|
HATI DAN
PERASAAN
Mungkin Tuhan
sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling
baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan
berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat
yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah
'ia' datang.
Memberi seseorang
seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati
anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk
menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang
kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga
anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu
peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda
memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang
lain juga.
Kebahagiaan
seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan
terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya
mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar
dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa
anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.
Sampaikan pada
sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada
mereka.
Wallahu A'lam
|