" + this.helpmessage[msgindex].show() + "

Hosted by www.Geocities.ws

\n"; this.windowHandle.document.write(to_page); this.windowHandle.document.close(); } function clearHelp() { clearTimeout(this.timerHandle); if (this.windowHandle && this.windowHandle.name) { this.windowHandle.close(); this.windowHandle=null; } } new helpbox(); helpbox.prototype.startHelp = startHelp; helpbox.prototype.showHelp = showHelp; helpbox.prototype.clearHelp = clearHelp; // End -->
Created May 9,2002

. . :. :: :.: ::.::: .:. .: : ::: .. :. .:..: :.. ::

.: FAKHRI HOMEPAGE :.

NAVIGATION START � WHO AM I TIPS & TRICKS NOTES GALLERY JOURNAL SIGN VIEW

Rindu ayah...

 

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak : Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?

Ayah : "Ya...nak tanya apa?"

Anak : "Berapa pendapatan ayah sejam?"

Ayah : "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah
mula menengking.

Anak : "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah
dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.

Ayah : "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"

Anak : "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah.

Kemudian memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak
Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10
ringgit ? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja
penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik
dan tidur, dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke
bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa
anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam
kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya
benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya
tidak pernah
meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan
membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini",
berkata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak
ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di
bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah
renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana
kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10
ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab
si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak
beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin
rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani
memandang wajah ayahnya.



THE MORAL OF THIS STORY : -

Share this story with someone you like.... But even better, share RM20
worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all
of you working so hard in life.

We should not let time slip through our fingers without having spent
some time with those who really matter to us, those close to our hearts.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily
replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind
will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it,
we pour ourselves more into work than to our family.

An unwise investment indeed!!

So what is the moral of the story????

Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ?

FAMILY =  F
ATHER  AND  MOTHER, I  LOVE  YOU
 

 

navigation start | who am I | tips & tricks | gallery
. . . BEING ALONE DRAWS ATTENTION
 
� 2002 Copyright Fakhri Inc.All rights reserved
Hosted by www.Geocities.ws

1