Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 08  (By Macro) English Home
Di sebuah klinik lain
Juana rasa terkejut dengan berita yang baru diterimanya dan dia mula ketawa. Lily meminta maaf pada jururawat tu dan bagitau Juana yang dia tak patut ketawa seperti itu sebab ia adalah sesuatu yang serius. Juana masih ketawa dan cakap pada jururawat tu yang mereka mesti tersalah bagi keputusan orang lain sebab hal dia hami itu adalah suatu yang mudtahil. Jururawat tu marah pada Juana dan cakap yang mereka mempunyai prestasi yang baik selama itu dan tak pernah buat silap. Juana cakap “Sentiasa ada kali pertama” dan cakap lagi yang kehamilannya itu adalah suatu yang mustahil. Jururawat tu cakap yang dia tahu yang Juana tak boleh menerima hakikat itu dan cakap yang dia tak patut menafikan kenyataan tu sebab itulah kebenarannya. Juana cakap ia adalah suatu yang mustahil sebab dia masih seorang yang suci, anak dara, virgen dan belum pernah mengadakan hubungan intim dengan sesiapa sebelum itu, melainkan kata Juana roh suci telah melakukannya sekali lagi. Jururawat tu cakap dengan Juana yang dia akan cakap dengan doktor dan dia pergi dari situ. Juana cakap “Silakan” dan senyum saja.

Di apartment Armando
Loceng pintu berbunyi. Enriqueta yang cuma pakai jubah mandi buka pintu. Mauricio datang dan cakap yang dia nak cakap dengan Armando dan jika dia menggangu dia akan pergi saja. Armando dan Enriqueta tak kisah dan jemput dia masuk. armando dan Mauricio duduk kat sofa. Enriqueta masih berdiri dan dia perhatikan muka Mauricio dan teka yang tentu Mauricio datang ke sana sebab hal peribadi dan bukannya masalahnya dengan Francisco. Mauricio cakap betul dan kata yang kaum perempuan mempunyai pandangan yang tajam.

Di sebuah klinik lain
Lily cakap pada Juana yang dia patut rasa risau kalau keputusan ujiannya mengatakan dia hamil. Juana senyum aja dan play it cool dan cakap dia tak mungkin hamil sebab dia tak pernah bersama sesiapa sebelum itu. Jururawat tadi datang bersama seorang doktor perempuan. Juana mula bercakap dengan serius dan cakap pada doktor tu yang dia tak mungkin hamil sebab dia masih virgen lagi. Doktor tu suruh Juana ambil contoh darah sekali lagi.

Di apartment Armando
Mauricio cakap pada Armando dan Enriqueta yang dia tak sangka mereka ada hubungan. Enriqueta cakap hubungan mereka masih baru lagi. Armando cakap jika lelaki dan perempuan sentiasa bersama tentu sesuatu akan terjadi akhirnya. Armando menjelaskan yang mereka berdua tak mahu cakap apa-apa pada Mauricio sebab takut Mauricio rasa pelik dengan perhubungan mereka apatah lagi mereka bekerja di tempat yang sama. Mauricio cakap dia tak akan masuk campur dalam hal peribadi mereka. Lepas tu, Armando suruh Enriqueta sediakan makanan untuk dia dan Mauricio. Enriqueta nampak tersinggung dengan arahan Armando dan tanya dia “Aku?.” Armando cakap “ya, kau. Kita tak perlu rasa segan dengan Mauricio sebab Mauricio macam ahli keluarga kita”. Enriqueta rasa marah dan pergi ke dapur dan menutup pintu dapur dengan kuat. Bang....... bunyi pintu ditutup. Mauricio cakap pada Armando yang Enriqueta tak suka Armadno mengarah dia. Armando cakap biarkan saja dia pergi menyediakan makanan untuk mereka dengan itu dapatlah mereka berbual-bual sendirian. Armando tanya Mauricio kenapa dia hendak jumpa Armando. Mauricio cakap dia dalam kekeliruan dan cakap yang pagi tadi dia rasa macam tak kenal Carlota.

Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Carlota menelefon Mauricio di pejabatnya tapi tak dapat menghubunginya. Dia telefon Desiree pula dan cakap yang darahnya sedang mendidih sebab Mauricio lebih pentingkan anaknya daripada dia dan suruh Desiree datang jumpa dia di rumahnya sebab dia nak cakap dengan Desiree.

