Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 06 (By Macro) English Home
Positivo (Pejabat Mauricio)
“Mauricio kau ada di situ? Mauricio, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” kata Dr. Ricardo Mosalve dalam telefon. Mauricio tergamam seketika, senyum dan memandang ke arah Juana. “Aku masih di sini. Aku sedang dengar” kata Mauricio. “Aku ingin sekali melihat riak muka kau sekarang, bakal bapa” kata Dr. Ricardo. Mauricio mengangkat gagang telefon dan cakap pada Dr. Ricardo “Kau benar-benar pastikah Ricardo?”. Dr. Ricardo cakap “Dalam hal ini tak ada keraguan lagi”. Mauricio senyum lebar dan seakan tidak percaya akan berita yang baru didengarnya. Dia bertanya lagi kesahan berita itu. Ricardo menyuruh Mauricio bergembira untuk dan bersedia untuk jadi bapa dan melarangnya utuk berasa risau lagi. Mauricio berterima kasih padanya atas segalanya dan meletak gagang telefon. Juana memandang Mauricio dan mengucapkan tahniah padanya. “Apa?” tanya Mauricio. “Tahniah sebab kau akan jadi ayah” kata Juana. Mauricio cakap yang Dr. Ricardo memberitahunya yang dia akan menjadi seorang ayah. Juana cakap yang Dr. dah mengatakan begitu jadi pasti dia akan menjadi seorang ayah yakin Juana. Mauricio gembira sebab dia akan menjadi seorang ayah. “Menjadi seorang ayah pasti adalah sesuatu yang hebat, kan?” tanya Juana. “Aku tak tahu. Sma ada ia berbentuk fizikal atau rohani tapi mempunyai anak bagi aku adalah sesuatu yang lebih mendalam” jawab Mauricio. “Indahnya” kata Juana. “Apa?” tanya Mauricio. “Kata-kata yang baru kau ucapkan, yang kau rasa. Kalaulah semua ayah mempunyai perasaan yang sama terhadap anak mereka kan?” kata Juana.

Positivo
Brandy, David dan Ines berada di luar pejabat Mauricio. Brandy kata pada Ines dan David “Bagaimana kalau dia dapati gambar-gambar itu sungguh teruk?”. David tanya pada Brandi “Kau tak tengok gambar itu?”. “Tak. Tak ada masa. Mereka mahu Juana jumpa mereka sebaik Juana datang ke pejabat” kata Brandy. David tanya lagi “Kenapa dia tak datang lebih awal?” Brandy cakap Juana sedang bersekolah. David cakap “Ya, aku lupa yang dia baru berusia 17 tahun”. Brandy cakap “Tepat sekali”. David kata “Usia tak menjadi halangan. Ada orang yang berusia 20 tahun tapi tak sematang dia” Ines cuma memandang mereka berdua saja. Brandy cakap “Aku harap itu bukan satu sindiran”. David cakap “Kenapa kau ambil hati dengan apa yang aku cakap. .. aku nak pergi minum kopi dulu untuk menenagkan diri aku. Beritahu aku sebaik saja dia keluar”. Selepas itu david pergi dari tempat itu. Brandy memerhatikan sahaja David pergi. Ines cakap pada Brandy “Itu menjadi bukti yang sesetengah kaum lelaki memang buta. Dia tidak tahu yang kau ambil hati dengan apa yang dia cakap pada kau. Dia tak tahu yang kau ambil berat akan dia”.

Positivo (Pejabat Mauricio)
“Maafkan aku tapi aku perlu teguk minuman ini untuk menenangkan diri aku” kata Mauricio. Juana kata “Tak ada masalah. Jangan risau. Kau tentu perlu menenangkan diri kau setelah mendengar berita itu”. Mauricio menawarkan minuman (Maybe minuman keras) pada Juana. Juana cakap “Tak, tak. Jangan risau, lagipun aku tak minum minuman keras”. Mauricio cakap “Anak. Aku akan jadi ayah. Aku mesti beritahu Carlota. Ya. Maafkan aku”. Juana kata “Silakan”.mauricio keluar dari pejabatnya dan cakap pada Ines di luar untuk menelefonkan Carlota dan menyambung panggilan itu ke biliknya. Dia tanya tentang Armando. Brandy cakap Armando ada di dalam bilik pejabat Enriqueta. Mauricio menutup pintu pejabatnya dan pergi mencari Armando. Brandy cakap pada Ines “Kenapa dengan dia?” Ines menjawab yang dia tidak tahu. “Kawan aku masih lagi ada di pejabatnya” kata Brandy.

