Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 07  (By Macro) English Home
Di padang sekolah Juana
Pengetua sekolah Juana bagitau Juana tentang berita yang dibawanya. Dia cakap Juana cuma perlu ambil ujian darah saja kemudian dia akan hantar maklumat tu ke LA dan Juana akan boleh pergi selepas tu. Juana rasa gembira setelah mendengar berita tu dan dia melonjat-lonjat sebab gembira di atas kerusi yang ada berdekatan di sana. Monolito, Lily dan Dona Azucena tumpang gembira atas kejayaan Juana. Mereka hendak pergi dari situ untuk makan ais krim seperti yang dijanjjikan oleh Monolito. Sebelum tu Monolito ajak pengetua Juana untuk pergi dengan mereka tapi dia menolak dengan baik.

Di klinik
Mauricio sedang melihat anaknya di skrin imbasan. Dia cakap pada perempuan itu yang dia tidak tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih padanya. Dia cakap lagi yang walaupun wang adalah ganjaran yang baik tapi budinya tidak dapat dibalasnya. Lepas tu, Mauricio minta izin pada Rosa, perempuan yang sedang kandung anaknya tu untuk sentuh perutnya. Rosa cakap boleh lagipun dia sedang kandung anaknya. Kemudian Mauricio sentuh perutnya. Dr. Ricardo cakap dia faham perasaan Mauricio dan cakap yang mereka baru memulakan satu proses yang panjang dan sensitif. Mauricio cakap dia yakin semuanya akan berjalan dengan baik.

Di depan sekolah Juana
Juana rasa gembira sebab dia akan ke LA. Lepas tu mereka ubah tajuk cerita pula dan cakap sal mama Juana, Ana Maria. Juana tanya Dona Azucena apa yang dah jadi pada mamanya itu. Dona Azucena cakap yang dia yakin Ana Maria sedang bersenang lenang dengan. Monolito cakap “Mari kita pergi ke kedai ais krim”. Telefon Juana tiba-tiba berbunyi. Ana Maria telefon Juana. Juana tanya dimana mamanya itu sekarang. Ana tipu Juana dengan kata yang dia terjumpa seorang perempuan tua yang baru lepas dirompak. Perempuan tua itu rasa cemas jadi dia temani dia pergi ke balai polis dan kemudian menghatarnya pergi ke rumah perempuan tua itu yang terletak di Junquito (Aku agak tentu tempat tu agak jauh dari tempat tinggal dorang). Juana terkejut dan cakap dengan nyaring ‘Junquito’. Ana cakap lagi yang dia rasa kesal sebab tak dapat melihat perlawanannya. Juana cakap tak apa-apa lagipun itu adalah kali pertama mamanya itu miss tengok perlawanannya. Lepas tu Juana tutup tel. Dan bagitau neneknya dan yang lain tentang Ana. Dona Azucena cakap tentu masalah Ana itu berkaitan dengan lelaki. Monolito menenangkan keadaan dan cakap mereka perlu pergi dari sana. Monolito cakap dia akan tunggang motosikan dengan Juana dan Dona Azucena akan duduk disebelah mereka. Lily pula cakap yang dia akan pergi ke restoran itu sendiri dan mereka akan berjumpa di restoran nanti.

Di tepi jalan
Alfonso cakap pada Ana yang radiator keretanya rosak dan dia perlu menelefon kereta tunda. Mereka perlu menunggu lama disana tambah Alfonso. Ana cakap dia tidak boleh tunggu lama sebab dia tidak pernah hampakan anaknya sebelum itu dan dia tidak akan mulakannya pada hari itu. Ana cakap yang dia akan balik dengan teksi. Alfonso mengizinkan Ana balik dengan teksi dan cakap dia faham dengan keadaan Ana. Lepas tu Ana cakap dia akan berjalan sehingga di depan jalan dan dia pasti dia akan dapat naik teksi di depan jalan sana. Masa tu anak Alfonso nampak Ana balik meninggalkan bapa mereka dan mereka marah sebab Ana akan balik meninggalkan bapa mereka seorang diri di sana. Lepas tu, anak Alfonso memandu kereta dan dengan sengaja memandu atas lopak air yang ada di tepi jalan dekat Ana tengah jalan dan splash...... basah kuyup lah pula si Ana, terkena muka pula tu. Ana marah dan menjerit pada mereka “Budak-budak tak guna”. Lepas tu dia sedar yang buat dia jadi macam tu ialah anak-anak Alfonso. Dia terus terdiam.

