kembali

To: [email protected]
From: "aznanhamat" <[email protected]> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Tue, 05 Feb 2002 05:52:34 -0000

Subject: [islah-net] RTM-TV2 SIAR FILEM MENGHINA KESUCIAN ISLAM



RTM-TV2 SIAR FILEM MENGHINA KESUCIAN ISLAM

 
Kami dari warga kerja PSARAFHQ dengan rasminya merasa terhina dan
membantah keras tindakan Radio & TV Malaysia sebagai saluran rasmi
kerajaan Barisan Nasional menyiarkan filem Yahudi yang menghina
kesucian agama Islam melalui siaran TV Malaysia.
 
Saluran 2 TV Malaysia menyiarkan filem bertajuk "The Leading Man"
melalui slot 2 BY 2 pada jam 10.00 malam bertarikh 8hb.Feb.2001
(Khamis malam Jumaat) yang terang-terang menghina kesucian Islam.

Dalam filem " The Leading Man" ini terdapat adegan romantis di atas
ranjang dengan suara latar AZAN SEDANG DI LAUNGKAN?c???? Perbuatan
ini benar-benar telah menghina dan memperlekeh kesucian agama Islam
yang di anuti oleh rakyat dan bangsa Malaysia.

Pihak kami beranggapan pihak RTM tidak bertanggungjawap kerana
membenarkan filem "The Leading Man" ini di siarkan dalam saluran 2
untuk tontonan umum.

Pihak kami juga merasa terhina kerana RTM yang di kuasai oleh
kerajaan Barisan Nasional tidak berhati-hati dan mengambil kira
kepentingan umum terutamanya orang Islam di Malaysia ini apabila
menyiarkan filem yang menghina kesucian agama Islam.
 
Pihak kami juga dengan tegasnya menyeru kepada seluruh rakyat dan
bangsa Malaysia memboikot seluruh siaran dari Radio & TV Malaysia
akibat dari penyiaran filem " The Leading Man " ini.
Pihak kami juga memohon dengan tegasnya kepada Radio & TV Malaysia
melalui  Menteri Peneranganya memohon maaf secara rasmi melalui media
elektronik dan media cetak kepada seluruh Umat Islam Di Malaysia
akibat dari kesalahanya menyiarkan filem yang menghina kesucian Agama
Islam ini.

 
Kami dari warga kerja PSARAFHQ berpendapat ini adalah satu kelemahan
yang sering dilakukan oleh pihak RTM dalam mengendalikan siaran
kepada orang awam, kerana sebelum ini telah kerap siaranya
menayangkan filem-filem yang menghina kesucian Islam dan telah kerap
menerima teguran dari orang ramai akibat dari perbuatan yang
disengajakan ini.
 
Pihak kami juga berpendapat pihak RTM tidak menghormati kesucian
Agama Islam apabila ia kerap menyiarkan filem-filem yang bertentangan
dengan ajaran Agama Islam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.
Perbuatan ini telah menunjukan pihak RTM mempunyai agenda tersendiri
dan kotor dalam menguasai minda penonton TV di Malaysia. Perbuatan
tidak bertanggungjawap ini telah menjadikan kesucian Agama Islam
sebagai agama rasmi di Malaysia ini telah dihina dan diperlekehkan
oleh media kroni sebagai suara rasmi kerajaan Barisan
Nasional?c..kami secara tegasnya ingin menyatakan ?c perbuatan ini
benar-benar telah menjadikan Malaysia sebagai tempat menghina dan
merobek kesucian Agama Islam melalui media elektronik dan media cetak
yang dikuasai oleh Kerajaan Barisan Nasional.
 
 
Sila cetak dan edarkan.
PSARAFHQ
9hb.Feb.2001
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL
Hosted by www.Geocities.ws

1