Di klinik
Dr. Ricardo dan Carmen sedang menunggu Rosa Andrea. Carmen tanya pada Dr. Ricardo apa dah jadi dengan Rosa. Ricardo cakap dia pun tak tahu dan tak pasti. Rosa datang dan sedang ditolak atas katil beroda. Rosa cakap pada Ricardo yang perutnya rasa sakit sangat.........

Apartment Armando
Mauricio cakap pada Armando yang Carlota tak mahu menerima anaknya. Dia cakap yang sebab utama dia kahwin selepas dia sembuh dari penyakitnya dulu ialah sebab dia membina sebuah keluarga dan Carlota tahu impiannya itu. Mauricio cakap lagi yang keengganan Carlota itu juga bermakna menyingkir dia dari hidup Carlota. Dia cakap Carlota seakan menjauhkan diri darinya. Armando cakap mungkin Carlota tak nak ada anak.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Juana sampai ke rumahnya dengan Lily. Lily risau sebab Juana tak berasa risau dengan apa yang baru diberitahu padanya. Juana cakap jangan risau sebab ia adalah sesuatu yang mustahil dan cakap tak ada sesiapa yang hamil dona Azucena datang pada masa tu dan mendengar perkataan hamil. Dia tanya mereka siapa yang hamil.

Iklan la pula.............

Di klinik
Dr. Ricardo keluar dari lif dan bagitau Carmen yang Rosa dah kehilangan anaknya, anak Mauricio.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Dona Azucena tanya Juana siapa yang hamil. Juana ragu-ragu hendak bagitau dia. Juana cakap seorang budak, kawan Lily yang neneknya tak kenal tapi mustahil dia hamil. Neneknya cakap budak zaman sekarang berani-berani belaka dan dia tak rasa ia mustahil. Lepas tu Monolito datang dan ajak Juana dan Lily pergi bersenam dnegannya di taman. Juana dan Lily tak mahu sebab mereka perlu mengulang kaji pelajaran Kimia untuk kuiz yang akan diadakan minggu depan. Mono cakap nanti dia dan Juana perlu pergi jumpa Father Jose sebab nak tolong dia mengatur suatu acara. Loceng pintu berbunyi dan Dona Azucena buka pintu. Seorang perempuan masuk dan dia adalah kawan Mono. Dona Azucena cakap pada Mono teman kau dah datang. Mono cakap dia perlu sedut oksigen di luar. Dona Azucena cakap “Macamlah aku tak tahu kau suka oksigen jenis apa”. Perempuan tu tanya Mono apa maksud mamanya itu. Mono cakap tak apa-apa dan mereka pergi dari situ. Juana dan Lily ketawa dan Juana cakap pakciknya itu teruk.

Di apartment Armando
Armando cakap dia tak sesuai nak bagi nasihat perkahwinan pada Mauricio sebab perkahwinannya pun dah gagal 2 kali dulu. Lepas tu, mereka cakap lagi sal anak Mauricio.

Di klinik
Di Ricardo cakap pada Carmen yang dia tak tahu bagaimana nak bagitau Mauricio tentang kehilangan anaknya itu. Carmen cakap yang Mauricio dah lama mahukan anak.

Di rumah Perez (Di bilik Juana)
Lily cakap pada Juana bukan dia (Lily) yang patut rasa risau sebab dikatakan hamil tapi Juana. Juana play it cool again dan cakap yang ia adalah suatu kekeliruan. Lily fikir yang Juana mungkin telah buat sesuatu dengan Mickey dan ia juga pernah berlaku pada Tatiana, kawan mereka semasa gred 9 yang mengaku virgen tapi hamil dan telah dibuang sekolah. Juana cakap ia tak mungkin terjadi dan cakap yang makmal dah melakukan kesilapan.