Di klinik
Carmen (agaknya itulah namanya-alah jururawat yang tersalah bagi file kat Dr. Michelena dan menyebabkan Dr. tu tersalah buat permanian beradas atas Juana. Kalau tersalah sorilah yee) bagitau Dr. Michelena yang Dr. Ricardo memanggil dia ke biliknya. Carmen bagitau yang Dr. Ricardo ada dengan Mauricio De La Vega dan puan Rosa Andrea, perempuan yang menerima permanian beradas.

Di sebuah restoran
Juana jumpa Lily dan kawannya yang seorang lagi yang bernama Jessica. Juana tanya kenapa Lily cepat datang sana. Lily jawab yang dia terjumpa dengan Jessica dan minta dia hantar dia ke sana. Lepas tu datang pula Monolito dan Dona Azucena dan mereka duduk di kerusi dekat Juana dan yang lain. Jessica cakap pada Juana yang dia iri hati pada Juana sebab dia akan ke LA dan dia perasan yang akhir-akhir ini Juana nampak lebih ceria dari biasa. Monolito cakap dia juga sedar yang Juana lebih ceria dari biasa. Dona Azucena cakap yang kejadian yang sama pernah terjadi pada Ana semasa dia sebaya Juana dan mereka dapat tahu hal yang sebenarnya 9 bulan kemudian. Tiba-tiba muncul pula Ana dan dia cakap pada diaorang semua “Dan ia adalah sesuatu yang terbaik pernah terjadi padanya”. Dona Azucena, Jessica, Lily, Monolito dan sudah setentunya Juana memandang Ana dan terkejut sal nampak Ana comot.

Bilik Dr. Ricardo
Dr. Ricardo cakap pada Mauricio yang kandungan pada bulan pertama adalah satu jangka masa yang sensitif. Mauricio cakap dia faham yang kandungan itu masih lagi satu embryo. Dr. Michelena ketuk pintu dan masuk. Dr. Ricardo mempersilakan Dr. Michelena masuk dan mengenalkan dia dengan Mauricio. Mauricio berterima kasih pada Dr. Michelena sebab permanian beradas yang berjaya dilakukannya. Dr. Michelena diam saja dan Dr. Ricardo cakap padanya jangan malu. Mauricio cakap pada Dr. Michelena yang dia tahu Dr. Michelena cuma anggap ia cuma 1 rutin aja tapi baginya ia adalah suatu yang sungguh bermakna baginya.

Iklan...........

Rumah Perez (Bilik Juana)
Juana kutip baju mamanya yang ada atas lantai dan masukkan ia ke dalam bakul. Ana baru lepas mandi. Juana tanya mamanya itu adakah orang yang melanggar lopak air berhentikan kereta dan minta maaf padanya. Ana cakap lupakan saja. Juana berbaring atas katilnya sambil melihat Ana. Ana duduk di depan katil Juana dan cakap sambil pandang Juana yang dia meminta maaf padanya sebab tidak hadir ke perlawanan bola sepaknya. Juana cakap tak apa-apa at least mamanya dah dapat melakukan kebaikan dengan menghantar perempuan tua itu ke Junquita. Mamanya bangun dan melihat ke arah cermin. Juana tanya kenapa Ana nampak sedih. Ana cakap dia tidak sedih tapi gembira sebab Juana akan ke LA. Juana berfikir sendirian dan memandang Ana.

Rumah mauricio (Bilik tetamu)
Mauricio rasa gembira dan bagitau Carlota yang Carlota patut ikut dengannya dan melihat imbasan anaknya tadi. Mauricio cakap dia dah melihat jantung anaknya. Carlota cakap endah tak endah yang dia pun mahu ke sana tapi apa kan daya (tipu.......). Mauricio ceritakan lagi pada Carlota tentang bayinya dan betapa gembiranya diarasa atas kehadiran anaknya itu nanti. Carlota cakap bawa bertenang dan cakap yang diapun rasa gembira juga dan memeluk suaminya itu.

