ARTIKEL
Mengenali Rawatan Hideroterapi dalam CVT

Oleh: Dr Norhisham Wahab

Pengenalan Colour Vibration Therapy membongkar rahsia penyakit dengan keajaiban alam melalui tanda-tanda warna.

Setiap penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami ketetapan dan peraturanNya maka akan terbukalah rahsia yang perlu diketahui. Percayakah anda bahawa ubat atau penawar telah sedia wujud dalam tubuh anda? Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang anda lihat, dengar, fikirkan dan rasa (perbuatan/ amalan). Itulah racun dan itulah juga penawarnya

Colour Vibaration Therapy Mengajak Anda Berfikir Penyelidikan dan kajian telah menggabungkan pakar-pakar sains fizik dan kimia, juga telah melibatkan petua-petua tradisional dan para pengkaji Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya melibatkan pengaruh dalaman dan kerohanian. Walau apapun pendekatan yang cuba dikaitkan dengan rahsia roh dalam pelbagai rupa bentuk tenaga, ia tetap mengikut hukum tabii alam yang amat teratur, tepat dan tidak ingkar walaupun sesaat. Inilah sebenarnya konsep cahaya atau rahsia warna yang akan mengikut hukum yang telah ditetapkan.

Penyakit juga merupakan salah satu bentuk tenaga mengikut falsafah CVT. Walaupun ia melibatkan serangan bakteria, virus, fungus (kulat) atau apa sahaja ia tetap merupakan salah satu bentuk tenaga. Oleh itu CVT percaya tenaga yang dikenali sebagai penyakit itu boleh diubah bentuk atau dipindahkan bagi mengembalikan semula hak tenaga asal pada kedudukan atau tempat yang telah ditetapkan..

Penyelidikan dan kajian Colour Vibration Therapy akhirnya membongkar rahsia kebesaran air. Kajian asas secara perubatan Terapi Getaran Warna (CVT) ini telah membongkar banyak rahsia-rahsia ketetapan dan peraturan hukum alam. Ketetapan dan peraturan (syariat) ini berkait rapat dengan unsur-unsur kejadian (hakikat) angin, api, air dan tanah bermula dari cakerawala sehingga ke bawah (bumi) dan kejadian manusia

Keempat-empat unsur ini dari istilah sains kimia dikenali Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon manakala dari istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya, haba, kimia dan magnet. CVT telah mengkaji empat unsur tadi tentang kedudukannya daripada cakerawala sehingga bumi dari perspektif kimia dan fizik yang tiada batasannya

Jika berlaku sesuatu pencerobohan maka berlakulah juga iktibarnya iaitu bencana atau penyakit samada kepada alam mahupun kepada manusia

Aura Atau Warna-Warna Kehidupan Ada di Mana-mana Aura atau pun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup. Aura berbentuk seperti telur raksasa. Aura adalah sebuah medan `energy’ atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza energi atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu tahu tugas masing-masing. Organ hanya satu alat yang membentuk seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengen frekuensi tertentu.

Air, Air Sejuk dan Ais Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh

Air, udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negetif atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin sebagai tenaga luaran

Fakta Al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%

Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan

Air mengimbangi kawanan tekanan rendah Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bisa-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah kemerosotan nilai kehidupan.

Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan, warna-warna, cahaya dan pengaliran udara juga mempengaruhi keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut

Kemulian Air Pada Pandangan Islam Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar Al-Khatab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara ‘vibration’. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita

Air dan niat Air sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.

Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat

Rahsia kehebatan air sembahyang Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi

Konsep Mandian (Hidroterapi) Sebagai Rawatan

Fakta Saintifik Dalam kehidupan seharian kita terdedah kepada pelbagai bentuk gelombang di sekeliling kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Gelombang tersebut adalah bersifat ghaib atau ‘visual’ iaitu tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Kita perlu mencuci aura tubuh supaya tidak dipengaruhi oleh radiasi yang terdapat di persekitaran tubuh. Radiasi yang tidak didingini ini wujud disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sinar matahari dan pemakanan yang berlebihan yang gagal dicernakan dengan sempurna bagi pertukaran karbon dalam usus. Ini secara tidak langsung menyebabkan merosotnya kandungan air atau Hidrogen yang turut mencemarkan aura kita dari dalam tubuh

Air Pembersih Aliran Tenaga Yang Kotor Campuran dan pencemaran tenaga dengan peralatan elektrik dan elektronik seperti ketuhar letrik, aliran elektrik, gelombang radio, komputer, televisyen dan seumpamanya boleh diukur dengan peralatan moden. Ini telah diketahui oleh orang-orang zaman dahulu sebelum penemuan alat-alat pengukur bahawa kesemua kecanggihan tersebut perlu dikawal. Pengawalan ini perlu untuk mengharmonikan gelombang yang amat kuat pengaruhnya terhadap keseimbangan dalaman sel-sel tubuh di tahap spiritual, emosi dan mental

Air dan Keabadian Tenaga Gelombang atau segala bentuk tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diputuskan. Bentuk tenaga atau gelombang yang buruk ini memerlukan air sebagai kuasa pemutus yang baik. Walaubagaimanapun gelombang-gelombang ini tetap akan bertemu atau bersambung semula

"Kerja-kerja pembersihan aura atau gelombang ini perlu dilakukan secara konsisten seperti pengambilan air sembahyang atau wudhu’ sebanyak lima kali sehari".

Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tenaga atau daya hidup yang paling selamat dan semulajadi untuk kita guna atau amalkan dalam rawatan atau penjagaan kesihatan kita pada semua tahap spiritual, emosi dan mental

Di zaman teknologi ilmiah, kini Aroma Therapy dengan komponen air adalah kesatuan vital yang paling selamat dan semulajadi untuk rawatan penyakit secara menyeluruh sehingga ke tahap gangguan spiritual

Penggunaan di waktu malam berkesan Aroma Therapy Vibration amat berkesan digunakan apabila pesakit menggunakannya di waktu malam dan amat menakjubkan kesannya jika pesakit tidur di tempat yang tidak disinari cahaya. Rahsia air sejuk (kombinasi air dan ais) serta Aroma Therapy sebagai penghantar isyarat getaran dengan kelajuan gelombang yang tinggi menjadi penawar dan mampu menguasai pelbagai bentuk gelombang yang rendah yang telah gagal berinteraksi dengan tujuh sistem cakra yang mengikut susunan warna pelangi di dalam tubuh kita

Mengapa Anda Harus Menggunakan Aroma Therapy Vibration? Kerana cara penggunaannya amat mudah dan ringkas serta keupayaannya bertindak sebagai agen pencegahan, pertahanan dan penyembuhan yang paling sesuai untuk seisi keluarga

Teknologi tinggi Colour Vibration Therapy berupaya meniru, menyerap, merakam dan memerangkap getaran gelombang berfrekuensi tinggi dan laju ke dalam pati Aroma Therapy Vibration

Mandian ais suatu kehebatan Mandian ais dengan Aroma Therapy Vibration akan meningkatkan jumlah Oksigen di dalam darah dan meneutralkan gas-gas lengai yang mengganggu tahap kecerdasan seseorang. Kuasa air sejuk (air dan ais) serta Seri Wajah bertindak sebagai peneutral yang ideal dan dapat menghantar isyarat gelombang dengan laju kedalam sistem tubuh

Air yang mempunyai kuasa semulajadi dapat menentukan kelajuan penghantaran gelombang bergantung kepada keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh seseorang. Suatu perkara yang harus diingat iaitu air yang mengalir dan jernih juga mempunyai rahsia kelajuan cahaya yang menyerlahkan lagi sinar cantik pada aura anda. Mandi bagi orang yang demam akan dapat mengimbangi sistem organ atau pergerakan cecair atau limfatik tubuh dan juga darah yang cukup bekalan Oksigen

