WARKAH BUAT GADIS
SOLEHAH
Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Wahai Gadis
Solehah�
Dari jauh ku melihat raut wajahmu� tunduk memandang bumi yang
luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah
kematian.
Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu
mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski
pun kau dicaci dan dimaki� ditaburi fitnah� namun bersama gunung
kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan
kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk
menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-zuran sebagai
hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat
perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.
Gadis Solehah..
Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati
yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul
dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu
meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi
ketahuilah� sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan.
kalimah Allah..
Gadis Ku..
Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang
terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari
sebarang nida dan yang paling melembutkan hati�. tutur bicaramu
melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka
yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi� mengingatkan ku
tentang firman allah swt:
�Wahai wanita �wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu
apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati
dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat
pengasih lagi maha penyayang ,�
Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah
saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.
Gadis solehah�
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap�. dibalut dan
disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih
yang dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang,
kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat� bibirmu
berzikir mentilawah Al � Zuran, tahajjud , witir dan amalan �
amalan istiqamahmu.
Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu,
Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah
Allah.
Gadis solehah�
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt
buatmu�
� Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh
dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.�
Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu �
Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu
adalah perhiasan kepada dunia..
Sekadar buat renungan���
|