Pagi menjelang..........

Rumah Perez (Bilik Juana)
Suara Dona Azucena kedengaran mengetuk pintu untuk membangunkan Juana dan Ana. Juana yang memang dah bangun cakap pada Dona Azucena yang dia dah bangun. Juana bangunkan Ana. Lepas tu, Juan buka almarinya dan dia senyum memanjang. Ana cakap pada Juana yang dia dah mula percaya apa yang orang cakap tentang Juana yang lebih cantik dari biasa. Juana cakap “Jangan nak bergurau pula. Mungkin aku akan percaya cakap mereka nanti”.

Di gym
Desiree dan Carlota sedang bersenam di gym. Desiree cakap dia gembira sebab melihat Carlota lebih baik dari semalam. Carlota cakap dia tak pasti samada dia lebih baik dari semalam atau tak. Desiree cakap Carlota pandai berlakon. Carlota tanya Desiree sal Francisco. Desiree cakap Francisco tak dapat dihubungi dan dia tak tahu di mana dia berada.

Di rumah Vivas (Dekat kolam)
Rogelio tengah breakfast dengan anak dia Alfredo. Alfredo pandang papa dia. Rogelio tanya Alfredo adakah dia sehat atau tak sebab dia pandang papanya itu dengan pandangan tajam. Alfredo mula menyoal Rogelio tentang perjanjian perniagaan di antara papanya itu dengan Francisco, tentang penjualan saham Francisco padanya dll. Dia juga tanya sal Desiree dan minat papanya yang mendalam kat isteri Francisco itu. Rogelio cakap dia tak kisah sal perjanjian itu dan sal Desiree pula dia cakap dia cuma nak bantu Desiree aje sebab dia kawan Carlota.

Di sebuah klinik lain
Juana mendaftar untuk ambil darah. Dia datang dengan Ana.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio menceritakan pada Armando betapa gembiranya dia sebab akan menjadi seorang ayah. Mauricio cakap dia terhutang budi pada wanita yang kandung anaknya.
Iklan............

Di sebuah klinik lain
Juana , Ana dan seorang doktor perempuan ada dalam bilik pemeriksaan. Doktor baru nak ambil contoh darah Juana. Ana tidak berani melihat tangan Juana disuntik dengan jarum tajam untuk ambil darah jadi dia pandang kat tempat lain. Lepas darah Juana diambil, Ana pandang kat Juana dan tanya dia samada dia rasa sakit atau tak. Juana cakap dia bukan bayi lagi dan dia tak rasa sakit. Lepas tu, jururawat yang ambil darah Juana tu bagitau Juana yang dia boleh tahu keputusan ujian darahnya esok dan tanya dia samada dia mahu keputusan tu dihantar kat mana-mana doktor atau tak. Juana cakap tak sebab itu cuma satu keperluan untuknya masuk kolej. Jururawat tu tanya Juana dia nak masuk kolej kat mana. Ana dengan bangganya bagitau dia yang anaknya akan pergi ke kolej dekat USA dan bagitau dia yang Juana, anaknya itu memang seorang yang pandai belajar. Juana rasa malu.

Di rumah Perez
Monolito sedang membaiki alatan elektrik. Lepas tu telefon berbunyi dan dia jawab tel tu. David yang tel nak cakap dengan Juana. Mono cakap Juana tak ada dan dia rasa kasihan kat David sebab sekalu kalau dia tel Juana tak ada di rumah. Lepas tu dia tutup tel. Dona Azucena datang dan tanya Monolito siapa yang telefon. Monolito cakap David. Dona Azucena cakap memang patut Juana tak mahu jalinkan hubungan dengan David sebab nanti itu akan jejaskan peluang belajarnya di LA.

