|
DI MANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling
tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan
manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan
senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra
di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara
manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan
perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun
masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan
kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan
keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap
dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi
jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak
akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman
dan ibadah.
..........................
|