kembali




o: [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
From: "atalia lisa" <[email protected]>
Date: Tue, 22 Jan 2002 04:42:17
Subject: Re: [melayucyber] Fwd: Fw: taktik baru.




assalamualaikum...

betul tu... memang macam2 cara yang diorang gunakan untuk mempengaruhi kita umat islam nie. dah memang tertulis dalam Al-Quran yang diorang tu adalah musuh2 Islam dan selemanya memusuhi Islam.

waktu first year dulu, salah sorang roomate saya budak sarawak dan beragama kristian. tapi yang bagusnya dia nie, dia rajin bertanya apa2 yang dia tak tau tentang islam. dia memang aktif dengan aktiviti2 yang dianjurkan oleh pihak gereja besar kat sana even pernah beberapa kali mengerjakan 'haji' dekat satu tempat kat sana yang saya dah lupa dah namanya. saya ingat lagi soalan pertama yang dia tanya saya, "apa ciri2 yang kita ambil kira untuk memilih seorang ustaz?" yeler, maksud dia, kalau dalam kristian, syarat2 nak jadi rahib atau paderi salah satunya, tak boleh kawin, kena masuk sekolah khas diorang dan macam2 lagi. jadi dia ingatkan dalam islam pun kita ada tetapkan syarat untuk jadi ustaz dan ustazah. jadi saya terangkan serba sedikit apa yang saya tau (ilmu saya pun bukanlah tinggi sangat).

pernah juga dalam bulan puasa, waktu tu saya ajak dia makan sama waktu buka puasa. saya tengok muka dia macam kehairanan, saya tanya kenapa dan dia pun cakap, "bukan ker sekarang bulan puasa? tak boleh makan?" kami pun sama2 terangkan dekat dia macam mana sebenarnya puasa tu. apa bezanya puasa zahir dan puasa batin. sepatah ayat dia yang buatkan saya terpikir, apa lagi ler perkara2 dan hukum2 islam yang diburukkan oleh kristian. dia kata, "ooo... rahib2 dan paderi2 saya cakap, orang islam kena puasa selama sebulan tak makan tak minum langsung!" hmm... diorang yang tau (penganut2 kristian), dan mendalami al-quran semata2 untuk dibanding2kan dengan bible dan dileceh2kan, sebenarnya tau setiap inci perkara dalam islam. tetapi, dengan niat untuk menjatuhkan islam, tak semua perkara diterangkan kepada penganut2 yang lain. sebab diorang bimbang, kesucian dan kebenaran islam akan mempengaruhi pengikut2 kristian sedangkan diorang lupa (atau buat2 lupa sebab diorang memang tahu), hidayah itu milik Allah dan kita nie adalah hamba ciptaanNya. Dia bebas untuk beri hidayah pada sesaper jer hamba yang Dia suka.

untuk pengetahuan semua, saya jugak pernah membaca buku2 doa dan bible roommate saya tu. buku2 doanya sekali baca macam doa2 kita, "Ya Allah... Ya Tuhan kami... ampunkanlah kami......" dan sebagainya. cuma endingnya (dalam setiap doa yang saya baca tu), "....demi Isa, Tuhan kami, anak dan utusanMu..." Astaghfirullahal'azim... menurut roomate saya tu, diorang memang percayakan Allah. Allah tu tetap Tuhan mereka yang satu. the trinity - Allah, Jesus dan Ruhul Kudus (Jibrail). saya pernah pertikaikan, kalau Allah itu tetap tuhan diorang, kenapa pulak jesus yang lebih diagung2kan? sedangkan Allah, Dia Maha Berkuasa, Dia boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Dia kata "Jadilah" maka, akan jadilah. Diorang pun tahu hakikat nie. macam2 lagi yang saya pertikaikan dan seperti biasa... bila kita ceritakan serba sedikit tentang hakikat ketuhanan dan kesucian islam yang sebenarnya, walaupun sedikit, diorang tak akan dapat menjawab dan melawan melainkan dengan jawapan yang berjela2 tapi jauh dari persoalan. tapi alhamdulillah... roomate saya tu setakat yang saya nampak tak pernah pandang rendah pada islam. malah dia bertanya tu bukan dengan tujuan untuk memperlecehkan islam, tapi untuk memuaskan hatinya yang sekian lama mencari kebenaran di sebalik cerita2 paderi2 dan rahib2nya tentang keburukan2 islam. malah dia pernah cakap, "saya rasa bertuah jumpa kamu semua. selama nie saya tak tau nak tanya siapa tentang apa yang saya pendamkan selama nie. saya nak tau pasal islam. saya memang tak terpikir lagi nak convert, tapi saya nak tau sejauh mana kebenaran islam dan cerita2 yang saya dengar dari pihak gereja tentang islam."