Positivo (Meja David)
David sedang main bola dan cuba memasukkan bola tu kat dalam net yang ada di belakang kerusinya. Popeye nampak dan tanya apa masalah David. David cakap dia tak ada masalah. Popeye cakap tentu dia ada masalah cinta. Brandy datang dan tanya apa yang diaorang tengah bincangkan. Popeye cakap dia tahu David ada masalah cinta. Lepas tu dia pergi dari situ. Brandy tanya David samada dia suka Juana atau tak dan bagitau David yang Juana bagitau dia yang terdapat tenaga di antara dia dengan David. David cakap itu lebih baik daripada tak ada apa-apa langsung. Lepas tu, Brandy pergi dari situ. Mauricio datang jumpa David kat meja dia dan cakap padanya yang dia perlu jumpa David nanti dan bincang sal artikelnya. Mauricio pula pergi dari situ. David cakap sendirian “Terdapat tenaga di antara aku dengan dia?”.

Di gym sekolah Juana
Ana sedang mengajar pendidikan jasmani pada pelajar-pelajarnya. Juana dan Lily pun ada kat situ. Mickey dan dua orang rakannya sedang memerhatikan mereka. Kawan Mickey cakap x bakal ibu mertuanya cantik. Mickey cakap yang Juana dah memutuskan hubungan dengannya. Mickey cakap bila perempuan kata mereka tak mahu menjalin hubungan sebenarnya mereka mahu. Lily dan Juana sedar yang Mickey dan rakannya sedang memerhatikan mereka. Lily kata pada Juana yang dia tak biasa nampak Juana tanpa rantainya. Juana cakap pada Lily agar tak mengingatkan dia ttg rantainya itu, dia dah resah sal kehilangan rantainya itu. Ana membunyikan wisel dan menghentikan kelas pada hari itu dan suruh pelajar-pelajarnya pergi tukar baju utk kelas seterusnya. Juana nak pergi dari situ tapi sebelum tu dia cakap pada Ana yang dia akan jumpa Ana di pusat beli belah nanti. Lepas tu, masa Juana nak pergi dari situ Mickey panggil Juana dan tanya dia kenapa dia menolak pelawaannya. Mickey panggil Juana “Juana la virgen” dan tanya dia samaada dia dah bertemu putera idamannya atau tak.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio keseorangan di office dia. Dia duduk atas sofa (Warna dark green bukan hitam mcm yg aku tulis hari tu. Sori salah) dia dan semak some paper. Lepas tu dia terjumpa rantai Juana dan cakap ‘Matahari’.

Di pusat beli belah (Di luar kedai barangan sukan)
Mauricio dan David sedang berbincang sambil berjalan tentang masalah majalah mereka. Mauricio mahu David buat perubahan pada artikelnya yang akan datang. Lepas tu Mauricio nampak sebiji bola yang dipamerkan kat depan sebuah kedai menjual barangan sukan. Dia dan David masuk ke dalam kedai tu. Lepas tu, Juana dan Lily muncul dekat situ. Juana dan Lily sedang pakai baju bola seragam sekolah. Juana hampa sebab dia tak jumpa Ana dimana-mana. Lily rasa malu sebab mereka sedang pakai baju bola seragam sekolah sedangkan orang lain di sekitar mereka pakai baju cantik-cantik ke pusat beli belah itu. Juana cakap jangan pedulikan pandangan orang lain dan dia mula bergaya seperti seorang model di hadapan kedai peralatan sukan tu. Juana pun suruh Lily ikut dia buat mcm tu supaya mereka tak rasa bosan. Di dalam kedai Mauricio dah beli bola. David tanya kenapa dia beli bola. Mauricio cakap untuk anaknya.

Di kedai barang kemas Carlota
Carlota bercakap dalam telefon dengan Desiree. dia cakap dia tak dapat jumpa dia masa tu sebab dia nak jumpa Mauricio di kedainya itu nanti. Desiree cakap dia tak ada duit dan terpaksa menyembunyikan diri bila jumpa pengurus hotel dll. Carlota cakap dia cuma boleh tolong Desiree dengan pelawa dia tinggal di rumahnya beberapa hari. Pekerja Carlota ketuk pintu officenya dan bagitau Carlota yang puan Sosa hendak jumpa dia. Carlota tanya samaada Mauricio dah datang atau tak dan dia cakap belum.

