|
MEMAHAMI KONSEP MURABBIY DALAM DIRI PENDAKWAH
Konsep �Murabbiy� dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi
tahap �muallim�. Muallim bermaksuf pengajar, lebih menjurus
kepada sorang pengajar atau guru yang mencurahkan ilmu
pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep �Murabbiy�
merujuk kepada Pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu
ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani,
fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan
mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, Murabbiy akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati
sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak
didiknya. Oleh itu, tugas �Muallim� banyak berlegar di �akal�
tetapi tugas Murabbiy berlegar di �hati�. Perumpamaan yang boleh
diketengahkan di sini ialah Muallim adalah orang yang bertugas
mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah
ratus. Manakala Murabbiy adalah diumpamakan seperti seorang
tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh
tepung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak.
CIRI-CIRI
KEPIMPINAN /PENDAKWAH - Murabbiy
Asas pembinaan seorang �Murabbiy� berkait rapat dengan konsep
pembinaan Pendakwah. Berbicara tentang Dakwah dan Pendakwah
dalam Islam, semestinya elemen �Murabbiy� / pendidik tidak boleh
dipisahkan. Berikut dikemukakan beberapa pandangan tokoh dan
ulama� dalam membinan asas keperibadian unggul Pendakwah.
1. Buku : Gerakan Islam: Kepimpinan � Syura �Tarbiyah, Zawawi
Ali dan Mohammad Kamil Abdul Majid, menyatakan antara
sifat-sifat Qiyadah dalam membimbing Harakah masakini perlu
berteraskan ciri-ciri dan sifat kepimpinan Rasullullah s.a.w
iaitu:
a. Keberanian dan keazaman yang kukuh.
b. Sabar dan berpendirian teguh � dalam mengharungi segala
rintangan, ujian dan siksaan kaum Quraish terhadap dirinya.
c. Keadilan dan Persamaan � Rasulullah s.a.w seorang yang
bersifat adil dan mewujudkan persamaan contohnya Baginda turut
sama dalam melaksanakan pembinaan Masjid pertama di Madinah.
Baginda juga turut menggali Khanda / parit dalam peristiwa Ahzab.
d. Peribadi dan Watak yang Sempurna � keperibadian dan
budipekerti Rasulullah s.a.w amat meyakinkan.
Sheikh Fathi Yakan, Musyhkilatu da�wah wad-da�iyah menulis
tentang sifat-sifat pendakwah sepertimana berikut:
a. Kebersihan Jiwa dan Rohani
- perlu sentiasa ikhlas
- sentiasa mengingati Allah swt.
- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan -
tidak meninggalkan tahajjud.
b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya
-Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh
dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung
dan tidak henti-henti.
c. Keupayaan Akal dan Fikiran
- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai
bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa
mendalami ilmu-ilmu lain.
- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan
ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan
pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.
Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang
perlu bagi Pimpinan:
a. Mengenali Dakwah � mengenali organisasi dan matlamat
perjuangan (ada hubungan)
b. Mengenali Jiwa � mengetahu kekuatan dan kelemahan yang ada
pada dirinya sendiri
c. Perhatian kepada ahli-ahli � mengambil tahu hal-ehwal
pengikut.
d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)
e. Pandangan yang tajam � tidak mempunyai sikap teragak-agak,
kabur, resah dan tidak tegas.
f. Kemahuan yang kuat
g. Daya Tarikan semulajadi
h. Optimisma
Sayyid Sabiq juga menyatakan berkenaan sifat pemimpin seperti
berikut:
a. Seorang pemimpin itu mesti selalu membuat musyawarah dan
jangan membuat keputusan sendiri.
b.Hendaklah seorang pemimpin itu bersifat lemah-lembut dan
pengasih kepada pengikut-pengikutnya.
c. Dalam konteks melaksanakan amar ma�ruf nahi munkar, hendaklah
pemimpin itu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.
d. Hendaklah seseorang pemimpin itu menghubungi
pengikut-pengikutnya dan mengetahui keperluan mereka.
e. Hendaklah pemimpin itu menyerahkan tugas-tugasnya bertepatan
dengan orang yang selayaknya.
|