Date: Mon, 21 Jan 2002 20:54:34 -0800 (PST) From: "faruh rehan" <[email protected]> | : Re: ingin mengenali To: "ma juen" <[email protected]> wa'alaikumsalam wrmth. Terima kasih diatas kesudian saudara untuk berbincang subjek perbandigan agama ini. Tidak ramai yang berminat, mungkin subjek ini agak besar dan rumit ataupun takut. Alhamdulillah, sebenarnya mendalami subjek ini akan dapat menambah keyakinan kita kepada Islam dan tidak berlebihan sekiranya saya katakan dapat membuka fikiran serta menghayati dengan mendalam proses evolusi agama itu sendiri - yaitu hal-hal yang berlaku sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw yang meneruskan kesinambungan perjuangan nabi-nabi sebelum baginda. SubhanAllah! saudara semua akan nampak kekusutan tentang agama kristian dan kecemerlangan Islam dalam menanganinya. Tentang diri saya, Alhamdulillah, kira2 15 tahun yang lalu, kakak saya pulang dari England setelah menuntut hampir 6 tahun. Beliau membawa pulang banyak kaset2, video dan buku didalam subjek ini hasil kerja Ahmed Deedat, Yusuf Badawi dan lain2. Dia kata semua itu untuk saya sedangkan saya tidak pernah memintanya. Kebetulan saya kurang gemar mendengar lagu jadi tape tersebut menjadi bahan saya ketika waktu lapang. Sehinggalah satu hari saya pergi ke library di kolej dan saya terjumpa sebuah Bible di atas rak. Dengan tangan yang mengigil serta menyorok saya ambil dan saya baca. Saya terus membuka surah2 yang telah saya hafal melalui kaset2 tersebut dan saya amat terkejut. Apa yang dibahaskan didalam kaset tersebut amat jelas lagi nyata tentang kekusutan Bible tersebut. Mulai dari situ saya mula melakukan pembacaan dan kajiselidik tentang subjek ini sehinggalah sekarang. Dan lebih meyakinkan saya apabila tidak ada seorang kristian pun yang dapat menolak hujah2 saya apabila berbincang dengan mereka. Sekarang saya telah tahu Bible tersebut adalah 80% palsu, 10% mungkin betul mungkin tidak dan hanya 10% yang boleh dikatakan benar. Seperti saya, kita semua akan berasa amat takut untuk menyentuh Bible tersebut apalagi membaca. Ini akan menyukarkan kita ketika berhadapan dengan gangguan pendakwah2 kristian sebab kita tak pernah tahu isikandung Bible. Perlu diingat pendakwah kristian sangat pandai bercakap dan licik. Mereka tidak akan malu sekiranya dimarah atau dihalau tetapi mereka akan segera pergi sekiranya kita tahu bagaimana untuk mematahkan hujah mereka. Itulah kelebihannya. Cukup dahulu, saya akan sambung kemudian, InsyAllah. wassalam Date:Tue, 22 Jan 2002 22:37:20 -0800 (PST) From: "faruh rehan" <[email protected]> | Block Address | Add to Address Book Subject: Re: ingin mengenali To:"ma juen" <[email protected]> CC:[email protected] assalamualaikum, alhamdulillah, saya telah melawat laman web tersebut dan saya kira saudara adalah owner laman tersebut. MasyaAllah, pengalaman 15 tahun saya mungkin tidak setanding dengan usaha saudara yang begitu gigih dalam usaha dakwah ini. Saya berdoa semoga usaha saudara akan diberkati Allah sentiasa. Untuk pengetahuan saudara, saya ada bertemu dengan sister Sabariah (SIM) about 7-8 years ago. Saya bertanya kepada beliau tentang Malaysian yang aktif didalam comparison of religion dan beliau berkata so far there is nobody (malaysian) yang mahu kedepan didalam subjek ini. Jokingly saya kata "insyAllah I'll fulfill that space". InsyAllah saya akan menyumbang tulisan saya dilaman web tersebut disamping pengalaman berdialog dengan non-muslim. wassalam sue suria <[email protected]> wrote: Assalamualaikum, Bila saya membaca perbincangan sdri dgn ma juan,saya begitu tertarik sekali.Membaca bagaimana Ahmad Dedat berdepan dgn pope,bagaimana strategi berdepan dgn missionery dan banyak lagi.Apatah lagi suasana saya belajar,berdepan dgn ramai di kalangan bukan Islam.Sesekali terdetik,"alangkah baiknya kalau aku mampu memberi "sesuatu" kepada mereka". Cuma,saya inginkan maklumat lanjut ttg "buku yg kakak sdri beri pd sdri",kemudiaannya tips2 bagaimana utk membaca dan mengesan kepalsuan bibleitu sendiri.Semoga sdri dpt menceritakan kepada saya. wassalam. To"sue suria" <[email protected]> CC: [email protected] From: "faruh rehan" <[email protected]> | Block Address | Add to Address Book Date: Thu, 24 Jan 2002 00:42:05 -0800 (PST) Subject:[Dakwah] Re: Reply-to:[email protected] wa'alaikum salam Terima kasih atas ulasan saudari. Saya ingin highlight sedikit iaitu pope tidak pernah berdepan dengan Ahmed Deedat. Assheikh Ahmed Deedat menunggu selama 40 tahun untuk berdepan dengan pope tetapi pope sering mengelakwalaupun dalam banyak ucapanya kononya ingin sekali berdepan dengan Ahmed Deedat. Kakak saya membawa pulang banyak buku seperti The Choice termasuk Jesus, The God That Never Was, Crucifixion or Crucifiction, Arab & Israel-Conflict or Concillation, Is The Bible God's Word dll (semuanya Ahmed Deedat) Muhammed in The Bible (Jamal Badawi) The Kiss Of Judas (Dr. Munawar Anees) dan lain-lain. (saya tak ingat sebab sejak ada internet saya jarang baca buku2. Saya cuma print from internet) Kaset2 ceramah dan debat seperti A. Deedat vs Jimmy Swaggart, A Deedat vs Dr. Anes Shorosh, Deedat vs Josh Mcdowell serta ceramah di Durban, Albert Hall, Madison Square Garden, Dubai dan banyak lagi. Malangnya sejak kebelakangan ini ramai yang meminjam tetapi lupa nak pulang balik - tak apalah semoga yang meminjam dapat banyak faedah darinya) Sebenarnya tak ada tip2 untuk menentukan kepalsuan sesuatu ayat.Ianya perlu dikaji dgn teliti. Orang kristian kata buat cross? reference. InsyAllah saya akan menulis bab ini untuk kebaikan semua (susah nak dapat subjek ini dibahaskan dalam BM) sekian, wassalam |