceng pintu bunyi.. Juana bukak pintu utk David. Dia masuk dan cium pipi Juana. Manuel mintak Juana jgn pi. Manuel kata, "Sejak bila keluarga kita menyelesaikan masalah dengan melarikan diri dan mengapa kita menyokong dan menggalakkan Juana buat keputusan sebegini.. untuk lari.. Kenapa semua macam ni? aku dah bosan!" Kemudian loceng pintu bunyi lagi.. Juana takut itu adalah Mauricio. Nampaknya betul, memang Mauricio yang wat muka bodo2 dia tu. Manuel berpeluk tubuh sambil melihat Mauricio dengan pandangan penuh dendam.

Di hospital: Doktor cuba bangunkan Carlotta. Carlotta tanya kat mana nih? dan doktor citer la apa yang dah jadi. Desiree dok cakap dengan sorang jururawat cuba korek maklumat. Dia tu bgtau Desiree apa yg dia tau dan kemudian pergi. Desiree snyum sebab takdir seolah oleh menyebelahi nya. Rogelio nampak Desiree, dia tanya wat apa mai sini? Dia menghargai niat Desiree. Desiree bediri rapat ngn Rogelio masa Amparito dan Humberto jalan ke arah tu. Amparito marah betul dan tanya laki dia sementara Desiree wat cam tak de apa2.

Rumah Perez/di ruang tamu: Mauricio cuba mendekati Juana tapi dihalang oleh Manuel dan David. Azucena kata kalau mai dekat ngn juana, dia akan bunuh Mauricio. Dia suh David bwk Juana masuk.

Mauricio bgtau kuarga Juana yang dia mesti cakap ngn Juana terlebih dahulu tapi Ana Maria terus menentang Mauricio dengan tuduhan-tuduhan dia. Manuel menolak Mauricio sebab cuba mempertahankan Juana. Azucena cepat2 menarik Manuel.

Di hospital: Rogelio terpaksa berdepan dengan kegarangan Amparito yang sedang membuak buak tu. Jururawat mai bgtau depa depa leh masuk dah. Desiree ditinggalkan kat luar.

Rumah Perez: Juana bersama David kat taman belakang rumah. Dia bgtau David yang dia rasa dia tak patut lari, dia sepatutnya bersemuka dengan Mauricio dah suruh dia tu jangan ganggu dia dah. David tak dapat tukar pikiran Juana. Mauricio diberitahu supaya blah dari rumah tu tapi dia tu tak dengar langsung akan amaran tu dan terus menerus menerangkan tentang perasaan sebenarnya terhadap Juana. Manuel kata Juana bgtau depa yang dia taknak jumpa Mauricio dah. Mauricio takut mendengarkan kata2 manuel.

Juana bgtau David yang dia dah nekad nak berdepan dengan Mauricio utk meluahkan perasaan sedih dia dengan apa yang perlu dia tempuh. Jika dia tak tanya kenapa, Mauricio akan terus menerus mengganggu kehidupan dia. David tak dapat buat apa2 utk menghalang Juana, Juana berjalan ke ruang tamu. Juana sekarang berdepan dengan Mauricio dan mintak kuarganya tinggalkan dia seorang dengan Mauricio. Memolanya depa tak bagi tapi akhirnya depa menghormati keputusan Juana. Juana meyakinkan kuarganya yang dia takkan terpengaruh dah dengan Maauricio. Juan akata sekarang dia marah, benci, geram, rasa dipergunakan dan kecewa dengan Mauricio. Demi mempertahankan anaknya, dia tak takut sapa2 pun tak kiralah Mauricio atau orang lain. Juana suruh David jgn pi jauh2 mana tau kot2 satgi dia perlukan David. David rasa bangga dengan permintaan Juana dan tengok Mauricio sambil berjalan kuar dari ruang tamu. Manuel marah Ana maria dok curi2 dengar, sbb depa perlu hormat keputusan Juana utk bincang dengan Mauricio. Azucena mintak pendapat David. David gembira kuarga tu menerima dia. Dia suh depa hati2 dengan apa yang mungkin Mauricio buat kat Juana.

Di ruang tamu: Juana bgtau Mauricio jgn mendekati dia, jika dia mai jugak, dia akan boh penumbuk sebijik atau tendang Mauricio kerana dia tengah marah giler nih. Mauricio tekejut sbb dia tak paham mengapa Juana mengucapkan kata2 kasar kat dia. Juana kata Mauricio dah tipu dia dan dia terlau naif dan bodoh sebab percaya bulat2. Dia tu pemusnah.. hari ni dia boleh balas dendam. Dia bgtau Maurcio yg dia takmo dah jumpa Mauricio tu.