Di dalam pejabat Mauricio, Juana tinggal keseorangan. Dia berfikir “Masalah betul. Kemana lelaki itu pergi. Sebelum ini dia yang beria-ia untuk tengok gambar parti”. Juana bangun dari kerusi, bercekak pinggang dan duduk di atas sofa hitam Mauricio. Juana fikir lagi “Aku datang sini untuk hantar gambar jadi aku akan tunggu saja di sini”. Kemudian, Juana cakap sendirian “Apa dia cakap tadi, dia nak bagitau Carlota tentang dia akan menjadi ayah? Peliknya. Setahu aku perkara sebaliknya yang berlaku. Bukankah si isteri yang patut bagitau pada suami dia hamil?” juana bangun dari sofa itu. Rantainya tercicir di atas sofa Mauricio. Juana berdiri dekat pintu dan berfikir sendirian.

Positivo (Pejabat Enriqueta)
Mauricio masuk mencari Armando. Dia mahupun Enriqueta tidak ada disitu. Mauricio keluar dari bilik itu dan menutup pintu.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Brandy masuk dan tanya pada Juana “Macam mana”. “Macam mana apa?” tanya Juana. “Kenapa kau masih di sini?” tanya Brandy. Juana cakap “Perlukah aku meninggalkan pejabat ini?”. Brandy tanya pada Juana samaada Mauricio telah melihat atau tak gambar itu. Juana jawab belum dan gambar itu masih lagi ada padanya. “Pelik sungguh. Aku sangka dia tak sabar lagi nak tengok gambar tu.” Kata Brandy.

Positivo
La Bibi cakap pada Mauricio yang duduk di hadapan mejanya Enriqueta dan Armando masih bermesyuarat dan bertanya padanya samaada dia mahu dia menghubungi mereka. Mauricio cakap “Tak perlu, ia tak begitu penting.” Mauricio bangun dari kerusinya sambil cakap “Ya, ya... ia sungguh penting” dan berdiri di belakang kerusi La Bibi. La Bibi tanya apa hal yang penting itu. Mauricio cakap “Tapi aku akan beritahu kau nanti. Sekarang aku sangat gembira...” sambil memusing-musing kerusi La Bibi dan mencium pipi La Bibi. Kemudian dia berlalu pergi. Shiva datang untuk tanya La Bibi pasal apa Mauricio kelihatan sangat gembira. La Bibi cakap “Aku tak tahu. Tapi dia sungguh gembira.”.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Juana baru bagitau Brandy yang Mauricio akan dapat anak. Brandy sungguh gembira mendengar berita itu dan memberitahu Juana yang Mauricio dah lama mengidamkan seorang anak. Mauricio masuk dan Brandy meminta maaf sebab masuk ke pejabatnya. Dia cakap yang dia tidak mahu meninggalkan kawannya sendirian di sana. Mauricio cakap tak apa dan duduk dikerusinya. Brandy keluar dan tinggallah mereka berdua saja dalam bilik tu... mauricio tanya Juana “Kau datang sini untuk....?” Juana jawab “Untuk menghantar gambar parti yang aku ambil semalam”. “Ah........ kata Mauricio.

Positivo
Shiva, La Bibi dan Brandy sedang bercerita tentang Mauricio yang gembira tapi Shiva dan La Bibi tak tahu pasal apa. Brandy cakap dia tahu, iaitu sebab dia (Mauricio) akan dapat anak. David datang dan menyapa mereka. David berbisik di telinga Brandy “Kawan kita masih berada di pejabat Mauricio?” “Ya” kata Brandy. “Beritahu aku sesuatu........” tanya David pada Brandy.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio cakap pada Juana yang dia mahu melihat gambar-gambar itu. Juana yang nampak bengang memegang sampul yang berisi gambar-gambar itu dengan erat dengan ke dua belah tangannya ke arah dadanya. Mauricio tanya samaada Juana mahu menyerahkan gambar itu padanya atau tidak. Juana cakap dia minta maaf, cuma di dalam sampul itu terdapat sekeping gambarnya yang tidak diambil semasa parti semalam lalu dia pun mengeluarkan gambar itu dari sampul. Mauricio cakap yang dia faham yang Juana tidak mahu dia melihat gambarnya itu. Kemudian, Juana menyerahkan padanya sampul itu. Gambar yang diambilnya tadi dipegangnya erat-erat. Mauricio cakap tentu gambar itu gambar yang tidak sepatutnya dia tengok.

