| Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Selawat dan salam buat junjuingan ar-Rasul s.a.w. ,keluarga baginda dan para pendokong kebenaran dan keadilan sepanjang zaman. CABARAN DAKWAH MASA KINI Kita sedang menghadapi cabaran besar dalam mengembalikan kegemilangan Islam yang kita impi-impikan. Cabaran Dalaman Cabaran Luaran Cabaran Dalaman merujuk kepada kemelut yang berlaku dalam kalangan umat Islam itu sendiri di negara kita. Cabaran Luaran pula adalah merujuk kepada rintangan-rintangan dari kalangan golongan non-muslim dalam negara..Percaturan kuasa dalam pentas dunia antarabangsa juga adalah cabaran luaran yang perlu kita hadapi. 1. Cabaran Dalaman Kejahilan yang melata terhadap islam dikalangan umat Islam. Kejahilan yang sangat luas terhadap ajaran-ajaran Islam dikalangan umat Islam merupakan suatu fenomena yang sangat membimbangkan. Kesan dari kejahilan ini terserlah dalam kehidupan harian umat Islam � remaja hinggalah kepada kalangan dewasa.Antaranya :- - mempunyai kefahaman yang salah terhadap Islam. Islam mungkin dilihat sebagai agama �ritual� .Islam dilihat sebagai ajaran tentang ibadah yang �disempitkan� �sembahyang,puasa,zakat �..dll.Islam tidak ada kaitan dengan aspek-aspek kehidupan yang lain. Maka tak perlulah segala aktiviti �aktiviti hidup yang lain dikaitkan dengan Islam.Gejala ini melahirkan insan yang tidak menghiraukan akan hubungannya dengan AlLah. Apabila hubungan dengan AlLah sudah tidak menjadi perhitungan , maka nafsu dan pemikiran yang jahillah yang akan menguasai serta mencorakkan kegiatan hidup seseorang itu. Budaya Hedonisme Kehidupan yang hanya mementingkan keseronokan dan hiburan tanpa dibataskan dengan hukum-hukum agama.Trend kini memperlihatkan betapa generasi muda Islam malah generasi berusia pun mewarnai kehidupan mereka dengan sermata � mata untuk keseronokan dan hiburan.Pergaulan bebasdikalangan remaja ,pertemuan-pertemuan hujung minggu di kompleks membeli belah dan pusat-pusat hiburan menghabiskan sebahagian besar � masa hujung minggu� mereka yang sepatutnya digunakan dengan kerja-kerja yang lebih bermakna.Gejala mendekati arak,judi dan perzinaan makin dapat dilihat secara terang-terangan ditempat terbuka tanpa segan silu. Lambakan bahan bacaan dan VCD picisan Kajian menunjukkan pelajar-pelajar telah terdedah kepada bahan bacaan dan VCD picisan seawal umur ketika disekolah rendah lagi. Gejala riddah yang semakin meningkat. Walaupun gejala ini kini sepi tetapi ia tetap berada ditahap yang sangat serius. Maklumat yang diterima dari pelbagai pihak secara rasmi dan tidak rasmi meyakinkan kita bahawa gejala murtad kepada agama Kristian dan Hindu tetap berada ditahap yang sangat membimbangkan.Ia banyak berlaku dikalangan remaja dan belia wanita. Sikap apathy terhadap agama Hari ini kebanyakan umat Islam ,remaja dan belia tidak begitu mengambil kisah keatas apa yang diperlakukan terhadap agama mereka dan umat Islam. Kebanyakan mereka mengambil sikap terlalu �mementingkan diri sendiri� dan �apa ada kisah� tentang hal yang berkaitan dengan kesejahteraan Islam dan umat Islam dipersekitaran mereka.Mereka tidak �sensitif� malah mengambil mudah terhadap jerat-jerat halus golongan musuh-musuh Islam sehingga mereka terjerumus dalam perangkap itu. Inilah antara punca ramainya remaja terjebak dalam gejala-gejala seperti black metal,hip hop,kumpulan-kumpulan underground,kongsi gelap,punk,nazi,TRC,PMK,BCR,MCRT dan ��. Apabila dosa dipandang ringan dan pahala tidak menjadi rebutan maka rosaklah masyarakat itu Ramai kalangan umat Islam tidak merasai bersalah dalam melakukan dosa terhadap Allah.Ganjaran pahala dan keredhaan AlLah tidak lagi menjadi rebutan dikalangan mereka. Bagi kebanyakan Muslim ini, dosa dan dan pahala sama sahaja. Ini mengambarkan betapa masyarakat ini kian semakin terhakis sifat takut