Di apartment Armando
Mauricio ucapkan terima kasih pada Armando sebab dengar masalahnya. Armando cakap tak apa-apa dan tanya apa terjadi pada makanan mereka. Lepas tu, dia suruh Mauricio duduk di sofa dan dia masuk ke dapur untuk jumpa Enriqueta. Mauricio nampak gambar Armando dengan anaknya dan senyum je. Di dapur, Armando tanya pada Enriqueta apa dah jadi dengan makanan mereka. Enriqueta cakap mula-mula dia memang nak buatkan tapi lepas tu dia ubah fikiran. Mereka mula bergaduh. Enriqueta cakap Armando tak patut layan dia macam tu, dia bukan orang gaji Armando. Enriqueta cakap lagi yang dia tak tahu memasak. Armando marah dah menerangkan pada Enriqueta tentang apa yang dia perlu lakukan untuk buat sandwich, dll. Enriqueta bertambah marah dan cakap Armando tak patut anggap dia begitu bodoh sampai buat sandwich pun tak tahu. Enriqueta marah sebab Armando mengarahkan dia apa nak buat. Armando cakap Enriqueta selalu je nak bersaing dengan lelaki. Mauricio dengar setiap kata-kata mereka dari luar dan mula risau dan rasa bersalah. Suara mereka memang kedengaran dari luar.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Lily cakap pada Juana yang dia selalu dapat markah tinggi dalam ujian. Loceng berbunyi. Juana bukakan pintu dan mama Lily masuk untuk jemput anaknya balik. Mama Lily berterima kasih pada Juana sebab dia sudi ajar anaknya dan dia kirim salam pada Ana. Mereka keluar dari rumah Juana. Juana tutup pintu. Mono datang dari belakang rumah mereka dan tanya Juana samada dia sedia atau tak nak pergi ke gereja jumpa Father Jose. Juana terlupa sal itu dan suruh Mono tunggu dia sementara dia pergi bersiap dulu.

Di apartment Armando
Mauricio nak balik. Armando cakap tak ada apa-apa terjadi antara dia dengan Enriqueta dan suruh Mauricio jangan risau. Mauricio tetap nak pergi juga dan suruh Armando selesaikan masalahnya dulu. Mauricio balik.
Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Carlota turun dari tangga. Tania, orang gaji dia bagitau yang jawatan kuasa Pink Ladies tel. Carlota tanya samaada Mauricio ada tel dia atau tak. Tania cakap takde la pulak. Lepas tu, Tania beredar dari situ. Carlota nampak seekor anak anjing, anjing Mauricio masuk ke bilik itu. Carlota marah dan panggil Tania. Carlota suruh Tania jaga anak anjing itu baik-baik dan jangan benarkan ia masuk rumah lagi.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Juana cakap dengan Mono tentnag cinta mamanya dengan Alfonso. Juana cakap kenapa Ana percayakan lelaki itu. Mono cakap pada Juana yang itu adalah masalah mamanya dan cakap yang dia rasa Juana menjauhkan diri dari dicintai sebab rasa takut.

Iklan lagi...............

Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Desiree makan makanan yang terhidang dengan rakus. Carlota cakap yang Desiree tentu rasa lapar. Desiree cakap yang dia belum makan masa Carlota tel dia untuk dtg ke rumahnya tadi. Lepas tu, Desiree nak pinjam duit Carlota. Carlota cakap Desiree patut cari kerja memandangkan pada keadaannya itu. Desiree tanya Carlota kenapa Mauricio tak mahu temankan dia pergi ke konsert. Carlota jawab yang Mauricio risau sal anaknya aje dan cakap yang Mauricio dah berubah dan rasa dia dah jauh darinya.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Juana menafikan kata-kata pakciknya itu.. lepas tu, mereka cakap sal David pula. Juana cakap sebab utama dia tak nak jalin hubungan dengan lelaki ialah sebab dia nak mengejar cita-citanya aje dan bukannya sebab apa yang Mono cakap padanya. Dona Azucena yang ada di dapur cakap pada mereka dan ingatkan mereka untuk pergi ke gereja jumpa Father Jose. Mereka pun bergegas keluar dari situ.

Di gereja (Bilik Father Jose)
Father Jose, Mono, Juana, Brandy, Petrica dan dua orang perempuan lain ada di bilik itu. Father Jose ucapkan terima kasih pada orang-orang yang ada di pejabatnya itu sebab sudi menolong dia menjalankan acara yang akan berlangsung. Lepas tu, Father Jose suruh Juana jadi wakil daerah mereka untuk acara yang akan diadakan sebab Juana dikenali ramai di kejiranan itu, dan sebab dia menjadi contoh ikutan pemuda pemudi di sana. Juana setuju. Lepas tu, Father Jose minta semua orang yang ada di sana untuk menanda tangani sekeping kertas untuk acara yang akan berlangsung. Brandy mengucapkan tahniah pada Juana sebab dipilih menjadi coordinator acara dan dapat bergaul dengan masyarakat atasan dalam acara itu. Juana cakap dia sebenarnya tak mahu menjadi wakil tapi dia tak dapat menolak permintaan Father Jose. Brandy cakap yang salah seorang ahli jawatankuasa Pink Ladies ialah Carlota, isteri kepada Mauricio De La Vega.

Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Tania bagitau Carlota ada orang tel ia. Carlota cakap dia tak mahu menerima sebarang panggilan tel selain dari panggilan dari Mauricio. Tania cakap Dr. Mosalve yang tel. Carlota angkat tel dan Ricardo cakap yang dia tak dapat menghubungi Mauricio sebab tel dia ditutup. Carlota tanya kenapa ia tel. Ricardo cakap dia tak tahu apa nak dikata dan dia cakap kehamilan Rosa dah berakhir dan dia rasa simpati dan meminta maaf atas apa yang telah terjadi. Carlota cakap dia tak tau apa yang cakap sebab dia sungguh sedih... dan dia akan bagitau Mauricio nanti. Carlota letak gagang tel dan dengan gembira gitau Desiree yang bayi itu dah tak ada dan tak de apa lagi yang boleh menghalang mereka lagi.

Iklan..............

Di gereja (Bilik Father Jose)
Juana cakap pada Mono dan Brandy yang dia tak percaya yang Carlota akan tolong anak-anak yang terabai di kawasan itu sebab kejadian tempoh hari di kedai Carlota memberi gambaran padanya yang perempuan itu tak suka budak-budak. Dia cakap yang Carlota seorang hipokrit. Mono cakap yang semua itu tak penting asalkan dia sudi tolong anak-anak yang terabai itu dari segi kewangan dan juga Mono menambah yang Juana tak perlu menjalin hubungan mesra dengan Carlota atau dengan suaminya.

Positivo (Di pejabat Mauricio)
Mauricio sedang buat kerja di komputernya. Dia terpandang gambar isterinya di atas meja dan terfikir kenapa Carlota tak mempunyai perasaan yang sama dengannya tentang anaknya. Lepas tu, Mauricio berpaling ke sisi mejanya dan terjumpa rantai Juana. Dia pegang rantai tu dan berfikir “Hai cik Matahari. Sejak kebelakangan ini kau semakin hampir dengan aku dan anak aku”. Mauricio imbas kembali pertemuannya dengan Juana semasa Juana terkutip bola Mauricio dan Juana cakap yang bilik anaknya tentu penuh dnegan mainan nanti. Mauricio cakap “Bukan saja dengan permainan tapi juga dengan kasih sayang. Kasih sayang dari dia dan Carlota”. Mauricio terfikir lagi yang mungkinkah dia tersalah pilih Carlota dan dia melihat gambar Carlota. Mauricio teringat kembali cakap Juana kat dpn kedai tempoh hari masa Juana mengatakan yang rantainya itu sungguh penting baginya. Lepas tu, Mauricio cakap “Patutkah aku hantar rantai ini padanya”.

Di gereja (Pejabat Father Jose)
Cuma Petrica, Juana, Monolito dan Brandy aje yang tinggal di sana. Petrica memandang Mono semacam aje. Juana cakap pada Mono yang dia nak balik jumpa mamanya dan periksa samaada mamanya itu dah balik atau tak. Mono nak balik dengannya, tapi Juana kata pada dia sambil senyum yang ada orang mau cakap pakciknya itu. Matanya menunjukkan isyarat ke arah Petrica. Petrica cakap yang dia mau Mono pergi ke rumahnya membaiki peti aisnya yang rosak. Mono (Yang rupanya macam cakap pd Petrica “Do I know you?”) cakap pada Petrica dia tak dapat pergi ke sana. Juana cakap yang Mono patut pergi ke sana sebab kalau peti ais rosak makanan tak dapat disimpan dengan baik. Lepas tu, dia keluar dari bilik tu. Tinggallah mereka bertiga kat sana.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio tel Brandy yang masih lagi ada kat gereja tu dan tanya alamat Juana. Brandy risau Juana ada buat apa-apa kesalahan. Mauricio cakap tak cuma dia nak minta alamat Juana je.

Di luar gereja
Juana keluar dari gereja tu dan cakap sedirian “Adakah berdosa aku rasa gembira?” beberapa orang budak sedang bermain bola dan bila mereka nampak Juana mereka mengajak Juana bermain bola dengan mereka. Juana ikut main bola dengan mereka.

