| Date: Sun, 13 Jan 2002 05:32:49 -0800 (PST) From: "One Way" <[email protected]> | Block Address | Add to Address Book Subject: polygamy: pilihan atau kewajipan? To: [email protected] , [email protected], [email protected] CC: [email protected] Sejak kenyataan Ketua Wanita PPP Pulau Pinang, Elizabeth Stanilus yang menyokong seruan agar bukan Islam dibolehkan berpoligami sebagaimana dinyatakan oleh ketua Pemuda PPP, T Murugiah ( Mingguan Malaysia 6 Januari 2002 ) , ia telah banyak menimbulkan respon dari masyarakat yang menyokong dan menentang poligami. Tambahan lagi , media-media cetak, televisyen dan siaran-siaran radio turut sama mengetengahkan isu ini. Namun masyarakat umumnya masih kabur tentang kedudukan serta keperluan poligami yang sebenarnya. Malahan, poligami seringkali dirujuk terus sebagai salah satu praktikal dalam agama Islam. Untuk itu, pendedahan yang jelas mengenai konsep, kaedah dan kesan poligami perlulah di ketengahkan. Menurut Dr Zakir Naik, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, Mumbai di dalam bukunya " 20 soalan utama mengenai Islam", beliau mendefinisikan poligami sebagai sistem perkahwinan dimana seseorang individu mengahwini lebih dari satu pasangan. Poligami dibahagikan kepada dua iaitu, Polygyny iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan lebih dari seorang wanita, dan juga Polyandry, dimana seorang wanita berkahwin lebih dari seorang lelaki. Dalam Islam, polygyny dibolehkan manakala Polyandry dilarang. Soalannya kini, mengapa lelaki dibenarkan mengahwini lebih dari seorang wanita? Al Quran, merupakan satu-satunya kitab agama didunia yang mengatakan " kahwini seorang sahaja" Tidak ada kitab lain yang mempunyai ayat yang sebegini jelas yang memberi panduan kepada lelaki agar berkahwin seorang sahaja. Polygyny dibolehkan atas sebab sebab tertentu. Pertama, Al Quran telah memberi garis panduan tentang polygyny. Seperti dinyatakan sebelum ini, Al Quran adalah satu-satunya Kitab agama didunia yang menyatakan "kahwini seorang sahaja" Konteks keseluruhan ayat ini adalah dari surah Nisa ayat 3 yang bermaksud: ".....maka nikahilah wanita-wanita (lain) pilihan kamu: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja....... sebelum Al Quran diturunkan, terdapat individu yang mengamalkan polygyny tanpa had sehinggalah Islam meletakkan garis panduan dengan membenarkan seorang lelaki mengahwini dua, tiga atau empat wanita pilihannya, dengan syarat dapat berlaku adil antara mereka. Didalam surah yang surah Nisa ayat 129 bermaksud: "Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isteri(mu)....." Maka jelaslah bahawa Polygyny bukannya satu kewajipan tetapi pilihan. Ramai yang salah faham bahawa adalah wajib bagi seorang lelaki Muslim untuk berkahwin sehingga empat. Secara kasar, Islam membahagikan sesuatu hukum kepada lima iaitu: 'Fard' iaitu wajib, 'Mustahab' iaitu digalakkan, 'Mubah' iaitu harus, 'Makruh' iaitu tidak digalakkan, dan ' Haram' iaitu dilarang. Hukum Polygyny adalah 'Mubah' iaitu harus Tidak boleh dikatakan bahawa seorang lelaki Muslim yang berkahwin empat lebih baik berbanding yang mempunyai seorang isteri. Polygyny bertujuan dalam mengatasi maslah yang dihadapi oleh masyarakat hari ini. Dimana salah satunya ialah dalam menghadapi jumlah populasi wanita lebih ramai berbanding lelaki di dunia. Di Amrika sahaja, jumlah wanita melebihi lelaki seramai 7.8 juta . New York, terdapat lebih satu juta wanita berbanding lelaki dan satu pertiga lelaki adalah 'gays'. Seramai 25 juta 'gay' dilaporkan di Amrika. Ini bermakna golongan 'gay' ini tidak mahu mengahwini wanita sama sekali. Di Britain, terdapat lebih daripada empat juta wanita berbanding lelaki. Rusia pula mencatatkan seramai sembilan juta wanita melebihi lelaki. Jadi apakah penyelesaian yang boleh diberikan terhadap wanita yang ingin berkahwin secara sah dalam situasi sebegini? Dengan menghadkan perkahwinan seorang lelaki dengan seorang wanita tidak praktikal sama sekali. Meskipun setiap lelaki dikahwinkan dengan seorang wanita, masih terdapat 7.8 juta wanita di Amerika yang tidak dapat berkahwin begitu uga di Jerman (5 juta wanita) , Britain (4 juta wanita) dan Rusia (9 juta wanita) Di negara-negara Barat, memiliki wanita simpanan adalah perkara biasa. Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia. Dalam keadaan ini, wanita simpanan menghadapi kehidupan yang tidak selamat dari sudut haknya. Tambahan lagi masyarakat memandang rendah golongan seperti ini. Berbanding daripada lelaki yang mengahwini lebih dari seorang wanita, situasinya berbeza. Sekiranya wujud penganiyaan terhadap hak-hak wanita oleh suami, setidak-tidaknya undang-undang berperanan dalam membela nasib mereka serta kedudukannya dapat dipelihara berbanding menjadi wanita simpanan seumur hidup. Maka, hanya 2 pilihan yang tinggal untuk wanita sama ada menjadi seorang isteri yang sah atau pun menjadi harta awam sebagaimana dilakukan oleh Barat hari ini. Islam berusaha menaikkan martabat wanita dengan membenarkan pilihan yang pertama dan mengharamkan pilihan kedua yang dinyatakan diatas. Tapi perlu di ingatkan bahawa Polygyny adalah pilihan bukan satu Kewajipan. |