|
7 JENIS
PAHALA YANG TERIMA SELEPAS MATI
DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa ada tujuh
macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas
matinya;
1.
Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya
selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di
dalamnya.
2.
Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang
minum daripadanya.
3.
Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi
ada orang yang membacanya.
4.
Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang
menggunakannya.
5.
Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang
memakannya baik dari manusia atau burung.
6.
Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia
diamalkan orang mempelajarinya.
7.
Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang
selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya
akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya
tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud :
�Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus,
ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang
mendoakan baik baginya�.
....................................
|