|
WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA
Telah bersabda Rasulullah saw maksudnya, "Saya pernah melihat
neraka. Tiba-tiba kebanyakan penghuninya adalah kaum perempuan,
yaitu mereka yang tidak tahu berterimakasih kepada suami.
Andaikata engkau (suami) berbuat baik kepada seseorang diantara
mereka setahun,kemudian ia (isteri) melihat sedikit cela padamu,
maka ia akan mengatakan "Saya tidak pernah melihat sama sekali
kebaikan darimu." (HR Bukhari).
* Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi
kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan
anak, mendidik anak-anak dan melayan suami serta melakukan
kerja-kerja dirumah.
* Tiada memuji (bersyukur/berterimakasih) diatas kemurahan Allah
yang didatangkannya melalui suaminya (jarang orang perempuan
yang mahu mengucapkan terimakasih diatas pemberian suaminya)
* Sering mengkufurkan (ingkar) tentang nikmat Allah contonnya
bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang mengatakan
"sudah 10 tahun saya kawin dengan awak, tak ada apa-apa pun!"
* Gemar bercakap perkara yang sia-sia dan yang berdosa contohnya
bercakap tentang perabut-perabut rumah dan mengumpat.
* Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama
dimana mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk-rayu
lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana
kemewahan-kemewahan lahiriah.
|