|
DOSA
Sekadar renungan..buat mereka....yang lalai.alpa...
Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau
pun lambat bertaubat atas dosanya.... Ini adalah peringkat awal
bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan
membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara
automatik akan naik kedosa peringkat kedua..
Dosa Peringkat Kedua...
seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas
perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah
bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang..
Dosa Peringkat Ketiga..
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan
dosanya.... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi
dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan
riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.. Contohnya
ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk
lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke
peringkat keempat..
Dosa Peringkat Keempat..
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan
mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN... Pada
peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis &
Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya
menguasai diri..
Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan
kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau
perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang
orang yang bertaqwa disisi Allah..
Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai
Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan
dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah
menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman
setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai
Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu
zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. "Rasulullah menjawab,
"Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan
berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas
darinya."
Wallahualam...
.....................
|