Tiger <[email protected]> wrote:
Date: Fri, 06 Oct 2000 02:36:08 +0300
From: Tiger
Organization: none
To: hizb
CC: yahya , Menjawab_Islam ,
chariah , Lee ,
Ezzah
Subject: H-Net* Adakah Ruh Qudus itu Tuhan?


Menjadi pokok kepercayaan orang Kristian ialah Tuhan Yang Satu
itu terdiri dari 3 Oknum. Yakni, Tuhan = Bapa + Anak + Ruh Qudus.
Ketigaan ini disebut sebagai Triniti. Orang Kristian akan menafikan
sekeras-kerasnya bahawa mereka percaya Tuhan itu Tiga. Bapa, Anak
dan Ruh Qudus dikira 3 Watak (Persons) dalam keTuhanan yang Satu
yang mana setiap watak itu berlainan zat, tetapi satiap zat itu
adalah setaraf dan serupa. Ketiga-tiga watak ini saling berkomunikasi
antara satu sama lain. Iaitu Tuhan Bapa bercakap dengan Tuhan
Anak dan Tuhan Ruh Qudus pula mendengar perintah Tuhan Bapa.

Saya akan huraikan tentang satu misteri ayat dalam Bible (Gospel)
yang membinggungkan pihak Kristian sendiri. Perlu diingatkan
bahawa kepercayaan orang Kristian tidak sama dengan kepercayaan
orang Yahudi. Pihak Yahudi berpegang kepada kitab suci yang
biasa disebut sebagai Old Testament. Istilah Old Testament (OT)
adalah ciptaan pihak Kristian yang menggunakan OT sebagai sebahagian
daripada kitab suci Bible, yang sebahagian lagi dinamakan New
Testament (NT). Orang Yahudi tidak percaya kepada New Testament
yang mengandungi Gospels (Injil Matius, Injil Markus, Injil
Lukas dan Injil Johanes). Ini kerana orang Yahudi tidak percaya
bahawa Jesus adalah Tuhan. Begitu juga mereka tidak percaya Tuhan
adalah Bapa, Anak dan Ruh Qudus. ORANG YAHUDI TIDAK PERCAYA *RUH
QUDUS* ADALAH TUHAN.

Mari kita perhatikan baik-baik sesuatu yang membinggungkan dalam
satu ayat Gospel ..yang mana Jesus berkata:

Sebab itu Aku berkata kepadamu, segala dosa dan hujat(kufur terhadap)
manusia akan diampuni tetapi hujat terhadap Ruh Qudus tidak
akan diampuni.. (Matius 12:31)

Terdapat tiga persoalan yang membinggungkan..

1. Jesus menganggap semua Yahudi di zamannya percaya bahawa Tuhan
adalah Triniti.
2. Jesus mengganggap semua Yahudi di zamannya percaya Ruh Qudus
adalah Tuhan.
3. Dosa kufur terhadap Ruh Qudus tidak boleh diampunkan selama-
lamanya.

Pertama, menjadi satu keganjilan Jesus berkata sesauatu yang
tidak benar. Kaum Yahudi di zaman Jesus tidak tahu menahu tentang
akidah kepercayaan bahawa Tuhan Yang Satu itu terdiri dari 3
oknum. Sehingga sekarang orang Yahudi tidak pernah tahu Tuhan
adalah 3 Oknum (Triune/Triniti). Kaum Yahudi berpegang pada kitab
Hebrew Bible (Old Testament). Tidak ada disebut dalam Hebrew
Bible bahawa Tuhan itu Triniti.

Kedua, yang menjadi satu keganjilan juga bahawa Jesus berkata
orang Yahudi di zamannya percaya Tuhan yang dinamakan Tuhan Ruh Qudus
atau biasa disebut The Holy Spirit. Oleh kerana orang-orang Yahudi
sejak zaman sebelum lahirnya Jesus hingga zaman moden in tidak
percaya Ruh Suci ialah Tuhan, macam mana dalam ayat Matius 12:31,
Jesus mendakwa orang-orang Yahudi sezaman dengannya percaya
Ruh Suci itu adalah Tuhan??? Jelas sekali ayat Matius 12:31 adalah
satu rekaan penulis Gospel. Terang-terang ia adalah satu pembohongan
terhadap ugama asal nenek moyang Jesus sendiri. Tuan-tuan boleh
bertanya kepada alim-ulama Yahudi zaman internet ini tentang
kepercayaan orang Yahudi berkenaan Ruh Suci, tentu mereka akan
gelak ketawa kalau Jesus ada mendakwa nenek moyang orang-orang
Yahudi pernah percaya wujudnya Tuhan Ruh Qudus. Sebenarnya mereka
percaya Tuhan Yang Maha Esa, sama seperti kepercayaan umat Islam.
Cuma mereka tidak percaya Nabi Muhammad adalah seorang nabi.

Ketiga, kata-kata dalam Matius 12:31, "tetapi hujat terhadap Ruh
Qudus tidak akan diampuni.." adalah rumit bagi Kristian sendiri
apa maksudnya. Seolah-olah seorang yang mengengkari Ruh Qudus
tidak boleh bertaubat selama-lamanya.

Tambahan lagi, riwayat-riwayat dalam Gospel(s) mengira semua
alim-ulama Yahudi percaya Ruh Qudus adalah Tuhan, iaitu salah
satu daripada 3 Oknum Triniti. Sekarang ini pihak Yahudi membantah
keras dakwaan Kristian bahawa para nabi-nabi dari kalangan Bani
Israel percaya Tuhan itu Triniti.
Hosted by www.Geocities.ws

1