Bulu Roma sebagai deria yang tercanggih bagi mengesan isyarat gelombang dalam wap-wap air Deria atau antena yang mempunyai cas-cas neutron bertindak sebagai reseptor penganalisa dan penerimaan getaran gelombang (Elektromagnetik) terletak dalam rahsia bulu roma kita yang terdapat di mata, di dalam hidung dan telinga. Manakala gigi sebagai pengesan elektrokimia untuk kekuatan tulang (Struktural). Bulu roma adalah pancaindera yang unggul sebagai mata minda atau mata batin yang menghubung dan mengimbangi antara kita dan kebesaran alam. Adalah sangat efektif untuk pelbagai jenis penyakit jika kita menambahkan sedikit sulfur dan garam kepada air mandian. Ais dapat menyerap elektron dari udara sekitarnya dan melepaskannya semula ke bahagian luar tubuh kita

Air yang ditambah tenaga sebagai kuasa pemangkinan di dalam Aroma Therapy Vibration Manusia memiliki 99 peratus tenaga atom dan tubuh manusia boleh menyimpan tenaga serta boleh bertindak sebagai reaktor nuklear yang hebat. Aroma Therapy Vibration dirumus secara khusus dengan ditambah tenaga ‘partikal pemercepatan pemangkinan’ bagi mengekplotasi kehbatan ini. Mandian ais yang telah dititiskan beberapa titik Seri wajah dapat meningkatkan tenaga yang rendah pada tubuh dan melepaskan tenaga tersekat serta mengubah pola atau medan elektrik atau sinar X dan radioaktif yang mencemarkan aura serta mengganggu sistem tubuh dengan mempercepatkan atau melambatkan frekuensi tenaga setiap sel-sel yang tertentu. Warna dari cahaya yang terperangkap di dalam memori ais amat kuat mempengaruhi keseimbangan sel-sel tertentu dalam sistem tubuh kita

Mandian yang kerap dan konsisten selama tujuh hari dengan menggunakan Aroma Therapy Vibration akan mengubah spiritual, emosi dan mental ke tahap yang lebih menceriakan. Secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan fizikal sehingga ke tahap yang lebih bertenaga , mengurangkan tanda-tanda keskitan seperti kebas, kejang, ngilu dan akhirnya anda akan pulih daripada gangguan kesihataaan yang mengelirukan

Mandian air yang ditambah dengan Aroma Therapy Vibration serta ais dapat memutuskan gelombang radiasi luaran yang mana jika selagi tidak diputuskan ianya akan menjadi tarikan kepada kebocoran radiasi dari dalam tubuh. Bahagian perut dan usus dikenalplasti menjadi sumber radiasi tersebut dengan kemunculan asid sebagai kuasa tarikan kerana ia mewujudkan kawasan tekanan paling rendah. Aromatherapy berupaya merangsang kelenjar pineal melalui isyarat deria bulu roma melalui konsep media (Hidroterapi) menuju ke sasaran mahkota teratas di pusat kawalan iaitu kelenjar pineal dan ini akan meningkatkan paras melatonin

AIR DAN KEAJAIBAN MELATONIN Alami perasan awet muda dengan pengambilan jumlah air yang mencukupi dan tingkatkan tahap immunisasi tubuh untuk mementang segala jenis alahan

Penggunaan Aroma Therapy Vibration akan mencuci aura-aura yang buruk di persekitaran tubuh dan menjadi benteng atau perisai halus agar tubuh tidak ditembusi oleh gelombang-gelombang yang merugikan. Colour Vibration Therapy mengenalpasti bahawa 75% penyakit sebenarnya bermula daripada gangguan kerohanian

Ramai yang menggunakan Aroma Therapy Vibration untuk mendapatkan kesan Teraupatik memperbaiki diri dan kualiti kehidupan yang mengalami kemerosotan nilai seperti (sedih, kecewa, putus-asa, keliru, patah hati, terperanjat, melatah, gelisah, murung, bingung, tertekan, dan sebagainya

Hosted by www.Geocities.ws

1