Di luar kedai barangan sukan
David tanya adakah Mauricio suka anak lelaki. Mauricio jawab yang dia tak kisah lelaki atau perempuan tapi dia lebih suka jika anak pertamanya lelaki. David cakap pada Mauricio dia nak pergi toilet jap. Lepas tu, Juana keluar dari toilet. Mauricio cakap sendiri “Teruk sangatkah kalau aku harapkan anak lelaki dan keluarkan bola yang baru dibelinya dari kotaknya. Bola tu bergolek ke arah Juana. Juana kutip bola tu. Mauricio pandang Juana dan tanya dia selain dari seorang jurugambar yang baik adakah dia juga seorang pemain bola yang baik sebab kalau mcm tu mesti dia adalah seorang bintang. Juana cakap dia memang seorang pemain bola sepak tapi dia bukan seorang bintang.. mauricio cakap dia memang bukan bintang tapi matahari. Mauricio tanya Juana samaada dia ada kehilangan rantainya. Juana cakap ya, dah sebulan dia kehilangan rantainya itu. Mauricio cakap dia ada jumpa rantai tu dekat pejabatnya dan kalau Juana ada masa dia boleh pergi ke pejabatnya ambil rantainya itu. Juana cakap dia mahu Mauricio simpankan rantainya itu dulu. Mauricio juga suruh Juana pergi ke pejabatnya untuk ambil ceknya. Juana cakap dia dah cakap pada en. Jose, orang yang bekerja dengan Mauricio untuk bagi ceknya pada Mauricio untuk baiki depan rumahnya. Mauricio cakap pada Juana”Kau memang degilkan”. Juana mengiyakan cakap Mauricio itu. Lepas tu, Juana tanya samaada bola yang dia pegang itu miliknya. Mauricio cakap ya, ia memang kepunyaannya. Juana cakap “Ah........ aku tahu. Ia untuk anak kau kan. Anak kau memang bertuah. Kalau dia lahir nanti tentu biliknya dipenuhi dengan mainan”. Lepas tu Juana membalingkan bola tu pada Mauricio. Mauricio sambut bola tu. Juana pergi dari situ dan terjumpa dengan Lily. Mereka pergi meninggalkan Mauricio di situ seorang diri. Mauricio termenung dan memandang bolanya itu. David datang dan Mauricio suruh David teka dia terjumpa dengan siapa tadi. David tak tahu dan cakap Julia Robert. Mauricio cakap dia jumpa ‘Matahari’. David cakap matahari, matahari aku. Mauricio cakap ya, jurugambar. David pergi cari Juana diarah yang bertentnagan dengan tempat Juana pergi tadi.

Iklan...............

Di kedai barang kemas Carlota
Seorang pelangan dan anaknya masuk ke kedai Carlota. Carlota melayan perempuan itu dan menunjukkan padanya barang-barang yang terdapat di sana. Anak perempuan itu duduk di atas kerusi yang ada di kedai itu dengan memegang minuman. Juana dan Lily masuk ke kedai tu. Lily menunjukkan pada Juana apa yang dia nak untuk tamat pengajian nanti. Juana cakap barang disitu mahal dan cakap sambil pandang Carlota yang dia macam kenal Carlota. Lily cakap yang dia akan buat kerja sambilan, menjaga anak orang untuk beli barang tu. Carlota tengok Juana, Lily dan budak yang pegang minuman tu. Budak tu tertumpahkan minuman. Carlota marah dan suruh anak tu dan mama budak tu keluar dari kedainya can cuma boleh masuk kalau budak tu dah habis minum minumannya. Juana dan Lily melihat sahaja seluruh kejadian itu.

Di pusat beli belak (Dekat lif)
David cakap pada Mauricio yang dia kesal sebab tak dapat jumpa Juana sedangkan dah beberapa hari dia cuba hendak jumpa Juana. Mauricio pula yang tak bercadang nak jumpa Juana terserempak dengan Juana. Mauricio cakap dia nak jumpa Carlota di kedainya. David pula cakap yang dia nak pergi cari Juana lagi.

Somewhere di pusat beli belah
Juana dan Lily keluar dari kedai Carlota. Juana cakap yang perempuan tadi itu adalah isteri Mauricio dela vega. Lily tak percaya dan cakap itu dah bagus sebab dia boleh dapatkan diskaun untuk beli barang di kedai Carlota. Juana cakap sikap Carlota ganjil sebab Carlota kan nak dapat anak tapi dia tak suka kanak-kanak pula. Lily cakap dia dah terlewat nak jumpa mamanya dan dia terpaksa pergi. Juana tinggal seorang dan dia tertanya-tanya ke mana mamanya pergi sebab dia belum lagi datang.