Di pejabat Enriqueta
Armando dan Enriqueta masuk. Enriqueta duduk di kerusinya. Armando pula duduk di hadapannya. Enriqueta cakap pada Armando “Kenapa Armando”. Armando cakap pada Enriqueta “Akhirnya ketua editor ada masa untuk aku. Adakah itu bermaksud aku ada masa depan di syarikat ini?” Enriqueta cakap “Aku kena bermesyurat dan tak ada masa untuk diluangkan untuk kau” Armando cakap “Aku suka bila lihat kau bekerja. Kau sungguh yakin, sungguh professional dll sehingga tak kelihatan seperti seorang wanita”. Senyum pada muka Enriqueta terus hilang. Enriqueta tukar tajuk lain. Dia tanya pada Armando samaada Juana dah datang atau belum. Armando jawab sudah. Enriqueta terus menuju ke pintunya untuk keluar. Armando menghalangnya dan cakap Juana masih berada di bilik pejabat Mauricio dan menyuruhnya jangan tergopoh gapah. Enriqueta cakap itu adalah tanggungjawabnya dan sepatutnya dia berada di sana. Armando cakap enriqueta tak patut ganggu Mauricio sebab pada masa itu Mauricio menghadapi masalah dengan Francisco; Mauricio fikir Francisco mahu mengkhianatinya. Armando tidak mahu masaalah lain pula dibebani pada Mauricio. Enriqueta tak percaya yang Francisco akan melakukan perkara sedemikian.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio memerhati setiap gambar yang diambil oleh Juana. Dia cakap pada Juana yang dia terkejut. Dia juga cakap jika dia tidak melihat dengan matanya sendiri Juana yang mengambil gambar-gambar itu tentu dia tak percaya Juana yang mengambil gambar-gambar itu. Juana bertanya “Kenapa tidak” Mauricio menjawab yang gambar yang diambilnya itu menyamai dengan taraf gambar yang diambil oleh jurugambar professional. Juana bertanya lagi “Aku tak nampak seperti professionalkah?”. Mauricio cakap pertama sebab dia terlalu muda. Juana rasa seperti ntahlah meluat kot dengar cakap Mauricio dan katakan pada Mauricio “Pernah tak kau dengar pepatah yang mengatakan jangan menilai seseorang dari paras rupanya?” Mauricio senyum saja mendengar cakap Juana dan berfikir sendirian “Gadis ini hanya akan menimbulkan masaalah”. Juana senyum (Faked smile) pada Mauricio dan berfikir “Sudah tentu Ketua tiksik ini akan menunjukkan belang sekali lagi”.

Bilik hotel Desiree
Carlota cakap pada Desiree dia tak tahu bagaimana sebuah perkahwinan boleh berakhir begitu saja. Bagaimana Francisco boleh meninggalkannya begitu saja di parti dan pergi ke eropah. Carlota tanya pada Desiree apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka. Desiree cakap ada sesuatu yang dia tak pernah beritahu pada Carlota sebelum ini. Carlota cuma memandang pada Desiree saja. Carlota cakap beritahu saja padanya kerana dia adalah kawannya. Desiree suruh Carlota berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang akan diberitahunya. Carlota berjanji padanya. Desiree kata yang dia sendiri tidak percaya apa yang sedang dialaminya. Dia dia ada masalah dan masalahnya itu mungkin telah menjadi punca Francisco meninggalkan dia. Dia beritahu Carlota yang dia adalah seorang yang ‘dingin’. Carlota seakan tak percaya cakap Desiree. desiree meneruskan ceritanya. Dia cakap yang dia tak rasa apa-apa semasa menjalin hubungan ‘intim’ dengan Francisco. Dia juga kata yang sudah lama dia hendak menyembunyikan hal itu tapi lama kelamaan Francisco tahu dan dia mula berasa bosan.

Didalam kereta Rogelio
Pembantu/driver Rogelio bertanya pada Rogelio yang sedang duduk di belakang kereta “Adakah kau gembira kerana kita berjaya menyingkir halangan yang ada dan tumit kasut cinderela yang patah?” “Perempuan itulah yang aku cari. Perempuan itu akan buat kau berfikir apa yang kau mahu” kata Rogelio. Pembantunya cakap “Nampaknya Puan Amparito akan pening kepala sekali lagi”. Rogelio sambil tersenyum berkata “Dia memang patut rasa pening sekali sekala”. “Mungkin Puan Amparito akan rasa bosan mengelilingi duni dan akan balik dengan anak awak, Humberto” kata pembantunya. Rogelio cakap pada pembantunya “Biar mereka sahaja yang menentukan bila mereka akan balik. Jangan sekali-kali kau menyarankan pada mereka untuk balik”. Pembantunya cakap yang dia mengikut saja segala arahan tuannya. Rogelio mengubah tajuk perbualan mereka. Dia cakap pada pembantunya yang dalam masa itu dia akan bergembira dengan Desiree. Pembantunya cakap mungkin pada masa itu Desiree sedang bersedih atas kehilangan suaminya. Rogelio cakap yang semua itu tak penting. Francisco dah mati. Dia tidak dapat melihat apa yang dia buat. Pembantunya cakap orang mati bukan saja tidak akan melihat tapi juga tidak akan mendengar dan bercakap. Rogelio mewarning pembantunya supaya buat-buat spt orang mati (tidak melihat, mendengar, bercakap). Pembantunya bertanya pada Rogelio apa maksudnya. Rogelio cakap dia tak perlu takut. Dia (Rogelio akan menjelaskan segalanya. Dia mahu pembantunya itu anggap yang mereka tidak pernah bersua dengan Francisco dll. Pembantunya itu cakap “Ya” tanda mengerti dengan amaran tuannya itu.

