|
UCAPTAMA IBLIS KEPADA WARGA NERAKA
Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan
sebuah mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari
api, mahkota dari api dan diikat dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis : �Wahai Iblis, naik ke atas
mimbar dan bersyarahlah kepada ahli neraka�. Lalu Iblis berkata
: �Wahai para penghuni neraka !� beliau terus berkata : �Wahai
orang-orang KAFIR dan orang-ornag munafiq, sesungguhnya Allah
SWT telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar bahawa
kamu semua akan mati, akan dihalau dan dihisabkan dan menjadi
dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke neraka Sa�ir.�
Tambah Iblis lagi : �Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan
meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di
dunia. Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku
hanya menganggu kamu. Akhirnya kamu semua mengikutku, maka
dosanya untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat
dan mencaciku, sebaliknya umpatlah dirimu sendiri kerana
sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat
daripada aku yang mengumpat�.
Berkata iblis lagi : �Mengapakah kamu tidak menyembah Allah,
sedangkan Allah SWT yang menciptakan sesuatu ?�.
Seterusnya Iblis berkata : �Hari ini aku tidak dapat
menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, kamu juga tidak dapat
menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku melepaskan
diri dari apa yang telah aku katakan kepada kamu semua,
sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak dari rahmat Tuhan
Sekelian Alam�.
Lalu Iblis itu dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak
dari api dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal
bersama-sama pengikutnya di neraka.
Malaikat Zabaniyahpun berkata : �Tidak ada kematian bagi kamu
semua dan tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalamnya
buat selam-lamanya�.
..............................
|