RANGKAIAN KOMPUTER

APA ITU RANGKAIAN????

Rangkaian ialah sekumpulan komputer yang dihubungkan untuk berkongsi perkakasan , perisian dan maklumat.Rangkaian biasanya terdapat dalam organisasi besar atau bangunan-bangunan berdekatan.

Setiap komputer atau peranti di dalam rangkaian dinamkan node.Bentuk susunan node atau cara node disambungkan untuk membentuk rangkaian  dikenali sebagai topologi rangkaian.

JENIS-JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN....

a) TOPOLOGI BINTANG

b) TOPOLOGI CINCIN

c) TOPOLOGI BAS

TOPOLOGI BINTANG

* Semua node dihubungkan kepada satu komputer pusat(hub)

* Komputer pusat mengawal segala operasi, muatan, saluran dan pengagihan sumberkepada semua node dalam rangkaian.Juga bertindak sebagai polis trafik untuk mengelakkan perlanggaran data.

*Sebarang kerosakkan talian antara satu node dengan komputer pusat tidak akan menjejaskan operasi rangkaian. Tetapi, sekiranya komputer pusat rosak , seluru operasi rangkain tergendala.

TOPOLOGI CINCIN

* Setiap node dihubungkan kepada dua node yang bersebelahan dengannya untuk membentuk satu rangkaian membentuk bulatan tertutup.

* Data yang dihantar dari satu node ke satu node yang lain perlu melalui node-node sebelumnya.Setiap node yang dilalui akan menguji sama ada data dihantar untuknya, sekiranya tidak data akan bergerak ke node seterusnya.

*Oleh kerana data hanya bergerak dalam satu hala sahaja , tiada kemungkinan berlaku perlanggaran data.

*Sekiranya satu node rosak , seluruh operasi rangkaian akan tergendala.

TOPOLOGI BAS

*Semua node dihubungkan disepanjang satu talian komunikasi(kabel).Setiap node boleh berhubung terus dengan mana-mana node lain kerana setiap node mempunyai alamat yang tertentu.

*Setiap node tidak akan berlanggar dengan data yang dihantar oleh node-node lain.

*Sekiranya , ia mengesan berlakunya perlanggaran , node berkenaan akan menghantar data semula.

*Sebarang penambahan , pengeluaran atau kerosakkan suatu node tidak akan menjejaskan operasi keseluruhan rangkaian.

 

                                [ HALAMAN UTAMA ] [ NEXT ]

Hosted by www.Geocities.ws

1