To: [email protected]
From: "Hishamuddin Alham" <[email protected]> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Sat, 9 Feb 2002 10:53:44 +0800
Subject: [Dakwah_to_non_muslim] Teknik Dakwah to Non-Muslim 1
Reply-to: [email protected]

        


Assalamualaikum wrt

Ingin kiranya nak mulakan satu perbincangan berkenaan dengan teknik dakwah
to non-muslim. Rupanya dalam diam-diam ada beberapa orang rakan-rakan saya
yang meneruskan usaha mendekati mereka yang bukan Islam dalam konteks untuk
mengajak mereka kepada Islam. Dalam usaha mereka ini, mereka dapat berbagai
pengalaman dan menghadapi berbagai persoalan. Diharap pengalaman dan
persoalan ini dapat dikongsi bersama agar usaha ini dapat dikembang biakkan.
Kita bersyukur juga di Johor sekurang-kurangnya seorang telah memeluk Islam
hasil usaha dari salah seorang muslimat  ..takbeer.....  "jika seorang
mendapat hidayah dari hasil usaha kita ... maka ia adalah lebih baik dari
dunia dan segala isinya" (mafhum hadis).....

Satu lagi sebab mengapa saya berminat nak mula perbincangan ini ialah
setelah mendapat feedback dari program kami di Johor khususnya roadshow
Quran dan Sains dan program Memasyarakatkan Dakwah.  Contohnya dalam ceramah
Quran dan Sains  yang telah disampaikan pada lebih dari 30 tempat dengan
latar belakang "audience" yang agak luas ... pelajar sekolah rendah,
menengah, pakcik, mak cik, pelajar universiti, pensyarah, pekerja kilang,
penganut Kristian, Buddhist,  kami sengaja menimbulkan persoalan dakwah pada
bukan Islam dan banyaklah soal jawab yang ditimbulkan dalam konteks ini.
Terus terang saya nyatakan - pengalaman yang ada pada ROSE (Ray of Serenity)
di Johor baru sedikit.. namun dari sedikit inilah akan menjadi banyak Insya
ALlah - jika ianya diteruskan tanpa merasa bosan dan dilaksanakan ikhlas
kerana Allah swt.

Sesungguhnya bermulanya aktiviti dakwah pada bukan Islam di Johor ialah
setelah adanya Kursus yang dikendalikan oleh saudara Muhammad Abdullah
bersama-sama dengan saudara Shah Kirit, Daniel Hakim, Tuan Haji Ayob dan
Abdul Rahman Lim. Semoga ALlah merahmati dan menerima amalan mereka semua.
Maka untuk memantapkan lagi ilmu yang diperolehi maka seeloknya kita terjun
dalam masyarakat dan cuba mempraktikkan apa yang kita pelajari.

......bersambung .....





o: [email protected]
From: "Hishamuddin Alham" <[email protected]> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Sat, 9 Feb 2002 10:54:24 +0800
Subject: [Dakwah_to_non_muslim] Teknik Dakwah to Non Muslim II
Reply-to: [email protected]

Assalamualaikum wrt

Kaedah penulisan aspek ini berbentuk ringkas dan padat. Ianya bukan
berbentuk kertas kerja. Diharapkan perbincangan dalam aspek ini akan
mencetuskan banyak perbincangan dalam bentuk perkongsian pengalaman dan
idea.

Tajuk kali ini - Merebut peluang (opportunity)

Antara kupasan yang boleh dirujuk ialah kisah Nabi Yusuf yang dinukilkan
dalam Surah Yusuf, khususnya ayat 37 (harap dirujuk). Penerangan panjang
lebar diberi oleh Imam Maududi dalam Tahimul Quran. Ringkasannya ialah
memaparkan bagaimana Nabi Yusuf di dalam penjara amat cekap dan pantas
dengan penuh hikmah menggunakan sesuatu situasi untuk menyampaikan risalah.

Sahabatku sekelian,

Sebenarnya peluang untuk menyampaikan risalah itu amat banyak sekali, namun
kita kadangkala berat mulut !!! Ramai di antara kita yang menjadi pensyarah,
guru, pegawai besar yang ada mad'u samada di kalangan orang Islam mahupun
yang bukan Islam. Tetapi oleh kerana banyak sebab (akan dibicarakan
kemudian) kekuatan azam untuk menyampaikan risalah itu amat lemah. Mungkin
kita tak tahu mana nak mula. Risau apa yang disampaikan itu tidak dapat
diterima oleh mereka. Khuatir ilmu yang ada tidak mencukupi.

Ini semua adalah antara hambatan-hambatan yang lambat laun melemahkan kita
dan akhirnya kita tidak dapat merebut peluang dakwah yang begitu banyak
mendatang.

Saya selaku pensyarah yang kini mempunyai 75% pelajar berbangsa cina
(semuanya hampir 70 orang pelajar) biasanya akan:
a)    Memastikan apa yang kita sampaikan itu sebaik mungkin
b)    Mesra dan rapat dengan pelajar-pelajar (terutama bukan Islam) dalam
konteks untuk memenangi hati mereka kepada Islam
c)    Mempelawa mereka untuk sentiasa datang bertemu dengan saya - tak kira
di mana .... hatta ke rumah sekalipun.
d)    Mengaku yang saya adalah Pelajar "Comparative Religion" yang berminat
belajar agama orang lain

Masya Allah - mereka datang sungguh ke bilik dan ada yang ke rumah (susah
sikitlah ... so what ... dakwah ni memangnya menuntut pengorbanan)......
bina satu suasana agar mereka ingin bertanya mengenai Islam ..... bagaimana
...saya akan nukilkan juga nanti pengalaman rakan-rakan yang lain dalam
konteks ini Insya Allah

bersambung Insya Allah

Dr Hishamuddin Alham
Pengarah ROSE (Ray of Serenity)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Johor Bahru
Hosted by www.Geocities.ws

1