14/12/2001
                Ketika saya sedang menunggu ketibaan LRT di STAR Masjid Jamek . Kelihatan seorang pelancong berkulit putih menghampiriku dan bertanya ,
"Excuse me,  may i know where is Jalan Hang Tuah? " tanyanya sambil menunjukkan peta Kuala Lumpur.
"Let me see first brother. Okey we are now here so you just take the LRT until you passing the second station." jawabku kembali.
Kemudian kami mula berbual-bual . Namanya Toby dari South Afrika. Dalam kesempatan tersebut saya sempat bertanya sama ada beliau pernah ke Durban sebelum ini. Durban merupakan sebuah bandar di South Africa dimana terdapat sebuah masjid yang terbesar disana.Tambahan lagi masjid tersebut aktif dengan progam dakwah pada non-muslim & muslim yang melawat masjid tersebut.
"No i don't" , jawabnya
"Do you know brother ,
there is the largest mosque in Durban. You should visit it."
"Maybe soon."katanya semula.
* Dialog kami berakhir di Stesyen STAR LRT Plaza Rakyat kerana aku terpaksa bergegas ke Puduraya untuk pulang ke kampung.
"See you again
my Brother...."

Nice to meet you my Brother
Teringat pula ketika waktu disekolah dulu. Tidak berapa lama dahulu sambutan Maulidur Rasul akan disambut di sekolah. Namun sayangnya, tak semua Muslim & Non Muslim mengenali keperibadian nabi yang mulia ini Muhammad s.a.w. Lalu tergeraklah hati untuk mendapat sumber-sumber maklumat tentang junjungan mulia ini. Saya berkesempatan mendapatkan satu set risalah tentang Islam dari IPCI (International Islamic Propagation Center) di United Kingdom dan Penang. Salah satu risalah tersebut bertajuk 'You Must Know This Man' .

Lalu segeralahku membuat salinan fotokopi dan menampalnya dibelakang kelas. Selepas seminggu dua, salah seorang sahabatku yang seorang Kristian membaca risalah tersebut ketika waktu rehat. Dan ketika pulang dari sekolah, beliau mula bertanya:

"Dari mana awak dapat risalah tu? Boleh saya ambil tak?"

Kerana sehelai risalah itu dapat menarik perhatian sahabatku ini tentang keperibadian mulia  Muhammad s.a.w. Bagaimana pula dengan yang lain?
Kerana sebuah risalah
Selamat Pagi
Aku pernah ditegur oleh seorang mualaf tentang sikap orang Islam hari ini. Jarang sekali melihat orang Islam berjumpa sambil mengucap salam dan berpeluk-pelukan sesama mereka sebagai lambang kemesraan.

Terdorong dengan kata-katanya itu, terusku cuba mempraktikkannya. Apabila tiba di kelas pada awal pagi terusku ucapkan assalamuallaikum kepada setiap pelajar Muslim yang tiba ke kelas. Tak dilupa juga kepada sahabat-sahabat non muslim kuucapkan "Good Morning" setiap hari. Kadangkala bila kami sesama pelajar Muslim bertemu pasti akan berpeluk-pelukan tanda kemesraan. Kesan dari perbuatan itu , ada juga pelajar non muslim rasa terhibur dengan gelagat kami serta turut mengikut perbuatan kami itu.Suasana kelas terus berubah dan lebih ceria lagi.

Hinggalah pada suatu pagi, kerana terlewat ke kelas aku agak tergesa-gesa masuk ke kelas. Sampai sahaja ke kelas sahabat-sahabatku yang non-muslim terus mengucapkan "Good Morning",dan "Selamat Pagi" padaku. Rasa terkejut dan malu pun menyelubungi diri. Tapi dalam hati berkata,    

"Contoh melalui akhlak memang membawa kesan di hati manusia ya?"
Hari jadi sahabatku (non-muslim) akan tiba tak lama lagi. Jadi berbincanglah sesama kami apa yang perlu dibeli untuk harijadinya. Lalu kami bercadang menghadiahkannya sebuah jam dinding.
Pada harijadinya, kami hadiahkannya jam itu beserta sebuah kad harijadi tersisip dihadapannya.

Beliau membukanya dihadapan rakan-rakan non-muslim yang lain lalu membacanya:

103:1 By (the Token of) Time (through the ages), 
103:2 Verily Man is in loss, 
103:3 Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.
sura al-asr 1-3
Demi Masa
Hosted by www.Geocities.ws

1