Ana cakap pada Alfonso yang perempuan yanggal lopak ait hari tu ialah anak Alfonso. Alfonso menafikan dan cakap Ana salah orang dan dia cuba menenangkan Ana. Mereka berpelukan dan Juana datang. Lepas tu mereka tak berpelukan lagi.

Di Kedai barang kemas Carlota
Mauricio bersiul dengan gembira sambil memegang bola di tangannya semasa masuk ke kedai Carlota. Mauricio tunjukkan bola tu pada Carlota dan cakap bola tu untuk anak mereka. Carlota tak gembira dengan kata-kata Mauricio dan cakap “Anak kita?”.
Di luar kedai barangan sukan
Ana cakap pada Juana dia rasa risau sebab tak jumpa Juana dimana-mana dan cakap yang Alfonso cuma temani dia untuk hantar dia kesana. Lepas tu Alfonso minta diri untuk pergi dari situ. Ana dan Juana pergi beli barang di pusat beli belah tu.

Pagi menjelang................

Di rumah Mauricio (Di bilik bakal anaknya)
Mauricio main bola dan cakap sendirian.

Di tepi jalan
Alfonso datang jemput Ana. Ana masuk kereta Alfonso. Anak Alfonso memerhatikan tingkah laku Ana dan ayah mereka. Mereka marah sebab nampak Ana bermesra dengan ayah mereka di dalam kereta.

Di rumah Mauricio (Di bilik bakal anaknya)
Mauricio sedang berangan-angan bermain bola dengan anaknya. Carlota masuk dan cakap pada Mauricio yang mereka perlu bersedia untuk hadiri konsert. Mauricio terlupa tentang konsert itu. Carlota marah pada Mauricio sebab Mauricio terlupa tentnag konsert itu. Dia cakap yang dia pun perlu perhatiannya juga. Mauricio marah dan cakap yang dia mencintai Carlota tapi dia pun mahu anak juga dan mahu Carlota faham impiannya.

Di rumah Dr. Ricardo
Rosa Andrea tel Dr. Ricardo dan cakap yang dia mengalami pengecutan. Dr. Ricardo suruh dia ke klinik dengan segera dan dia akan menemui dia di sana.

Rumah Mauricio (Billik Mauricio)
Mauricio cakap pada Carlota yang dia tak ada mood hendak ke konsert dan cakap yang dia ada kerja di pejabat. Carlota marah dan Mauricio pergi dari situ. Carlota berfikir yang anak itu akan menimbulkan masalah.

Di sebuah restauran yang penuh dengan orang
Ana memandang Alfonso. Alfonso tanya dia kenapa dia pandang dia macam tu. Ana cakap dengan nyaring yang dia rasa gembira sebab mereka pergi ke restauran yang penuh dengan orang ramai sebab sebelum tu mereka selalu pergi ke motel saja. Alfonso suruh Ana cakap perlahan-lahan supaya orang tak pandang pada mereka. Ana marah pada pernyataan Alfonso itu. Dia tak sangka Alfonso berfikir macam tu. Sementara tu, anak-anak Alfonso sedang memerhatikan mereka di suatu sudut restauran tu.

Di sebuah klinik lain
Juana cakap dengan Lily tentang mamanya yang ditipu oleh Alfonso. Lepas tu, nama Juana dipanggil dan dia ambil keputusan ujiannya itu. Dia buka sampul surat tu baca isi kandungannya dan minta pada jururawat tu untuk menerangkan padanya apa maksud surat tu. Jururawat tu cakap yang Juana kekurangan apa ntah garam kot...... dan tanya Juana samaada dia dah jumpa pakar sakit puan atau belum sebab dia hamil dan dalam bulan pertama kehamilan dia memang perlu jumpa doktor. Juana terkejut dan kata “Perdon... Maafkan saya.......”. juana memandang Lily dan kemudian memandang ke arah jururawat itu semula.

Bersambung.................

Posted on Jun 28, 2003, 2:36 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1