Di bilik hotel Desiree
Carlota cakap pada Desiree yang dia tak sangka Desiree menghadapi masalah itu. Dia (Desiree) yang jelita dan mampu membuat leaki tergila-gilakan dia... Desiree cakap yang dia tak patut beritahu tentnag hal itu pada Carlota. Carlota cakap memang dia patut beritahu masalah itu padanya. Carlota tanya Desiree samaada dia pernah berjumpa pakar terapi/psychology. Dia cakap yang setiap pasangan suami isteri ada masalah. Mauricio dan dia juga menghadapi masalah misalnya dalam hal permanian beradas. Tapi akhirnya dia (Carlota) dapat menghadapi masalah itu dengan tenang, masalah itu akan menjadi tenang dll....

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio melihat gambar isterinya yang diambil oleh Juana. Mauricio memuji Juana kerana cekap mengambil gambar. Juana mengucapkan terima kasih pada Mauricio. Mauricio cakap pada Juana yang dia mahu Juana mengucapkan tahniah pada pakciknya kerana pakciknya yang mengajar Juana mengambil gambar dengan baik. Mauricio menambah lagi dan kata yang walaupun gurunya baik tapi jika pelajarnya tidak bijak tidak akan menjadi juga. Juana berdiri dan hendak minta diri. Mauricio cakap pada Juana boleh atau tidak dia menelefon Juana lagi jika ada kerja lagi. Juana cakap boleh, cuma dia dapat biasiswa dan akan pergi ke luar negara, Los Angeles untuk belajar photography dalam masa terdekat itu. Mauricio mengucapkan tahniah pada Juana dan berjabat tangan dengannya. Semasa Juana hendak keluar dari bilik Mauricio telefon Mauricio berdering. Ines memberitahu yang isterinya, Carlota menelefonnya. Juana mengatakan terima kasih dan tahniah sekali lagi pada Mauricio begitu juga Mauricio. Juana keluar dari pejabat Mauricio dan Mauricio mengangkat gagang telefon.

Positivo (Meja Brandy)
Juana menceritakan pada Brandy tentang apa yang Mauricio katakan padanya tentang gambar yang telah diambilnya. Brandy merasa gembira untuk kawannya itu dan memeluk kawannya itu dengan gembira. Brandy memberi Juana sekeping cek dan Juana merasa gembira kerana dia telah menerima upahnya.

Depan hotel penginapan Desiree
Carlota masuk ke dalam keretanya. Desiree berada di luar kereta berhampiran dengan Carlota. Carlota cakap pada Desiree yang dia minta maaf tapi dia terpaksa balik ke rumahnya untuk tukar baju sebab dia dan Mauricio akan meraikan Mauricio dapat menjadi seorang ayah. Carlota cakap dia perlu bersikap hipokrit di depan Mauricio. Desiree cakap yang Carlota perlulah pandai berlakon di depan suaminya itu. Jika suaminya tahu tentang apa yang baru diberitahunya padanya, entah apa yang akan terjadi. Carlota cakap itu tak akan terjadi, dia tak akan beritahu suaminya apa-apa, dia boleh katakan segalanya pada Desiree sebab dia percayai Desiree. carlota cakap yang dia tidak akan menerima anak itu sekalipun dia (Carlota) yang perlu kandung anak Mauricio.

Positivo
Juana cakap pada Brandy yang dia rasa janggal dan sedih meninggalkan keluarganya untuk pergi ke LA. Brandy cakap pada Juana bertenang dll dan pasti keluarganya akan merasa gembira menyambut kepulangannya setelah 2 tahun nanti. Juana cakap yang dia mahu mamanya gembira disamping lelaki yang dicintainya, pakcik Monolitonya bersama orang yang dicintainya dan nenek dan mamanya tidak akan bergaduh lagi. Kemudian, Juana cakap dia hendak balik. David datang dan mengajak Juana minum kopi, jus atau apa saja di pejabat itu. Juana yang pada awalnya tidak mahu terpaksa menuruti ajakan David yang begitu beria-ia benar menjemput dia itu.