Di rumah Mauricio (Di bilik tetamu)
Carlota minum arak. Dia cakap pada Deisree yangdia rasa begitu gembira sekali dengan ketiadaan bayi itu. Dia cakap yang dia mahu Mauricio untuk dirinya seorang aje dan anggap yang cinta tak patut berbelah bagi. Desiree cakap yang wanita patut ada sifat keibuan dan fikir yang Carlota belum ada sifat itu lagi dan cuma mahu melanjutkan zaman bulan madunya dengan Mauricio. Lepas tu, carlota tengok cermin dan cakap yang dia perlu berlatih untuk rasa sedih di depan Mauricio. Carlota pandang ke arah Desiree can mula menitiskan air mata palsu. Desiree cakap yang Carlota memang seorang pelakon yang hebat.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Dona Azucena buka pintu dan masuk 2 orang yang suka bergosip di kejiranan mereka. Dona Azucena tak suka dengan kedatangan mereka tapi dia jemput mereka masuk juga. Dona Azucena tanya apa mereka nak. Salah seorang dari mereka memegang sebuah radio dan cakap yang mereka mahu jumpa Mono sebab nak dia tolong baiki radio tu.

Di luar rumah Perez
Alfonso hantar Ana dpn rumahnya. They kiss. Anak Alfonso nampak dan marah pada mereka. Lepas tu, Ana keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya. Anak-anak Alfonso bersedia untuk menyerang Ana di rumahnya sebab itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka.

Di rumah Perez (Bilik tetamu)
Dua orang perempuan tadi, Dona Azucena dan Ana berpandangan sesama mereka. Dua orang perempuan itu cakap Ana nampak hebat dan cakap mungkin dia sedang dilamun cinta. Ana cakap dia memang sentiasa dilamun cinta dengan kehidupannya, anaknya dll. Lepas tu, Dona Azucena ajak tetamunya itu pergi ke dapur untuk pergi minum kopi dan jumpa Mono. Salah seorang daripada perempuan tu cakap “Itulah yang dinamakan pengunduran formal’ mereka cakap yang mereka tak akan menolak untuk minum kopi. Lepas tu, mereka pergi ke dapur. Loceng pintu berbunyi dan Ana buka pintu. Anak-anak Alfonso melangkah masuk.

Di klinik (Bilik Dr. Michelena)
Carmen sedang berbincang dengan Dr. Michenela yang Mauricio kehilangan anaknya. Dr. Michelena tanya dia sal Juana. Carmen cakap kalau Juana hamil tentu pihak keluarga Juana akan datang ke klinik itu mengadu tentang kecuaian mereka.

Di rumah Perez (Dekat pintu)
Ana cakap pada anak Alfonso yang mereka tak dikenalkan dengan baik sebelum itu dan Ana cakap dan memandang pada Daisy, tentu kau Daisykan? Daisy cakap pada Ana untuk tak berpura-pura baik depan mereka dua beradik. Mereka mula memanggil Ana sebagai pemusnah keluarga, dia memijak-mijak maruah mama mereka dll. Di dapur keluarga Perez, kedua-dua orang perempuan itu mendengar seperti suara orang sedang berkelahi. Dona Azucena menafikan dan cakap yang Ana sedang cakap dalam tel. Mereka tak percaya dan keluar dari bilik tu dan mula menghala ke arah Ana. Ana sedang dimaki oleh 2 orang anak Alfonso. Daisy cakap yang Ana memikat bapa mereka meskipun dia tahu yang bapa mereka dah berkahwin dan ada anak. Dona Azucena dan 2 orang perempuan tu terkejut mendengar kata-kata Daisy.

Di apartment Alfonso
Alfonso memberi penjelasan pada isterinya ttg Ana dan cakap yang mereka tak ada hubungan sama sekali cuma mereka adalah rakan sekerja. Isterinya cakap yang Alfonso pernah melakukan hal seperti itu dulu dan dia (isterinya) tak meninggalkannya dulu sebab masa tu anak mereka masih kecil tapi sekarang mereka dah besar dan kalau Alfonso nak bersama ‘kawannya’ itu dia bolehlah berjumpa dengan peguam. Alfonso cakap yang perempuan itu tak bermakna apa-apa baginya dan yang terpenting baginya ialah dia dan anak-anak mereka.

Di depan gereja
Juana sedang bermain bola dengan sekumpulan kanak-kanak. Mauricio tiba ke sana dengan convertiblenya yang berwarna merah. Kanak-kanak mula mengerumuni kereta Mauricio. Mauricio keluar dari kereta. Juana masih tak sedar yang Mauricio ada kat situ. Dia berpaling dan tadaa....... dia nampak Mauricio yang sedang pegang rantai dia. Mauricio cakap pada Juana sambil pegang rantai Juana “Kau cam tak rantai ini?”.

Bersambung la pula...................

Posted on Jun 28, 2003, 2:36 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1