|

Cara Mengatasi Lupa...tips exam.
Mengapa Anda Selalu Lupa? Adakah masalah lupa
merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering
kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia
normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan
lupa hanya dalam masa 24 jam. Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa
sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat
apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan.
Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha
supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara
belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal
untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran
dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat,
yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham. Fahami apa yang
dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan
usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan
yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan
berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan
dapat diatasi sebelum terlambat.. Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota
ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan.
Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula
kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.
Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.
Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh fakta: Otak
manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri. Pertama
sekali pastikan anda faham apa
mesej yang mahu disampaikan
kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan
menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan
kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda
mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda
perlu faham sebelum anda hafal!! Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.
Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya
serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada
beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini. Misalnya,
kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3
kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana
yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi
5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan
terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan
ketekunan yang tinggi. Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah
terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan
melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada
apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak
menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau
anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.
Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang
telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh
digunakan dan terbukti berkesan: • Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
• Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. • Imbas 5 minit setiap 2 minggu. • Imbas
5 - 10 minit dimusim peperiksaan. Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk
memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu
seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai
lagi.
Pastikan andakembali
ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan
dimasukkan dari semasa ke semasa. Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu
penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam
amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat
buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini
sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu
malamnya nanti. Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa
yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam
perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji
penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah
daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah
otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.
|