akan siksaan Allah dan harap pada rahmat AlLah. Sebenarnya sifat �takut� dan �harap� kepada AlLah ini adalah asas kepada pembinan masyarakat yang bertaqwa kepada AlLah Perpecahan Perpecahan dikalangan umat Islam akan melemahkan kekuatan mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Umat Islam perlu disatukan atas asas persaudaraan Islam. Penagihan Dadah / Pembawa dan Pengidap HIV Statistik menunjukkan lebih 80% daripada gejala ini adalah dikalangan umat Islam. Kezaliman dan Ketidakadilan Kezaliman dan ketidakadilan merupakan suatu dosa disisi AlLah.Masih wujud kezaliman dan ketidakadilan dalam sistem pemerintahan . Cukuplah untuk kita nyatakan bahawa kezaliman dan ketidakadilan yang besar adalah apabila kita menolak peranan Islam dalam sistem perundangan dan kehakiman negara. Rasuah dan Pecah amanah Negara ini mempunyai kadar rasuah dan pecah amanah yang sangat tinggi.Ianya berlaku disemua peringkat dari pentadbiran organisasi kerajaan /swasta hinggalah kepada peringkat politik dan pentadbiran negara. Semua perkara-perkara di atas adalah merupakan barah dalam masyarakat. Jika tidak diubati , ianya akan menjadi sebab kehancuran kepada sesuatu masyarakat. Malah penyakit-penyakit ini boleh menjadi sebab kepada turunya bala AlLah kepada kita. Beberapa peringatan dan amaran dari AlLah dan ar-rasul s.a.w. Berdasarkan dengan apa yang telah dibentangkan di atas , marilah kita perhatikan beberapa peringatan dari AlLah dan RasulNya. Maksud hadith:- �Sesungguhnya manusia,bila mereka melihat kemungkaran sedangkan mereka tidak mencegahnya, maka datanglah saatnya AlLah azzawajalla menjatuhkan iqabNya (siksaNya) secara umum (atas yang melakukan dan yang tidak melakukan kemungkaran itu)� ��.lihat Fiqud Dakwah,M.Natsir hal: 112 Maksud Hadith:- �Harus kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar, kalau tidak, maka AlLah pasti akan menjadikan orang-orang jahat antara kamu menguasai kamu; dan andaikata (ada orang-orang yang baik) diantara kamu ,berdoa (untuk keselamatan) maka (doa) mereka tidak akan berjawab.� �.lihat Fiqhud Dakwah ,M.Natsir hal: 113. 3.Lima maksiat yang disegerakan balasannya. Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Berhadap RasululLah s.a.w. kepada kami (pada suatu hari) kemudian bersabda: �Wahai kaum Muhajirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt. Semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah ;- Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya,kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu. ii. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan , kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mancari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. iii.Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit.Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh AlLah swt. Dan tiada mereka mungkir akan janji AlLah dan RasulNya kecuali AlLah akan menguasakan atas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. v. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum AlLah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan maka (disaat itu)AlLah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri . HR Ibnu Majah (���lihat Empat Puluh Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman susunan Abu Ali AlBanjari An Nadwi ) Hadith tentang lima belas maksiat yang menurunkan Bala. Dari Ali bin Abi Thalib r.a. RasululLah s.a.w. bersabda: �Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan trurun kepada mereka , iaitu:- apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang yang tertentu apabila amanah dijadikan sebagai sumber keuntungan zakat dijadikan hutang suami memperturutkan kehendak isteri anak derhaka terhadap ibunya sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya Ia suka menjauhkan diri daripadanya ayahnya