| Akhir-akhir ini, aku tergerak hati untuk membawa al Quran terjemahan Mandarin ke sekolah. Kebiasaan terdapat dua dibawah mejaku, satu terjemahan bahasa Melayu dan satu lagi Mandarin. Kebetulan pada suatu hari seorang sahabat berbangsa Cina yang menganut fahaman Buddhism terpandangkan al Quran itu dan memintaku meminjamkannya. Sememangnya kami sering bertukar-tukar pandangan tentang Islam dan Buddhism kerana pelajar tingkatan 6 di kelas kami mengambil matapelajaran Sejarah Islam. Selepas satu ketika beliau memintaku menghadiahkan senaskah untuknya. Selepas setahun berlalu, kami menuju ke haluan masing-masing. Aku ke UIAM dan dia ke USM. Aku berkesempatan menghubunginya di gangang telefon untuk bertanya khabar. Apa katanya selepas setahun: " Hei, saya telah mula baca Quran!" dengan nada ceria.... |
" Hei, saya telah mula baca Quran!" |
| Aidilfitri , kenangan yang penuh bererti |
| Aidilfitri ini, aku dikunjungi oleh sahabat-sahabat lamaku ketika dialam persekolahan dahulu. Mereka dijamu dengan hidangan Aidilfitri yang sememangnya sajian 'rasmi' setiap tahun. Aku dikunjungi oleh 4 orang sahabat non muslim yang sama-sama ingin merayakan perayaan ini. Ketika kami sama-sama menghadapi hidangan di meja makan. Kebetulan datang sekumpulan kanak-kanak kerumahku. Kulayan kanak- kanak tersebut sehinggalah mereka pulang. Kemudian salah seorang sahabat Non Muslimku bertanya, " Budak-budak yang datang tadi tu anak-anak buah kamukah?" " Eh taklah, kalau kamu nak tahu Aidilfitri ni hari yang cukup menggembirakan buat semua termasuklah kanak-kanak. Yang istimewanya setiap rumah orang-orang yang beragama Islam terbuka untuk semua. Barulah keseronokkan dapat dikongsi bersama. Dan budak-budak yang datang tadi pun saya tak kenal sangat tapi hari ini merapatkan diri saya dengan mereka." "Ramai ke?" tanyanya lagi. Mengikut katanya, pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina hanya untuk saudara mara & keluarga saja.... Jadi melihat jumlah kanak-kanak yang datang pagi Aidilfitri itu amat mengejutkannya. "Sejak dari pagi lagi adalah dalam 70 orang....", jawabku sambil tersenyum. Indahnya Aidilfitri ini. |
| Seminit bersama si tukang jahit . |
| Aku baru sahaja pulang dari kursus 'Kesedaran dakwah dalam Masyarakat Majmuk' di masjid Al Azim, Melaka . Kebetulan pada hari itu aku rasa tersentuh dengan kata-kata Shah Kirit Kalkulai Govinji, salah seorang panel pada hari itu tentang kepentingan berdakwah. Malam itu, ketika di rumah sempatku kongsi ilmu yang kuperolehi bersama dengan ibuku tentang kewajipan berdakwah terhadap saudara-saudara kita tak kiralah sama ada Muslim atau pun bukan. Nampak dari riak wajah ibuku, beliau bersetuju dengan pandanganku. Esoknya, sedangku menikmati hidangan tengah hari kulihat ibuku sedang berbicara dengan tukang jahit bertanyakan tentang tempahan bajunya melalui talian telefon. Yang menarik hatiku apabila ibuku sempat menyampaikan mesej Islam yang cukup mudah diterima ramai. " Nyonya ( gelaran bagi situkang jahit ) , kalau diikutkan orang Islam yang memudahkan orang lain dalam urusan hidupnya, Allah akan mudahkan syurga untuknya. Contohnya macam tukang jahit Muslim yang menjahit baju untuk keperluan masyarakat . Tidakkah itu memberi faedah pada masyarakatkan?" " Yakah?" balas situkang jahit kembali dengan rasa ingin tahu. |
| Macam wanita Muslim la.... |
| Hari ini aku ke rumah situkang jahit untuk mengambil tempahan bajuku. Beliau adalah seorang Katolik yang kuat pada pegangannya. Kalau dilihat dari hadapan rumah sehinggalah ke ruang tamunya, sarat dengan simbol-simbol keagamaan seperti salib dan patung 'Jesus Christ' dan gambar 'Mother Mary'. Beliau mempersilakanku duduk dan kami berbual-bual. Tentang keluarga, pelajaran, rumah, dan keadaan kampung kami. Sehinggalah satu ketika beliau bertanyakanku tentang solat Jumaat, kenapa perempuan tak "dibenarkan' pergi sembhanyang Jumaat. Soalan yang sama pernahku dengar dari mulut sahabatku di kelas dan dari bicara seorang pekerja sosial berbangsa Irish. Alhamdulillah, persoalan ini akhirnya terungkai.... Kemudian pandangan mata saya tertarik kepada sebuah gambar yang tergantung di dinding rumahnya. Gambar wanita berpakaian putih bertudung dengan hanya wajah dan dua tapak tangannya saja yang terdedah. "Gambar siapa tu? " tanyaku " Oh itu gambar Mother Mary..." jawabnya kembali Aku tersenyum sambil menjawab kembali.. "Lihat dari gayanya berpakaian tak ubah macam wanita Muslim...." " Yalah...!" katanya dengan ketawa kecil. |