sebenarnya kita ler umat islam, turut sama bertanggungjawab dalam soal nie. kita makin hanyut dan leka dengan semua yang disediakan Allah untuk kita. Dia kurniakan kita berbagai Rahmat yang tak terhitung, supaya kita sedar siapa kita, tau bersyukur, sedar yang kita nie hanya hamba yang sentiasa mengharapkanNya tapi kita sendiri sebagai hamba tak melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita terhadapNya. sedangkan segala ganjaran yang dijanjikanNya adalah benar dan semuanya untuk kita sendiri. sebagai saham dan bekal untuk kita ke sana. Maha Suci Allah, betapa Pengasih dan Penyayangnya Dia terhadap hamba2Nya. kuatkan iman, pelajari serba sedikit ilmu dan hukum hakam islam, supaya nanti, kita tak dipandang rendah oleh orang bukan islam, supaya nanti kita dapat membidas dan membetulkan pandangan mereka tentang islam, dan yang paling penting, supaya nanti, kita tau membezakan mana yang hak, dan mana yang batil...


From: "Kelawar de Bat" <[email protected]> | Block Address  | Add to Address Book
To:  [email protected]
CC: [email protected]
Date: Wed, 23 Jan 2002 09:15:02 +0800
Subject: pengalaman


w'kum salam;
Sebenarnya, saya cabar puak-puak tu melalui forum internet macam melayucyber ni. Antaranya ialah religion_forum@yahoogroups yang diselia oleh seorang American, dan beritamalaysia@yahoogroups yang  kebanyakannya  malaysians non-muslim dan hobi part time mereka ialah Islam-bashing & melayu-bashing. (caution: forum ni boleh menaikkan blood pressure) Semuanya senyap ajer  bila saya cabar mereka untuk dispute the article - cuma ada lersorang yg selalu amat fanatik anti-Islam cuba nak pertikai nama Elijah & Elias (alasan yg sugguh lemah) untuk mempertikaikan article tersebut, sedangkan berdasarkan rujukan di internet, nama-nama tersebut digunakan untuk  orang yang sama dalam Bible yang berlainan versi. Apa yang saya  perhatikan, memang susah juga nak ubah pegangan mereka yg salah tu kerana mereka lebih tertarik dengan  'kelongaran'dunia yg diberikan oleh ugama mereka, bukannya sebab mereka berpegang sangat pada ugama. Ini dapat saya lihat bila saya katakan pada mereka ugama Krisitian mengharamkan minuman keras disertakan dengan dalil-dalil dari Bible (5 jenis minuman haram dan tidak, dalam Hebrew, yg semuanya di  translate sebagai 'wine' dalam Bible versi  English). Bersungguh-sungguh mereka nak gunakan versi English sedangkan Old Test. (Bible/Taurat) asal adalah dalam Hebrew. Mungkin bagi mereka ugama hanya dibibir sahaja.

Memang agak sukar untuk tiba-tiba sahaja  nak mencabar sesuatu kumpulan mengenai ugama secara lisan tanpa risiko ianya akan memulakan  satu pergaduhan, dan itu bukan tujuannya. Dan di Malaysia ni, mungkin tiada forum inter-religious live untuk debat  Islam-Kristian. Apa yang saya harap ialah ianya dapat membuatkan mereka berfikir semula mengenai apa yang mereka percaya, dan agar ianya  memperkuatkan lagi pegangan kita pada Islam. Alhamdulillah, internet memberikan kita ruang untuk berbuat demikian pada peringkat global, dan bekerjasama sesama kita untuk kepentingan  bersama.

Hosted by www.Geocities.ws

1