Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 100 (diterjemahkan oleh kak na Kak na) English Home

 

Desiree dok sambung menambah bisa dia dalam pikiran Juana. Dia kata dulu Mauricio bgtau dia dia kene cari sorang gadis yang kandungkan anak dia. Sekarang dia nak bagi tau dia cintakan perempuan tu sbb dia nak kan anakyang dikandung tu. dan gadis itu adalah Juana Perez. Desiree suh Juana pikir betui2 sebelum ni Mauricio tu sendiri nampak terlampau mengambil berat tentang bayi dalam kandungan nya, bg Juana keje tapi tak bagi juana keje berat, tolong beli ubat, tolong set kan temujanji ngn doctor, gi teman gi jumpa doctor. Dan macam2 lagi lah. Desiree sonot tengok Juana nangih dan Juana dapat rasa yang walaupun Desiree kedengarannya macam simpati dengan Juana tapi sebenarnya tidak. Desiree tambah lagi kata Mauricio merancang utk melarikan bayi tu biler dilarikan nanti. Desiree kata dia tau semua tu sbb dia adalah tempat Mauricio mengadu dan Mauricio menyimpan perasaan cinta kat Desiree. Desiree then kuar ngn rasabangga dan puas hati sebab berjaya 'bunuh' Juana dengan cara yang dia mahu. Armando heran apa la dia ni tersengih, dia harap Desiree tak dak bunuh sapa2 lam kabin tu. Desiree kata Armando tu Cuma perlu percaya pada dia, dia tak payah amik tau apa yang dah berlaku.

Ana maria panic tengok gambar juana dah pecah kaca dan bingkai nya. Dia takut tu menunjukkan perkara malang akan menimpa. Then tangan dia kene kaca and dia kata harap2 ni saja la perkara buruk yang ditunjukkan oleh petanda tadi untuk hari ni.

Carlotta dah giler mengejar Mauricio dia tak sabo nak potong satu kereta. Maurico nampak keta Carlotta dan marah2 sbb dia tu memandu tak macam orang. Carlotta akhirnya memintas kereta depan dia and terus memintas kereta Mauricio. Mauricio jerit suh dia jgn wat camtu and tiba2 mai la sebuah jeep siap ngn lampu tinggi dan menyilaukan mata Carlotta, kereta Carlotta terbasbas lalu jatuh tergolek ke dalam gaung. Mauricio gi mendapatkan keta tu yang dah ter tungging terbalik. Dia kuarkan Rafael dulu yang nampak takder teruk sangat tapi pengsan. Then Mauricio cuba kopak pintu depa kuar utk tarik Carlotta pulak. Tapi pintu tu tersekat. Dia honggah pi honggah mai nampak pintu dah besar sikit bukaan dia. Then ambulance, polis, Salvador pon sampai. Carlotta ngn Rafael dibwk ke spital, Mauricio ikut, dia bagi kunci keta dia kat Salvador.

Manuel ngn Enriqueta balik rumah Enriqueta and depa sembang2 tentang masalah Manuel dan Manuel risau gak ttg Juana/Mauricio. Enriqueta kata kalu Manuel lam keadaan Mauricio mestii dia akan paham apa yang jadi nih. And Manuel cam syak Enriqueta tau sesuatu. Enriqueta sempat mengelakkan diri dia dari terus bercerita sebab terkenang kan janji dia pada Mauricio yg dia takkan bagi tau sapa2 ttg tu. Manuel terpaksa pi and biaso la depa ni kalu ciuman selamat tinggal depa panjang lebar, abih kene zapp ngn pedang samurai milik ntv7. Manuel cium tangan Enriquet dan ngn berat hati nyer melangkah kuar dari rumah Enriqueta. Pas Manuel blah, enriqueta says to herself macam mana la dia leh terjebak lam keadaan yang tersepit macam ni. Dia tersiksa la jugak tengok keadaan Manuel tu, tapi dia tau Mauricio tu baik dan ikhlas ngn Juana tapi dia tak leh bagi tau kebenaran kat Manuel sebab dia dah janji untuk simpan rahsia ni.