Positivo (Pejabat Enriqueta)
Armando dan Enriqueta berada di bilik itu apabila Ines, setiausaha Mauricio mengetuk pintu dan memberitahu mereka yang Mauricio hendak berjumpa mereka. Enriqueta mengeluh yang mereka pasti akan mengadakan mesyuarat yang panjang kerana mereka tahu yang Mauricio cerewet apatah lagi jika kerja tidak memuaskan (Dalam hal ini mereka merujuk kepada kerja Juana yang mungkin tidak memuaskan). Armando cakap yang ia bukannya salah Enriqueta. Kemudian, mereka meninggalkan bilik itu.

Positivo
David menuangkan minuman untuk Juana. Juana cakap yang tentu seronok bekerja di tempat seperti itu, tenang can cantik. Dia berharap dia akan dapat bekerja di tempat seperti itu bila dia tamat pengajian di LA nanti. David tanya Juana tentang gambar yang telah diambilnya. Juana cakap dia telah menerima bayaran dan pada Mauricio kata gambar itu boleh tahan. David memandang Juana dan berkata padanya yang dia mahu berjumpa dengan Juana lagi selepas itu. Dia akan menjemput Juana, hari ini, esok atau bila-bila masa saja. Juana terkejut dengan kata-kata David. Juana cakap nanti dulu... David cakap nanti dulu, aku mahu jumpa kau lagi. Aku suka kau. Juana cuma memandang ke arah David saja.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Enriqueta cakap pada Mauricio yang sebelum dia kata apa-apa dia mahu menjelaskan yang bukan dia yang mengupah Juana. Mauricio cakap yang sesuatu yang pelik telah berlaku pada gadis itu. Dia kata yang jika dia percaya pada kepercayaan karut dia tentu percaya yang sesuatu telah terjadi pada bintang-bintang dan planet. Armando cakap itulah yang dinamakan nasib malang. Mauricio cakap “Gadis itu ... Matahari ... “ . “Ah... kata Enriqueta. Mauricio suruh Enriqueta dan Armando bertenang. Dia katakan yang gambar yang Juana ambil sungguh bagus. Dia juga katakan yang dia mula-mula berjumpa dengan Juana di jalan raya kemudian semasa Juana mengalami kemalangan di rumahnya. Armando dan Enriqueta cuma mampu memandang Mauricio sahaja. Mauricio cakap yang dia tidak sangka Juana mampu mengambil gambar sebaik itu. Dia juga cakap yang tadi semasa dia (Mauricio) menerima berita penting dalam hidupnya Juana berada di pejabatnya. Armando dan Enriqueta sama-sama serentak bertanya pada Mauricio berita apa yang Mauricio terima. Mauricio cakap berita yang mengatakan dia akan menjadi seorang ayah.

Positivo
David cakap pada Juana yang dia benar-benar serius dan sukakan Juana. Juana cakap David memang seorang lelaki yang baik dan kelakar. Dia juga lain daripada rakan sekolahnya yang lain tapi dia cakap yang dia tak mahu keluar dengan David atau mana-mana lelaki lain. Dia cakap yang dia telah merancang hidupnya dan ia sungguh penting baginya. David pula tidak termasuk dalam perancangan hidupnya. David cakap yang dia sungguh hampa. Juana meminta maaf pada David dan kata yang dia mesti berterus terang dnegan David kerana David adalah seorang yang baik. Selepas itu, Juana cakap tak ada siapa yang akan memusnahkan rancangan masa depannya.

Di luar sebuah motel
Ana maria dan Alfonso berjalan menuju ke kereta Alfonso. Ana Maria cakap pada Alfonso yang dia tidak suka mereka mengunjungi motel. Dia rasa tak sedap hati setiap kali mereka mengunjungi motel. Alfonso cakap “Tak sedap hati. Tak mungkin”. Ana maria cakap pada Alfonso yang dia sangka semasa mereka mula keluar bersama dulu dia sangka anak Alfonso tahu yang Alfonso dan isterinya akan bercerai. Alfonso cakap dia tidak mahu cakap tentang itu. Ana Maria cakap yang dia tak dapat lupakan mimik muka anak Alfonso semasa mereka pergi ke kedai arak dan terserempak dengan anaknya itu lalu Alfonso mengatakan mereka bekerja di tempat yang sama. Ana Maria cakap yang anak Alfonso tentu tidak akan percaya penjelasan Alfonso itu. Alfonso cakap tentu anaknya itu akan menerima hakikat itu nanti.

