|
DAHSYATNYA
NERAKA & KESANNYA DI DUNIA
Abu Hurairah meriwayatkan:
"Ketika Rasulullah berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70
bahagian api neraka;"lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah,
adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka
Rasulullah menjawab "Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari
api biasa di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas
sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.
KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI
Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi
berdasarkan hadis Rasulullah:
Diriwayat oleh Abu Hurairah:
Rasulullah bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan
berkata;"Hai Tuhanku,bahagian-bahagian padaku memakan di antara
satu sama lain. "Lalu Allah membenarkannya mengambil dua
pernafasan iaitu pd musim sejuk dan pada musim panas. Inilah
sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,"
Riwayat Bukhori
MAKANAN PENDUDUK NERAKA
Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak
menyuburkan badan mereka.
Firman Allah:
�Mereka
tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri,yang
tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."
(Al
Ghasiyah 6-7 )
MINUMAN AHLI NERAKA
1.
Hamim(air yang mendidih)
Firman Allah:
"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang
berdosa.Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang
mendidih yang memuncak panasnya."
2.
Ghassaq(nanah dan darah)
Firman Allah:
"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.Dan
tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak
ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." (Al
Haqqah 35-37 )
3. Sadid(air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli
neraka)
Firman Allah:"Dihadapan mereka ada neraka Jahannam,dan ia diberi
minum dari air danur(nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka."
(Ibrahim 16 )
4.
Air seperti Tembaga cair
Firman Allah:
"Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum
dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka
mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang
paling hina." (Al Kahfi 29. )
PAKAIAN AHLI NERAKA
1.
Pakaian dari api
Firman Allah:
"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar,mereka
saling bertengkar mengenai tuhan mereka.Maka orang kafir akan
dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka.Disiramkan air
yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." (Al Hajj 19 )
2.
Pakaian dari minyak tar
Firman Allah:
"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi
oleh jilatan api neraka." (Ibrahim 50. )
BAHAN BAKAR API NERAKA
Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang
kafir dan engkar kepada Allah,batu-batu termasuk patung
berhala.Firman Allah;
"Hai orang yang beriman.Peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan
batu;penjaganya malaikat yang kasar,yang keras yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan
mengerjakan apa yg diperintahkanNya." (At Tahrim 6 )
PENDUDUK NERAKA
Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya
adalah orang miskin,dan aku melihat ke dalam neraka,aku
mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," (Riwayat Bukhori.
)
NAMA-NAMA NERAKA
Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di
dalam Al Quran, iaitu:
1.
Jahannam -
Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka Jahannam itu
(padanya) ada tempat pengintai." (An- Naba:21)
2.
Latho
Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat
sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang berganjak, yang
mengelupaskan kulit kepala" � (Al- Ma'arij; 15-16. )
3.
Al-Hutamah
"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan
dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu?
Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik
sampai ke hati."
(Al - Humazah 4-7 )
4.
Sa'ir
Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud:
..Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka
sa'ir.'
5.
Saqar
Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya ke dalam
neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu
tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah
pembakar kulit manusia."
6.
Al- Jahim
" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang
yang sesat." (Asy-Syura :91 )
7.
Al- Hawiyah
" Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. .... iaitu api
yang sangat panas.� (Al- Qari'ah;8-11. )
PENJAGA NERAKA
Al Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan
belas seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah
Al-Muddaththir ayat 30-31. Salah satu dari sembilan belas itu
adalah Malik,penjaga pintu neraka. Allah telah menyebutkan
namanya dlm Al-Qur'an yg bermaksud: " Mereka berseru, Hai Malik,
biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. `Dia menjawab; Kamu akan
tetap tinggal di neraka ini."
...................
|