5 minit di Salvation.

Sabtu lalu, aku terserempak dengan sahabatku yang kebetulan berada di salah sebuah kedai di Mahkota Parade iaitu 'Salvation', tempat menjual keperluan bagi penganut agama Kristian. Pertama kali aku memasuki kedai tersebut,

Beliau agak terkejut dengan kedatanganku pada pagi itu. Kami berbual-bual dan kemudian beliau bertanya tentang Muhammad s.a.w,  Al Quran, dan pandangan orang Islam tentang Jesus. Perbincangan kami berlarutan sehinggalah terkeluar dari mulutnya satu soalan...

"Apa pandangan kamu tentang Bible?"
Aku memandangnya dan tidak menjawab persoalannya terus, sebaliknya aku berkata, "Setujukah awak jika saya katakan bahawa apa sahaja yang dikatakan sebagai kitab suci perlu memenuhi syarat-syarat ini, iaitu
( 1 ) Kitab tersebut datangnya terus dari tuhan dan semestinya ia perlu mempunyai nama yang diberikan oleh Tuhan sendiri? Misalnya, jika kitab yang awak pegang ini adalah Bible...Adakah nama kitab ini iaitu Bible dinamakan oleh Tuhan sendiri  dan dimanakah ia disebut didalam kitab itu sendiri?

( 2 ) Kitab yang diakui datang dari Tuhan tidak ada sebarang percanggahan diantara satu sama lain.

( 3 ) Kitab yang diakui datang dari Tuhan perlulah rasional dari sudut undang-undangnya, dan.....

( 4 ) Kitab yang diakui datang dari Tuhan tidak bercanggah dengan sains."

Beliau mengatakan 'ya' bagi setiap syarat yang saya kemukakan. Kemudian perbincangan kami diteruskan.

" Baiklah, cuba kita ambil syarat kedua, sekarang awak ambil mana-mana Bible dirak ini." Beliau mengambil Good News Bible dari rak tersebut.

" Cuba buka II SAMUEL 24, bacakan..."

"AND again the anger of the LORD was kindled against Israel, and he moved David against them to say, Go, number Israel and Judah."

" Jadi dalam petikan ini 'LORD' yang mengarahkan David....Sekarang dalam kisah yang sama buka I CHRONICLES 21.Bacakan"

"AND SATAN stood up against Israel, and provoked David to number Israel."

Beliau hanya diam melihat kedua-dua teks tersebut yang bertentangan satu sama lain. Tapi dialog kami tak membawa kepada sebarang ketegangan, sebaliknya sehingga kini kami masih berhubung satu sama lain melalui email. Dialog kami pada hari itu terhenti kerana kesibukkannya melayan pelanggan di Salvation.


Kerana senaskah buku


Tiket pulang ke Melaka hanya tinggal bagi pejalanan 12 tengah hari . Bosan, terpaksa menunggu 2 jam lagi . Mundar mandir di Puduraya menghabiskan masa selama 2 jam di sana memang melambatkan. Duduk sajalah di bangku simen yang disediakan sambil membaca lebih berfaedah .

Kelihatan dua orang berbangsa India, seorang lelaki dan wanita sedang rancak berbual dalam bahasa Tamil sambil berdiri .   Kebetulan pula, dua tempat duduk disebelah kiri dan kananku kosong, Mereka duduk dan meneruskan bicara mereka. Rasa dihati nak turut serta, tak faham pula..... biarlah.

Yang pastinya, mereka sedang berbincang tentang aktiviti gereja . Anggapanku berdasarkan daripada istilah-istilah yang digunakan. Kemudianku keluarkan sebuah buku bertajuk "Al Quran & Bible, Which is God's Word?" karangan Abu Huraira Abd Rahman yang baruku pinjam pada hari itu.

Tajuk hadapan kulit buku tersebut yang berwarna emas menarik perhatian mereka yang duduk disebelah kanan dan kiriku. Kemudian salah seorang darinya menegurku.

"Excuse me, what book is that?" tanyanya, penuh minat.
" May i have a look at that book please?" , tanya seorang lagi disebelah kananku.

Kami mula berdialog. Beliau bertanyakan pandanganku tentang Bible. Aku juga mengambil kesempatan ini menyatakan pandangan Islam tentang Jesus dalam Islam. Dalam perbualan kami, sahabatnya khusyuk meneliti buku yang dipinjamnya dariku sebentar tadi. Selepas sejam kami berbual, baruku ketahui kedua-duanya adalah adik-beradik yang bertugas di Gereja jalan Gasing dan mereka sedang menghala ke Johor bagi menghadiri persidangan Pastor-Pastor Malaysia di sana. Dia menunjukkan pas jemputannya kepadaku dan dalam masa yang sama dia menceritakan tentang Jesus sebagai penyelamat umat manusia. Selain itu, beliau juga turut menceritakan kesukaran dakwahnya terhadap orang-orang Melayu, "Goverment policy" katanya. Sempat jugaku menyatakan bahawa didalam Bible turut dikhabarkan tentang perihal kedatangan nabi Muhammad s.a.w dalam petikan Bible deutronomy 18:18, Song of Solomon 5:16 serta di dalam New Testament, Gospel according to John.  Disebabkan masaku bertolak kian hampir kami terpaksa berpisah , ku catatkan namanya ( Pastor Ruth ) dan alamatnya dengan harapan kami dapat bertemu dan berdialog lagi.  Tak kulupa, senaskah buku kecil Sheikh Ahmed Deedat "Christ in Islam" yang sengajaku bawa setiap kali ke Puduraya kuhadiahkan sebagai tanda perkenalan, Semoga kita bertemu lagi. Harapanku agar perjalanmu dari Hindu ke Kristianity terus menghala ke destinasi yang terakhir , Islam.
Hosted by www.Geocities.ws

1