| pengumuman penting |
| Buku Terbaru: Jawapan ke atas Anti Hadis. Assalamualaikum warahmatullah, Alhamdulillah, dengan izin dan pertolongan Allah Azza waJalla, buku saya yang terbaru berjudul "20 Hujah Golongan Anti Hadis & Jawapannya" yang diterbitkan oleh Jahabersa, Johor Bahru, telahpun berada di pasaran, sekurang-kurangnya di KL dan Shah Alam. Insya-Allah ia akan berada di kedai-kedai sekitar luar Lembah Kelang dalam masa yang terdekat. Buku ini terdiri dari 3 bhg utama, [1] Menghimpun dan menjawab 20 hujah dasar Golongan Anti Hadis. [2] Menerangkan kedudukan hukum-hukum dan pengajaran agama yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang tidak terkandung sama di dalam al-Qur'an. [3] Menerangkan 10 kaedah kajian para orientalis terhadap ilmu hadis dan kesilapan mereka di dalamnya. Selamat membaca dan berkongsi ilmu. Sebarang maklumbalas, teguran dan pembetulan dialu-alukan. Saya tidak mengambil sebarang bentuk bayaran bagi buku ini. Ia setebal lebih kurang 300 mukasurat dan harga pasarannya ialah RM15.90. Ini adalah harga yang paling minimum yang dapat diusahakan buat masa ini. "Hafiz Firdaus" <[email protected]> |
| Bantuan saudara Baru Sesiapa yang ikhlas ingin membantu seorang saudara baru yang telah memeluk islam pada tahun 1999.. iaiatu KHADIJAH GAN SIEW MEI BINTI ABDULLAH seorang ibu tunggal dengan seorang anak perempuan berumur 8 tahun iaitu AISHAH BINTI ABDULLAH... dulu tinggal di KL dan sekarang telah balik di negerinya sendiri di Melaka, bolehlah masukkan ke akaunnya iaitu: Bank Simpanan Nasional no akaun: 04100-29-85890213-7 hebahan oleh "Noorainy Yusoff" <[email protected]> |
| Ibu tunggal tujuh anak rayu simpati masyarakat KEMISKINAN hidup membuatkan Zainab terpaksa menuntut simpati masyarakat demi membesarkan tujuh orang anak-anaknya. Oleh: RAHANA MD HASRAT seorang ibu muda untuk melihat ketujuh-tujuh anaknya memiliki masa depan yang lebih baik bertambah suram apabila suami yang dikasihi Wan Aziz Wan Hamid 49, menghembuskan nafas terakhir dua bulan lepas. Zainab Sohanie 32, yang ditemui Keluarga di kediamannya di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur tinggal dalam suasana rumah serba daif dan usang, mengakui sebelum kematian suami lagi kehidupan mereka sekeluarga sememangnya dihimpit kemiskinan. Begitupun, sekurang-kurangnya mereka sekeluarga masih punya tempat bergantung lebih-lebih lagi dengan suami yang tidak pernah jemu mengerah tenaga empat kerat sebagai pekerja am di Pasar Borong berhampiran. ``Walaupun kami sekeluarga tidak hidup mewah, arwah suami gigih menyara kami sekeluarga dan anak-anak berpeluang belajar di sekolah. ``Sekarang ini, bukan saja kehilangan tempat bergantung dan sumber pendapatan, bahkan tempat berlindung pun hanya sementara dan mengharap belas orang, anak-anak pula sering kali diserang demam,'' ujarnya sambil memeluk kemas anak ketiganya yang merengek kerana demam. Zainab berkahwin dengan arwah suaminya, yang berasal dari Kota Bharu Kelantan, ketika usia baru mencecah 19 tahun. Dia yang hanya berkelulusan tingkatan tiga, ketika itu bekerja sebagai pembantu rumah. Anak sulung daripada dua beradik dan berasal dari Taiping, Perak ini mengakui, kehidupan mereka bahagia walaupun hidup dalam serba kekurangan. Sebagai suri rumah sepenuh masa, dia tidak berpeluang melakukan kerja sampingan selain menjaga anak-anak dan juga kebajikan rumah tangga. ``Terasa pincang hidup dan tidak tahu ke mana mengadu kerana keluarga sebelah saya di Taiping sudah tiada lagi. ``Begitu juga dengan sebelah suami, semuanya mempunyai keluarga sendiri dan tidak elok pula