| To: [email protected] From: "Hishamuddin Alham" <[email protected]> | Block Address | Add to Address Book Date: Wed, 9 Jan 2002 09:44:41 +0800 Subject: Re: [islah-net] nasib si penyapu sampah Assalamualaikum wrt Di UTM ni ramai perempuan tua berbangsa India yang bekerja membersihkan kawasan pejabat. Apabila mereka datang untuk membersihkan bilik biasanya saya akan kata : "Terima kasih". Pada mulanya saya lihat wajahnya tersenyum kehairanan. Rupanya ucapan terima kasih itu jarang didengarnya ... biasa orang "take things for granted". Dan bila bertemu di mana-mana - biasanya saya ucapkan: "Apa khabar ? ....sihat" Kesannya - bila datang ke bilik untuk mengemas - masya Allah dia buat dengan penuh hormat dan gembira. Dan ini juga adalah pembuka jalan pada dakwah dimasa yang akan datang. Bayangkan kalau kita masam aje ..... bagaimanakah agaknya nak cerita tentang Islam pada mereka .... atau mereka ini tidak wajar untuk di dakwahkan ..tepuk dada tanya Iman. Wassalam |
| to: [email protected] From: "Hishamuddin Alham" <[email protected]> | Block Address | Add to Address Book Date: Wed, 6 Feb 2002 16:35:08 +0800 Subject: [islah-net] Teknik Dakwah pada Bukan Islam - I Assalamualaikum wrt Ingin kiranya nak mulakan satu perbincangan berkenaan dengan teknik dakwah to non-muslim. Rupanya dalam diam-diam ada beberapa orang rakan-rakan saya yang meneruskan usaha mendekati mereka yang bukan Islam dalam konteks untuk mengajak mereka kepada Islam. Dalam usaha mereka ini, mereka dapat berbagai pengalaman dan menghadapi berbagai persoalan. Diharap pengalaman dan persoalan ini dapat dikongsi bersama agar usaha ini dapat dikembang biakkan. Kita bersyukur juga di Johor sekurang-kurangnya seorang telah memeluk Islam hasil usaha dari salah seorang muslimat ..takbeer..... "jika seorang mendapat hidayah dari hasil usaha kita ... maka ia adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya" (mafhum hadis)..... Satu lagi sebab mengapa saya berminat nak mula perbincangan ini ialah setelah mendapat feedback dari program kami di Johor khususnya roadshow Quran dan Sains dan program Memasyarakatkan Dakwah. Contohnya dalam ceramah Quran dan Sains yang telah disampaikan pada lebih dari 30 tempat dengan latar belakang "audience" yang agak luas ... pelajar sekolah rendah, menengah, pakcik, mak cik, pelajar universiti, pensyarah, pekerja kilang, penganut Kristian, Buddhist, kami sengaja menimbulkan persoalan dakwah pada bukan Islam dan banyaklah soal jawab yang ditimbulkan dalam konteks ini. Terus terang saya nyatakan - pengalaman yang ada pada ROSE (Ray of Serenity) di Johor baru sedikit.. namun dari sedikit inilah akan menjadi banyak Insya ALlah - jika ianya diteruskan tanpa merasa bosan dan dilaksanakan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya bermulanya aktiviti dakwah pada bukan Islam di Johor ialah setelah adanya Kursus yang dikendalikan oleh saudara Muhammad Abdullah bersama-sama dengan saudara Shah Kirit, Daniel Hakim, Tuan Haji Ayob dan Abdul Rahman Lim. Semoga ALlah merahmati dan menerima amalan mereka semua Maka untuk memantapkan lagi ilmu yang diperolehi maka seeloknya kita terjun dalam masyarakat dan cuba mempraktikkan apa yang kita pelajari. ......bersambung ..... Wassalam Dr Hishamuddin Alham Pengarah ROSE (Ray of Serenity) Jawatankuasa di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Johor Bahru yang mengendalikan dakwah pada bukan Islam |