| Sambungan dari Laman utama.... iaitu :" Pasal apa you makan pisang kena buang kulitnya, tak mau buang tak boleh ke ? ". Dia menjawab:" mestilah kena buang, sebab kulitnya tak boleh makan,...kotor dan mungkin terdapat bakteria." . Saya kata pula:" Kalau takut kotor,...cuci dan bersihkanlah dulu..barulah makan.". Dia menjawab pula:" Buang kulit kan senang,buat apa nak susah-susah pula ...pergi cuci lah dan bersihkannya dulu ,lepas tu baru lah makan, bukankah itu dipanggil buang masa.". Sebaik sahaja habis ayat ini ,secara tiba-tibanya dia berkata :"Oooooo......saya tau dah...saya faham dah....". |
| Saya bersambung pula :" Sebab itulah kami semua kena potong,supaya tidak perlu menghabiskan masa yang agak panjang, semata-mata untuk membersihkan 'benda itu' sahaja. Islam amat menitik-beratkan masa, memanfaatkan masa kita dengan kerja-kerja kebajikan merupakan tuntutan agama." |
| Apa nama Melayu awak? |
| Dua minggu lepas, saya bertemu dengan seorang kawan melayu ( lebih kurang 8 tahun tak berjumpa) di depan masjid sebaik sahaja selesai solat jumaat . Dia berasa amat terkejut apabila mengetahui saya telah memeluk Islam . Kami tak sempat nak menyembang panjang lebar hanya sekadar tanya khabar , tetapi sempat juga dia bertanya saya. "Apa nama Melayu awak ?" Saya pun jawab," Nama Islam saya Muhammad Zulhadi Beh , bukan nama melayu, saya masuk Islam bukannya masuk melayu." Pada pandangan saya,bahawa kefahaman masyarakat umum terhadap agama Islam, (termasuk Orang Islam sendiri ) masih dalam keadaan yang amat mengecewakan. Agama Islam masih dianggap mereka sebagai Agama Rasmi atau Hak orang Melayu ,mereka masih berpendapat bahawa masuk Islam bermaksud masuk Melayu. Saya berharap saudara dan saudari sekalian boleh membuat satu kajian terhadap masalah ini,apakah punca yang utama menyebabkan mereka berpendapat sebegini ? Selepas ini,sama-sama kita bincangkan . |
| Itu Hak Mereka |
| Salam Sejahtera (khususnya kepada) Sdr Non-Muslim sekalian, Dulu, di dalam rumah jiran sebelah saya dipernuhi dengan pelbagai patung-patung berhala yang dipercayai mereka itulah utusan Tuhan atau perantaraan Tuhan mereka. Patung-patung tersebut dijadikan sebagai objek sembahyang , mereka menyanjung patung-patung tersebut melebihi segala makhluk yang berada di muka bumi ini . Baru-baru ini,saya dikejutkan dengan satu tindakan yang agak luar biasa yang dilakukan oleh jiran sebelah saya ini, patung-patung berhala yang dulunya disembah dan disanjung tinggi oleh mereka itu ,tiba-tiba dipecah dan lemparkan oleh mereka ke dalam tong sampah . Apa yang menyebabkan mereka melakukan sesuatu yang disangka oleh masyarakat di sekeliling mereka itu sebagai sesuatu tindakan yang amat hina dan zalim terhadap kepercayaan mereka . Tidak lama kemudian,saya diberitahu oleh anak jiran sebelah bahawa mereka sudah meninggalkan kepercayaan yang sesat ini dan patung-patung tersebut sudah tidak memberi sebarang makna lagi kepada mereka,katanya.Lagi pun itu hak mereka,samada nak simpan atau nak lempar ke dalam tong sampah ke,itu hak mereka dan masyarakat sekelilimg tidak ada hak untuk menyoal tindakan yang diambil oleh mereka itu tadi, katanya lagi. Ya tak ya juga, sebab patung itu memang hak dan kepunyaan mereka , terpulanglah kepada mereka sama ada nak simpan ataupun nak lempar ke dalam tong sampah. Mengapa kita pula yang nak sibuk sangat dengan hal-hal orang lain ,betul tak ? Apa yang ingin saya kaitkan dengan cerita diatas ialah Isu Pemusnahan Patung Buddha oleh kerajaan Taliban seketika dulu . Walaupun saya sudah ketinggalan keretapi dalam isu ini tetapi berasa ada perlunya bagi saya untuk memberi gambaran yang sebenar melalui contoh diatas kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka tidak dipengaruhi oleh propaganda media massa barat pada masa yang akan datang nanti. |
| Meruntuhkan agama atau meruntuhkan masjid?. |
| Saya selalu dengar dalam TV , bahawa solat merupakan tiang ugama , barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja bermakna ia telah meruntuhkan ugamanya. Seketika dahulu ,pernah berlaku satu persengketaan antara penganut Islam dengan penganut Hindu di Pulau Pinang. Punca sebenar yang menyebabkan berlakunya persengketaan tersebut tidak diketahui .Pada ketika itu,keluarlah penganut Islam dan penganut Hindu secara beramai-ramai,masing-masing ingin meruntuhkan Rumah Ibadat pihak yg satu lagi. Penganut Hindu nak runtuhkan Masjid orang Islam,sementara itu orang Islam juga tidak ketinggalan dan mereka juga akan melakukan perkara yg sama sekiranya Masjid yang suci itu diroboh oleh golongan hindu ini. Dalam hal ini,saya tidak memihak kepada mana-mana satu golongan ,baik penganut Islam mahupun penganut Hindu. Cuma saya nak tanya kepada saudara dan saudari yang beragama Islam sekalian . Meruntuhkan Masjid atau meruntuhkan ugama lebih berat hukumannya ? Orang Hindu yang ingin meruntuhkan Masjid atau orang Islam yang meninggalkan solat dengan sengaja itu (meruntuhkan ugama) lebih berat hukumannya ? |