MANUAL PROSEDUR KERJA AKTIVITI MAKMAL
PROSES KERJA -URUSAN MAKMAL
| Jawatan | Proses Kerja |
| Ketua Jabatan sains | 1.Membuat anggaran perbelanjaan dalaman setelah mendapat peruntukan dari jabatan Pendidikan Negeri/Kementerian Pendidikan. |
| Pengetua | 2.Melulus anggaran perbelanjaan dalaman |
| Pembantu makmal | 3. Berbincang dengan ketua jabatan sains |
| Pembantu Makmal | 4. Menyenaraikan senarai keperluan berdasarkan kepada stok semasa dan senarai peralatan yang diterima dari guru-guru panitia dan guru-guru mata pelajaran. |
| pembantu makmal | 5. mengisi Borang Pesanan Dalaman |
| Pengetua | 6. meluluskan senarai keperluan untuk pembelian. |
| pembantu makmal | 7. membuat senarai sebutharga |
| pembantu makmal | 8. menghantar senarai sebutharga kepada pembekal berkaitan. |
| pengetua/ketua jabatan sains | 9.menerima senarai sebutharga dari pembekal-pembekal berkaitan. |
| ketua jabatan sains/pembantu makmal | 10. berbincang mengenai syarat-syarat pembelian. |
| pembantu makmal | 11. mengisi borang pesanan tempatan |
| pengetua | 12. kelulusan pembelian |
| pembantu makmal | 13. menerima bekalan daripada pembekal |
| pembantu makmal | 14. merekod penerimaan alatan sains kedalam buku inventori dan stok (312,313 atau 314 - dimana berkaitan) |
| ketua jabatan sains | 15.menerima invois dan mengesahkan pembelian |
| pembantu makmal | 16. merekod invois kedalam buku daftar bil |
| Pembantu makmal | 17. Penyerahan invois kepada pembantu tadbir kewangan untuk pembayaran. |
| pembantu makmal | 18. Pengeluaran stok untuk kegunaan amali pelajar. |
| Ketua jabatan sains/guru panitia/guru matapelajaran | 19. Mengarah pembantu Am Rendah (makmal) untuk membuat keceriaan kekemasan bilik-bilik makmal. |
| Pembantu makmal | 20. Membuat persediaan keperluan untuk amali berdasarkan kepada pesanan yang diterima daripada guru-guru sains. |
| Pembantu Am Rendah (Makmal) | 21. Menempatkan keperluan peralatan untuk amali di bilik-bilik makmal berkenaan. |
| Pembantu makmal/pembantu Am Rendah (makmal) | Membantu guru-guru sains - jika diperlukan ketika kelas amali dijalankan. |
| Guru-guru Sains,
Pembantu makmal, PAR (Makmal) |
23. Mengawal langkah-langkah keselamatan dipatuhi oleh semua pelajar. |
| Pembantu makmal | 24. Menyemak bilangan peralatan yang digunakan mencukupi dan sempurna. |
| Pembantu Am Randah (Makmal) | 25. Membasuh peralatan yang telah digunakan dan menempatkan ke tempat simpanan. |
| Pembantu Am Rendah (Makmal) | 26. Mengemas dan membersih
persekitaran bilik makmal:
- lantai -meja -sinki -papan hijau. |
| Pembantu Am Rendah (makmal) | 27. Mengemas kembali bilik-bilik makmal selepas amali dijalankan. |
| pembantu makmal | 28. Mengemaskini stok, pelupusan dan hapuskira. |
| Pembantu makmal/ PAR (makmal) | 29. Memperbaiki aspek keceriaan bilik-bilik makmal dari masa ke semasa. |
| Ketua jabatan sains
pembantu makmal |
10. Mengadakan kursus dalaman bagi kakitangan makmal sekiranyaperlu dari masa kesemasa. |
| Pembantu makmal
pembantu Am Rendah (makmal) |
31. Menjalankan apa-apa tugas yang diarah oleh pengetua dari masa kesemasa |
petikan daripada:
Manual Prosedur Kerja Kementerian Pendidikan.