Rumah Alfonso
Kedua-dua anak Alfonso ada di rumah itu. Anak Alsonso yang kedua cakap pada kakaknya yang sedang mengandung itu yang ayah mereka berpoya-poya dengan perempuan lain. Dia mengatakan yang mula-mula dia terjumpa dengan mereka di kedai arak dan semalam dia terjumpa mereka berpelukan di depan apartment mereka. Kakaknya mengatakan yang itu sudah melampau. Adiknya mengatakan patut atau tidak mereka memberitahu ibu mereka. Kakaknya tidak menjawab. Kakaknya bertanya samaada adiknya tahu rumah Ana Maria atau tidak adiknya tidak tahu dan bertanya kenapa kakaknya ingin tahu. Kakaknya mengatakan yang dia akan jumpa dengan Ana Maria dan memberitahu padanya mengenai pandangannya padanya.

Rumah Perez
Monolito sedang membaiki alatan letrik. Dona Azucena pula sedang menyapu lantai. Nicolas datang dan memberikan tupperware pada Azucena. Nicolas duduk di atas kerusi dekat Monolito. Monolito sedang membaiki barangan elektrik. Nicolas cakap yang Monolito seperti sedang membaiki tv. Monolito cakap apa-apa saja yang penting membaikinya. Monolito tanya Nicolas bagaimana dengan jualannya pada hari itu. Nicolas cakap laris dan mereka perlu menampah barang jualan. Dona Azucena cakap yang macamlah orang akan percaya yang kau bangun pada pukul 4 subuh untuk membuat pai. Kemudian, dia memberikan upah Nicolas padanya. Nicolas bertanya pada Monolito samaada dia ada membaca buku tentang bintang atau tidak dan bertanya padanya tentang masa depannya. Monolito cakap yang masa depannya bukan terletak pada bintang-bintang, semuanya terletak pada impian dan kerja keras. Nicolas cakap baru dia faham. Dona Azucena cakap yang segalanya bergantung padanya dan jika dalam masa 30 minit dia tidak pergi dari situ masa depannya akan gelap seperti malam. Setelah Nicolas pergi, Monolito cakap pada mamanya yang kadang-kadang mamanya itu cakap tidak berselindung dan ia membuatnya takut. Dona Azucena cakap yang ia berkesan dengan Nicolas sebab dia faham dengan jelas. Setelah itu, Dona Azucena cakap sendirian bila Ana dan Juana akan sampai.

Malam sudah menjelang. Juana balik ke rumahnya dengan membawa sekeping cek. Dia melihatkan kepada semua ahli keluarganya cek itu dan berkata yang ia adalah upahnya membuat kerja semalam. Pakciknya cakap syukurlah Juana sudah balik sebab dia menunggunya untuk pergi ke rumah Mauricio untuk mengambil motosikalnya sebab takut motosikalnya itu menggangu kenderaan Mauricio keluar masuk dari rumah Mauricio. Juana cakap jangan risau sebab Mauricio tidak akan perasan yang motosikalnya ada di sana sebab dia sekarang sedang bergembira untuk menjadi seorang ayah.

Di sebuah restauran
Mauricio duduk termenung di sebuah meja di restauran. Dia teringat pada Juana iaitu apabila dia mula-mula mendapat tahu yang dia akan menjadi seorang ayah. Carlota datang dan meminta maaf pada Mauricio sebab terlewat.

Di klinik
Dr Michelena dan jururawat yang tersalah masukkan kertas pada fail Juana berada di klinik dan dalam perjalanan hendak keluar dari klinik itu. Jururawat itu mengatakan yang dia tidak tahu apa akan terjadi jika Juana hamil. Dr. Michelena mengatakan yang dia tidak akan hamil. Kemudian, mereka mula menyalahkan satu sama lain tentang kesalahan permanian beradas yang dilakukan ke atas Juana. Jururawat itu mengatakan mereka berdua bersalah dan mengatakan yang tidak ada bukti yang menunjukkan mereka telah melakukan permanian beradas itu ke atas Juana. Dr. Michelena mengatakan yang bukti yang terpenting ada pada badan Juana. Jika Juana menjalankan ujian DNA semuanya akan terbongkar. Juana akan mengetahui yang kandungannya adalah anak Mauricio De la Vega, iaitu mani yang terdapat pada klinik mereka.

Di depan rumah Mauricio
Monolito dan Juana sedang membaiki motosikal Juana. Well, monolito yang membaiki, Juana cuma bagi pakciknya alatan yang diperlukan saja. Monolito tanya Juana apa Mauricio katakan tentnag gambar darah yang dia bagi pada Mauricio. Juana cakap yang dia tidak bagi gambar itu pada Mauricio sebab dia tidak sampai hati lagipun Mauricio baru menerima berita yang dia akan menjadi seorang ayah. Juana cakap yang dia ikut nasihat pakciknya untuk tidak masuk campur dan menggangap tidak ada perkara buruk yang telah terjadi di sana. Selepas itu, Juana meraba lehernya untuk pegang rantainya tapi dia dapati rantainya sudah hilang. Pakciknya tanya kenapa dengan Juana. Juana cakap rantai yang pakciknya bagi telah hilang. Juana rasa gelabah, sedih dan risau sebab kehilangan rantainya itu. Dia mencarinya di sekitar motosikalnya itu. Monolito melihat kerisauan di muka Juana. Monolito senyum memeluk Juana, menenangkannya dan cakap yang Juana sudah besar dan tidak perlukan rantai itu untuk ingat siapa dirinya. Juana cakap ya memang tapi dia tetap akan mencari rantainya itu.