Suara sudah ditinggikan di dalam masjid Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya Arak diminum dimerata tempat Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) Para artis disanjung-sanjung Muzik banyak dimainkan Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan )generasi pertama (sahabat) Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain�. HR Tirmidzi �.lihat Empat Puluh Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman. Cabaran Luaran Cabaran luaran ini dapat dilihat dalam 2 peringkat, peringkat nasional dan internasional. Nasional Diperingkat nasional, kita lihat kerosakan yang berlaku dikalangan umat Islam telah memberikan tanggapan yang buruk terhadap Islam pada kacamata penduduk non-Muslim .Islam disalahtanggap sebagai agama orang Melayu.Menganut Islam bermakna masuk Melayu.Maka segala keruntuhan yang berlaku dalam masyarakat Melayu dilihat sebagai kelemahan Islam itu sendiri. Lebih dashyat lagi, bila ada kalangan bangsa Melayu sendiri yang memberikan tafsiran salah terhadap Islam.atau menggambarkan Islam dalam rupabentuk yang hodoh dan menggerunkan.Islam dikaitkan dengan potong tangan. Islam digambarkan sebagai penghalang kepada kemajuan,kebebasan dan keadilan. Dengan perkembangan terkini , media massa tempatan dan luar negara pula menggambarkan Islam sebagai bengis,perosak,pengganas dan militan. Inilah cabaran para daie masa kini . Dalam hal ini usaha yang bijaksana perlu dilakukan untuk kembali menjernihkan tanggapan �tanggapan buruk terhadap Islam.Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan terancang. Bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Sudah pastilah ia mesti dilaksanakan secara jamaai/berpasukan.Ar-rasul s.a.w. tidak pernah memandang sepi terhadap perlunya kerja-kerja dakwah ini dijalankan secara jamaii. Kertas ini tidak berhasrat untuk menggariskan strategi seterusnya dalam menghadapi cabaran tempatan dan global.Ia mungkin lebih sesuai dibicarakan pada pertemuan-pertemuan seterusnya. Internasional Negara umat Islam dan umat Islam masih belum bebas daripada belenggu penjajahan dalam ertikata yang sebenarnya. Walaupun dari segi fizikalnya kita lihat kebanyakan negara umat Islam telah mampu menjalankan pemerintahan sendiri tetapi cengkaman Barat masih kuat.Negara umat Islam masih belum bebas budayanya,pemikirannya,falsafah pembinaan negaranya,sistem perundangannya malah masih belum upaya menentukan pendirian dan dasar-dasarnya secara bebas. Semua ini masih dicengkam oleh kuasa-kuasa barat terutamanya AS. Kemerdekaan yang diperolehi melalui siri perjuangan yang panjang dan meraih pergorbanan yang banyak masih gagal diisi dengan agenda mendaulatkan syariat AlLah.Kali ini para pejuang dakwah terpaksa berhadapan dengan pemerintah dari kalangan saudara seagamanya pula dalam usaha menuntut pelaksanaan agama AlLah.Cabaran yang besar dihadapi oleh semua pejuang-pejuang dakwah diseluruh dunia.Sehingga kini belum ada sebuah negara umat Islam pun yang telah dapat mendaulatkan syariat AlLah dengan jayanya. Meskipun demikian taklif ini tetap tidak berubah.Ia merupakan tanggungjawab yang mesti diutamakan dalam kehidupan sebagai orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. 2.2.1Era Pasca Perang Dingin Setelah selesai perang dingin,Barat telah meletakkan Islam sebagai ancaman paling besar yang perlu mereka hadapi.Berbagai strategi tersurat dan tersirat dilaksanakan dalam menghadapi perkembangan Islam yang semakin pesat. Peristiwa 11 September 2001 telah dijadikan satu kesempatan untuk mengapi-apikan kebencian masyarakat dunia terhadap Islam. Ia dijadikan alasan untuk melancarkan peperangan secara global terhadap Islam dan umat Islam. Para pendakwah perlu melihat dan mengkaji perkembangan ini. Langkah perlu disusun supaya cabaran ini dapat dihadapi dengan jayanya |