|
4 CARA KENAL KEAIBAN DIRI
-
Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat
menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati
manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan
cara-cara mengubatinya.
-
Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai,
bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan
memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat
perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.
-
Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau
nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau
sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
-
Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran
sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan
menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara
tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin
kepada Mukmin yang lain.
Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja
dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain,
tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin
lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri
sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain.
Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain
mengenal keaiban diri terlebih dahulu.
..............................
|