rasanya menyusahkan mereka. Kecualilah kalau mereka sudi menghulur bantuan kerana saya tidak ada sesiapa pun di sini,'' luahnya terharu. Rumah yang diduduki Zainab sekarang dimiliki seorang jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga. Walaupun tidak dikenakan sebarang sewa, rumah tersebut sedang diura-ura untuk dijual. Keadaan yang tidak terurus di luar rumah dengan timbunan sampah dan lalat yang menghurung, serta zink, kayu-kayu berceracak paku dan timbunan papan menggambarkan persekitaran yang tidak sihat. Bukan sahaja menjadi sarang tempat nyamuk membiak, tetapi turut membahayakan anak-anaknya yang gemar bermain di luar rumah. Rumah satu bilik, berlantaikan tikar getah buruk dan simen yang lekak-lekuk, bertimbun dengan kain baju yang tidak terurus. Di ruang tamu yang sempit itulah tempat tujuh beradik itu bergelimpangan tidur, mentelaah pelajaran dan bermain. Mengenang arwah suami, Zainab mengakui suaminya memang kaki rokok. Menghabiskan dua kotak rokok sehari perkara biasa sejak awal perkahwinan mereka lagi. Katanya, batuk-batuk biasa memang kerap dialami tetapi selalunya tidak berpanjangan dan akan sembuh dengan sendiri. ``Bagaimana pun akhir tahun lalu, ketika saya sarat mengandung, batuknya menjadi-jadi dan melarat. Puas juga dia berubat tetapi tidak sembuh hinggakan empat bulan sebelum arwahnya meninggal, dia terlantar tenat,'' katanya sayu Keadaannya yang lemah dan terlantar di atas tilam nipis di ruang tamu yang sempit dan terpengap, menjadikan batuknya semakin teruk. Atas usaha beberapa kenalan, Wan Aziz di bawa ke Hospital Kuala Lumpur, dan doktor mengesahkan dia menghidap batuk kering yang kronik. ``Kasihan dia terlantar seorang diri di hospital kerana masa itu saya baru habis pantang melahirkan anak ke tujuh. Lagipun anak yang lain masih kecil belum boleh diharap menjaga adik-adik. Hanya sempat dua hari sahaja arwah di hospital, akhirnya dia meninggal dunia,'' luahnya Mujurlah kini dalam kehidupan yang semakin tertekan dan selepas suami meninggal, dua anak daripada isteri tua suaminya datang membantu meringankan bebannya memelihara anak-anak. Ekoran hidup yang semakin mendesak, tiga anaknya yang sebelum ini dihantar ke sekolah kerajaan di Gombak, terpaksa diberhentikan kerana tiada duit untuk membayar yuran sekolah. Di samping itu katanya, tiada orang yang boleh diharap bagi menghantar dan mengambil mereka, kerana jarak antara sekolah dan rumah agak jauh. ``Sebelum ini arwah suami yang menghantar dan mengambil anak. Kalau mengharapkan saya, siapa pula yang akan menjaga empat anak lain yang masih kecil,'' ujarnya merujuk kepada Wan Nur Amelia 4, Wan Nur Alia 3, Wan Khairul Amirul 1 dan si bongsu Wan Nur Atiqah, 4 bulan. Bagaimanapun katanya, semangat untuk melihat anak-anak berjaya dan membantu merubah nasib mereka sekeluarga suatu hari nanti tetap menyala. Justeru, dengan budi bicara dan pertimbangan pihak sekolah, Wan Khairul Azhar 10, Wan Nurshuhadah 9, Wan Khairul Anwar 7, sedang diusahakan untuk kembali bersekolah. Sementara menanti dipanggil, ketiga-tiga mereka dihantar ke sekolah agama, Sekolah Tahfiz-Darul Furqan, yang terletak berhampiran. ``Hajat hati memang mahu melihat mereka berjaya, tetapi saya tidak mampu menguruskannya seorang diri. Dalam jangka masa pendek mungkin ada yang sedia membantu, tetapi bagaimana saya mahu teruskan hidup pada masa depan jika tanpa pekerjaan dan nafkah tetap untuk anak-anak,'' soalnya menghiris hati. Sementara itu, kepada sesiapa yang ingin menghulur bantuan, boleh dialamatkan kepada Zainab Sohaine di akaun GIRO: 14160-29-00003983-3 |
![]() |