Juana gi mengadu dan berkongsi beban ngn David. (ni scene yang paling eden tak gemor, Brandy ada, Lily ada, naper dia gi ngadu kat David. Eeee gerem tul la.) Juana pi rumah David jatuh dalam dakapan DAvid. Dia bagi tau perkara yang Desiree bgtau dia. Dia kata Mauricio merancang nak perangkap dia dalam percintaan dan nanti biler dia dah beranak nanti, dia akan amik anak tu. David terus la pom!pang!pom!pang marah macam mercun katak. David Tanya camno Desiree tau semua tu, Juana kata sebab dulu masa Desiree dok kat rumah Mauricio, depa penah ada hubungan intim dan Mauricio selalu mengadu kat Desiree dan berkongsi rahsia ngn dia. Dia kata tidak, masakan Desiree tau tempat kabin tu. Juana macam terkilan sangat biler dia tau David dah tau tht dia kandungkan anak Mauricio. Dia kata Mauricio tak berani nak bagi tau dia sendiri, sebab tu dia hantar Desiree utk bgtau semuanya. Kesian nya tengok Juana menangih teresak esak, abih kuar air idung air mato. David terlampau memahami Juana turut jugak menitiskan air mato dan air idung dia.

Armando dah tak tahan ngn sikap Desiree yang berahsia rahsia ngn dia. Apa yang Desiree nak tutup sangat dari pengetahuan dia. Aramndo asyik dok tanya soklan  yang sama sampai Desiree akhirnya terrr bagi tau yang Juana mengandung anak Mauricio. Terus terdiam Armando and mula terfikir kan semua yang Mauricio buat dan mengapa dia wat camtu. Desiree cam risau ngn perubahan Armando selepas tau citer sebenar. Desiree then risau lagi biler Ines (setiausaha Mauricio) bgtau dia takdapat menghubungi Mauricio. Desiree risau kot2 Mauricio dah sampai kat cabin and Juana cerita kat dia semua citer yang Desiree dah bgtau kat dia.

Kat rumah Juana dah siap hias and Azucena turun pakai baju lawa, Manuel siap weeeewitt puji mak dia cantik hari ni. :) Then Enriqueta buah hati pengarang jantung dia pun sampai. Bawak hadiah besaq. Ana maria sonot dpt jumpa jugak buah hati manuel. Azucena macam menilai nilai Enriqueta ngn ekor mata dia yang sentiasa menjeling macam nak tergolek bijik mato kat lantai. Ana maria dok citer la kat Enriqueta kata Manuel ni dulu ramai awek tapi tak der sorang pon yang dia bawak balik rumah utk diperkenalkan kepada keluarga. Manuel ahem ahem and then perbetul ayat ana
maria, dia kata dia tak penah bawak yang lain balik sbb ni la kali pertama dia jatuh cinto. Enriqueta sengih jer tengok manuel tu berusaha menerangkan ngn terperinci so tht dia tak jelezzz. Azucena gi amik air. Manuel amik peluang untuk gi neymbang ngn mak dia Tanya camno Erniqueta tu. Azucena kata Enriqueta nampak baik, cantik, ada kelas. She rasa Manuel tak padan ngn orang yang tinggi kelas kehidupannya macam Enriqueta. Manuel cam sedih mak dia kata dia tak layak utk enriqueta. Depa tunggu Juana tak sampai lagi, jadi depa minum dulu, utk Juana. Si Nicolas dok dancing dengan awek comel dia.

Mauricio ada kat spital temankan anak dia masuk bilik rawatan, tapi kene kuar sbb misi tak bagi masuk. Dia kata dia nak cakap sat jer kat anak dia then dia akan kuar. Nurse tu sian, bagi la.. and then pas kuar dia pesan kat nurse tu tolong bgtau Rafael yang Mauricio terpaksa kuar sbb doctor suruh dan dia takkan berpisah ngn RAfael. Dia takut Rafael ingat dia sengaja taknak bersama ngn Rafael kot.

Carlotta pengsan tak sedar2 lagi. Eva mai tenang kan Mauricio. Kemudian kuarga Carlotta yang len sampai. Sampai jer terus la kene marah2 mauricio tu. Humberto tak suka mak ayah dia marah2 orang tak tentu pasal. Amparo kata apa ni? Belah sapa ni? Rogelio kata kita sekuarga kene sokong kuarga. Humberto kata KELUARGA APA? Humberto pulak kene marah. Then doctor mai, semua pakat serbu doctor tu Tanya keadaan Carlotta. Doktor bagitau keadaan Carlotta teruk sbb hentakan kat pala dia kuat.

Posted on Julai 23, 2003, via email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1