Assalamualaikum wrt

ROSE baru sahaja selesai mengendalikan kursus Seminar Dakwah to Non-Muslim pada sekumpulan pelajar Universiti. Masya Allah feedbacknya amat memberangsangkan. Kami dapati permasalahan dakwah to non muslim ini akan berjaya jika mereka dapat menyelesaikan permasalahan dakwah sesama orang Islam. Banyak "kualiti" yang diperlukan dalam melaksanakan dakwah kepada sesama Islam amat diperlukan bagi meneruskan usaha dakwah kepada yang bukan Islam.
Antara sifat yang perlu dikekalkan ialah:
- Jangan mudah bertengkar dan berbalah. Hatta kalau mereka mengutarakan perkara yang agak kronik sekali pun ... kita hendaklah bijak menanganinya dan tidak cepat melompat dan bertegang leher. Kalau si lawan itu memang nampak nak cari gaduh .... mintak diri dan berlalu dengan hormat sepertimana disarankan dalam surah Al-Furqan (ayat 63). Tapi kalau sesama Islam sudah biasa bertegang leher dan keyboard .... alamat bila berdakwah pada yang bukan Islam - suasana ini akan diteruskan - mungkin dengan kadar yang lebih hebat.
Contoh: Seorang kristian datang bertemu dengan kita - dia kata - apalah melayu ni .. kata beragama Islam ... tapi semua nombor satu ...zina nombor satu.... rasuah nombor satu ....
tendency kita untuk bertekak dengan mereka .... tapi antara teknik yang bijak ialah untuk mengatakan : "I agree ... dan boleh saya tambahkan sikit analisa itu...." - mirror image theory ... bukan apologetic dan bukan bertekak ..... kerana memang hakikatnya ramai orang melayu membuat maksiat. Ini kerana dia mengandaikan Islam = melayu dan melayu = Islam..... to such an extend, bila masuk Islam dikatakan masuk melayu. Cara ini akan memberi beliau keselesaan untuk teruskan bicara. Ingat kita nak tawan hati bukan akal fikirannya semata-mata. We might win an argument but lose him forever. Of course there is an exception to this matter.....
"Kalau kita nak kaji Islam - jangan lihat apa orang melayu atau orang arab buat. Kalau kita nak kaji Kristian - jangan lihat apa orang putih atau orang cina buat ..tapi kaji kitab agamanya."  Kita bawa kepada perbincangan Al-Quran dan Bible .......masya Allah.. persoalan di atas telah menggemparkan dewan apabila semua yang hadir di suruh memberi pandangan .....
kembali
Win the hearts and not win the argument
Kami di JB bernasib baik, Alhamdulillah kerana dapat dikunjungi oleh bekas Paderi dari Sarawak, Tuan Haji Ayob. Ketika menjadi Paderi, beliau bertaraf International Sin Forgiver... tak ramai yang dapat title ini. Beliau pernah berceramah di sini di bawah tajuk : Dari Kegelapan ke Cahaya. Alhamdulillah kami di JB telah abadikan ceramahnya dalam bentuk VCD. Walaupun kualiti penggambarannya tidak seperti TV3, namun isi kandungannya amat menyentuh perasaan. Memang cara bagaimana beliau memeluk Islam ini amat unik dan penuh dengan pelajaran. Hatta Yusuf Islam (Cat Steven) minta Hj Ayob bukukan bagaimana beliau bertemu dengan Islam. Berhubung dengan Holy Water ini beliau ada menjelaskan:

a)    Memang persoalan Holy Water ini selalu timbul apabila beliau berceramah (favourite question)
b)    Beliau telah minumnya "by the tons" ... tapi Alhamdulillah telah memeluk Islam
c)    Kita jangan guna teknik yang memburukkan agama lain dengan isu yang sebegini, bagi membentengi diri kita dari Kristinisasi mahupun bagi mengislamkan orang Kristian.
d)    Kita kena akui agama Kristian banyak tersebar bukan disebabkan oleh Holy Water tetapi hasil usaha "dakwah" mereka yang gigih dan tidak kenal penat lelah.

Dari ceramah beliau, kami insaf bahawa usaha kita berdakwah amat sedikit ...tetapi mengharapkan hasil yang banyak.  Walaupun orang Kristian ini sesat, tetapi mereka gigih dan kuat bekerja. Mereka gigih mengadakan mesyuarat, pertemuan dan latihan bagi mengkristiankan orang lain. Bagi kita umat Islam - baru usrah seminggu sekali pun tak larat !!! Pertemuan sebulan sekali pun kekadang mengeluh. Harapan menggunung tinggi, namun sumbangan yang dicurahkan amat memalukan. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadi elemen yang berharga kepada kerja-kerja dakwah. Kata Ahmad Deedat pun: We are sometimes dead on the right path and the Christians are alive on the wrong path.

Ramai anak muda kita mudah di Kristiankan bukan di sebabkan dengan holy water atau di sihir tetapi kerana bekalan Iman dan Islam mereka amat sedikit....

Marilah sama-sama kita berusaha agar dapat memberikan bekalan Islam yang cukup kepada generasi kita dan juga berusaha agar dapat menyebar luaskan Risalah Allah ini kepada orang Islam mahupun kepada yang bukan Islam
HOLY WATER ....omokan atau kisah benar ????
seterusnya
Hosted by www.Geocities.ws

1