Di rumah Perez
Ana Maria sedang menonton tv. Mamanya sedang menjahit baju di depan tv. Ana berfikir yang dia merasa malu pada anak Alfonso. Dia juga rasa yang tentu susah untuk anak Alfonso menerima yang ayah mereka tidak lagi mencintai ibu mereka. Dona Azucena mengejutkan lamunan Ana. Dia bertanya pada Ana “Apa yang kau fikirkan”. Ana menjawab yang dia memikirkan tentang serbuk pencuci mereka dll. Dona Azucena tahu yang Ana bukan memikirkan tentang hal itu. Ana mengubah tajuk perbualan dengan menimbulkan soal Paco (Pemilik kedai runcit berdekatan rumah mereka) yang menyukai Don Azucena. Dona Azucena cakap jangan ubah tajuk perbualan. Dia tahu Ana sedang memikirkan tentang Alfonso dan bertanya padanya kenapa dia tidak keluar bersamanya pada malam itu, adakah sebab malam itu dia bersama dengan keluarganya. Ana merenung mamanya dengan pandangan yang serius dan cakap yang Alfonso sedang menghadapi masalah dengan keluarganya pada ketika itu, dan mengatakan yang mamanya itu akan merasa kesal satu hari nanti apabila mengetahui lelaki pilihannya adalah seorang yang baik.

Di depan rumah Mauricio
Juana mengingati kejadian semasa dia melanggar pasu bunga dan perhiasan lain yang terletak di depan rumah Mauricio. Dia rasa kesal dan memandang pakciknya dan berkata yang dia telah berjanji pada Mauricio untuk membayar atas segala kerosakan yang telah terjadi. Monolito cuma senyum memandang Juana. Kemudian, datang orang gaji Mauricio dan Monolito beritahu dia yang motosikal itu telah siap dibaiki dan mereka akan membawanya pergi sekejap lagi. Orang itu mengatakan ambillah seberapa banyak masa yang mereka mahu dan apabila dia hendak pergi dari situ Juana memanggil dia Juana meninggalkan pesanan pada orang itu untuk memberikan cek itu pada Mauricio dan mengatakan padanya yang dia tidak akan mengenakan bayaran untuk khidmatnya mengambil gambar hari itu untuk membayar kerosakan yang telah terjadi. Orang gaji itu mengatakan yang Mauricio tidak memintanya membayar. Walau bagaimanapun dia ambil cek itu juga. Setelah lelaki itu pergi meninggalkan mereka, Juan berpaling memandang pakciknya dan menggam kedua tanggannya tanda geram kerana wangnya telah diberikannya begitu saja. Juana juga cakap yang keadaannya pada masa itu adalah seperti semasa sebelum dia mengambil gambar parti itu. Pakcik Monolitonya yang supportive itu senyum, menghampiri Juana dan memeluk Juana lalu cakap yang seperti yang pakcik selalu katakan tak bermakna kau kaya jika kau mempunyai wang yang banyak memadai dengan yang secukupnya. Juana ketawa mendengar cakap pakciknya itu dan mengatakan yang dia faham apa maksud pakciknya. Setelah itu, mereka pergi dari situ dengan motosikal Juana.

Sebulan selepas itu.......

Di padang bola sekolah Juana
Juana, Lily dan rakan-rakan Juana yang lain sedang berlawan bermain bolasepak dengan pasukan dari sekolah lain. Juana nampak begitu bersemangat sekali dan dia berjaya menjaringkan beberapa gol. Neneknya dan pakciknya bersorak dan berpelukan gembira apabila Juana berjaya menjaringkan gol. Ana Maria tidak kelihatan di mana-mana di padang itu.

Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Mauricio mengatakan rasa kesalnya sebab Carlota tidak akan dapat pergi bersamanya melihat ultra bunyi anak Mauricio di klinik. Carlota cakap dia perlu pergi ke kedainya sebab koleksi baru akna tiba pada hari itu dan dia perlu menguruskannya sendiri. Mauricio cakap yang bayi itu akan dapat di lihat pada ultra bunyi. Carlota cakap dengan tidak percaya “Bayi, tolonglah Mauricio ia masih embrayo lagi dan belum lagi menjadi bayi. Aku yakin kau tidak akan dapat melihat apa-apa lagi pada imbasan ultra bunyi itu. Mauricio cakap yang Ricardo bagitau dia yang dia akan dapat lihat jantung anaknya. Carlota bertegas tidak mahu pergi dengan Mauricio. Mauricio cakap dengan lembut “Suka hati kaulah” dan keluar dari rumahnya itu. Apabila Carlota tinggal sendirian dia cakap dalam hatinya yang dia tak mahu anak itu 2 kali.

Di padang sekolah Juana
Juana masih lagi berlawan bermain bola sepak. Wisel dibunyikan dan kumpulan Juana menang. Ahli kedua-dua kumpulan berjabat tangan. Nenek Juana cakap yang kumpulan Juana bermain dengan baik walaupun mereka perempuan. Monolito hairan dan risau sebab Ana tidak datang menyaksikan perlawanan Juana sebab tidak pernah sekalipun dia ketinggalan melihat Juana berlawan bermain bola sepak sebelum itu. Lily dan Juana datang dan Monolito dan Dona Azucena mengucapkan tahniah pada mereka. Dona Azucena cakap yang Juana kuat seperti ayahnya dan percaya yang Juana mewarisi ketangkasan dan kekuatan ayahnya itu. Monolito cakap mana jaguh aku dan memeluk Juana. Juana bertanya kepada mereka di mana emaknya...... mereka tidak cakap apa-apa.

Di jalan raya
Kereta Alfonso rosak di tepi jalan. Rupa-rupanya Ana sedang berada di sana bersama dengan Alfonso. Ana marah sebab dia sudah lewat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak anaknya. Dia juga marah pada pada Alfonso sebab akhir-akhir itu dia selalu membawanya ketempat jauh. Alfonso mengatakan yang dia cuma mahu masa yang lebih panjang untuk mereka bersama dan menyuruhnya menunggu di dalam kereta. Ana menunggu di dalam kereta dan mengatakan yang dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sebab miss perlawanan Juana. Beberapa meter dari tempat itu, ada sebuah kereta sedang berhenti. Ke dua-dua anak Alfonso berada di dalam kereta itu. Anak keduanya mengatakan yang masa itu adalah masa terbaik untuk mereka bersemuka dengan mereka. Kakaknya mengatakan belum lagi dan mereka perlu mengetahui rumah Ana terlebih dahulu.

Di padang sekolah Juana
Juana mengatakan pada nenek dan pakciknya yang dia risau emaknya ada apa-apa. Neneknya cakap yang Ana sendiri yang mencari masalah. Juana cakap yang dia harap dia dan mamanya tidak akan bertengkar lagi. Monolitio suruh Juana dan Lily menukar baju mereka sebab dia akan membawa mereka membeli aiskrim. Setelah itu, Juana dan Lily pergi dari situ. Micky (X boyfriend Juana) dan rakannya memerhatikan mereka pergi dari situ. Setelah mereka pergi, Monolito cakap pada emaknya yang takkah emaknya perasan yang setiap kali dia mengkritik Ana dia juga menguris perasaan Juana.

Di klinik
Mauricio datang dan cakap pada penyambut tetamu yang dia hendak berjumpa dengan Dr. Ricardo. Jururawat itu membawanya berjumpa dengan Ricardo yang sedang mengimbas kandungan Puan Rosa Andrea yang sedang mengandungkan anak Mauricio. Ricardo cakap pada Mauricio, kau nampak titik itu, itulah jantung anak kau. Mauricio senyum sambil melihat skrin imbasan kandungan itu.

Di padang sekolah Juana
Pengetua sekolah Juana datang berjumpa dengan Dona Azucena dan Monolito. Pengetua Juana cakap yang mereka mesti bangga akan Juana. Neneknya cakap dia terkejut akan kejayaan Juana. Monolito mengenalkan nenek Juana pada pengetua Juana. Juana dan Lily datang dan tanya pada pakciknya samaada tawaran ais krim masih terbuka atau tidak. Dia cakap masih terbuka cuma pengetuanya perlu bercakap dengannya. Juana tanya samaada pengetuanya ada menyaksikan perlawanan itu atau tidak dia cakap ada dan kata yang dia ada pesanan untuk Juana. Dia bagitau yang segala persiapan unutk ke LA telah sedia cuma dia perlukan satu perkara saja lagi, iaitu ujian darah Juana. Juana senyum dan pengetuanya cakap yang itu tentu tidak menjadi masalah baginya sebab dia kelihatan sihat. Juana senyum dan memegang perutnya. Camera focus ke arah perut Juana.

Bersambung..................

Posted on Jun 25, 2003, 12:32 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1