Di dapur: Azucena mengucapkan penghargaan kat David sbb jaga Juana. David gembira tak terkata dan tersenyum dengan kata2 Ana maria dan manuel yag menaruh harapan kat dia dan berdoa semoga Juana akan jatuh cinta kat dia satu hari nanti.

Di ruang tamu: Mauricio dan Juana bergaduh tentang penipuan dan belot.. Dia luahkan semua rasa kecewa dia. SEtiap kali Mauricio cuba nak menerangkan keadaan, Juana menolak kenyataan itu. Tiada perkataan dah yang dapat melembutkan hatinya pada masa ini.

Di hospital: Carlotta mendengar ibu bapanya sbb depa semua gembira Carlotta dah sedar. Carlotta keliru mengapa dia ada di hospital.

Rumah Perez: Masih di ruang tamu: Juana terus bertelingkah dengan Mauricio. Dia kata susah dah dia nak percaya kata2 Mauricio. Juana dok berdiri di depan Mauricio adalah Juana lain, lebih kuat, bukannya Juana yang bodoh. Juana tu dah tak ujud lagi.

Di hospital: Doktor meyakinkan Rogelio dan Amparito yang keadaan CArlotta tu bukan hilang ingatan, cuma sedikit kekeliruan. Carlotta nak jumpa Mauricio.

Di luar: Humberto kelihatan bersama Desiree. Desiree cuba korek maklumat tentang Carlotta. Dia terkejut biler diberitahu yang Carlotta hampir2 menggunakan pistol utk menembak Juana semasa dia ke pejabat tempoh hari.

Rumah Perez: Mauricio pelan2 menghampiri Juana dan cuba sebaik mungkin utk menerangkan yang dia masih cintakan Juana bukan sekadar kerana Juana mak kepada anak dia. Dia masih ingat ciuman mereka dan berharap Juana tak menyangka semua tu adalah pembohongan. Juana menangis sebab sebahagian dari dirinya masih ada perasaan terhadap mauricio dan sebahgian lagi masih menidakkannya. Dia membisikkan ke telinga Juana yang dia cintakan Juana.. percayalah..

Positivo/pejabat: Enriqueta mengumumkan kepada staff2 positivo ttg apa yang dah jadi terhadap CArlotta dalam kemalangan tu. Depa semua tekejut terutamanya LaBibi sebab sekarang dia paham dah mengapa Alfredo mai ke rumah dia semalam.

Rumah Perez: Mauricio menyentuh wajah Juana yang rapat dengan wajahnya dan berulang kali mintak juana percaya padanya bukannya pada orang lain. Depa hampir2 bercium tapi Juana cepat2 menolak mauricio dan kata dia takkan tertipu lagi. Dia bgtau Maurico yang dia akan lari jauh dari Mauricio. Tak kira berapa ramai penyiasat yang Mauricio upah utk cari dia, dia akan tukar namanya dan Mauricio takkan dapat cari Juana sampai bila2. Mauricio sedih mendengarkan kata2 Juana.

Di hospital: Humberto bagitau berita terkini tentang Carlotta kat Alfredo.

Rumah Perez: Mauricio merapati Juana lagi tapi Juana menolak dan menjerit sekuat hati. seluruh ahli kuarganya termasuk David menyerbu ke ruang tamu utk menyelamatkannya.

Di positivo/pejabat Armando: Armando tanya Enriqueta apa yang dah jadi dan dia nak tau semuanya satu persatu. Dia teringat saat2 dia terperangkap dalam kesesakan lalulintas masa balik dari kabin bersama Desiree. Dia pasti Maurico yang patut dipersalahkan. Enriqueta tanya dia macam mana dia leh pasti tentang hal tu. Armando terdiam.

Rumah Perez: David marah kat Mauricio. Mauricio tuduh David meracuni fikiran Juana. Juana menjerit kat muka Mauricio mengatakan bukan David yang bgtau dia rahsia tu. Mauricio keliru dan terkejut, dia cuba memikirkan sapa lagi. Dia juga terfikir sama ada Juana berkata benar atau tidak.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari Khamis, 10 julai 2003

Posted on Jul 29, 2003, via email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1